BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)
Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

21.10.09

5 Wasiat Allah SWT Kepada Rasulullah SAW

Dari Nabi SAW, " Pada waktu malam saya diisra'kan sampai ke langit, Allah SWT telah memberikan 5 wasiat, antaranya:

  1. Janganlah engkau gantungkan hati mu kepada dunia, kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  2. Jadikan cinta mu kepada Ku sebab tempat kembali mu adalah kepada Ku.
  3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga
  4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu tidak sedikitpun ada kuasa di tangan mereka.
  5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta qiyamullail.
Ibrahim bin Adham berkata,"Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tarekat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya yang akan membuatkan saya takut kepada Allah SWT. Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada anda 7 perkara, iaitu:

  • orang yang banyak bicaranya, janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya
  • orang yang banyak makan, janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat daripadanya
  • orang yang banyak bergaul dengan manusia, janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya
  • orang yang cinta kepada dunia, janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya
  • orang yang bodoh, janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya
  • orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim, janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya
  • orang yang mencari keredhaan manusia, janganlah kamu harapkan sangat keredhaan Allah daripadanya."
Wallahu aálam

20.9.09


Salam 'Aidilfitri buat mak, ayah, isteri, adik-adik (di Malaysia dan di Mesir),guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, kawan-kawan serta sesiapa saja yang mengenali diri ana. Moga 'Aidilfitri kali ini membawa sinar keimanan yang baru dalam hidup kita. Maaf zahir dan batin...

10.9.09

Pelumba atau sekadar pemerhati?

Ramadhan Al-Mubarak semakin menghampiri pengakhirannya. Samada sedar atau tidak, Ramadhan kini sudah pun menginjak ke 10 malam yang terakhir. Bilangan malam yang amat kritikal bagi mereka yang menanti-nantikan saat bertemunya dengan Lailatul Qadar yang dijanjikan.

Sudah semestinya bila tiba saja 10 malam yang terakhir ini, para mukminin yang bertaqwa akan berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah masing-masing dengan harapan dapat bertemu dengan satu malam yang terlebih baik dari 1000 bulan....iaitulah malam Lailatul Qadar. Malam yang menjanjikan seribu satu hikmah, kebajikan dan pahala bagi sesiapa saja yang berusaha untuk mendapatkannya dengan melipatgandakan amal ibadah.

Persoalannya, apakah kita sekarang ini termasuk di dalam perlumbaan tersebut atau sekadar menjadi pemerhati untuk melihat siapakah pemenangnya yang berjaya menggondol hadiah seperti yang dijanjikan?


7.9.09

Doktor Neurologi Temui Keajaiban ALLAH

Assalam Mu’alaikum W.W.W! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam Dan juga yang Bukan Islam… Bacalah E mail ini dari sahabat yg menetap di US:


‘Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.


Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan ‘Perubatan Melalui Al-Qur’an’ ..


Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.


Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.


Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !


Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam……. Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!


Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!


Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.’


* Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada Kita semua. Ilmu Yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang Mengajarnya meskipun dia sudah mati.

1.9.09

Andai Ini Ramadhan Terakhir




Andai ini Ramadhan terakhir

Ku mohon agar Kau terimalah segala taubat ku Ya Allah

Kau ampunkanlah segala dosa-dosa ku terhadap Mu

moga perjalanan ku menemui Mu tidak beronak duri



Andai ini Ramadhan terakhir

Kau terimalah segala amal ibadah ku

Solat ku, puasa ku, sedekah jariah ku

Moga semuanya itu akan menjadi penebus

dosa ku di hadapan Mu Ya Allah



Andai ini Ramadhan terakhir

Hanya kepada Mu ingin ku bermunajata

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...

kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam”



Andai ini Ramadhan terakhir

Sungguh…tidak akan ku sia-siakan waktu walau sesaat pun

setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja

di setiap kesempatan juga masa yang terluang

Al-Quran mukjizat Mu akn sentiasa ku kumandang



Allahu Rabbi,

Andai ini Ramadhan terakhir

Akan ku pastikan lena ku tidak diulit mimpi

Akan ku hiasi malam ku dengan bertasbih, berzikir dan bertahmid

mengadu...merintih. ..meminta belas kasih

Sambil kepada Mu ku memuji



Andai ini Ramadhan terakhir

Ku mohon Kau pertemukanlah aku dengan Lailatul Qdar

Satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan

Satu malam idaman setiap insan yang beriman



Andai ini Ramadhan terakhir

Akan ku persiapkan zahir dan batin

Menanti nyawa terakhir di cabut Ízrail

Dengan izin Mu Wahai Tuhan Rabbul Jalil


Duhai Ilahi....

andai ini Ramadhan terakhir buat diri ku

jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...paling bermakna

Ramadhan Yang menjadi Pembasuh Kehitaman hati

Ramadhan yang menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayang Mu


Ya Allah,

Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku

Akhirkanlah hidup ku dalam Husnul Khaatimah

Janganlah Kau akhirkannya dengan Suul Khaatimah

Kau ampunkanlah segala dosa ahli keluarga ku,

isteri ku, dosa kedua ibubapa ku

Maafkanlah aku dan ampunkanlah aku

Agar…akhir hidup ku semudah kematian yang dinikmati oleh

Para Kekasih Mu.


Amin, Ya Rabbal Álamiin.



Ibnuzahid al-filfilaani

30.8.09

Asal usul Tarian Poco-poco

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan keizinanNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama Islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.



Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama Kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.



Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama-sama fikirkan.



Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?



Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.



Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.



Wallahu a’alam.

12.7.09

Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda,


مَنْ أَََََََحَبَّ أَنْ يَتَمَثَّلَ النَّاسُ لَهُ قِيَامًا فَلْيَتَبَّوَأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ


“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)


Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,

“Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hadis sahih)

Yang dimaksudkan dengan berdiri di dalam hadis ini adalah berdiri dengan tujuan untuk mengagungkan seseorang. Iaitu dengan cara berdiri di (dari) tempat duduknya dan dia tidak berganjak dari tempat duduk asalnya. Iaitu sekadar berdiri sebagai tanda hormat.

Adapun berdiri dan bergegas (menuju kepada seseorang) dengan sebab untuk menyambut tetamu atau memberi pertolongan kepada orang yang hadir, maka itu tidak termasuk di dalam ancaman daripada hadis di atas.

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka dihormati dengan berdiri, ketika dia masuk ke sesuatu majlis, maka dia diancam dengan ancaman Neraka.


“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” (Al-Hujurat: 13)

Mungkin ada yang berkata, “Jika kita tidak berdiri untuk orang yang masuk ke dalam majlis, mungkin dalam hatinya terdetik sesuatu prasangka kepada kita yang duduk.”


Kita menjawab, “Kita menjelaskan kepada orang yang datang itu, bahawa kecintaan kita padanya terletak di hati. Dan kita meneladani Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam yang membenci berdiri sebagai tanda penghormatan. Juga meneladani para sahabat yang tidak berdiri untuk beliau. Dan kita tidak mengkehendaki orang yang datang itu masuk Neraka.”

Maka, dengan itu, janganlah kita zahirkan cara penghormatan yang boleh mengakibatkan mereka yang diberi penghormatan itu diancam dengan Neraka sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam,

“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)



Disunting dari buku: Golongan Yang Selamat, Syaikh Muhammad Jamil Zainu.