BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

16.7.08

Sejarah...

Rabu...16 Julai 2008. Dari makmal steno... sedang menunggu cleaner mengemas dan membersihkan makmal, aku mengambil kesempatan yang ada untuk menukilkan sedikit apa yang telah berlaku dalam sehari dua yang lepas. Kelmarin, satu majlis jamuan perpisahan telah diadakan pada jam 12.30 t/hari di pejabat aku sempena meraikan pertukaran Ketua Jabatan dan dua orang pensyarah ke POLIMAS, Jitra. Aku ditugaskan sebagai pembaca doa... Selepas selesai jer makan, aku terus balik ke rumah kerana ada amanah yang perlu aku tunaikan. Jam 4 petang baru aku masuk semula ke pejabat... Duit zakat Rafis ayah dah ambik pada hari Isnin yang lalu dan dah dibank in pun.

Semalam, sejarah telah tercipta. Debat berkaitan harga minyak antara Dato' Seri Anwar dengan Menteri Penerangan. Hanya sejam masa diperuntukan. Dari awal aku dah agak akan berlakunya ketidakadilan dalam pelaksanaan debat terutamanya daripada moderator yang bertanggungjawab. Kesimpulannya, DSAI memang hebat. Menteri Penerangan nampak macam budak sekolah...lain yang ditanya lain yang dijawab. Keluar tajuk....

Hari ni, lebih kurang sejam yang lalu Dato' Seri Anwar telah ditahan oleh polis dari IPK KL di hadapan rumah beliau setelah kembalinya dari Pejabat BPR. Beliau di tahan dengan begitu kasar...macam penjenayah besar. Dari awal lagi memang dah dijangkakan akan penahanan beliau...aku turut bersedih. Risau pun ada...risau berlakunya perkara yang sama seperti tahun 1998 dahulu. Kebanyakkan polis sekarang sudah menjadi 'anjing' kepada pemerintah...tinggalkan tanggungjawab sebenar. Aku doakan semoga DSAI dipelihara Allah SWT semasa dalam tahanan. Moga matlamat dan impian Pakatan Rakyat untuk mengambialih kerajaan Malaysia akan segera dimakbulkan Allah SWT.

10.7.08

Motor rosak lagi...

Malang memang tidak berbau....ungkapan yang dah lama aku tak guna. Dulu, masa sekolah rendah selalu jugak aku guna ketika mengarang karangan. Sekarang, betul-betul terjadi kat diri aku. Motor aku buat hal lagi... Niat cuma nak tukar bulb lampu depan jer, entah macam mana bila dah tukar yang baru pun masih tak mau nak menyala jugak. Check punya check...rupanya menatang koil lampu tu yang rosak. Aku ingat murah ja....rupanya RM88 beb!!!! Bukan tu saja, malah socket lampu pun rosak jugak. Campur kesemua yang kena tukar tu termasuk bulb lampu campur pi campur mai aku kena bayar RM122. Ingatkan RM88 ja.... Hmmm....melayang lagi duit yang aku nak simpan untuk belanja bulan ni. Duit tu hasil dari claim rebet roadtax kat pejabat pos yang kerajaan Pak Lah bagi tu. RM150...RM50 aku bagi kat mak, lebihnya aku ambik kononnya nak simpan buat belanja lah. Sekali motor mangkuk ayun tu pulak buat hal....so, nak tak nak, kena guna jugaklah duit tu. Cemuih betoi.... hajat nak simpan untuk bayar bil telefon pun masih tak tercapai.

Apa nak jadi dengan nasib aku....tak habis-habis masalah menimpa. Entah lah...malas nak pikir.

Malas lah nak pikir banyak-banyak...tidur lagi bagus!
Malas lah nak pikir banyak-banyak...tidur lagi bagus!

Gambar Kawin Aku (25 November 2007)

dan banyak lagi; http://www.box.net/shared/vdru6jejow

p/s: Terlewat sikit posting sebab blog ni pun aku baru mulakan pada 2 bulan yang lepas jer.

9.7.08

Coretan Ringkas...

Perjalanan aku ke tempat kerja awal pagi ini diiringi rintikan hujan di sepanjang jalan. Sejuknya bukan main ditambah dengan suasana awal pagi yang sememangnya sejuk. Walaupun agak lewat bertolak ke tempat kerja, alhamdulillah aku masih sempat sampai tepat pada waktunya. Fikiran ku masih memikirkan beberapa masalah yang sedang aku hadapi termasuk yang terbaru ini. Hari ni, kawan aku akan berkunjung ke JPJ untuk membuat rayuan dengan membawa cukai jalan yang telah siap tengahari kelmarin. Harap, rayuan tersebut diterima. Beliau ke JPJ tengahari tadi dan sehingga kini aku masih belum mengetahui keputusannya kerana belum berpeluang untuk bertemu. Mungkin dia ada program dengan pelajar-pelajar baru. Harap, berita positif.

Petang semalam, dalam perjalanan untuk ke tempat kerja setelah pulang ke rumah untuk makan tengahari tayar belakang motor aku pulak pancit. Betul-betul dugaan.... dalam keadaan kewangan yang tak mengizinkan aku berbelanja lebih, ada saja hal yang memaksa aku untuk menggunakan wang yang pada mulanya aku simpan dengan niat untuk membayar hutang. Hidup ini memang bermasalah....tak habis-habis dengan masalah. Apakah ada hikmah di sebalik seribu satu masalah yang aku hadapi kini? Aku sendiri tiada jawapan kerna masih belum ku temui apakah hikmah yang menanti. Yang pasti, selepas satu masalah, akan timbul pula satu masalah baru dalam hidup aku. Di mana hikmahnya?! "Ku serahkan segala pada-Mu Tuhan, Yang Menjadikan jua Mencipta..... Ampunkan segala dosa-dosaku samada yang terang atau yang tersembunyi moga aku tidak malu untuk berhadapan dengan Mu di akhirat nanti."

Pukul 4 petang tadi, terserempak dengan kawan aku kat ofis. Katanya, rayuan ditolak oleh JPJ. Memang berita buruk yang aku dapat. Dah agak dah..... Jadi, tawakkal je lah. Moga ada jalan penyelesaiain lain. Leceh sebab masalah ni melibatkan seorang kawan, kalau aku seorang yang tanggung, tak kisah sangat macam mana pun.

Hmmm...bila gaknya masalah nak selesai. Kan bagus kalau aku jadi kucing. He,he....
Hmmm...bila agaknya masalah nak selesai. Kan bagus kalau aku jadi kucing. He,he....

8.7.08

Lelaki Tua & Burung

Siang tadi, dalam sibuk membaca emel ada satu emel yang dikirimkan kepada ku yang rasanya agak kelakar bagi sesiapa saja yang membacanya. Kisah lelaki tua dengan burungnya...menarik untuk dikongsi bersama sebagai penyedap diri yang bermasalah terutamanya aku!

Ada seorang lelaki tua yang memiliki hobi memelihara burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya hilang. Merasa aksi pencuri sudah keterlaluan, si lelaki tua itu membawa masalah tersebut dalam pertemuan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua: "Siapa di sini yang punya burung?" Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah: "Bukan itu maksud saya. Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung?" Seluruh penduduk wanita pun berdiri.

Menyedari pertanyaannya masih tidak tepat, dengan muka merah padam dia menyambung, "Maaf, bukan itu maksud saya."

Sekali lagi dia bertanya.

"Maksud saya, siapa di antara kalian yang pernah lihat burung yang bukan milik sendiri?" Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki tua itu makin merah. Ia makin gugup.

"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya. Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?" Lalu… Isteri lelaki itu pun pun berdiri… dan dua orang wanita lain…

Maka kali ini muka sang isteri merah padam.

Lelaki itu pun terpaksa melarikan diri…

Menyesal dia bertanya…..hua. ..ha..haaa haaa.

Akulah yang curi burung lelaki tua tu...huhuh!
Akulah yang curi burung lelaki tua tu...huhuh!

Masalah makin bertambah

7 Julai 2008....hari malang bagi aku. Setelah bertimbun masalah yang aku hadapi masih belum selesai sepenuhnya, tiba pulak masalah baru. Motor aku kena saman pagi kelmarin ketika dipinjam oleh rakan sekerja untuk ke maybank. Sebab roadtax masih belum dibayar. Sebenarnya aku dah plan untuk membayar rodtax tersebut tatkala aku balik untuk makan tengahari. Tapi, dah memang malang nasib aku tak sempat nak bayar dah kena saman terlebih dahulu. Aaarggh....kenapa banyak sangat masalah dalam hidup aku. Aku dah bosan dengan semua masalah ni...semakin bertambah pulak tu. Sudah la yang sedia ada pun aku dah tak terdaya nak hadapi.

Tengahari ni roadtax motor tu siap. Aku akan serah pada kawan aku untuk dibawa ke JPJ membuat rayuan mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kesian dia...dah lah baru jer kerja dah kena naik mahkamah disebabkan aku tak bayar roadtax. Silap-silap, dengan aku sekali kena tarik ke mahkamah sebab motor aku. Masalah, masalah...... Bila agaknya hidup aku akan aman dan tenteram tanpa MASALAH???? Aku dah bosan....

Aku dah bosaaaannn!!!!!
Aku dah bosaaaannn!!!!!

5.7.08

Rafis telefon...

Seawal pagi tadi aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit ku. Lantas ku menjawab panggilan tersebut. Ah...Rafis rupanya. Lama benar dia tidak menghubungi kami di sini. Ketika berbual dia menyatakan bahawa telah mendapat zakat daripada Baitulmal Perlis dan meminta ku mengkhabarkan kepada ayah untuk mengambil duit zakat tersebut untuknya. Tidak lama berbual, ku cadangkan padanya untuk berbual dengan ibu tercinta. Bagi ku, si ibu mesti teringin bangat untuk berbual dengan anak keempatnya yang sudah terlalu lama tidak bersua muka.

Perbualan mereka terhenti seketika dan disambung perbualan melalui internet. Sebelum itu, kata Rafis hanya ada masa dua minit saja untuk berbual. Hmm...tapi bila dah berbual melalui internet membawa kepada hampir sejam kalau tak salah ku. He,he... sudah ku agak akan terjadi begitu. Ku biarkan saja mereka....

Tengahari tadi, sempat ku membaca blog Rafis yang telah pun dikemaskini. Ku jangkakan beliau terus menulis tatkala habis saja berbual dengan ibu di rumah. Sudah ku agak, beliau hampir-hampir menangis ketika berbual berpandukan kepada nada suaranya di akhir perbualan. Perkara biasa bagi si anak dan si ibu yang berjauhan dengan jarak yang amat jauh dan jangkamasa yang agak lama. Malah ibu sendiri turut mengalirkan airmata walaupun cuba untuk disembunyikan.

Ku mengharapkan agar beliau membuat keputusan untuk pulang setelah memperolehi keputusan peperiksaan nanti. Dapat juga meringankan beban kami di sini...kerana keperluan yang mendesak perlu diutamakan.

29.6.08

Terkini...

29 Jun2008....hari minggu. Esok aku masih lagi bercuti...seronok rasanya. Kelmarin, adik bongsu aku telah bertolak ke K.Terengganu untuk pendaftaran beliau di UDM Gong Badak. turut serta yang menghantar termasuklah mak dan ayah , razif serta isteri. Bertolak pada jam 8.30 pagi kelmarin dan sampai lebih kurang jam 6 petang. Alhamdulillah...selamat sampai juga akhirnya mereka kat sana. Hari ni, menurut berita yang dikirimkan mereka semua telah bertolak pulang pada jam 2 petang tadi dan sehingga saat aku menulis ni kemungkinan besar mereka sudah pun merentasi negeri Perak Darul Ridzuan. Harap mereka selamat sampai ke rumah. Lepas 'asar tadi, adik ipar aku datang bersama dengan sepupu beliau. Mungkin sengaja datang menziarah....hampir sejam mereka bertamu. Cuma air teh dan kek pisang yang mampu kami hidangkan...

Kelmarin juga Malaysia dikejutkan lagi dengan satu lagi tuduhan terbaru terhadap dato' seri Anwar Ibrahim....beliau dituduh meliwat!! tuduhan yang sama sebagaimana 10 tahun yang lepas. Satu laporang polis telah dibuat oleh seoarng pemuda yang mengaku bahawa DSAI telah meliwat beliau pada 26 Jun 2008 yang lalu. Aneh...perkara ni berlaku selepas saja budak muda tersebut berjumpa dengan najib Tun Razak. Apakah ini merupakan satu konspirasi kedua untuk menjahanamkan karier politik DSAI memandangkan Pakatan rakyat sudah semakin hampir ke Putrajaya? Malah, diberitakan juga daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa ada usaha untuk menamatkan riwayat hidup beliau. Atas sebab tersebutlah kini beliau atas nasihat daripada kepimpinan tertinggi Parti Keadilan agar berlindung buat sementara waktu di Kedutaan Turki di ibu negara memandangkan Presiden Turki sendiri merupakan sahabat karib beliau.

Sama-samalah kita berdoa agar beliau sentiasa dilindungi Allah SWT termasuk seluruh ahli keluarganya. Allahu akbar!!!

Berita terbaru yang aku dapat, mak, ayah, razif dan ros dah pun sampai di Baling, Kedah. Rasanya dah tak lama dah untuk sampai ke rumah. Moga selamat dalam perjalanan...rasanya dalam jam 12 ke 1 pagi mungkin diaorang akan selamat sampai.