BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

13.4.09

Apa nak jadi...?!

Rakyat Negeri Sembilan memang bernasib baik!

Bernasib baik tidak mendapat Yang Di Pertuan Besar Tauke Kilang Arak Carlsberg sebagai Raja mereka!

Kerabat di Raja Negeri Sembilan rupanya mempunyai seorang Tauke Kilang Arak terbesar di Malaysia sebagai salah seorang kerabat di raja yang hampir!

Hampir dipertabalkan sebagai Yang di Pertuan Besar Negri Sembilan baru baru ini dari 3 orang!

Mujurlah yang terpilih adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini.




















Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan Negara Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong Tauke Kilang Arak!!!!

Na'uzubillahimin zalik!

Phewwwww!!!!

Pada mulanya saya tidak perasan akan perkara ini tetapi bila Abdul Rahman Celcom hantar pesanan Yahoochat pada saya pagi tadi meminta saya mengulas artikel terbarunya menghentam UMNO, maka saya membuat kajian saya tersendiri dan memang geram melihat manusia manusia yang di raikan orang sebagai pembesar pembesar Tanah Melayu ini rupanya terdiri dari mereka yang mentekedarah hasil pembuatan dan penjualan arak terbesar di negara yang mendabik dada sebagai negara Islam di rantau ini.

Ikuti http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

Laporan Reuters :
http://www.reuters.com/finance/stocks companyOfficers?symbol=CBMS.KL&viewId=bio


































































Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali
bin Dato’ Mohd. Seth, P.G.A.T., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., D.H.M.S., P.N.B.S., J.M.N., P.P.C., jssc, psc


Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar
D.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., P.P.T.

(Gambar atas sebelum gambar mat salleh tu)























Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin
, P.S.M., P.J.N.,
J.S.M., S.M.J., K.M.N.

Seorang Kerabat Di Raja Negri Sembilan, seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera kita dan seorang tokoh korporat dan juga pengarah Scomi Berhad, syarikat kelolaan anak bekas Perdana Menteri Al Imamul Akbar Al Islam Hadhari Tun Abdullah Badawi al Ngantuki.

Cantik!!! Memang kelas sungguh jatidiri manusia manusia yang bergelar di Malaysia ini.

Setakat nak harap darjah dan pangkat kebesaran berjela jela dibelakang nama ini, saya tak hairan lah barang secebis sekali pun!

Bagi saya pakcik tua yang duduk berzikir dipenjuru masjid itu jauh lebih hebat dari manusia manusia bergelar ini!

Rakyat Malaysia! bukalah mata anda seluas luasnya dan sadar akan peribadi manusia manusia sebegini yang kekadang disanjung, dimuliakan dengan hamparan permaidani merah, menjunjung sembah hormat ketika mereka lalu, hanya perbuatan sia sia belaka!

Rakyat Negri Sembilan! Anda perlu mengadakan kenduri majlis kesyukuran kerana terlepas bala musibah mendaulatkan seorang tauke kilang arak!

Hish!!! Loya tekak hamba memikirkannya.....

Carlsberg ..oh Carlsberg...berpengarah Melayu rupanya kamu...

Patutlah tak boleh disentuh Al Maunah sekalipun....

Sialnya berterusan dibumi bertuah ini.....

Selagi ujudnya kilang arak haram tajaan makhluk diraja ini dan juga dua orang lagi manusia Melayu yang mengaku Muslim tetapi berkelakuan haprak seperti ini..selagi itulah negara kita ini akan terdedah kepada murka Allah Azza Wa Jalla!!

Satu persatu bencana alam sedang melanda negara kita yang sebelum ini tidak pernah berlaku?

Apa sebabnya?

Bila sesebuah negeri atau negara dimana penduduknya ramai beragama Islam tetapi mempunyai pembesar dan pemimpin yang menaungi kerja kerja maksiat dan mungkar seperti mendirikan kilang arak dan pusat judi serta makan hasil haram darinya itu, maka halal lah akan diri mereka itu ditimpa musibah Allah!

Bila manusia manusia yang diamanahkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menjaga urusan umat Islam khianat terhadap amanat itu dan bertindak membelakangkan ajaran Islam dan perintah allah, maka jatuh haramlah kepimpinan mereka itu!

Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam, Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :

Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :
Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda : " Mana mana lelaki yang allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga".
Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Ini khianat namanya tuan tuan dan puan puan. Bukan setakat manusia 3 orang di atas ini sahaja yang sedang melakukan pecah amanah rakyat terhadap mereka?

Ramai lagi. Satu persatu akan kita dedahkan bilamana sampai saat dan waktu serta bukti bukti yang kukuh serta sahih, Insya Allah!

Manusia manusia pembesar Melayu yang dipaparkan diatas sekian lama ini selesa menaja kilang arak terbesar di rantau Asia ini kerana sekian lama ini media perdana tidak berani mendedahkan kepada pembaca umum akan kelakuan seperti ini kerana ujudnya penapisan oleh para editor dan arahan kementerian itu dan ini.

Mintak maaf le, blogger seperti saya ini hanya akur pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Dah tua dah bro...apake jadahnya nak gentar dengan manusia?

Alang kepalang hidup biar dalam keadaan mujahadah menebus dosa dan silap kita jangan mati didalam keadaan syubhat dengan makhluk perosak sekelian!

Kita dedahkan kerana Allah! Biar umat Islam sedar akan siapa dia makhluk makhluk yang mereka sanjung, hormat, puji dan puja sekian lama ini?

Bayangkanlah dah berapa lama dok makan hasil dari kilang arak ini dan bagi makan anak bini mereka?

Kasihan sungguh anak anak bini yang membesar dari makan minum hasil haram sebegini?

Kasihan......

Beruntung lagi makcik tua dipedalaman yang makan nasi berulam pucuk paku dari manusia bergelar makan mewah tetapi berulam hasil haram seperti ini!

Agak agak tuan puan, akan sadar diri ke makhluk makhluk bergelar ini?

Entah le....


Sumber: www.kerabubersuara.blogspot.com


5.4.09

Pesta Konvo PTSS Kali Ke-3

Hari ini merupakan hari pertama (Ahad; 5-4-2009) Pesta konvokesyen Kali Ke-3 bagi PTSS. Juga merupakan hari wajib bagi semua staf PTSS untuk hadir bekerja walaupun ianya hari cuti hujung minggu. Dalam keadaan demam yang masih menguasai diri, ku gagahkan juga untuk hadir setelah bercuti selama 3 hari memandangkan tanggungjawab yang terpikul sepanjang 2 hari pesta konvo tersebut.

Dalam tahun ini sahaja, rasanya sudah banyak kali aku mengambil MC. Kali ini, biarlah aku korbankan cuti rehat tahun lepas yang masih lagi berbaki 3 hari. Semoga demam yang tidak diundang ini akan menjadi kaffarah dosa-dosa aku kepada Allah 'Azza wa jalla.

4.4.09

Siapakah dia

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Siapakah orang yang KEDEKUT ?
Orang yang kedekut ialah orang yang membiar atau membuang email ini begitu sahaja malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain
.



ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side..

30.3.09

Ceritera CINTA

Nukilan kali ini ku adaptasikan hasil karya Rafis (adik ku yang masih belajar di Cairo) yang mana karyanya ini telah menjadikannya sebagai Naib Johan dalam pertandingan Sayembara mencipta Puisi Maulidur rasul 1430H.

Ceritera CINTA

Sirahnya terlalu agung untuk kusitir
Apalagi syaksiahnya untuk k
u potretkan
Terlalu mulia tidak terperi
Terlalu kudus tidak terungkap
Namun tetap saja ku lakar tanda cinta.

Ku redah puing-puing sejarah
tua dimamah usia
ditimbus dedebu sahrawi hampir dilupa
Ku lekap kanta mencerakin fakta
dari lembar-lembar kuning
melangkau mandala maya,
Tapi
tetap saja langkah usaha mati
berpenghujung sia.

Lalu sekeping cermin kuhadapkan
Moga bayang yang terbias mulus sempurna
tanpa sejalur cela mencelah.
Namun silau cahayanya membutakan,
Pandangan kabur
Aku teraba.

Bilah-bilah waktu mendenting resah,
Suntuk mula membulat pasr
ah.
Mungkin masih hijau lagi mentah
Atau,koyak besar menghias tabir makrifah.
Hingga gagal menghulur hadiah
mengungkap rasa bergelar mahabbah,
Kepada dia,utusan Allah.

Medihaz,Cairo.
Naib Johan,
Sayembara Mencipta Puisi Maulidur Rasul 1430 H.

26.3.09

3 cahaya di Hari Kiamat

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang
bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : " Hai Huraisy ! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."

Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah

Alangkah berbahagianya anda semua yang mempunyai anak lelaki dan dididik pula melaungkan azan di masjid-masjid maupun disurau-surau.

Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita yang lalu dan hari ini. Azan adalah dakwah yang paling utama sekali kerana ianya mengajak kita membuat kebaikan dan mengingati Allah swt. Secara tidak sedar kita sentiasa didakwah sebanyak 5 X sehari. Cubalah hayati setiap perkataan dan jawaplah seperti yang disarankan. Bagi orang yang melaungkan azan pula jika dia berniat untuk seluruh alam (seperti yang disarankan oleh Allah kepada Nabi Ibrahim alaihisallam) muazzin itu akan mendapat pahala umat islam seluruh alam yang bersolat pada hari itu.Begitulah kelebihannya yang Allah beri. Wassallam.

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati . Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita se mas ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kitasedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik
lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah. .."
semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin
Yarobbala'lamin .."

Pesan Nabi SAW sebelum tidur...

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al
Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaanirrohiim

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakullahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa
Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"

Bismillaahirrohmaanirrohiim,

Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu walloohu akbar (3 x )

25.3.09

Al-Quran terbang



p/s: Klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelas

18.3.09

Indahnya "Malam Pertama"

Satu hal sebagai bahan renungan kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak-tangis sanak-saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan kita terbuka....
Tak ada sehelai benang pun menutupinya. .

Tak ada sedikit pun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itu pun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok kita....
Itulah jasad kita waktu itu

Setelah dimandikan..,
Kita pun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju kita...
Bahagian kepala.., badan..., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal-usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan azan dan kalimah dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....

Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorang pun yang tahu....


Tiap hari inilah yang kita lalui.... Susah vs. Senang. Dunia.. semua yang
mengasyikkan... menyita perhatian kita. Sedangkan dunia nyata yang
menjemukan, lupa kita isi dengan hal-hal yang dapat menyinari jiwa, yang nantinya akan kita bawa kepada NYA.


Mengapa susah menerima kebenaran?

Apakah karena kosongnya jiwa

yang tak dapat terisi oleh kebenaran dan cahaya alam nyata?


Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita,

sebelum kita menuju ke ''Malam Pertama Kita''