BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

25.1.09

Selamat Hari Lahir Buat Isteri Tercinta

MyCartopia.com Click here to get one

Selamat Hari Lahir Yang ke 25 Buat Isteri Tercinta....Mariafaizuha (25 Januari 2009). Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

24.1.09

Tanda-tanda Hampirnya Saat Kematian

Tanda-tanda saat kematian semakin hampir.

* 100 hari
Seluruh badan rasa bergetar

*60 hari
Pusat rasa bergerak-gerak

*40 hari
Daun dengan nama orang yang akan mati di 'Arasy akan jatuh dan Malaikat Maut pun akan datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kekadang, orang yang mati tersebut akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut dan akan kelihatan seperti sedang runsing.

*7 Hari
Mengidam makanan

*5 Hari
Anak lidah bergerak-gerak

*3 Hari
Bahagian tengah dahi bergerak-gerak

*2 Hari
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

*1 Hari
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak antara waktu Subuh dan 'Asar

*Saat Akhir
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan)

*Bila Malaikat Maut mencabut nyawa
Baginda Rasulullah SAW bersabda:"Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah sekumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya hingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang lagi sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi sekumpulan malaikat masuk dan menarik rohnya dari dada hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu. Kalau yang nazak itu orang yang beriman, maka Malaikat Jibril akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukan itu di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat Syurga, dia akan lupa kepada orang yang di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus pada sayap Jibril A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S akan menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Nerakadan dalam masa itu orang tersebut tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia melihat Neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

p/s: Marilah kita semua selalu ingatkan mati. Kerana saat kematian itu sebenarnya begitu hampir dengan kita cuma kita saja yang tidak sedar. Janganlah kita berlumba-lumba mengumpul harta kekayaan dunia kerana semua itu akan kita tinggalkan. Tetapi berlumba-lumbalah mengumpul pahala dan amal kebajikan kerana hanya itulah yang akan menjadi bekal untuk kita bawa mengadap Allah 'Azza wa Jalla di akhirat kelak. Fikir-fikirkanlah.....

22.1.09

Panduan Khusyu' Dalam Beribadat

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Ramai di antara kita apabila hendak melaksanakan ibadat kepada Tuhan maka mereka kecundang dengan berbagai olah gangguan syaitan yang di izinkan oleh Allah mengganggu manusia ketika beribadat dan luar ibadat, gangguan ini bukan saja datang daripada Syaitan dari kalangan jin akan tetapi juga dari kalangan syaitan jenis manusia, selain daripada gangguan dari dua jenis makhluk ini terdapat juga gangguan dari alam di sekeliling terutama di tempat kerja, di sebabkan adanya gangguan tersebut maka manusia terus juga meneruskan ibadatnya sebagai menunaikan tanggungjawabnya kepada Tuhan, hasilnya ? Mereka bertuhankan kepada syaitan dari kalangan jin dan manusia, alam keliling dan sebagainya kerana salah satu dari tumpuan beribadat tersebut ialah mengingat kepada pencipta alam.

Manusia di ajar supaya khusyu' dalam beribadat kepada Allah namun kebanyakkannya gagal melakukan khusyu' kerana tidak di sampaikan ilmu yang berkenaan melainkan kita di suruh tenangkan hati atau tetapkan hati, sedangkan kebanyakkan manusia tidak pula mengenal hatinya, sepatutnya bukan tenangkan hati akan tetapi tenangkan fikiran, Apakah fikiran itu ? Inilah akibat jika ramai penyampai ilmu yang pandai menyampaikan ilmu akan tetapi tidak pandai untuk menghuraikan apa yang mereka cakapkan.

TENANGKAN FIKIRAN

Untuk menenangkan fikiran maka perlulah seseorang itu mengenal akal dan lembaga akalnya, bukan setakat bercakap tentang akal sahaja, kerana akal itulah yang menjadi kunci khusyu' tersebut namun akal juga tidak akan dapat berbuat apa-apa jika lembaga akal tidak turut memainkan peranannya, adapun lemgaga akal itu ialah:

1.Manik
Manik ialah nur yang ada pada lembaga akal yang tugasnya menangkap dan menerima sesuatu berita yang tersurat dan tersirat dengan cepat dan tepat yang bermula dari panca indera, jelasnya apa sahaja yang di lihat, di dengar, di sentuh maka akan segeralah di simpan dan akan di arkibkan di lembaga akal yang bernama fikir.

2.Fikir
Fungsinya untuk menilai berita yang datang dan di terima, berita yang telah di simpan, berita yang di tangguh, berita yang perlu di nilai sebelum apa-apa keputusan di ambil tindakan susulan.

3.Sukma
Fungsinya ialah melahirkan sesuatu perasaan kasihan belas serta menanggung sesuatu sikap kesedara dan kehibaan atas sesuatu tekanan yang faedahnya akan dapat mengubah suasana alam keliling atau diri sendiri.

4.Budi
Fungsinya melahirkan sesuatu sikap yang bertimbangrasa mengikut ilmu yang tersimpan pada lembaga akal fikir, ia melahirkan sikap bertanggungjawab atas perkara tertentu bukan atas desakan atau di paksa-paksa, ia akan lahir dari sikap dan akhlak.

5.Rasa
Fungsinya adalah melairkan perasaan bertanggungjawab apabila amanah di berikan kepadanya dan ia akan melahirkan sikap yakin, sabar, tegas dan nekad ia tertakluk pada nafu yang baik dan keimanan yang luhur.

Demikian peranan lembaga akal yang telah di tetapkan oleh Allah kepada setiap manusia yang hidup ini, cuma yang menyebabkan manusia kadangkala menghadapi untuk berfikir ialah sebab mereka tidak di perkenalkan oleh penyampai-penyampai ilmu atau memang ilmu ini tiada pada mereka, sebenarnya kekuatan akal manusia dapat mengubah sesuatu perkara secara nyata.

KERJA PENUMPUAN AKAL

Buat latihan selalu sebelum mengamalkan sesuatu ibadat

1. Kosongkan segala ingatan kepada mengingat sesuatu daripada alam ini, tumpukan kepada Allah dengan melakukan amalan shuhud iaitu dengan nafas turun dan naik atau keluar dan masuk, peranan penumpuan ini di lakukan oleh Akal, apabila nafas naik dari pusat ke ubun-ubun ataupun masuk dari kedua lubang hidung hingga ke ubun-ubun maka kita hendaklah ingat HU (nafsiyah atau diri Tuhan) Dan apabila nafas turun dari ubun-ubun ke pusat ataupun keluar ikut hidung maka ingatkan kalimah Allah (Asmak) demikianlah berulang-ulang.

2. Ingatkan kepada pengakuan kita semasa berada di alam Roh yang kita berjajni bertuhankan kepada Allah, sila rujuk pada Al-Quran dalam surah Al A'araf 172 (Pimpinan Ar Rahman muka surat 1465 atau muka surat 314) Dan ingatkan juga ayat 91 dari surah An Nahl yang mana janji ikrar kita di hadapan Allah yang mana Allah meminta kita supaya jangan membatalkan sumpa dan janji kita yang mana Allah sendiri yang menjadi saksi kita.

3. Bayangkan wajah kamu yang sedang berikrar dengan Tuhan sepertimana kamu ikrarkan pada ayat 162 dan ayat 163 dari surah Al An'am yang mana kamu berjanji tidak melakukan syirik kepadaNya.

4. Pejamkan mata jika itu lebih baik untuk khusyu'.

5. Tekankan perasaan kita sebagai manusia yang tersangat kerdil kepada Allah.

6. Kemudian teruskan memuja mujiNya dengan menyebut kalimah yang lain, tapi ingat di waktu yang sama jangan sekali-kali kita lupa peranan utama kerja akal yang terus menerus mengikuti shuhud yang di lakukan oleh nyawa atau nafas di samping kerja akal juga pada melihat kerja Roh yang membaca ayat-ayat pujian yang lain.

Selamat mencuba dan mengamalkannya dengan sabar sehingga kita dapat kesannya yang baik dan kita juga dapat merasa kesan peratusan kita mengingat Allah.

Sumber: Pakkaramu

21.1.09

Salam Imtihaan


Buat adiku ku, Rafis di Universiti Al-Azhar, Mesir.


Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki acuan Al-Quran
Basah lidahnya mengingati Tuhan
Tunduk pandangannya penuh kesederhanaan

Lelaki acuan Al-Quran
Lembut tuturnya dalam ketaqwaan
Quran dan Sunnah jadi panduan
Akhlaq Nabi jadi ikutan

Lelaki acuan Al-Quran
Hidup matinya kerana Tuhan

Lelaki acuan Al-Quran
Jadi teladan sepanjnag zaman
Jadi teman di perjalanan



20.1.09

Peninggalan Tidak Bermaksud Haram

NABI SAW MENINGGALKAN SESUATU PERBUATAN TIDAK SEMESTINYA PERBUATAN TERSEBUT HARAM @ MAKRUH

Oleh :
Shaykh al-Muhaddith Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari

Ramai di kalangan muta'akhir ini bersikap keras kepala (mutanatthi’in) dan menyemempitkan pemikiran mereka (mutazammittin). Lantaran yang mengambil pendekatan melampau dalam mengharamkan atau mencela sesuatu yang ditinggalkan Nabi SAW dan para Salafus Soleh. Walaupun mereka ketiadaan hujjah, atau tiada Hadith mahupun Athar yang melarang sesuatu amalan yang ditinggalkan itu. Samada larangan tersebut berstatus Haram atau Makruh.

Apa jua yang ditinggalkan oleh Nabi SAW mempunyai banyak alasan-alasan yang tidak pun bertujuan pengharamannya. Bahkan kekadang ia menjustifikasikan hukum yang harus untuk dilakukan. Keterangan ini boleh difahami berdasarkan beberapa faktor:

[1] ADAT (al-Urf) : Nabi SAW tidak memakan dhabb yang dibawa kepadanya kerana ia tidak ditemui di tempatnya. Namun Baginda SAW tidak melarangnya apabila ditanya. Dua hukum boleh diambil dari peristiwa ini:

a) Peninggalan sesuatu walaupun setelah Baginda SAW dimaklumkan, bukanlah menunjukkan ianya diharamkan;

b) Walaupun sesuatu itu jijik pada pandangan Baginda SAW, namun ia tidak dipandang jijik oleh sebahagian sahabat Baginda SAW. Dan situasi ini tidak semestinya membawa kepada pengharamannya;

[2] LUPA (al-Nisyan) : Nabi SAW pernah terlupa dalam Solatnya dan meninggalkan sesuatu, lalu ditanya: "Adakah sesuatu perubahan pada Solat? " Maka jawab Baginda SAW: “Sesungguhnya aku manusia biasa, aku lupa sepertimana kamu lupa, jika aku lupa peringatkanlah daku.”

[3] TAKUT DIFARDHUKAN: Baginda SAW meninggalkan Solat Terawih berjemaah apabila para sahabat berkumpul untuk mengerjakannya bersama-sama Baginda SAW. Baginda SAW meninggalkan amalan tersebut dikhuatiri amalan berkenaan dianggap wajib oleh umatnya.

[4] TIDAK PERNAH TERLINTAS: Baginda SAW meninggalkan sesuatu kerana tidak pernah terfikir atau terlintas akan kepentingan hal itu. Contohnya, Nabi SAW pada awalnya berkhutbah di atas batang kurma, tidak pernah terlintas di fikiran Baginda untuk menggunakan kerusi/mimbar ketika berkhutbah, dan apabila diajukan cadangan untuk membina mimbar agar Baginda berkhutbah di atasnya, Baginda bersetuju kerana ia lebih berkesan. Dalam kes yang lain, dicadangkan kepada Baginda SAW agar dibuatkan tempat duduk khas untuk Baginda SAW agar rombongan asing mengetahui bahawa itulah Rasulullah SAW. Maka Rasulullah SAW bersetuju dengan cadangan mereka itu walaupun Baginda sendiri tidak pernah terfikir tentangnya;

[5] TERMASUK DALAM PERINTAH UMUM: Ada suatu perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW disebabkan perkara berkenaan sudah termasuk dalam perintah Am ayat-ayat al-Qur'an dan al-Hadith, yang menganjurkan melakukan pelbagai amalan-amalan baik ((perlakulah olehmu semua akan kebaikan, moga-moga kamu beroleh kejayaan)). Termasuklah sepertimana Baginda meninggalkan Solat Dhuha, dan amalan-amalan sunat lain yang banyak.

[6] MENINGGALKAN KERANA KHUATIR HATI PARA SAHABAT BELUM TEGUH : Nabi SAW pernah berkata kepada Sayyidatina 'Aisyah RA bahawa: “Jikalau tidak kerana kaummu ini baru sahaja meninggalkan kekufuran, nescaya aku robohkan Kaabah ini dan bangunkan kembali atas asas Nabi Ibrahim AS”.

Tindakan Nabi SAW untuk “tidak meruntuhkan Kaabah dan tidak membangunkannya kembali” adalah demi menjaga hati-hati para Sahabatnya dari kalangan ahli Makkah. Justeru, apabila tidak ada Hadith atau Athar yang jelas terhadap sesuatu yang ditinggalkan Nabi SAW maka hukumnya tidak menjadi Haram atau Makruh.

Peninggalan Tidak Bermaksud Haram

Peninggalan semata-mata tanpa ada Nas atau kaedah yang jelas menyatakan peninggalan itu diharamkan tidak boleh dijadikan hujjah (bahawa peninggalan itu kerana pengharamannya) Hanya beralasankan sesuatu amalan itu ditinggalkan oleh Baginda SAW. Oleh itu, tidak memadai untuk dihukumkan sesuatu amalan yang ditinggalkan Nabi SAW itu Haram, sebaliknya sesuatu yang didakwa haram itu perlu didatangkan dalil jelas. Di mana dalil tersebut ‘benar-benar’ berfungsi menunjukkan bahawa peninggalan itu kerana pengharamannya. –Petikan dari Kitab al-Radd al-Muhkam al-Matin


Mufti Saudi Mengaku Dirinya Maqam Nabi

MUFTI NEGARA SAUDI ARABIA YANG RAMAI MEMPERKATAKAN BANYAK MENYOKONG AMERIKA DAN YAHUDI ZIONIS MENGAKUI DIRINYA SEBAGAI MENGAMBIL-ALIH TEMPAT DAN BERMARTABAT MAQAM KENABIAN. SELAIN MENDAKWA DIRINYA BERMARTABAT MAQAM NABI, MUFTI SAUDI TERSEBUT TURUT MEMBERITAHU DIRINYA SEBAGAI MUFTI ITU LEBIH MULIA DARI PARA SAHABAT NABI DAN PARA TABI'EIN.

Mufti negara Saudi Arabia sekarang yang bernama Abdul Aziz Bin Abdullah Al-Asyeikh (gambar) yang terkenal membawa fahaman Wahhabi sejak beberapa tahun terdahulu kini mengaku dirinya mengambil-alih tempat Nabi Muhammad dan mendakwa dirinya mempunyai kehormatan yang tinggi melebihi para Sahabat Nabi dan para tabi'ien.
Pengakuan tokoh Wahhabi tersebut dinyatakan olehnya sendiri yang dirakamkan pada hari ini 19/01/2009M dalam satu muktamar yang diadakan olehnya dinamakan sendiri sebagai Muktamar Fatwa Wa Dhowabituha di Mekah.

Kenyataan penuh, lihat di bawah:
(Sumber:http://www.okhdood.com/?act=artc&id=3396)

آل الشيخ: المفتي يقوم مقام النبي
صوت الأخدود - 19 / 1 / 2009م - 5:59 ص
اعتبر مفتي عام السعودية الشيخ عبدالعزيز آل الشيخ إن المفتي يقوم مقام النبي عليه السلام في الأمة نظرا لما يمتلكه المفتي من فضل عند الصحابة والتابعين.
وشدد آل الشيخ على هامش مؤتمر الفتوى وضوابطها المنعقد في منطقة مكة المكرمة شدد على إن ما يدل على سمو منصب المفتي تهيب الكثير من السلف من الإقدام على الفتوى, مؤكدا أهمية وخطورة الفتوى في الإسلام. وذكر آل الشيخ أن كتب أهل العلم توضح أن المتصدين للفتوى كانوا يتهيبون ويتريثون ويتوقفون في بعض الأحيان عن القول ولا يتحرجون من الاعلان عن عدم المعرفة في حال لم يتوصلوا الى اجوبة للمسائل التي تطرح عليهم.


P/S: Hadith Nabi yang bermaksud: " Ulama itu pewaris Nabi " tidak langsung bererti ulama itu mengambil tempat dan maqam kenabian! tetapi bererti ulama Islam itu penyampai ilmu yang telah disampaikan oleh Nabi secara benar dan amanah.





Anak Bin Baz Tolak Fatwa-fatwa Ayahnya

ANAK KEPADA ABDUL 'AZIZ BIN BAZ MENOLAK FATWA-FATWA YANG PERNAH DIKELUARKAN OLEH AYAHNYA YANG MEMBAWA AJARAN WAHHABI.

Ahmad bin Abdul Aziz Bin Baz menolak fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh bapanya iaitu Abdul Aziz Bin Baz yang merupakan tokoh besar agama Wahhabi. Apabila anaknya menyedari terdapat banyak pandangan yang pelampau dan radikal terbit dari ramai pendakyah Wahhabi di negara Saudi Arabia beliau (Ahmad) telah mengisytiharkan agar fahaman itu perlu dihapuskan (Rujuk Al-Awsat 2004) dan kini pula anak kepada tokoh ajaran Wahhabi ini menolak fatwa-fatwa yang terbit dari ayahnya Abdul Aziz Bin Baz.

Kenyataan penuh, lihat di bawah:

(Sumber:http://www.okhdood.com/?act=artc&id=2724)

تخيل لو سألوه عن الحكم في «الجينز» والتشبه بالكفار
أحمد بن باز: فتاوى والدي غير صالحة لكل الحالات وبعض الفتاوى تصدر على أساس أسئلة «ملغومة»
صوت الأخدود - 12 / 9 / 2008م - 7:59 ص
أحمد عبدالعزيز بن باز
أحمد عبدالعزيز بن باز

أكد أمين عام مؤسسة الشيخ عبدالعزيز بن باز الخيرية الشيخ أحمد بن باز أن تغير الصورة المحيطة بالحالة يستوجب تغير الحكم الشرعي ذاهباً إلى أن فتاوى والده ليست صالحة لكل الحالات. وقال الشيخ أحمد إن لكل فتوى حالتها المعينة خصوصاً حين تكون اجتهادية فيما لم يرد فيه دليل صريح من القرآن والسنة، سواء كانت هذه الفتوى للشيخ ابن باز أو للشيخ ابن عثيمين أو غيرهما من العلماء.
وأضاف موضحاً أن كل هؤلاء أعطوا رأيهم في المسألة حسبما توفر لهم من الأدلة، وكل حالة لها رؤية ووقائع معينة، وأحياناً تختلف الصور والوقائع، ومن ثم لا يمكن استمرار الفتوى على الحالة المختلفة ومدار الحكم على وجود الصورة في الشيء الذي صدرت من أجله الفتوى.
وبشأن محاولة بعض طلبة العلم تفصيل أسئلة للشيخ الراحل ليكون الحكم فيها حراماً، قال الشيخ أحمد: ليس طلبة العلم وحدهم أو إنهم هم من كانوا يقومون بذلك، ولكن عامة الناس كذلك، فتخيل مثلاً لو أتى رجل إلى سماحة الوالد - رحمه الله - وسأله: ما حكم "الجينز" يا شيخ، مع العلم أن فيه تشبها بالكفار؟ هنا وضع التشبه بالكفار هو العلة، ومن الطبيعي أن يفتي الشيخ بناء على سؤال السائل.. وهكذا.

وقال أمين عام مؤسسة الشيخ عبدالعزيز بن باز الخيرية الشيخ أحمد بن عبدالعزيز بن باز, في حوار اجراه الزميل عضوان الاحمري في صحيفة الوطن إن العالم الإسلامي بحاجة إلى المفكرين والمربين أكثر من حاجته للمفتين ويرى أن برامج الإفتاء الموجودة على القنوات التلفزيونية الآن ظاهرة غير صحية ومقلقة,وأنها تضيق على الأمة حيث أنها تفتح الباب على مصراعيه للجميع للسؤال عن أمور سكت الإسلام عنها رحمة بنا فيكون السؤال من أجل السؤال فقط ويكون التحريم والتضييق في كثير من الحالات.
الشيخ أحمد بن باز, بصراحته المعهودة قال إن بعض طلبة العلم كان يأتي للشيخ ابن باز -رحمه الله- وكان يحاول استصدار فتوى توافق هواه, ويرى أن كثير من طلبة العلم يبتعدون عن المسمى الحقيقي لطلبة العلم حيث يحاول كثير منهم أن يخدم أهدافه أكثر من أن يخدم الدعوة, وحذر الوعاظ من الكذب واختلاق القصص, ورأى أن من يقومون بهذا العمل أقرب للعوام منهم لطلبة العلم الشرعي,ويرى أنهم من محبي الظهور وأن يذكر اسمهم أنهم أوردوا هذه القصة.
تدشين أمير منطقة الرياض صاحب السمو الملكي الأمير سلمان بن عبدالعزيز لمكتبة الشيخ ابن بازالصوتية, والتي تحوي أكثر من (50) ألف ساعة صوتية مسجلة, دفعنا للحوار مع الشيخ أحمد حول تجديد فتاوى الشيخ ومراجعة الإرث العلمي له. وفيما يلي نص الحوار:

* تم تدشين المكتبة الصوتية للشيخ عبدالعزيز بن باز بداية هذا الأسبوع,صف لنا المشروع ماذا يحوي؟.
- المشروع الذي دشن هو المرحلة الثانية,والسنة هذه تم تدشين المرحلة الثانية على يد أمير منطقة الرياض الأمير سلمان,والمكتبة الصوتية تحوي (50) ألف ساعة صوتية مسجلة للشيخ عبدالعزيز بن باز رحمه الله, وحاولنا جمع جميع الساعات الصوتية المسجلة سواءً لدى طلبة الشيخ أو الدوائر الحكومية أو المكتبات والمدارس, ونحن جمعناها ليستفيد منها طلبة العلم وأهل الاختصاص.

* ما هي المشاريع المستقبلية لمؤسسة الشيخ عبدالعزيز بن باز الخيرية؟.
- المرحلة المقبلة سنركز على المشاريع العلمية والفكرية بشكل أكبر,وسنترك المشاريع الاجتماعية للجهات الاجتماعية وسنحاول قدر المستطاع التخصص في الشأن العلمي والبحث العلمي المتعلق بالقضايا العلمية والفكرية المعاصرة.

* شيخ أحمد, بعيداً عن المؤسسة, لكن فيما يتعلق بالشيخ الوالد عبدالعزيز بن باز رحمه الله, هناك دائماً مطالبة بمراجعة الفتاوى القديمة التي صدرت له كحد أدنى منذ عشر سنوات, وتشكيل لجان لمراجعتها وتطبيقها على الواقع الحالي,خصوصاً في ظل التطور المفاجئ للأحداث والمجتمع، هل أنت موافق على هذا التجديد ومراجعة الإرث العلمي لسماحة الوالد؟.
- أولاً لا نطلق عليها تجديدا أو مراجعة بالصورة الكاملة,لكن كل فتوى لها حالتها المعينة خصوصاً حين تكون اجتهادية فيما لم يرد فيه دليل صريح من القرآن والسنة,وسواء كانت هذه الفتوى للوالد رحمه الله أو للشيخ محمد بن عثيمين أو غيرهما من العلماء الذين وافاهم الأجل أو من العلماء الذين قبلهم,أقول إن كل هؤلاء أعطوا رأيهم في المسألة حسب ما توفر لهم من الأدلة وكل حالة لها رؤية ووقائع معينة وأحياناً الصور والوقائع تختلف. وهنا لا يمكن استمرار الفتوى على الحالة المختلفة ومدار الحكم على وجود الصورة في الشيء الذي صدرت من أجله الفتوى, ويجب ألا نقول تغيير الفتوى لأنه إذا تكررت الحالة يتكرر الحكم وإذا تغيرت تغير الحكم.

* يعني هل نستطيع أن نقول إن الفتاوى التي صدرت من الشيخ عبدالعزيز بن باز كانت اجتهاداً في أمور لم يرد بها النص وكانت على حالات معينة, ويجب ألا يتم الاستشهاد بها في غير موضعها مثلاً؟.
- كما قلت لك إن هناك فتاوى قيلت في قضايا معينة, فإذا وجدت في الوقت المعاصر ما ينطبق على الفتوى ويطابق حالتها فيؤخذ بها أو لا إن تغيرت الصورة والواقعة، ولا يعني ذلك أن يبدأ طلبة العلم بوضع فتاوى الشيخ رحمه الله في كل قضية حسب هواهم هم, وإنما يجب أن نعرف الحالة والصورة والواقعة ومدى تشابهها مع المسألة التي صدرت فيها الفتوى وما يحيط بها. والنقطة المهمة أن الفتوى لا تتغير لأنها منسوبة إلى شخص يتحملها,لكن الذي يتغير الحكم الشرعي وملابسات الحدث. نحن لسنا مقيدين بفتوى الشيخ ابن باز مثلاً إذا تغيرت الحالة وتغيرت الصورة.

* دائماً ما يستشهد طلبة العلم الشباب بفتاوى الشيخين ابن باز وابن عثيمين, وحين تطالبهم بالرجوع إلى القرآن والسنة كنص أساسي وعدم اللجوء إلى الفتوى التي قد تكون صدرت لحالة معينة يرفضون ذلك, رأيك؟.
- قد تكون المسألة بسبب تقديس البعض لرأي الشيخين, رغم أن الشيخين استندا إلى القرآن والسنة, لكن بسبب التقاعس الذي يصيب بعض طالبي العلم عن البحث أو تجد من يقول هذا القول ويكرره من العامة الذين يسمعون الفتاوى في المجالس أو يقرؤون مجموع الفتاوى في كتب دون أن يعرفوا بقية التفاصيل ومن هنا تبدأ أزمة الاستشهاد بالفتاوى. هناك نصوص صريحة من القرآن والسنة لا تحتاج إلى تفصيل, وأعتقد أن هذه محسوم أمرها... أما القضايا الاجتهادية فهي تتغير مع تغير الزمان.

* من خلال معايشتكم لسماحة الوالد رحمه الله, بصراحة, هل ترى أن بعض طلبة العلم يشكلون مشكلة وإشكالية في الفتوى, حيث يحاول بعضهم تفصيل الأسئلة ليكون الحكم حراماً ويحاولون جاهدين استصدار الأحكام حسب أهوائهم؟.
- لا نريد أن نقول إن طلبة العلم وحدهم أو إنهم هم من كانوا يقومون بذلك، ولكن عامة الناس كذلك, لكن فعلاً كان هناك أناس يأتون وهمهم الأول استصدار حكم معين, فتخيل مثلاً لو أتى رجل إلى سماحة الوالد رحمه الله وسأله: ما حكم الجنز يا شيخ مع العلم أن فيه تشبها بالكفار, فهنا وضع التشبه بالكفار هو العلة ومن الطبيعي أن يفتي الشيخ بناءً على سؤال السائل. وهنا أقول إن بعض المستفتين يؤثرون بشكل كبير في شكل الفتوى خصوصاً حين يبدؤون بتزيين السؤال بمحسنات من شأنها أن تؤثر على نوع الحكم, وهذا يكون في الذين يأتون لاستصدار فتوى معينة فيبدأ بالقول إن هذه القضية أدت إلى ذرائع كثيرة أو أمور محرمة وفيها خطر كبير على الأمة، وهنا من الطبيعي أن يكون رأي الشيخ بالتحريم أو المنع لهذه المسألة.

* هل سبق أن كنت مع الشيخ رحمه الله وأتى إليه أناس يحاولون استصدار فتاوى؟.
- نعم, حالات كثيرة، ولكن في كثير منها وخصوصاً التي يشعر الشيخ بأن فيها مبالغة يسأل عنها ويتأكد منها ثم يصدر حكمه بناءً على ما وصل إليه من تصور حقيقي, والبعض للأسف يحاول الكذب والكذب في السؤال من أجل الحصول على ما يريد, ناسياً ومتناسياً الذمة والأمانة بالرغم من أنها أول ما يجب أن يتبادر إلى ذهن طالب العلم, لكن لا ندري ماذا يحدث.

* العامة قد يكونون جهلة في الأمور الدينية, لكن دعنا نتحدث عن طلبة العلم الشرعي... المفترض عليهم أن يبحثوا عن الحق بدلاً من استصدار الفتاوى, ألا توافق ذلك؟.
- دعني أقل لك, طلبة العلم الشرعي المفترض فيهم البحث عن الحق وألا يبحثوا عن الآراء التي توافق هواهم, وكما تعرف أن بعض الناس لديه رأي خاص به ويريد أن يدعمه برأي عالم له كلمته وثقته عند الناس, فيبدأ بتفصيل السؤال من أجل الحصول على إجابة توافق هواه ويسعى من أجل الحصول على إجابة وهذا يخالف في الحقيقة الأمانة الشرعية التي يجب أن يحملها طالب العلم, فمثلاً تكون هناك مسألة مباحة لكن طالب العلم هذا يرى أنها حرام فيبدأ بالسعي ثم السعي من أجل الحصول على رأي يؤيد قوله ثم يبدأ بنشره ليدعم رأيه ويحاول موافقة رغبته من قبل الشيخ ويبدأ بالاسترسال في السؤال بتفاصيل خيالية ليكون الحكم الذي يريد, وهنا أنا لا أتكلم عن الشيخ ابن باز فقط بل غالب العلماء يأتون إليهم بعض الطلبة الذين لديهم أهواء معينة ويبحثون عن الحكم الذي يحقق لهم أمنية معينة فقط.

* الشيخ ابن باز رحمه الله طيلة مسيرته في الإفتاء, لم يحاول إصدار بيانات من أجل إرضاء طلبة العلم لديه, ماذا كانت سياسته في ذلك؟.
- توجه سماحة الشيخ رحمة الله عليه ما كان يرى أن هذا الأسلوب مناسب في المشاركة العلمية أو في إبداء الرأي في مسألة معينة, لأن أبواب ولاة الأمر مفتوحة للعلماء وكان يرى رحمه الله أن البيانات من الأمور المحرضة على الفوضى بشكل غير مباشر, وما دام أن أبواب ولاة الأمر مفتوحة فلا يحتاج إلى إصدار بيان لأن فيها من الشغب وتفرقة الصف والبلبلة ما الله به عليم, ولأنه قد نجم عن البيانات سوء أكثر مما أصدرت لأجله.

* شيخ أحمد, ما رأيك في ظاهرة الإفتاء الحالية خصوصاً في ظل ظهور برامج إفتاء بشكل غير طبيعي, هل ترى أنها تشكل خطورة على الفتوى والتضييق على الناس؟.
- نحن بحاجة إلى ظهور مفكرين ومربين وفقهاء متخصصين في فقه الواقع, أما المفتون فأظنها ليست إيجابية كثرتهم, نحن بحاجة إلى المفكرين والمربين أكثر من حاجتنا للمفتين, وكثرة المفتين تدفع الناس للسؤال وبعضه يسأل بدون هدف بل يسأل عن أشياء سكت الإسلام عنها رحمة بالمسلمين وفجأة تجد أن السائل يسأل... لماذا؟.. لأنه توفر له بيئة تجيب عليه. ظاهرة غير صحية برامج الإفتاء, وهي تخلق أزمة بدلاً من أن تحل مشكلة, يجب أن يكون هناك حل للحد منها والناس للأسف أصبحوا يكررون الأسئلة حتى لو عرفوا الإجابة.

* هل تقصد أن فيها تضييقاً على الأمة مثلاً؟.
- بالضبط, تجد أن الإنسان من أول ما يستيقظ في الصباح يبدأ بالتفكير في الاتصال على برنامج إفتاء أو على شيخ لسؤاله عن مسألة معينة هل هي حرام أم حلال, الأوامر واضحة والنواهي واضحة والأمور الملتبسة قليلة وكثرة المفتين وكثرة برامج الإفتاء محرضة على السؤال ويكثر السؤال عما هو موكل إلى رأي الإنسان وقلبه.

* إذاً أنت معارض لبرامج الإفتاء؟.
- أعتقد أن برامج الإفتاء ليست ظاهرة صحية, أتمنى أن تكون برامج الإفتاء مثل برنامج الشيخ سلمان العودة مثلاً يناقش قضايا واقعية وفقهية تهم الجميع وتهم الأمة الإسلامية وليس برنامجاً كاملاً للإجابة على أسئلة مكررة أو مصطنعة.

* موضوع برامج الإفتاء والفضائيات أعادني إلى موضوع مهم، كان قديماً ثم عاد قبل سنوات, وهو موضوع اختراع القصص والكذب في الدعوة من قبل بعض الوعاظ من أجل تخويف الناس سواءً بعذاب القبر أو الموت, لماذا يلجأ الواعظ إلى هذه الطريقة برأيك؟.
- إما أن يكون الدافع هو الجهل, لأنه في هذه الحالة أشبه بأن يكون عامياً لا طالب علم, أو أن يكون السبب حب الظهور مثلاً, وإلاّ فالمفترض على المسلم الابتعاد عن الكذب واختلاق القصص، ومن يرد أن يدعو فعليه أن يدعو بالحكمة والموعظة الحسنة. والواعظ يعلم جيداً أن القصة الخيالية سيتم تداولها على ألسنة الناس باسمه فمن الطبيعي أن تجلب له الجماهير.

* رسالة أخيرة للقائمين على الشأن الديني وخصوصاً الإعلامي منه في السعودية؟.
- نحن بحاجة إلى فتح برامج حوارية أكثر من حاجتنا إلى برامج الإفتاء, والرسالة قد تكون طويلة لكنني سأختصرها بأن برامج الإفتاء مضارها أكثر من منافعها حتى لو كنا لا نعلم, يجب أن نفتح ونطلق برامج حوارية دينية تصنع الوعي أفضل من التسابق في إطلاق برامج إفتاء تضيق على الأمة بدلاً من أن توسع عليها,كما أوجه رسالة للذين يختلقون القصص من أجل الدعوة إلى الله, المسلم لا يخاف من الموت فكيف تخالفون القاعدة وتخوفونه من الموت ومن عذاب القبر وتخترعون القصص والروايات لذلك؟...المشكلة أن المؤمن لا يكذب ومع ذلك كثير من الدعاة يمارسون الكذب في دعوتهم إلى الله.. والله أعلم.