BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

18.12.09

Salam Ma'al Hijrah 1431H


14.12.09

Konpirasi Jahat Mufti dan UMNO



Perpaduan di kalangan orang Melayu berada pada tahap membimbangkan dan mereka perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar jika mahu mengukuhkannya, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Baca di sini

Ada orang bertanya saya: Siapa yang perlu kembali kepada ajaran Islam sebenar , Umno atau PAS?

Saya jawab : Mufti sendirilah yang perlu kembali kepada ajaran Islam!Ya, Mufti apa buat bila Najib secara senyap2 telah memberi kepada tiga syarikat judi 10 lagi (kebenaran) “Cabutan Bertuah” dalam setahun? [ KLIK DI SINI ]Mufti membuta makan gaji hampir RM17 ribu sebulan hinggakan premis judi disekitar bandar Ipoh yang berselerak merata-rata pun dia tak nampak.

Wahai Tok Mufti, Negara seperti Russia yang berideologikan komunis, tidak percayakan ugama dan tuhan boleh tutup 254 kasino dan ribuan mesen slot judi , apa jadahnya Satu Malaysia, mengaku Islam sebagai ugama resmi, negara yang punyai bilangan Mufti paling ramai dalam dunia, Najib tidak boleh tutup kasino yang hanya satu tu? Sebab apa? Rasa-rasanya lebih elok tidak ada Mufti dalam negara ini kalau peranan mufti hanya makan dan tidor sahaja!

Para pemimpin Umno/BN begitu terkenal rakus makan wang rasuah dan wang judi serta begitu gemar melakukan pelbagai macam kerja mungkar.Pemimpin Umno ambil rasuah RM400 juta, tidak perlu siasat sebab dinamakan itu duit komisyen. Rumah RM26 juta, tutup kes. Stadium roboh, tidak perlu siasat. Tapi orang miskin belanja RM2,382...siasat, dera, siasat, sampai mati.

Tok Mufti buta perut dan mata hati bila Bukit Genting diserah pada tauke judi . Umno serah Pulau Pangkor pada tauke Cina. Serah tanah Menara KL kepada Ananthan Krishnan. Tauke - tauke Melayu diberi rumah, di Kuala Lumpur, London, Florida dan lain- lain. Apa Tok Mufti buat?

Perjuangan Islam Umno hanyalah propaganda demikepentingan politik mereka sahaja.Tok Mufti berkonspirasi dengan Umno atas nama kepentingan Melayu, bukannya atas nama Islam./ end



9.12.09

Marsya Qistina





Marsya Qistina....cahayamata ana yang pertama. Selamat dilahirkan pada 28 November 2009, jam 9.52 PM di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis seberat 3.1 kg. Alhamdulillah...ana benar-benar bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT ini. Pertama kali menatap wajahnya sejurus saja dilahirkan, sudah terdetik di hati ana bahawa anak ini adalah perempuan. Perasaan sayu dan terharu bertandang tatkala ana melaungkan azan disisinya ketika di hospital.

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar...menurut kata jururawat yang menyambut kelahirannya, peluang untuk anak ana hidup ketika proses kelahiran tersebut adalah 50-50. Ini adalah kerana denyutan jantungnya makin lama semakin perlahan. Tetapi, sudah ditakdirkan bahawa umurnya di dunia ini tidaklah sesingkat itu. Alhamdulillah, dengan kerjasama dari pihak hospital dan dengan izin Allah SWT, anak ana selamat dilahirkan dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi lain.

" YA ALLAH, JADIKANLAH ANAK KU INI SIHAT, SEMPURNA, CERDIK, BERAKAL DAN BERILMU SERTA BERAMAL SOLEH. YA ALLAH, ELOKKANLAH PERANGAINYA, FASIHKANLAH LIDAHNYA DAN MERDUKANLAH SUARANYA UNTUK MEMBACA AL-QURAN DAN HADITH DENGAN BERKAT NABI MU MUHAMMAD SAW."

29.11.09

Selamat Hari Raya Aidil Adha


18.11.09

Teknik Pelaburan Strategik Cara Jutawan


Teknik ini biasa digunakan oleh jutawan dalam mengandakan wang mereka. Terdapat 3 prinsip simpanan yang biasa mereka gunakan.

Prinsip Pertama:


Lebih cepat anda menyimpan lebih senang


Tahukah anda seorang yang berumur 25 tahun menyimpan sebanyak RM100 sebulan (RM1,200 setahun) akan mengumpul RM349,000 apabila beliau berumur 65 tahun ( faedah sebanyak 8% setahun)? Jika beliau bertangguh selama setahun, “kerugian” sebanyak RM27,800. Jika beliau menunggu selama 5 tahun, jumlahnya kurang sebanyak RM120,000 selepas mencapai tempoh persaraan, dan jika menunggu sehingga 10 tahun jumlah akan berkurangan sebanyak RM200,000! Dengan RM100 sebulan, jumlah yang disimpan selama 10 tahun ialah RM12,000 tetapi kekayaan yang hilang ialah RM200,000.


Ini adalah satu impak daripada faedah kompund iaitu wang yang dilaburkan akan dikenakan faedah setiap tahun. Ia seperti pengembala kambing yang mendapat 2, 4, 8, 16, 32, 64, 128, 256 dan seterusnya apabila kambing-kambingnya beranak dan beranak.
Adalah sesuatu yang rugi jika anda masih menunggu, dan ia seakan tregedi jika anda tidak menyimpan langsung. Mulakan menyimpan hari ini, kerajaan telah menyediakan ASN, ASB, Wawasan 2020 dan sebagainya untuk anda mula menyimpan.


 

Prinsip Kedua:

Bila anda menyimpan sama penting dengan berapa banyak anda menyimpan


Katakan dua orang yang sama umurnya telah menyimpan RM5,000 setahun selama 15 tahun. Jumlah ialah RM75,000. yang pertama menyimpan dari umur 20 hingga 35, sebelum berkahwin. Orang yang kedua menyimpan jumlah yang sama tetapi selepas anak-anaknya bekerja. Beliau menyimpan sebanyak RM75,000 dari umur 55 hingga 65.


Semasa berumur 65 tahun, orang yang pertama jumlah simpanannya menjadi RM750,000! – 10 kali daripada jumlah yang disimpan. Ia merupakan satu perbezaan yang besar daripada orang yang kedua yang mengumpul hanya RM75,000, walaupun kedua-duanya menyimpan jumlah yang sama. Perbezaannya ialah bukan berapa banyak yang disimpan tetapi bila simpanan itu mula dibuat.

Kesimpulannya ialah kita perlu menyimpan seberapa banyak yang boleh dan seawal yang boleh!


Prinsip Ketiga:

Berapa banyak anda simpan adalah lebih penting daripada berapa banyak pendapatan anda


Nampaknya seperti membingungkan, tetapi anda tidak perlu mempunyai pendapatan besar untuk menjadi kaya. Dinegara maju, ramai orang dengan pendapatan biasa sahaja telah menjadi kaya kerana mereka berjimat dan menyimpan lebih banyak daripada orang lain.


Mereka yang dengan konsisten boleh menyimpan lebih daripada 10 peratus akan menjadi lebih kaya dengan cepat daripada mereka yang tidak menyimpan. Contohnya satu keluarga yang berpendapatan RM30,000 setahun. Katakan mereka berjimat dan berjaya menyimpan 25% daripada pendapatan sebulan dibank, menjadi RM7,500 setahun (RM625 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan yang dikumpul ialah RM594,000.


Sekarang bandingkan dengan keluarga yang berpendapatan RM50,000 setahun, tetapi mereka suka membazir dan hanya menyimpan sebanyak 5% daripada pendapatan atau RM2,500 setahun (RM208.33 sebulan). Selepas 25 tahun, pendapatan terkumpul dibank ialah hanya RM198,000.


Sekarang anda sudah mengetahui rahsia teknik pelaburan yang biasa digunakan oleh professional dan jutawan.



Bincangkan bersama-sama keluarga anda dan saya harap anda dapat menyimpan secepat mungkin!

13.11.09

Kelebihan Tersembunyi Telefon Bimbit




Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

2) KERETA TERKUNCI

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

4) TELEFON KENA CURI

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Sumber: idhamlim.blogspot.com

10.11.09

7 Sunnah Terbaik Rasulullah SAW


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

PERTAMA : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. .

KEDUA : Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

KETIGA : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

KEEMPAT : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

KELIMA : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

KEENAM : Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

KETUJUH : Amalkan istighfar setiap saat.. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Cerita Di Sebalik Gempa Bumi Di Tasik Malaya dan Padang

Saya berkesempatan bersolat jemaah dan mendengar khutbah dari Buya Alvis Chaniago, seorang aktivis dari Front Pembela Islam (FPI) minggu ini. Saya berniat untuk berkongsi maklumat yang saya dapati dari khutbah tersebut.

Organisasi Buya Alvis telah menghantar sebuah pasukan pembantu kepada mangsa gempa bumi Tasik Malaya (http://www.reliefweb.int/rw/rwb.nsf/db900SID/NSPR-7VJGAD?OpenDocument). Kita semua maklum pada 2 September 2009, sebuah gempa bumi pada skala Richter 7.3 telah melanda sebuah tempat bernama Tasik Malaya yang terletak di Jawa Barat, Indonesia.

Setelah berlaku gempa tersebut, FPI menghantar pasukan untuk membantu proses dan kerja2 menyelamat serta pembinaan semula kawasan terbabit serta membantu mangsa2 Tasik Malaya tersebut.

Buya Alvis seterusnya bertanya mengapa Tasik Malaya dan Padang?. Dalam satu wawancara di stesen TV Indonesia (Stesen Trans TV), seorang pakar seismologist memberitahu bahawa kawasan yang dijangka berlaku gempa selepas Acheh adalah Jakarta. Menurut pakar itu, boleh dikatakan semua pengkaji di Indonesia menyatakan bahawa Jakarta akan menjadi tempat kedua kejadian gempa berlaku selepas Tsunami Acheh.

Seterusnya, berlakunya gempa di Tasik Malaya dan Padang benar-benar MEMBINGUNGKAN para pengkaji gempa di Indonesia, dan pakar itu berkata kejadian gempa ini adalah benar-benar kejadian yang menurut kehendak kuasa yang Maha Besar.

Kesah di Tasek Malaya

Buya Alvis menyambung lagi, setelah berada beberapa hari di TasikMalaya, di tempat kejadian gempa berlaku, barulah Buya Alvis mengetahui mengapa gempa tersebut berlaku. Hampir keseluruhan kawasan yang terlibat dalam gempa tersebut diduduki oleh para pengikut Ahmadiyyah/Qadyyani.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan yang menjadi mangsa gempa Tasik Malaya melibatkan kampung2 dan penempatan2 pengikut2 Qadyani/Ahmadiyyah. Amat sedikit kawasan Ahlus Sunnah yang musnah akibat gempa tersebut.


Buya Alvis menyambung, protes dan usaha ke arah memaksa kerajaan Indonesia mengambil tindakan ke atas pengikut2 dan ajaran2 Qadyani di Indonesia telah dilakukan oleh Muhammadiyya dan FPI ke tahap maksimum. Sebelum pemilu MPR baru2 ini, satu demonstrasi besar2 an telah dilakukan menuntut kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas ke atas ajaran Ahmadiyya di Indonesia.

Namun tuntutan gerakan Islam itu tidak diambil kesah pemerintah Indonesia sama sekali. Malahan, terdapat pengikut Jaringan Islam Liberal di bawah naungan Gus Dur memperlekehkan usaha FPI/Muhammadiyyah ini.

Buya Alvis berkata lagi, akhirnya mereka terpaksa mengadu kepada Kerajaan di langit bagi mengharapkan tindakan tegas ke atas ajaran sesat dan syirik ini. Dan Kerajaan di Langit akhirnya menghantar penguatkuasaanNya dalam bentuk Gempa Bumi berskala Richter 7.3 di tengah2 kawasan Ahmadiyyah/Qadyanni ini.

Alhamdulillah, selepas trajedi ini, hampir 1500 pengikut Qadyani berjaya diislamkan oleh FPI. Itu tidak termasuk usaha dari kumpulan2 pembantu yang lain di Tasik Malaya.

Kesah di Padang

Di Padang juga serupa. Ada 3 kampung yang sama sekali musnah kerana gempa tersebut. Mengikut penyiasatan FPI, mereka mendapati di tiga kampong tersebut, segala maksiat telah menjadi perkara biasa dan lumrah di sana. Arak, zina, meninggalkan solat menjadi lumrah di ketiga-tiga kampong tersebut.

Menurut khabar muttawateer dari hampir ke semua yang ditanya, beberapa ketika sebelum berlaku gempa, tiba-tiba muncul sepasang mata di langit yang boleh dilihat oleh semua orang2 di kampong tersebut.

Sejurus melihat sepasang mata tersebut menyebabkan orang2 di kampong tersebut merasa takut dan mengunci diri mereka dalam rumah2 mereka. Sejurus orang2 kampung mengunci diri mereka, maka berlakulah gempa yang amat dahsyat.
Mereka yang terselemat memberitahu seolah-olah mereka berada di atas kapal di tengah2 badai yang melanggar, walaupun mereka duduk atas darat.

Mengapa Tidak Jakarta?


Keseluruhan mereka yang ahli dalam gempa di Indonesia memberitahu bahawa Bandar yang akan dilanda gempa selepas Acheh adalah Djakara. Namun, sehingga hari ini Djakarta masih tenang.

Sedangkan pusat maksiat terbesar di Indonesia adalah Jakarta berbanding bandar2 lain. Menurut Buya Alvis, walaupun wujud maksiat terbesar di Jaakrta namun kedapatan juga para ulama yang menjalankan usaha Amar Maaruf Nahi Mungkar yang paling besar di Indonesia adalah di Jakarta.

Ulama2 yang besar2 dan usaha dakwah yang terbesar di Indonesia adalah di Jakarta yang mana inilah faktor menyebabkan Allah SWT menangguh adanya gempa di Jakarta. Buya Alvis berkata kalau pada satu hari nanti, ulama2 besar ini mengambil sikap tidak lagi mahu berdakwah dan melakukan kerja nahi mungkar dan menyerahkan kepada Allah SWT, pada hari itu beliau yakin Gempa yang ditahan oleh Allah SWT selama ini akan berlaku di Jakarta.

Pengajaran

Ada beberapa pengajaran yang dapat kita ambil:

a. Di Malaysia, kejadian gempa, tsunami etc jarang berlaku kerana usaha Amar Maaruf Nahi Mungkar berjalan semenjak Malaysia merdeka 1957. Apakah usaha tersebut dipanggil? Usaha tersebut dipanggil dengan nama Partai Islam Semalaysia (PAS)

b. Apabila kita sudah berusaha semaksima mungkin untuk menghapuskan kesyirikan dan kemungkaran, akhirnya nanti AllahSWT akan menghantar bantuanNya bagi mencukupkan usaha kita tersebut. Selagi usaha kita tidak dibantu AllahSWT ia bererti ada lagi ruang2 yang masih belum dilakukan oleh para pejuang Islam. Selepas Ustaz Ibrahim Libya dibunuh secara kejam, UMNO telah pecah dan tidak dapat disatukan kembali. Contoh lah ni.

c. Amar MAaruf NAhi mungkar MESTI berterusan berlaku dalam masyarakat kita untuk memastikan bala dan bencana tidak diturunkan oleh Allah SWT. Selagi ada ulama2 yang giat menjalankan kerja2 amar maaruf nahi mungkar, selagi itu Allah SWT akan menghalang berlakunya bencana dalam negara tersebut.

d. Gempa di Padang itu TERSANGAT kuat sehingga Kota Baru pun dapat merasa gegarannya. Mungkin juga ia satu amaran kepada rkayat Malaysia apabila terdapat setengah2 kepimpinan PAS yang sudah meletakkan kepentingan dunia melebihi tugas amar maaruf nahi mungkar

e. Gempa bumi sampai Kota Baru sebab Allah SWT nak bagitau Tok Guru kalau Tok Guru tak gegar PAS, Allah SWT akan gegarkan Malaysia. Agaknya sebab itulah Tok Guru menulis artikel dalam blog beliau kerana beliau mahu mengelakkan PAS dari menjadi UMNO dan menghapuskan samasekali kerja Amar Maaruf Nahyu Mungkar

Wallahualam bissawab





Sumber: Malaysia Waves

5.11.09

Rasulullah SAW ikut mazhab mana?!

Di Malaysia, orang Melayu dah berzaman menganut Islam. Pegangan dan amalan Islam sejak sebelum merdeka. Bila dah merdeka, UBN dah setup pentadbiran hal-ehwal agama dengan baik. Termasuk mengadakan sistem tauliah dan penentuan mazhab.

Ahli PAS dan orang UMNO, dalam beberapa aspek, serupa sahaja. Dalam hal-hal mazhab, mereka sama sahaja. Amalam dan pegangan umum, mereka tak berbeza.

Justeru, pada hakikatnya, Malaysia tak perlu orang berpelajaran atau bijak agama (ulama). Sebab, kalau ada pun nak buat apa?

Seorang yang berkelulusan first atau second degree, nak bercakap apa mengenai agama. Walau ada tauliah pun, kalau mengajar amalan yang berbeza dari ajaran tok lebai kampung, dia akan ditangkap dan dituduh membawa ajaran yang berbeza dari amalan orang ramai.

Begitu juga seorang yang bertaraf doktor falsafah, nak bercakap apa mengenai agama. Nak sebut "talqin" itu bid'ah? Bukankah "talqin" itu amalan orang kampung sejak sebelum merdeka lagi? Nak cakap fasal aliran pemikiran lain? Alamatlah dituduh penganut shi'ah atau wahabi. Kalau komplen pasal mazhab, lagilah ditolak. Seolah-olah Rasulullah itu pengikut mazhab.

Kesimpulannya, pegangan dan amalan Islam Melayu dah OK dan sempurna. Tak kiralah kalau penuh dengan bid'ah atau sarat dengan khurafat. Apa yang dipegang dan diamalkan oleh orang kampung jangan ditegur atau dikomplen. Kerana, semuanya syumul dan mantap, sekalipun tak sama dengan amalan Rasulullah.

Oleh : Dr Abdul Wahab Arbain


Ulasan alfilfilaani:

Ana setuju betul dengan artikel di atas. Umat Islam sekarang terlalu taksub dengan mazhab dan pegangan masing-masing. Ada yang berpegang dengan mazhab Syafie, mazhab Hanafi, mazhab Hambali, mazhab Maliki, mazhab Syiah, ataupun fahaman Wahabi/Salafi. Ada sesetengah tu terlalu fanatik hinggakan menolak mentah-mentah pandangan dari mazhab atau fahaman yang lain. Malah ada juga yang mendakwa bahawa kumpulan merekalah yang tergolong dalam satu-satunya firqah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang akan masuk syurga atas alasan mereka adalah golongan minoriti yang betul-betul ikut Sunnah Nabi SAW. Persoalannya sekarang adalah, Rasulullah SAW, para sahabat Baginda samada yang hidup sezaman dengan Baginda ataupun selepas wafatnya Baginda....mereka ini bermazhab apa? Kenapa pada zaman tersebut tidak muncul pun mazhab-mazhab seperti yang ada sekarang ini?


Bagi ana, jalan yang terbaik ialah kita rujuk kembali hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,"



"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua buah benda peninggalan yang berat kadarnya, pada lain riwayat, sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku diakhirat ditelaga Haudh/kautsar maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya". (HR Muslim dan Tirmidzi)

Jika ingin bermazhab, perlulah ada sikap berlapang dada. Berlakunya sesuatu khilaf itu adalah rahmat sebenarnya bagi umat Islam. Yang penting, jangan mudah kita membida'ahkan dan mengkafirkan saudara se Islam yang lain hanya disebabkan mereka tidak sealiran atau berbeza pendapat dengan kita sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah golongan. Jalan yang paling selamat ialah ikut sebagaimana yang Rasulullah sebut di dalam hadis di atas. Moga Allah SWT akan memberi kita petunjuk dan hidayah serta 'inayah Nya untuk kita tetap istiqamah dalam mengikut jalan Al-Quran, Sunnah Rasulullah SAw serta ahlu bait baginda.

2.11.09

Surat Terbuka Dari Yang Teraniaya Kepada KERAjaan 1Malaysia

Saya dah naik muak mendengar slogan “ rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Kalau nak ikut rasa saya nak kata - “ Pi mampus le” sebab tekanan demi tekanan yang diterima kekadang menyebabkan emosi saya amat terganggu.

Agaknya kerana inilah kita dengar di luar negeri ada yang mengamuk dengan menembak membabi buta hingga membunuh kanak-kanak dan orang sekeliling yang tidak ada kena mengena dengan yang memberi tekanan. dekat Malaysia belum le lagi dengar tapi tak mustahil akan berlaku jika masalah rakyat tidak ditangani dengan sebaiknya.

Sebagai seorang yang diberhentikan kerja dengan alasan kegawatan ekonomi dunia, saya tak pun menyalahkan majikan atau KERAjaan dalam soal ini tapi bila masalah orang-orang seperti saya tidak dipedulikan atau diambil kira dalam perancangaan ekonomi Negara mahupun budget, maka rasa marah mulalah timbul.

Adakah nasib kami tak perlu dibela?

Bukannya kami mintak duit dengan KERAjaan untuk makan pakai kami. Kami Cuma mintak keprihatinan diatas masalah dan langkah-langkah proaktif diambil untuk membela nasib orang seperti kami. Jangan umpama “sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap pulak oleh pasu bunga, pastu kena langgar pulak dengan lori traler…..”

Apa yang kami harapkan hanya pindaan kepada akta dan polisi yang mana membolehkan kami terus hidup dibumi yang dipinjamkan Allah kepada kita ini. Disini saya akan sentuh 2 pekara berikut :-

1. KWSP – sekarang ni saya ubah namanya dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada Kumpulkan Wang Secara Paksa – rasanya lebih tepat lagi nama tu. Nak keluar pun tak boleh dipaksa simpan juga. Simpan untuk kegunaan dan pelaburan siapa?

Apa tujuan KWSP ni..?, siapakah yang mendapat menafaatnya? Boleh tak para bijak pandai semua berikan hujah-hujahnya kerana saya berpendapat bahawa KWSP ini harus dibenarkan keluar atas pekara-pekara berikut :-

1. Untuk membeli ubat-ubatan.

Bagi pesakit seperti jantung, darah tinggi, kecing manis, buah pinggang mereka harus makan ubat seumur hidup dan kos perubatan mereka agak tinggi. Ada ubat yang menjangkau beratus ringgit untuk dos sebulan. Insuran dan majikan pun tak nak orang yang macam ini kerana mereka adalah liability.

Bila mereka ini dibuang kerja atau dipaksa berhenti kerja, macamana? Siapa nak tanggung perubatan mereka ni? Tak kan baitulmal atau pusat zakat kot?

Mereka ni ada duit dalam KWSP – biarlah mereka gunakan duit mereka tu kenapa tak bagi ? Jangan cakap akta KWSP ada peruntukan untuk ini – sila semak borang dan buat pertanyaan dikaunter KWSP terlebih dahulu.

Saya cadangkan anda bertanya kepada beberapa pejabat KWSP kerana saya pasti mesti jawapan yang anda terima berlainan. Apa kata tanya tuan pengarahnya pula?

2. Untuk Haji.

Mengapa tak dibenarkan? Tak payahlah jawap boleh menabung kat Tabung Haji. Masalahnya kalau memang dah tak de kerja dan tak de gaji nak menabung apanya? Haji adalah rukun Islam dan mereka berkemampuan kerana punya wang dalam KWSP kenapa tak dibenarkan? Kerana KERAjaan dah guna duit tu...???

Berdosalah kamu semua kerana menyusahkan orang hendak buat ibadat...!!!

3. Untuk Bayar Hutang.

Bila dah tak kerja tentulah tak de gaji dan bila tak de gaji macamanalah nak bayar hutang? Kelonggaran harus diberi kepada golongan ini kerana mereka ada wang yang mereka tak boleh keluarkan sedangkan wang mereka cukup untuk bayar hutang itu.

Kenapa nak biarkan mereka ini dimufliskan oleh bank? Sebab dah muflis pun tetap kena bayar dan bila keluarkan KWSP mereka kena bayar jugakan?

Alangkah eloknya pekara ini dipertimbangkan. Nak kayakan lawyer buat apa sebab rakyat yang sengsara sebab semua kos ditanggung oleh yang berhutang jadi kalau hutangnya hanya 20K, dengan kos jadilah 50K, tak menindas ke namanya tu?

Lagipun duit tu duit mereka sendiri – jadi apa masalahnya? Fikir-fikirkanlah. Gunakanlah kedudukan dan pangkat anda untuk memberikan sedikit harapan dan kegembiraan kepada rakyat jelata bukan hanya memenuhkan tembolok didada...!!!

2. Pelupusan Kereta berumur 15 tahun keatas.

Ini lagilah kerja giler – tak sekolah ke apa? Cubalah buat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu cadangan tu. Fikirkan pekara dibawah ini :-

1. Berapa harga kereta di Malaysia ini – kereta buruk/lama pun berharga ribu-ribu. Jadi orang yang dah ada kereta lama tu macamana?

2. Tak cukup dengan loading insuran yang tinggi dan kini ditambah dengan inspection pulak – sungguh membebankan – rakyat diutamakan...!!!

3. Memang mengutamakan rakyatlah ni – nak beli kereta baru kenalah amik bank loan – bank nak bagi ke loan kat orang yang black list, yang tua, yang tak bekerja , yang tak de statement of income?

Hallo…………..buka mata, buka minda! Gunakan akal cegah kebodohan!!

“Jika perbelanjaan pengurusan melebihi pendapatan” bererti defisit – kalau berniaga ni dalam kerugian. Kenapa belanjawan 2010 perbelanjaan pengurusan lebih tinggi dari pembangunan?”

Fikir-fikirkanlah......

Ya ampun......... "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"...??? – Pilah Mampus!!!

Rakyat 1Malaysia yang teraniaya...


Sumber: Perisik Rakyat

28.10.09

Fakta Solat Jamak Tanpa Musafir

Biasanya, kita solat jamak hanya ketika musafir. Itu pun dengan marhalah (kejauhan) tertentu. Sedarkah kita, bahawa ulamak besar pernah solat jamak tanpa musafir? Mereka melakukannya mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Imam Malik meriwayatkan, Ibnu 'Abbas berkata "Rasulullah solat zuhur dengan 'asar secara jamak dan maghrib dengan 'isyak secara jamak, bukan ketika takut dan bukan ketika musafir."


Imam At-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbas yang berkata "Rasulullah s.a.w. menjamakkan zuhur dengan 'asar dan maghrib dengan 'isyak, bukan ketika takut dan bukan ketika hujan."


Banyak lagi kitab-kitab hadith serta kitab-kitab tafsir yang meriwayatkan perbuatan Rasulullah s.a.w. serta para sahabat begitu.

27.10.09

Nas-nas Berkaitan Ahlul Bayt

Nash kecintaan Rasulullah SAW pada ahlul-bait baginda dan pesanan agar umat Islam mencintai mereka

`Ali RA menemui Rasulullah SAW yang telah menghampar selembar selimut, lalu baginda duduk atasnya bersama `Ali, Fatimah, Hassan dan Hussein. Kemudian baginda bersabda : "Ya Allah, ridhoilah mereka sebagaimana aku ridho kepada mereka." Hadeeth riwayat At-Tarmizi bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : "Yang paling aku cintai di antara ahlul-baitku adalah Al-Hassan dan Al-Hussein." Imam Muslim pernah meriwayatkan sebuah Hadeeth Rasulullah SAW mengenai Al-Hassan yang menyebut: "Ya Allah, sesungguhnya aku mencintainya, maka cintailah dia, dan cintailah siapa yang mencintainya."


At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; "Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri ."


Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :"Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat." Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : "Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku" Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: "Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku."


Dalil Hadeeth-Hadeeth di atas amat jelas dan nyata akan suruhan- suruhan dan pesananpesanan Rasulullah SAW agar umat Islam mencintai para ahlul-baitnya demi cinta dan ketaatan mereka pada baginda Rasulullah SAW sendiri.

Nash mengenai keutamaan ahlul-bait

Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : "Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku'. "


Hadeeth ini bermaksud bahawa dalam keadaan kekelamkabutan dan huru- hara yang berlaku pada Hari Kiamat kelak, yakni sebelum berlakunya proses penghisaban, semua manusia akan menjadi `nafsu-nafsi', iaitu hanya tertumpu semata-mata memikirkan nasib dan keselamatan dirinya sahaja, tidak akan ada orang yang dapat memberi pertolongan kepada orang lain, baik keturunannya mahupun kerabatnya, kecuali Rasulullah SAW sendiri yang diberikan keistimewaan untuk menghulurkan pertolongan kepada nasab dan kerabat baginda yang beriman dengan Allah dan RasulNya, selain kepada umat baginda yang lainnya.


Sebuah Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : "Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!"


Dengan menyebut pesanan mengenai Ahli-Bait Nabi sebanyak dua kali, adalah sebagai suatu bentuk tekanan dan penegasan pada umat supaya perihatin terhadap apa yang menjadi hak dan kewajiban keturunan Rasulullah SAW. Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: "Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi."


Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : "Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis."


Sebuah lagi Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :" Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa." (HR Ahmad, Al-Hakim, ibnu Jarir dan At-Tabarani dalam kitab Al-Kabir) Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :""Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala."


Tegasnya, keutamaan ahlul-bait Rasulullah SAW diperakukan dalam hukum syarak mengikut nash hadeeth-hadeeth mutawatir yang tidak harus menimbulkan sebarang kekeliruan ataupun perselisihan. Keutamaan ini diperkukuhkan oleh khabar yang sahih bahawa keturunan baginda, Al-Mahdi akan menjadi khalifah akhir zaman kepada umat Islam.


Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku." Dari Tufail dari `Ali RA Nabi SAW bersabda : " Jika dunia ini hanya tinggal sehari sahaja nescaya Allah akan bangkitkan seorang lelaki dari keluargaku yang akan memenuhi dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman."

Nash yang menyuruh umat Islam menghormati serta membantu ahlul-bait

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menegaskan:"Orang yang terbaik di antara kalian ialah orang yang terbaik sikapnya terhadap keluargaku setelah aku tiada" Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan sebuah Hadeeth :" Empat golongan yang akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat: Orang yang menghormati keturunanku, orang yang memenuhi keperluan mereka, orang yang berusaha membantu urusan mereka pada saat diperlukan, dan orang yang mencintai mereka dengan hati dan lidahnya."


At-Thabarani pula mengketengahkan Hadeeth dari Abdullah ibnu `Umar RA yang mengatakan: "Allah SWT menetapkan tiga `hurumat' (hal-hal yang wajib dihormati dan tidak boleh dilanggar). Barangsiapa menjaga baik-baik tiga `hurumat' itu, Allah akan menjaga urusan agamanya dan keduniaannya. Dan barangsiapa tidak mengendahkannya, Allah tidak akan mengendahkan sesuatu baginya. Para sahabat bertanya: Apa tiga hurumat itu ya Rasulullah? Baginda menjawab: Hurumatul Islam, hurumatku dan hurumat kerabatku."

Nash yang menyuruh umat Islam menjaga hubungan ahlul-bait dan mengelakkan membenci mereka.

 

Dari Abu Said Al-Khudri RA, katanya, telah bersabda Rasulullah SAW :"Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seseorang tidak membenci kami, ahlulbait melainkan Allah akan memasukkan mereka ke dalam neraka." (HR Al-Hakim) Ketika puteri Abu Jahal meninggalkan orang tuanya untuk berangkat hijrah ke Madinah, berkata beberapa orang Muslimin kepadanya : "Hijrahmu ke Madinah tiada gunanya, kerana orang tuamu pasti akan menjadi umpan neraka". Ketika anak perempuan itu melaporkan cemuhan orang terhadap dirinya itu kepada Rasulullah SAW, baginda dengan nada gusar bersabda : " Kenapa sampai ada orang yang mahu mengganggu diriku dengan mencerca nasab dan keturunan kerabatku? Sungguhlah, siapa yang mengganggu kerabat dan nasabku bererti ia menggangguku, dan siapa yang menggangguku ia mengganggu Allah."


At-Thabarani juga meriwayatkan Hadeeth dari Jabir ibnu Abdullah RA yang menceritakan beliau sendiri dengar dari Rasulullah SAW dalam suatu khutbah antara lain menyebut: " Hai manusia, barangsiapa membenci kami, ahlul-bait, pada Hari Kiamat Allah akan menggiringnya sebagai orang Yahudi." Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam sebuah Hadeeth Marfu', bahawasanya Rasulullah SWT telah menegaskan: "Siapa yang membenci ahlul-bait ia adalah seorang munafik."


Umat Islam harus mengambil pengajaran dari pesanan-pesanan baginda Rasulullah SAW dalam menjaga adab dan perhubungan dengan para ahlul- baitnya, serta memelihara diri dari bersikap negatif dan mengkhianati mereka. Dalam lain perkataan, hubungan dengan cucu cicit Rasulullah SAW perlu dipelihara dan diberi perhatian khusus kerana itu merupakan sebahagian dari ajaran agama Islam.

Ahlul Bayt

Keistimewaan ahlul bait

Sabda Rasulullah SAW: "Mengapa ada orang-orang yang mengatakan bahwa hubungan kekerabatan dengan Rasulullah tidak bermanfaat pada hari kiamat? Sungguhlah, kekerabatan keberkesinambungan di dunia dan akhirat

Sabda Rasulullah SAW: "Bintang-bintang adalah keselamatan bagi penghuni langit, sedang ahlul-baitku keselamatan bagi penghuni bumi"

Ahlul bait adalah bekal dari Rasulullah

Sahih Muslim: Zain bin Arqam berkata Rasulullah bersabda: "Amma ba'du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah hamba Allah. Utusan Tuhanku (Malaikat Maut) hampir tiba dan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan pada kalian Ath-thaqalain (dua bekal berat). Yang pertama adalah Kitabullah (Al-Quran) , di dalamnya terdapat petunjuk dan cahay terang. Maka amalkan dan berpeganglah padanya". "Dan ahlul-baitku. Aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai ahlul-baitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai ahlul-baitku, aku ingatkan kalian kepada Allah mengenai ahlul-baitku"


Manfaat mencintai ahlul-bait

Hadis riwayat Imam Ahmad bin Hambal: 

"Barangsiapa mencitaiku dan mencintai keduanya itu (yakni Al Hassan dan Al-Hussein) serta mencintai ibu dan bapa mereka, yakni Fatimah az-Zahra dan Sayyidina 'Ali - kemudian ia meninggal dunia sebagai pengikut sunnahku, ia bersamaku di dalam syurga yang sederajat"

"Pada hari kiamat aku akan akan menjadi syafi' (penolong) bagi empat golongan. Yang menghormati keturunanku; yang memenuhi keperluan mereka; yang berupaya membantu urusan mereka pada waktu diperlukan dan yang mencintai mereka sepenuh hati"

Wasiat agar umat Islam mencintai ahlul-bait

Hadis riwayat At -Thabarani dan lain-lain: "Belum sempurna keiimanan seorang hamba Allah sebelum kecintannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri". 

Ibnu 'Abbas RA berkata bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Cintailah Allah atas kenikmatannya yang diberikanNya kepadamu sekalian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku karena mencintaiku" 

Ad-Dailami meriwayatkan hadis dari Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: "Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku"

Siapakah Ahlul Bait

Hadis Al Hakim berasal dari Zaid bin Arqam r.a...".. Mereka (ahlul bait) adalah keturunanku, dicipta dari darah dagingku dan dikurniai pengertian serta pengetahuanku. Celakalah orang dari umatku yang mendustakan keutamaan mereka dan memutuskan hubungan denganku melalui (pemutusan hubungan dengan) mereka. Kepada orang-orang seperti ini, Allah SWT tidak akan menurunkan syafaatku (pertolonganku)"

Sumber Rujukan

  • (Tun) Suzana (Tun) Hj Othman, Hj Mujaffar Dato' Hj Mohammad, Ahlul Bait (keluarga) Rasulullah SAW dan Kesultanan Melayu , Crescent News , Kuala Lumpur 2006

Ibadah Yang Dirindui

InsyaAllah, kita akan membicarakan sebuah ibadah yang amat dirindui hati, yang sangat dinantikan jiwa, dan begitu dialu – alukan oleh ruh kita. Betapa tidak, ibadah ini merupakan salah satu rukun Islam, yang kita harap semoga Allah azzawajalla mengurniakannya kepada setiap muslim dan muslimah. Ibadah ini adalah haji. InsyaAllah kita juga akan berbicara sekitar umrah, ziarah ke Madinah, dan ziarah ke makam Nabi Muhammad s.a.w.





Ibadah Generasi Tua?
           
            Perbahasan ibadah memiliki banyak aspek. Antara lain, niat dan keinginan kuat agar mampu melaksanakannya. Ini merupakan motivasi yang bagus, kerana sebahagian remaja merasa hairan dan tertanya – tanya, “Untuk apakah kita berbincang tentang ini? Ibadah ini bukanlah untuk kita... Haji adalah ibadah untuk generasi tua!”

            Mereka menyangka haji adalah untuk orang – orang yang banyak berbuat maksiat di masa muda serta banyak mengumpul dosa menggunung, sehingga di masa tuanya dia pergi mengerjakan haji agar Allah mengampuni dosa – dosanya itu.

            Saudaraku yang masih muda.... Tidakkah anda rindu untuk mengunjungi Rasulullah s.a.w.? Tidakkah anda rindu untuk berhaji ke Baitullah Ar – Haram (Rumah Allah yang suci)? Anda mengatakan, “Tentu saja saya merindukan itu...” Saya tahu anda begitu rindu akan semua itu. Kerana itu, pupuklah niat untuk mengerjakan haji tersebut mulai sekarang juga.

            Saudaraku tercinta... Bangkitkanlah hati sanubari anda.... Sebab kita memerlukan sebuah kepekaan rasa yang akan membekaskan keharuan. Perbicaraan kita ini akan berkisar mengenai nilai spiritual haji yang bergelojak di dalam hati dan insyaAllah akan menumbuhkan buahnya dalam jiwa. Kita tidak akan membahaskan aspek Fikih Haji mahupun tata cara Manasik.

            Percayakah anda jika saya katakan ibadah ini betul – betul penting, khususnya bagi kalangan remaja? Bagaimana jika anda gigih berdoa kepada Allah agar mengurniakan kesempatan dan kemampuan pergi haji ke Baitullah, kemudian ternyata Dia mengabulkannya?

            Demi Allah, ini bukanlah hal yang mustahil bagi – Nya.

            Sekarang seolah saya mendengar anda mengatakan, “Ya Allah, kurniakanlah kami (kesempatan dan kemampuan) untuk berhaji ke rumah Mu yang suci.”

Niat, meringankan anda

            Kembali saya ingatkan, aspek niat dalam pembahasan ibadah haji merupakan aspek yang amat penting! Ibadah haji memerlukan biaya yang besar dan kadang – kadang keadaan ekonomi kita tidak memungkinkan untuk itu.

            Berdoalah kepada Allah dengan hati yang tulus ikhlas, dan pupuklah niat serta motivasi kuat untuk berhaji. InsyaAllah ibadah ini akan dikurniakan untuk anda.

            Ya, siapa tahu? Seseorang mungkin berdoa, “Ya Rabbi, berikan kepada kami kemampuan dan kesempatan untuk mengunjungi Rumah – Mu yang suci.... ya Rabbi, hatiku telah rindu untuk mengujungi Rasul-Mu.... Ya Rabbi... janganlah hempaskan harapanku... Ya Rabbi... kabulkanlah permintaanku.” Ternyata kemudian Allah mengabulkan permintaannya. Lalu selepas mengerjakan haji dia berkata, “Pada hari H jam J saya berdoa kepada Allah azzawajalla, dengan tulus dan niat yang ikhlas, kemudian Allah mengabulkan doa saya itu.”

            Tidakkah ucapan ini mempengaruhi jiwa anda? Berniatlah sekarang juga dan tuluskan niat anda!


 (dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Haji)

24.10.09

Misteri Bajet 2010

1.CAGT diperkenalkan semula 5%.

5%!!!!??? Tak. 30% tax atas jualan rumah berumur setahun,...20%...10%.. then last sekali semua rumah dijual selepas 5 tahun dicukai 5%. Lagi teruk dari zaman sebelum Paklah, dulu rumah dijual selepas 5 tahun 0% cukai. La ni rumah nenek aku beli masa remaja,kemudian jual sekarang, pun kena 5% tax.

2.cukai pendapatan dikurang dari 27% kepada 26%.
Hanya orang bergaji >rm100,000.00 setahun sahaja merasa penurunan 1% tuh!!!!.

3.Pelepasan diri cukai rm1000.
ni semua merasa. tapi bukan hang dapat extra rm1000. setiap seribu pertama tu cukainya mungkin 5% tu 15% je. maknanya anda cuma jimat dari kena cukai sebanyak rm50 ke rm150 setahun je.

4.sedangkan cukai rm50 keatas kad kredit setahun.
ada 4 kad dah rm200 melayang setahun.

5.skim pencen untk self-employed macam drebar teksi,nelayan dll.
skim pencen!!!???? mak oiii.kerajaan bagi rm5 setiap rm100 caruman.wowwwwwwww.. tunggu. depa tak pernah carum, la ni kena carum (sukarela). maknanya simpan duit sendiri lah...apa ke maknanya skim pencen.
simpan/carum duit sendiri rm100 sebulan selama 25 tahun. terkumpul RM50,000 disimpan dalam EPF selama 25 tahun. bahagian kerajaan hanya rm5x12x5tahun=rm300 sahaja. tapi duit anda tersimpan dalam epf selama 25tahun. kalau 100,000 rakyat menabung begini, epf akan collect rm50,000,000,000.00 (rm50 billion) dan disimpan dalam poket kerajaan. kerajaan boleh seluk poket anytime nak pakai duit dalam saku kerajaan bernama epf ni.!!!

apa lagi...
bomb yg paling besar. GST dan penghapusan 'subsidi' minyak. kenapa tak umum detail??????
setakat kata akan dilaksanakan awal tahun depan. awal tahun depan bermakna 2 bulan lagi. bila dilaksanakan nanti, anda tau apa ke benda dua perkara tu.

1.minyak harga rm2.50 kat pam petrol.
orang yg dapat merasa'subsidi' hanya yg dapat tandatangan sokongan JKKK.
2.anda beli barang rm10 pada price tag...bila sampai kat kaunter bayaran...cashier kata rm10 barang 7.5% good tax atau service tax.

contoh mudah macam anda belanja kat KFC....harga tulis kat dinding rm9.90 tapi anda kena tambah 5% bila bayar sebagai service tax (government tax).
lepas ni anda beli apa sahaja...akan kena GST.
ada faham!!!????

Sumber: perundingperiuknasi.blogspot.com


Antara komen rakyat jelata berkaitan Bajet 2010 yang diumumkan semalam:

1- Bajet 2010 amat mendukacitakan kepada Petani dan Nelayan serta perkebun getah, selaku penanam padi Mereka dipingirkan sama sekali harga Padi masih di takok lama sedangkan tiada sebarang usaha untuk megurangkan kos di sawah. harapan saya semoga kami di beri insintif dan subsidi di beri pada si kaya kami berasa amat segan kerana kami sudahlah susah di beri subsidi macamlah kami paira!! dan si kaya di beri Insintif lagunya dan degungan atau idghamnya agak sedap bagaikan halwa telinga. Insintif gitu!!!! sesuai untuk brahman atau brahmin!!! . kami si miskin diberi kertas bergelar kupon!!??? si kaya di beri kertas bergelar wang!!???. Aduh!! apalah derhakanya kami rakyat jelata!!! sehinggakan Teraju UMNO sangup meletakkan rakyat jelata ini bagaikan haprak!! bak kata TDM. (kungfu panda)

2 - 2010 Budget is damned lousy. Nothing to help the people. As usual, all these arse wipers (just see all the newspapers) are wiping arses praising how good the budget is. Don’t these corporate figures have any backbone. What is so bad about calling a bad budget bad. We definitely can forget about Vision 2020.
(tong najis)

Komen ana pulak:

Bajet 2010 yang diumumkan semalam hanyalah sekadar untuk menarik balik sokongan rakyat kepada kerajaan UMNO-BN. Tidak lebih dari itu. Tiada apa yang istimewanya dengan pengumuman tersebut. Apa yang ana nampak adalah bajet tersebut hanya menguntungkan kerajaan dan kroni-kroni mereka, sebagaimana bajet-bajet yang terdahulu. Bagi ana, bajet yang diumumkan itu menyerlahkan lagi kerapuhan kewangan kerajaan UMNO-BN di bawah pimpinan Perdana Menteri sekarang. Malah ianya sedikitpun tidak membantu dalam usaha untuk membaikpulih keadaan ekonomi Malaysia. Yang peliknya, bagaimana PM boleh kata ekonomi Malaysia semakin berkembang baik sedangkan ekonomi negara-negara maju yang lain mengalami penurunan yang mendadak! Pelik dan ajaib....

21.10.09

5 Wasiat Allah SWT Kepada Rasulullah SAW

Dari Nabi SAW, " Pada waktu malam saya diisra'kan sampai ke langit, Allah SWT telah memberikan 5 wasiat, antaranya:

  1. Janganlah engkau gantungkan hati mu kepada dunia, kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  2. Jadikan cinta mu kepada Ku sebab tempat kembali mu adalah kepada Ku.
  3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga
  4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu tidak sedikitpun ada kuasa di tangan mereka.
  5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiyamullail.
Ibrahim bin Adham berkata,"Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tarekat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya yang akan membuatkan saya takut kepada Allah SWT. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada anda 7 perkara, iaitu:

  • orang yang banyak bicaranya, janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya
  • orang yang banyak makan, janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat daripadanya
  • orang yang banyak bergaul dengan manusia, janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya
  • orang yang cinta kepada dunia, janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya
  • orang yang bodoh, janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya
  • orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim, janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya
  • orang yang mencari keredhaan manusia, janganlah kamu harapkan sangat keredhaan Allah daripadanya."
Wallahu aálam

13.10.09

Jom Dengar Kuliah....


Ustaz Kazim Elias - Hukum Allah from manchuping on Vimeo.

8.10.09

Waktu Gempa Di Indonesia Sama dengan Surah dan Ayat Dalam Al-Quran!!!!!

Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qurân! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt.. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa' (Surah ke - 17 ayat 16): "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."�

17.58 (QS. Al Israa' (Surah ke - 17 ayat 58): "Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)."

8.52 (QS. Al Anfaal (Surah ke - 8 Ayat: 52): "(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya."�

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

2.10.09

Sebuah Dialog Di Malam Hari

"Akhi*, dulu ana* merasa semangat saat-saat aktif dalam dakwah. Tapi, kebelakangan ini rasanya semakin terasa hambar. Ukhuwah* makin kering-kontang, bahkan ana melihat ternyata banyak ikhwah* pula yang aneh dan pelik!"


Begitu keluh kesah seorang mad'u* kepada murabbi*nya di suatu malam. Sang murabbi hanya terdiam, mencuba terus menggali semua kegelisahan dalam diri mad'unya.


"Lalu apa yang ingin anta* lakukan setelah merasakan semua itu?" Sahut sang murrabi setelah sesaat termenung seketika.


"Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan perilaku dan sikap beberapa ikhwah yang tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang ana geluti*; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Jika terus begini, lebih baik ana bersendiri saja." Ikhwah itu berkata.


Sang murabbi termenung kembali. Tidak kelihatan raut terkejut daripada wajahnya. Sorot matanya tetap kelihatan tenang, seakan jawapan itu memang sudah diketahuinya sejak awal.


"Akhi, bila satu kali anta naik sebuah kapal mengharungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah rosak. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang reput, bahkan kabinnya penuh dengan sampah bauan kotoran akibat manusia. Lalu apa yang anta lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?" Tanya seorang murabbi dengan kiasan yang mendalam maknanya.


Sang mad'u terdiam berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam dengan kiasan yang amat tepat.


"Apakah anta memilih untuk terjun ke laut dan berenang sampai tujuan?" Sang murabbi mencuba memberi jawapan kepadanya.


"Bila anta terjun ke laut, sesaat anta akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasakan kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan lumba-lumba. Tapi itu hanya sesaat. Berapa kekuatan anta untuk berenang sampai tujuan? Bagaimana bila ribut datang? Dari mana anta mendapat makan dan minum? Bila malam datang bagaimana anta mengatasi hawa dingin?"


Serentetan pertanyaan dihamparkan di hadapan sang ikhwah tersebut. Tidak semena-mena, sang ikhwah menangis tersedu-sedu. Tak kuasa hatinya menahan kegundahan sedemikian. Kekecewaannya kekadang memuncak, namun sang murabbi yang dihormatinya justeru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya.


"Akhi, apakah anta masih merasa bahawa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju redha ALLAH SWT?"


Pertanyaan yang menghujam jiwa sang ikhwah. Ia hanya mengangguk.


"Bagaimana bila ternyata kereta yang anta bawa dalam menempuh jalan itu ternyata rosak dan bermasalah? Anta akan berjalan kaki meninggalkan kereta itu tersadai di tepi jalan atau mencuba memperbaikinya?" Tanya sang murabbi lagi.


Sang ikhwah tetap terdiam dalam esakan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkat tangannya.


"Cukup akhi, cukup. Ana sedar. Maafkan ana, InsyaALLAH ana akan tetap istiqamah*. Ana berdakwah bukan untuk mendapat pingat kehormatan atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan. Atau ana mendapat nama di sisi manusia. Biarlah yang lain dengan urusan peribadi masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah dan hanya Allah swt sahaja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji-NYA. Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan jadi pelebur dosa-dosa ana."


Sang mad'u berazam di hadapan sang murabbi yang semakin dihormatinya. Sang murabbi tersenyum.


"Akhi, jama'ah* ini adalah jama'ah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi di sebalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki. Mereka adalah peribadi-peribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan ALLAH SWT."


"Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu meresahkan perasaan anta. Sebagaimana ALLAH SWT menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka di mata anta dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Kerena di mata ALLAH SWT, belum tentu antum lebih baik dari mereka."


"Futur*, mundur lemah atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidakkesepakatan selalu diselesaikan dengan jalan itu; maka apakah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" Sambungnya panjang lebar.


"Kita bukan sekadar pemerhati yang hanya berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding jari kerana sesuatu kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafir pun boleh melakukannya. Tapi kita adalah dai'e. Kita adalah khalifah. Kitalah yang diberi amanat oleh Allah swt untuk menyelesaikan masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya membongkarnya, yang menjadikan ia semakin meruncing dan membarah."


Sang mad'u termenung sampai merenungi setiap kalimat murabbinya. Azamnya kembali menguat. Namun ada satu hal yang tetap bergelayut di hatinya.


"Tapi bagaimana ana boleh memperbaiki organisasi dakwah dengan kemampuan ana yang lemah ini?"


Sebuah pertanyaan konstruktif akhirnya muncul juga.


"Siapa kata kemampuan anta lemah? Apakah Allah swt menjadikan begitu kepada anta? Semua manusia punya potensi yang berbeza. Namun tak ada yang mampu melihat bahawa yang satu lebih baik dari yang lain!" Sahut sang murabbi.


"Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah kerjasama dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang pada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu kerana peringatan selalu berguna bagi orang yang beriman. Bila ada sebuah isu atau fitnah, tutuplah telinga anta dan bertaubatlah. Singkirkan segala prasangka anta terhadap saudara anta sendiri."


Malam itu sang mad'u menyedari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap hidup bersama jama'ah untuk tetap mengharungi jalan dakwah dan tarbiyah. Kembalikan semangat itu saudaraku, jangan biarkan putus asa itu hilang, ditelan gersangnya debu yang menerpa. Biarlah itu semua menjadi saksi sampai kita diberi dua kebaikan oleh ALLAH SWT.


Kemenangan atau Mati Syahid



Ikhlas adalah roh daripada setiap amal. Ikhlas adalah motivasi yang kuat agar amal kita tetap terjaga sentiasa, tidak usang kerana kepanasan dan tidak luntur kerana kehujanan, tidak ghurur* kerana pujian dan tidak kendur kerana cacian. Terus bergerak ke arah tujuan yang paling tinggi puncak dan cita-citanya. Peliharalah keikhlasan dalam bekerja. Semoga kita sama-sama terus istiqamah dalam dakwah dan tarbiyyah.

20.9.09


Salam 'Aidilfitri buat mak, ayah, isteri, adik-adik (di Malaysia dan di Mesir),guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, kawan-kawan serta sesiapa saja yang mengenali diri ana. Moga 'Aidilfitri kali ini membawa sinar keimanan yang baru dalam hidup kita. Maaf zahir dan batin...

10.9.09

Pelumba atau sekadar pemerhati?

Ramadhan Al-Mubarak semakin menghampiri pengakhirannya. Samada sedar atau tidak, Ramadhan kini sudah pun menginjak ke 10 malam yang terakhir. Bilangan malam yang amat kritikal bagi mereka yang menanti-nantikan saat bertemunya dengan Lailatul Qadar yang dijanjikan.

Sudah semestinya bila tiba saja 10 malam yang terakhir ini, para mukminin yang bertaqwa akan berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah masing-masing dengan harapan dapat bertemu dengan satu malam yang terlebih baik dari 1000 bulan....iaitulah malam Lailatul Qadar. Malam yang menjanjikan seribu satu hikmah, kebajikan dan pahala bagi sesiapa saja yang berusaha untuk mendapatkannya dengan melipatgandakan amal ibadah.

Persoalannya, apakah kita sekarang ini termasuk di dalam perlumbaan tersebut atau sekadar menjadi pemerhati untuk melihat siapakah pemenangnya yang berjaya menggondol hadiah seperti yang dijanjikan?


7.9.09

Doktor Neurologi Temui Keajaiban ALLAH

Assalam Mu’alaikum W.W.W! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam… Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US:


‘Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.


Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan ‘Perubatan Melalui Al-Qur’an’ ..


Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.


Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.


Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !


Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam……. Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!


Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!


Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.’


* Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu Yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang Mengajarnya meskipun dia sudah mati.

4.9.09

Sedekah Berbuka Besar Pahalanya

Ibn ‘Abaas berkata, “Rasulullah adalah orang yang paling banyak bersedekah dan baginda memperbanyakkan sedekah di bulan ramadhan iaitu bulan di mana Jibrael bertemu baginda setiap malam dari awal hingga akhir Ramadhan.” (alBukhari). Sabda Rasulullah SAW “Barangsiapa yang memberi makan (berbuka) untuk orang yang berpuasa ia akan mendapat pahala yang sama banyaknya dengan pahala puasa orang yang diberi makan itu, tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang itu. ”. Riwayat (at-Tirmidzi).

IBNU Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Apabila datang hari pertama Ramadan, maka bertiuplah angin 'Al-Mutsiiratu' dari Arsy dan menggerakkan daun pohon syurga hingga terdengar sayup-sayup suara merdu yang tidak pernah terdengar oleh sesiapa pun. "Bidadari melihat dan mendengar ke arah sayup-sayup suara merdu itu sambil berkata: “Ya Allah, jadikan kami pada bulan ini (Ramadan) sebagai isteri hamba-hamba- Mu. Maka Allah mengahwinkan hamba-Nya yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan bidadari cantik.”



Ini adalah salah satu cebisan kebaikan dan ketinggian Ramadan yang sedang dilalui umat Islam.



Kita harus bersyukur kerana dapat berada dalam Ramadan al-Mubarak, iaitu bulan awalnya rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya merdeka (terlepas) daripada api neraka.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menahan tidur serta beramal pada Ramadan dengan beriman bersungguh-sungguh akan kelebihannya serta ikhlas semata-mata kerana Allah, nescaya diampuni segala dosanya yang lalu.”


Bulan Ramadan mempunyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan yang lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nuzul Quran dan amal kebajikan.


Salman Al Farisi meriwayatkan: “Dalam sebuah hadis panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami naungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang mukmin.“Barang siapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan.”