22.3.10
Perjalanan Manusia & Liku-liku Hari Akhirat
Posted by Ibnuzahid at Monday, March 22, 2010 0 comments
5.3.10
Cara Untuk Buatkan Browser Firefox Anda Lebih Pantas!!!
1. Type "about:config" pada address bar dan "Enter", kemudian cari code dibawah pada kotak "Filter:"
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests
Kebiasaanya web browser akan menghantar 1 request pada satu2 masa, tetapi bila korang dah enable "pipelining" ia akan menghantar banyak request pada satu masa. Ini akan meningkatkan page loading.
2. Ubah code tadi seperti dibawah.
Ubah “network.http.pipelining” kepada “true”
Ubah “network.http.proxy.pipelining” kepada “true”
Ubah “network.http.pipelining.maxrequests” kepada nombor "30" , "300" "3000" atau berapa saja nilai yang anda suka. Ini bermakna ia akan menghantar lebih request dalam satu masa mengikut nilai yang anda masukkan. Saya letak nilai "50000"... Memang laju giler beb!!!
3. right-click dimana2 dlm browser dan pilih NEW->INTEGER. namakan ia sebagai "nglayout.initialpaint.delay" dan set "value" kepada "0". Nilai ini adalah jangkamasa browser loading.
4. Lakukan step ke-3 seperti di atas dengan code2 dibawah:
NEW->STRING ("network.dns.disableIPv6" set sebagai “false”)
NEW->INTEGER(“content.notify.backoffcount” set sebagai “5“)
NEW->STRING (“plugin.expose_full_path” set sebagai “true”)
NEW->INTEGER (“ui.submenuDelay” set sebagai “0")
5. Akhirnya tutup browser dan bukak kembali brwoser FF anda. Anda akan dapat rasakan perbezaannya seumpama menggunakan minyak Shell V-Power Racing...ekekeke...
P/S: sekiranya kurang paham..anda boleh dapatkan tutorial lengkap versi bergambar di blog ini. http://paihkimy.blogspot.com/2010/02/melajukan-loading-firefox.html
Posted by Ibnuzahid at Friday, March 05, 2010 0 comments
4.3.10
10.2.10
DIARI SEORANG IBU...
Diary Seorang IBU, Dari mailbox admin. Tidak tahu siapa penulis asalnya. Dikongsi di isuhangat supaya mengingatkan kita betapa sayangnya ibu kepada anaknya. Sesiapa yang masih ada ibu tu jangan lupa balik kampung salam tangan/cium pipi ibu korang selagi dia masih hidup.
25 Mei 2009- Today is my birthday…happy sangat sbb my husband awal2 pg dah wish…kwn2 pejabat…along, imran my nierce…siap call kat opis tu nyanyi2…ptg lepas opis hour…husband ajak pi pizza hut kat rawang…tp aku rasa mcm jauh sangat..dia pun penat baru abis final exam…so kami mkn kat tg malim je..
26 Mei 2009 – bangun pagi je…time nak mandi…aku tgk ada darah…mcm 1st day
period…masyaAllah…aku baru je masuk 32 miggu pregnant (8 months)…gelabah2 call along tp tak angkat…call my sister in law..(x nurse)..dia advice suruh pi hospital…check up..takut uri dok bwh…so
aku bergegas ke klinik kesihatan…staff nurse scan…(dr.kursus masa tu katanya)…tak de pape…baby ok…uri dok atas…semua ok…diaorg tak leh detact…aku check pad….still ada darah…so aku ditolak ke
Hospital slim river…so bermula le kisah aku berkampung di hospital…dan sejarah masa mengandungkan husna berulang lg…lg sekali aku naik ambulans…terus ditahan di labour room..merasa le di seluk..dikorek…papsmear…sakitnya hanya ALLAH yg mengetahui…
27 Mei 2009- masih di tahan di wad…tp darah tak keluar lg…mak n bpk bergegas ke tg
malim dari air port…diaorg baru je balik bercuti dari Indonesia…ambik husna, bwk baik tg karang
28 Mei 2009- aku dibenarkan keluar….baby aku ok…bledding dah tak de…cuma kena refer hospital untuk check up seterusnya oleh dr pakar…cuma dr bg pilihan sama ada aku nak operation or normal delivery…aku nak cuba normal…tp husbang aku prefer operation…tak sanggup tgk aku sakit bersalin lama mcm masa bersalin Husna dulu
29 Mei 2009- berehat di rumah….baru bgtau husband…still bledding…tp aku think positive…tak de pape kot…panas je bdn…ptg tu, balik tg karang jumpa Husna…rindu sangat kat dia
30 Mei 2009 - duduk rumah mak…lepak2…ptg tu bwk husna jln2…
31 Mei 2009- still bledding…tp gagahkan diri berjln ke Tesco Kuala Selangor…untuk final shopping barang baby…beli tilam kekabu untuk baby…untuk dipadankan dgn katil baby yg aku beli dari B, still bledding…sakit2 dah kat ari2….tp gagahkan diri untuk berjln…ptg pkl 5 bertolak balik ke tg malim..masih sakit… lepas drop adik aku rizal kat komuter rawang…sakit masih menyucuk nyucuk…singgah klinik nabilah untuk scan….kepala baby dah masuk lubang…tu yg buat aku sakit2…balik rumah, mkn2…siapka brg untuk
antar husna ke nursery….sakit kat ari2 merebak ke pinggang….ooo…ini dah lain mcm…aku bgtau husband, terus aku di bawa ke hospital…husna aku tinggalkan kat rumah pengasuh dia…dan bermula le…kisah aku….
1 June 2009- aku disuntik ubt matangkan paru2 baby…kerana, baby aku baru berusia 33 minggu 4 hari…di suntik juga ubt penahan sakit…tak bg bersalin lg…rupanya, aku dah nak bersalin…dah buka 2 cm…dr cuba suntik ubt kat aku, tak nak bg bersalin lg…sakitye ALLAH je yg tahu…tp demi baby, aku tahan w’pun aku dah nangis2 masa disuntik tu…esok pg…constraction tak kerap sangat…so aku ditolak ke wad
bersalin…menjelang mlm..sakit tu dtg lg…makin kerap…n kerap…n kerap….nurse check…dah buka 4 cm…makin kerap sakit…di check lg dah buka 6 cm..terus di tolak semula ke labour room
2 June 2009- sakit….makin sakit…n sakit….dah buka 10 cm…husband aku dtg menemani aku…push….push….aku teringat pesan along..push masa rasa sakit je…ALHAMDULILLAH, senang sangat bersalin yg ini…aku selamat bersalin dan ALHAMDULILLAH…aku dpt baby boy…sangat comel…iras muka imran hakim anak along aku…aku sempat susukan dia…berat dia 2.22 kg
(33 minggu)…tp dia kena di bawa ke wad Special Care Nursery (SCN) untuk check up lebih lanjut…aku happy sangat dpt baby BOY…bukan bermaksud aku tak suka dpt Husna, tp aku gembira…aku dpt sepasang anak….waktu lawat tgh hari, aku sempat jenguk anak aku di wad SCN…dr mengesahkan, anak aku kena rawatan rapi…mungkin ada masalah paru2 or jantung…tp tak sure lg…aku cuba think positive…mungkin sbb anak aku dilahirkan pramatang…tu sbb dr ckp mcm tu…
3 June 2009- aku jenguk anak aku sorang2 kat wad SCN…masih berwayar…dr.pakar kanak2 mengesahkan kat aku…yg anak aku berkemungkinan menghidap penyakit jantung berikutan ada bunyi di dadanya…mungkin akan di refer ke IJN untuk imbasan jantung…Ya allah…aku sangat risau n susah
hati…aku cuba untuk perah susu aku…untuk bg kat anak aku…tp belum ada susu..aku cuba…tanpa putus asa…aku dah boleh discharge dari wad bersalin…tp kena duduk di Wad SCN untuk menemani anak aku…atas perbincangan bersama…suami aku memberi nama pd baby kami…Qaid Ahmadinejad yg bermaksud-Pemimpim/ketua yang berani menegakkan kebatilan…
4 June 2009- kami membawa Qaid ke IJN untuk imbasan jantung…Dr.pakar di sana..mengesahkan yg anak kami menghidap penyakit jantung berlubang (tp kecil) dan injap jantung tersumbat….aku ttp tabah menghadapi dugaan ALLAH ini..aku cuba untuk think positive..selagi ada jln, selagi tu kami akan usaha…janji Qaid sihat…seperti kakaknye Qaisara Husna…Dr. pakar mengesahkan 15 June ini anakku akan di tahan di IJN…untuk minor operation
5 June 2009- Qaid dah dibenarkan untuk terus menyusu bdn denganku…susuku pun semakin
banyak…ALHAMDULILLAH….moga dgn susu ku ini..dpt menyihatkan tubuh bdn Qaid…dan aku tak putus2 berdoa…
6 June 2009- Qaid ditukarkan ke wad biasa…buka ICU lg…ini satu pembaharuan…tp masih dipasang ubt IV Prostaglandin iaitu sejenis ubt jantung….n aku boleh meneruskan tugasku sebagai seorang ibu…dpt menyusukan dia seperti biasa…
7 June 2009- Qaid berasa selamat setiap kali aku mendukungnya…berzikir….beratib….makin sihat…
8 June 2009- lagi 5 hari untuk dibawa ke IJN….5 more days my darling!!…sabar ye sayang ibu…bertahan ye…
9 June 2009- siang mlm aku habiskan masa di sisi Qaid…
10 June 2009- aku rindu kat Husna…tp aku tak perlu risau…Husna dah cerdik…dah boleh berdikari…Qaid perlukan ibu lg dekat disisinya….kakak kena mengalah ye sayang…
11 June 2009-Qaid makin sihat….berak kencing normal mcm baby lain…aku menjadi penghuni senior di wad SCN…org lain keluar masuk…aku masih ttp di sini…tak pe…demi anakku…aku rela berpantang di hospital
12 June 2009- mak suruh aku perah susu banyak2…tinggal untuk Qaid…pg2 suamiku dtg ambik untuk balik..bertungku…mkn nasi panas…n etc…tp aku tolak…tak sanggup tinggalkan anak aku pg2….biarlah aku tak berapa sempurna berpantang….janji aku ttp berada di sisi anakku…
13June 2009- 2 more days sayang….bertahan ye
14 June 2009- aku sangat happy hari ni….aku esok aku akan ke IJN…balik rumah tghr tu…packing brg
15 June 2009- Hari yg dinanti-nantikan….pg lg aku dah mandi, bersiap…susukan Qaid kenyang2..sbb aku akan bawa Qaid ke IJN…on the way ke IJN, Dr.caroline dari Hospital SLim River telefon, mengatakan yg nama anak aku tidak di refer ke wad IJN…bg aku ini satu petanda…kenapa berliku liku perjalanan anakku ini…kenapa diaorg careless menjalankan tugas….aku n suami dah uruskan pembayaran anakku untuk di tahan di wad…17 June akan di operation…kenapa diaorg ni teruk sangat…pasal apa susahkan anak aku…berapa lama lg anak aku akan bertahan????aku nangis tak tentu arah….for the 1st time semenjak anak
aku sakit…aku menangis sebegini teruk….
16 June 2009- atas usaha Dr. Ahmad, Dr pakar kanak2 hospital slim…Qaid dpt juga di bawa ke IJN..tp untuk check up…sama ada boleh di operation atau tak…selepas di Check oleh Dr. Haifa(Dr pakar jantung IJN)…dia ckp Qaid kena tunggu berat naik dulu baru diaorg confident untuk operation…sbb Qaid masih kecil…urat2 dia masih halus…takut terkoyak bila di operation…so aku kena bwk balik slim…untuk tunggu kg dia naik…Dr. ahmad bantu aku n husband…dia order 1 serbuk soya n minyak MCT oil…yg selalunye dia beri kepada baby2 untuk naikkan kg…kalau tanpa bantuan2 semua tu…kemungkinan anak aku naik kg adalah dlm masa sebulan….so lepas di beri beda2 tu…kg Qaid akan naik dlm masa 2 minggu…bermula le episod duka dlm hidup aku…Qaid tak dibenarkan menyusu terus dgn aku…alasan : nanti dia penat..kg dia lambat naik…aku kena perah susu…dan anak aku diberi minum melalui tiub…sangat sedih sbb dia mencari2 susu aku…aku cuba juga untuk bg curi2….tp tiub tu menyebabkan dia tak selesa…
17 June 2009- masih meneruskan usaha memerah susu untuk Qaid…aku kena sediakan 42 cc susu aku…every 3 hours…
18 June 2009- susu untuk Qaid dinaikkan ke 44 cc…tanpa Qaid breast feed dgnku…susuku tak berapa banyak keluar…sangat buat aku susah hati
19 June 2009- berat Qaid naik ke 2.395 kg…ALHAMDULILLAH
20 June 2009- susu untuk Qaid dinaikkan ke 48 cc…Ya ALLAH…permudahkanlah urusan kami…perbanyakkan le susu ku..demi kesihatan anak ku Ya ALLAH!!!
21 June 2009- susu untuk Qaid dinaikkan ke 50 cc…aku cuba minum air banyak….mkn lobak putih…minum susu anmum…minum sangat banyak…tak kisah kalau urat aku kembang atau perut aku buncit…demi Qaid…aku rela…Demi kesihatan anakku
22 June 2009- masih di Wad SCN…menemani annakku…makin tembam…makin chubby…pg ni
bila ditimbang berat….berat Qaid naik ke 2.44 kg….alhamdulillah…Qaid…bertahan ye…4 kg lg sayang…
23 June 2009- susu Qaid dinaikkan ke 55 cc bersamaan 2 auns…aku tak putus asa..terus memerah susu setiap 3 jam sekali…demi annakku…Qaid Ahmadinejad
24 June 2009- pg ni, Qaid masih aktif mcm biasa….nangis bila disalin pampers…tp dia
mmg baik..tak banyak ragam…tak kuat nangis mcm baby lain…senang jaga..senang bersalin…
11.30 pg- aku baru perah susu Qaid…tgh tunggu nak bg susu…tiba2, SP02 (deyutan nadi) dia menjunam dari 90 lebih ke 5..aku jerit panggil staff nurse….terus refer dr….dr buat CPR pada annak ku yg masih kecil
ini…terus dia nangis mcm biasa….tgh hari tu, Qaid di masukkan ke ICU baby….katil mula2 dia
lahir…untuk pemerhatian rapi…aku dimaklumkan oleh Dr., sekali lg perkara ni terjadi masa aku mkn
tgh…dan dr buat CPR lg pd anakku…dan mereka mengambil keputusan untuk memakaikan Qaid oksigen untuk bantuan bila dia berhenti bernafas lg…aku sangat risau..Ya ALLAH…selamatkan lah ANAKKU…jauhi le dia dari bahaya…sembuhkan lah anakku ya ALLAH ptg tu perkara ni jadi lg buat kali ke 3…3 kali mereka membuat CPR ke atas anakku…
25 June 2009- aku tak nak tinggalkan Qaid…tp staff nurse suruh aku rehat…suruh tido..diaorg ada tunggu Qaid katanya…aku pun tido di bilik sebelah anakku…menjelang pkl 3 pg, nurse kejut aku…bgtau suruh perah susu…n di maklumkan perkara siang td jd lg sekali…dah aku tak tido terus bermula pkl 3 pg itu…untuk menemani anakku….aku takut perkara tu terjadi lg…aku dimaklumkan oleh dr., CPR dah diber sebanyak 4 kali untuk anakku…dan itu tak bagus untuk seorang baby…jika dia survive pun…katanya, kemungkinan dia akan cacat…sbb oksigen dia kurang…dia tak lawan…dia bergantung pg oksigen tu..aku risau…sangat risau. pkl 8 pg- perut Qaid membesar…dr mengesahkan ada kuman di perutnya…tak tau
punca dari mana…aku bingung…kenapa tidak terjadi pd baby2 org lain..kenapa anakku….Qaid sakit jantung…kenapa tak jd kat baby2 yg sihat2 yg lain…kenapa mesti anakku yg kena..Qaid di suruh
berpuasa…tak dibenarkan menyusu..masuk 2 hari aku tak dengar suaranya semenjak di pakaikan tiub oksigen itu…ya ALLAH…ujian apakah yg KAU uji terhadapku….adahkah kerana dosa2ku yg lalu perkara ni di uji ke atasku..kenapa mesti anakku yg menjadi mangsa??kenapa ya ALLAH….Qaid menangis tak dengar suara…tp hanya air mata yg keluar yg sangat menghibakan hati ku….menjelang ptg..aku minta untuk balik kerumah sebentar…untuk rest, pkl 8, dr caroline call…suruh aku n husband ke hospital segera…
kami disahkan yg tekanan darah anak sangat rendah….sebarang kemungkinan bakal berlaku…dan kami di benarkan duduk menemani anak kami…masuk 2 mlm aku tak tido …aku sangat takut…takut dia pergi tanpa ibunya di sisi….Qaid…bertahan nak…bertahan sayang…ibu ada teman Qaid…
26 June 2009- pg Jumaat….aku tak tido semalaman, menemani Qaid…aku sangat takut dengan sebarang kemungkinan yg bakal berlaku…aku tak mkn, tak mandi…terus menemani Qaid…sampaikan kwn2 yg dtg menjenguk kami di wad itu pun aku tak pedulikan..aku tak nak berganjak walaupun sekejap…aku takut Qaid pergi meninggalkan aku bila aku tak de disisinya…aku nak sentiasa menemani anakku…puas di pujuk oleh suamiku untuk berehat sebentar, tp aku tak peduli…aku tak nak…menjelang tgh hari, Dr. Caroline memberitahu kami…anak kami sangat lemah…bergantung sepenuhnya pd mesin oksigen..dia tak fight langsung katanya…dlm hatiku..mcm mana dia nak fight, kalau di cucuk ubat bergelen gelen…babyku pramatang…masih dlm hari..mana dia mampu n sanggup menanggung bergitu banyak antibiotik yg masuk ke bdnnya…even org tua sekali pun tak sanggup terima…babyku masih kecil..antibody dia
sangat lemah!!!!Dr caroline berkata…”BERSIAP SEDIA DGN SEBARANG PERKARA YG BAKAL BERLAKU….KAMI CUBA SELAGI TERMAMPU, EVEN QAID SURVIVE PUN, KEMUNGKINAN DIA MENGALAMI KECACATAN…aku tak kisah, cacat ke…sumbing ke walau mcm mana pun anakku alami, aku terima…aku bela dia…aku tak sanggup dia tinggalkan aku…tp aku tak nak tunjuk kesedihan aku depan suamiku, aku hanya mampu berkata pd suamiku ‘BANG, APA PUN YG BAKAL TERJADI..KITA REDHA”…w’pun mulutku berkata bergitu…hati ku menafikannya….Qaid…bertahan nak…ibu ada teman Qaid. bpk dan ibuku dtg melawat…membawa bekalan untukku, airmata ku tak mampu bertahan….aku nangis sepuas puasnya…aku meluahkan apa y terpendam di hatiku pd kedua org tuaku…ibuku hanya menasihatiku, berdoa…berdoa…pelbagai surah diberi utukku lafazkan di ubun2 anakku…di telinga anakku…bpkku berkata, sabar…ini dugaan allah…alah nak uji awak…even anak awak cacat sekali pun, kalau awak dan azrol tak mampu nak bela, kami sanggup bela….beri pd kami…bpk, mak…mulia sungguh hatimu….aku ttp menunggu…dan menunggu di sisi anakku…sayang, ibu ada di tepimu..menemani Qaid…Qaid jgn bimbang…ibu ada…Qaid jgn takut…ibu teman Qaid…tp hati seorang ibu, tak sanggup tgk anaknya di perlakukan sedemikian rupa..diinject sana sini….tak cukup kaki tangan, betisnya pula di cucuk…di ambil darah..Dr.ckp, puan, darah anak puan tak cukup….aku rela mereka menambah darahku….ambil le sebanyak mana…asalkan anakku selamat… ptg, Dr. pakar kanak2 dtg menjenguk…dia memaklumkan pd kami…kuman itu dah merebak ke ginjal anakku…anakku tak kencing..tak berak..perut makin membesar…kulit makin menipis..merah2 dah ketara di bahagian perut…ya allah….aku bermohon kepadamu…aku REDHA kau ambil nyawa anakku..jg lah di biarkan anakku di seksa sedemikian rupa…jika ada kesalahan ku, kesalahan suamiku…biarlah kami yg menanggung dosa yg kami lakukan…tetapi jgn le anakku yg menjadi mangsa…aku bagaikan hilang pedoman….hilang kewarasan…pabila melihat anakku sedemikian rupa…Dr. pakar membuat keputusan untuk di adakan minor operation untuk menebuk
sedikit lubang di perut anakku…untuk melihat sama ada ususnya telah pecah (yg mengakibatkan perutnya membesar) atau asid…atau dpt mengurangkan kekembungan bayiku itu… aku terus berada di sisi Qaid…membaca ayat2 suci, pelbagai doa…untuk kekuatan anakku…aku menjadi kuat semangat, berfikiran positif..yg anakku bakal sihat kembali..selagi ada cara…selagi tu aku terus berfikiran positif..aku tahu anakku kuat…jika ibunya kuat…air susu yg mengalir pd anaknya membuatkan anaknya menjadi kuat…aku terus berada di sisi Qaid, dia memberi respond padaku…kakinya diangkat-angkat…aku terus mengusap pipinya…aku lihat airmatanya mengalir…matanya terbuka…rupanya dia menangis…aku usap lg pipinya..mulutnye bergerak gerak…rupanya anakku lapar..dia nak susu…bila ku suarakan pd
nurse…Dr. tak bg, anakku kena puasa…sedihnya la hatiku..hibanya rasa…Qaid….ibu tak berdaya sayang….adik sakit…kalau ibu bg juga…nanti perut adik tak leh menerima…ibu tak mampu sayang…
menjelang mlm…pkl 10.30, sebelum Dr. Ahmad dtg, anakku putus nafas sekali lagi…Dr. Sumi membuat CPR pada anakku…aku terus keluar dari wad NICU itu kerana tak sanggup melihat…sedangkan org tua pun di buat CPR kita rasa sakit..inipula baby kecil…dlm hari..masih dlm pantang..ya ALLAH…berilah kekuatan pd ku…suamiku terus membaca yassin di sisi anakku…jantungnya semakin lemah..tekanan darah mula tak stabil…CPR yg di lakukan kali ini…begitu lama di bandingkan dari hari2 sebelum ini…bila keadaan dah stabil, Dr. Ahmad terus membuat minor operation pd anakku…kemudian..setelah selesai, dr. ahmad menunjukkan pd suamiku…bahawa…usus anakku elok, yg keluar hanya darah dan air sahaja…aku bersyukur…bersyukur kerana tiada apa2 yg berlaku pd organ anakku… selepas Dr. Ahmad membuat minor operation pada anakku…anakku putus nafas sekali lg…Dr. Ahmad dan Dr2. yg lain terus membuat CPR pada anakku..aku tak masuk ke bilik itu…tp terus melihat dari luar…kemudian, dr. sumi dtg kepadaku…MAK…TAK NAK MASUK KE TGK??…aku ckp…nanti Dr., saya tak sanggup tgk anak saya dilakukan mcm tu…tak sampai hati…kemudian…aku lihat, suamiku menangis…menangis tak henti henti…aku terus berlaki ke arah suamiku…kemudian aku duduk di sisinya…Dr. Ahmad dtg kepadaku…dia ckp, KITA DAH BUAT CPR PD BABY SEBANYAK 6 KALI…TAK ELOK UNTUK BABY, DIA SEMAKIN LEMAH…KITA CUBA SEDAYA UPAYA…TP DIA TAK RESPOND…IBU BOLEH CUCI TANGAN…DUDUK DEKAT ANAK…BOLEH PEGANG DIA…aku terus membasuh tanganku…dan aku ttp mengatakan pd suamiku…BANG, KITA REDHA…REDHA DGN UJIAN ALLAH…kemudian, aku terus pergi pada Qaid….mencium dia tanpa henti…melafazkan kalimah syahadah
padanya…membaca ayat2 lazim pdnya…membaca doa nabi yunus pdnya…kemudian..aku tgk Dr. terus menanggalkan mesin dan wayar2 yg melekat di bdnnya…kenapa Dr???Dr. ahmad terus menggeleng….Ya
ALLAH….Qaid…anak ibu, kenapa tinggalkan ibu..ibu tak sanggup nakkkk….aku seperti hilang akal…hilang kewarasan aku….Qaid….ibu sayang Qaid…kena tinggalkan ibu sorang2..ibu tak sanggup
nak…Qaid…kenapa kuman tu kena kat Qaid..kenapa tak pd budak2 lain yg sihat2…anak ibu sakit jantung…kenapa anak ibu yg kena…Ya ALLAH…..kenapa ambil anakku dari ku..kenapa tak ambil aku
sekali???Qaid………..aku terus pengsan….lemah….adakah ini hanya mimpi…adakah ini hanya gurauan semata mata…Ya ALLAH….berat sungguh ujian mu ini….aku tak mampu untuk berkata apa..hanya air mata yg mengalir tanpa henti…berat sungguh ujianmu ini ya ALLAH…berilah aku kekuatan ya ALLAH…
suamiku mula menelefon ahli2 keluarga kami…memberitahu ttg berita pahit ini…ramai yg cuba menghubungi ku…tp aku begitu lemah untuk menjawab..terlalu pahit dugaan ini…ibu mana yg sanggup berpisah dengan
anaknya…tiada sapa yg mampu berada di tempatku ini.. menjelang pkl 1.30 pg..kakak iparku (kak ida) dan abg wan sampai…aku terus terusan menangis…tak sanggup rasanya menerima hakikat ini…adakah aku bermimpi…atau ini hanya mainan tidurku…ku cubit cubit lenganku..ku ketuk ketuk kepalaku…betulkah semua ini…ya…hakikatnya mmg benar….ini adalah realiti..bukan mimpi…aku harus menerima dugaan ini dengan tabah…tp aku menafikan….aku redha….tp aku tak sanggup meniti hari-hari berpantang aku tanpa Qaid di sisi..mcm mana keadaanku nanti..ya allah…kuatkanlah semangatku…aku
begitu lemah sekali… Jenazah Qaid dikafankan di hospital…sebelum kami berangkat ke rumah
mayat, aku dibenarkan untuk melihat jenazah anakku…Ya ALLAH…anakku seperti tidur…senyuman dibibirnya….begitu comel wajah anakku..begitu tenang sekali dia pergi dijemput ilahi…Ya ALLAH…besarnya rahmatmu ini…aku bersyukur…anakku pergi meninggalkan aku…aku sayang
padanya…tetapi ALLAH lg menyayangi nye…aku tak perlu khuatir…Qaid kan dijaga oleh
ALLAH..walaupun aku tak sanggup menerima dugaan ini…aku REDHA Qaid pergi…aku cium..cium..cium jenazah anakku tanpa henti…sebelum kami berangkat dari wad SCN…aku peluk rakan2 kenalanku di wad
itu…moga dugaan yg menimpaku ini..dijadikan sebagai kekuatan diri mereka agar jgn mengeluh menjaga anak mereka yg sedang sakit di wad itu…sempat aku berpesan…kuatkan lah semangat korang…aku tak pernah berputus asa berusaha menyembuhkan anakku Qaid…sehingga nyawanya di jemput ALLAH…aku kuatkan semangatku…dari mula aku menerima berita Qaid sakit…sampai le ke hujung nyawanya…aku tak pernah mengabaikan dirinya…meninggalkan dirinya kesorangan…jdkanlah kisah aku sebagai kekuatan korang…. ku lihat..semua staff nurse menangis…dr.sumi pun begitu..aku ucapkan terima kasih di atas layanan mereka sepanjang aku dan Qaid berada di bawah jagaan mereka..ku turut anakku sehingga ke rumah mayat…di mandikan jenazah…dikafankan..semua dilakukan oleh suamiku….aku begitu lemah…adik2ku menangis tersedu sedu kesedihan pabila melihat jenazah sekecil itu…begitu suci…tersenyum…putih bersih…ya ALLAH…berilah kekuatan ke atas ku….rahmatilah pemergian anakku ini ya ALLAH
menjelang pkl 2 pagi…kami sampai di rumah…mak dan mak mertuaku, adik2 iparku telah menyiapkan segala kelengkapan…jenazah anakku diletakkan di atas tilam kekabu yg ku beli khas untuknya…untuk dipadankan dengan katil baby yg kubeli dari B, sayu hatiku….sayu sangat…melihat segala
pakaiannya..kelengkapannya…yg tak pernah di usik..dipakai lg…mcm mana agaknya diriku nanti…mengadap segala brg2 keperluan Qaid…makmenangis…begitu juga mertuaku…aku begitu lemah…aku baring di sebelah anakku Husna…ku peluk anakku…husna, hanya tinggal husna
sebagai kekuatan ibu meneruskan kehidupan ibu…husna jd anak yg baik ye…adik husna dah takde…husna tak sempat tgk Qaid…hibanya rasa hatiku ya allah… along sampai, terus mengurut bdnku…urut kepala ku..urut kakiku…kemudian, dia menyertai ahli keluarga yg lain..mengaji untuk jenazah anakku… suamiku membuat keputusan untuk menyemadikan jenazah anak kami di tanjung karang…bpk menguruskan segala keperluan di tg karang dengan wak leman…kemudian, mak, ajip, ijal along n family meneruskan perjalanan ke tg karang…aku dan yg lain2 akan bertolak selepas subuh…menunggu ahli keluarga suamiku dari kedah..
sesudah subuh, kami bersiap..hatiku pilu..hiba…pabila merasa susuku bengkak..bengkak sangat…ya ALLAH…Qaid haus….Qaid nak susu…aku memerah susuku tanpa bantuan pam, begitu banyak susu ini…tapi aku ralat…Qaid tak sempat menyusu buat kali terakhir…hiba sungguh hatiku…ibu mertua ku memelukku n menenangkan hatiku…aku pilu..pilu bila melihat jenazah anakku di hadapan mataku…betul..ini bukan mimpi..tp kenyataan..aku harus hadapi…husna bangun dari tidur, eh…adik dah balik….eh adik tidur???kakak…..adik kakak dah tak de…terlalu pahit air liurku untuk memberitahu husna bahawa adiknya
telah di jemput ilahi…paham kah dia ttg kehilangan adiknya?? kemudian…selepas subuh, selepas kehadiran jiran2 tetanggaku melihat jenazah….kami bertolak ke tg karang…sedih hatiku bila melihat satu-satunya kawanku dtg…B, anak aku dah takde…anak aku dah dijemput ilahi…tinggal aku sorang b….B peluk aku, menenangkan hatiku….sabar…sabar jie…ni semua dugaan allah…ko beruntung sbb ada anak kau yg menunggu ko di syurga nanti…sedihnya hatiku menerima hakikat ini….kemudian, dtg jiranku yg paling rapat denganku..kak mas, aku peluk kak mas…kak mas, saya dah lama nak anak lelaki…tp sekejap
je allah pinjamkan pd saya…sabar jie…sabar…ini semua dugaan…air mataku dah kering….dah kering untuk menangis lg…hati aku pilu…hiba..sedih…tp air mataku tak mampu lg untuk keluar… kami meneruskan perjalanan kami ke tg karang..sepanjang jln, tak putus-putus sahabat2 n kenalan2 sms…mengucapkan takziah…antara banyak2 sms yg aku terima…aku begitu tenang pabila membaca sms dari
ustaz nasir, rakan kerjaku di FSSK…JIE, QAID TU KETUA…PEMIMPIN…INSYAALLAH, DIA AKAN MENGETUAI UJI DAN SUAMI DI SYURGA NANTI…amin….amin…ya rabbal alamin..
Sampai di tg karang…aku disambut oleh along…aku diminta berehat di dlm bilik…mak bg aku mkn…pahit sungguh air liurku ini…aku tak mampu menelan apa2 sahaja….aku tak mampu….kemudian, rumah ayahku ini
dipenuhi oleh ahli keluarga..kenalan..sahabat2 handai…kemudian, aku diminta untuk mencium jenazah Qaid buat kali terakhir….aku berjalan ke aras jenazah…jenazah anakku seperti tidur….aku terlupa bahawa anakku sudah meninggalkan aku…aku cium anakku…cium tanpa henti…kemudian,
secara tiba2…aku berzikir pd jenazah Qaid…SUBHANALLAH…WALHAMDULILLAH..WALAILA HAILLALLAH WALLAH HU AKBAR…zikir yg selalu aku ratibkan pd qaid bila dia menangis…mengigau….ya allah…anakku hidup lg..dia cuma tido..tido seperti hari2 biasa….tido selepas mandi..selepas di beri susu…ya ALLAH…jgn ambil anakku….Qaid, ibu sayang Qaid..jgn tinggal kan ibu
nak..mcm mana keadaan ibu nanti tanpa Qaid….Qaidddddddddddddddddd…… jenazah anakku di kebumikan di sebelah kubur arwah opah….betul2 di tepi kubur arwah opah…aku bersyukur….sekurang kurangnya Qaid tak sendiri…nyang ada menemani Qaid.. Ya ALLAH, Aku REDHA di atas ujianmu ini…Aku REDHA ya ALLAH…kau limpahilah rahmatmu ke atas roh anakku ya ALLAH…lindungilah Qaid ya ALLAH….jagalah Qaid di sana ya ALLAH…lindungilah dirinya ya ALLAH…berilah kekuatan ke atasku ya ALLAH…aku masih ada husna dan suamiku, tetapi Qaid sorang2 di sana ya ALLAH…temanilah anakku ya ALLAH….jgn dibiarkan dirinya kesorang ya ALLAH…selama ini aku tak pernah biarkan dirinya kesorangan….aku REDHA ya ALLAH…aku REDHA….kerana kau lebih menyayangi anakku dariku…
Qaid, ibu sayang Qaid…sayang sangat kat Qaid..w’pun Qaid hanya dipinjamkan sekejap kepada ibu…tp ibu bertuah sangat..dpt susukan Qaid, jaga Qaid siang dan malam…cium Qaid tanpa henti…bacakan surah,
ayat-ayat lazim, doa dan zikir tanpa henti pada Qaid…Qaidlah anugerah yg amat berharga pada ibu..w’pun hadirmu hanya sekejap nak…tp Qaidlah anugerah yg tak ternilai dari ALLAH untuk ibu…tunggu ibu di syurga ya nak..doakan ibu kuat, kuat mengharungi hari2 pantang ibu tanpa Qaid…kesian kat kak husna nak…terbiar tanpa kasih ibu..bukan ibu tak sayang pd kakak…tp ibu lemah…lemah dengan kehilangan Qaid…doakan ibu ye nak…doakan ibu..semoga ibu kuat…ibu takkan lupakan Qaid…ibu akan sentiasa mendoakan Qaid…begitu juga abah…kehilangan Qaid merupakan satu tamparan pada ibu dan abah…ibu ingat ibu lg kuat dari abah…tp rupanya ibu sangat lemah menerima berita ini…. Qaid…hadirmu adalah anugerah ALLAH yg tak ternilai pd ibu nak….ibu sayang Qaid…ibu halalkan susu ibu…ibu minta maaf kalau selama ini jagaan ibu pada Qaid tidak sempurna nak…ibu sayang Qaid…
QAID AHMADINEJAD 2 JUN – 26 JUN 2009-IN LOVING MEMORY
ibu, abah dan kakak husna sayang Qaid
Sumber : IsuHangat.net
Posted by Ibnuzahid at Wednesday, February 10, 2010 0 comments
4.2.10
KWSP punya pasal....semua tanggung dosa!!!
SEMUA KITA TERLIBAT, KERAJAAN/KWSP MESTI JAWAB
Akhirnya semua umat Islam yang mempunyai dalam KWSP terpalit sama. Persoalannya bagaimana dengan duit KWSP yang digunakan oleh pencarum untuk naik haji dan lain-lain.
Kerajaan dalam hal ini sebagai pihak yang berkuasa WAJIB menangani masalah ini demi kesejahteraan pencarum KWSP yang sebahagian besarnya umat Islam.
Persoalannya mengapa KWSP dan kerajaan begitu susah untuk membuat perubahan ke arah memastikan semuanya bertepatan dengan syariah. Tetapi dalam hal-hal lain mereka begitu pantas bertindak dengan bersungguh-sungguh.
Negara sudah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun namun Islam seolah-olah masih dipinggir dan dipermain-mainkan.
Apakah jawapan yang diberikan oleh KWSP dalam suratnya itu dapat diterima oleh Allah di Hari Kiamat kelak.
Posted by Ibnuzahid at Thursday, February 04, 2010 0 comments
21.1.10
Dialog Antara Malaikat Jibril Dan malaikat Zabaniah
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)
Posted by Ibnuzahid at Thursday, January 21, 2010 0 comments
12.1.10
Aqiqah
J: Aqiqah menurut bahasa ialah ‘memotong’. Pada asalnya ia merujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur). Menurut istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu. Wallahuaklam
J: Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa, “Pada zaman Jahiliyyah apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.
J: Hukum melaksanakan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan adalah sunat dan sangat digalakkan di dalam Islam. Pendapat yang sedemikian adalah pendapat jumhur imam-imam dan ahli fiqh. Oleh itu hendaklah ibu bapa melaksanakannya jika ada kemampuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W ini. Sehingga ia juga akan menerima keutamaan dan pahala di sisi Allah S.W.T.
Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis: “Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas solat-solat lima waktu.” Wallahuaklam
J: Hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah aqiqah itu sangat banyak, hanya Allah yang mengetahuinya, akan tetapi ulama telah menggariskan beberapa hikmah yang dapat difahami, antaranya:
Pertama, aqiqah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah S.W.T dari peringkat awal lagi.
Kedua,sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibas.
Ketiga, sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.
Keempat, mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah.
Kelima, untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.
Wallahua'alam
J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi. Wallahuaklam
J: Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan korban ialah;
- Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah korban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.
- Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.
- Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang.
- Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.
J: Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu. Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut.
Rasulullah S.A.W bersabda; “ Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi. Wallahua'alam
J: Sudah menjadi intipati amalan dalam Islam bahawa setiap amalan itu perlu didahului dengan doa. Ini bagi menambahkan lagi kesempurnaan sesuatu ibadah itu. Maka dalam konteks penyembelihan haiwan aqiqah, pertama, saudara perlu membaca Bismillahirrahmanirrahim. Kemudian diikuti dengan doa “Oh Tuhan, ini adalah aqiqah si Polan (sebut nama anak), ia merupakan nikmat daripada-Mu, dan kepada-Mu kami kembalikan.” Wallahua'alam
J: Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
“Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda; “Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.” Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban. Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara;
Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama disyariatkan supaya dilaksanakan aqiqah.
Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan dua ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing. Wallahuaklam
J: Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;
- Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
- Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
- Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
- Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
- Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.
J: Menurut hadis-hadis yang diriwayatkan berkenaan dengan penentuan jumlah atau bahagian haiwan ternakan yang perlu bagi ibadah aqiqah, kita dituntut melaksanakan aqiqah dengan menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan atau seekor kambing bagi anak lelaki jika kurang berkemampuan. Walau bagaimanapun tidak ada hadis yang menyatakan keharusan berkongsi seekor kambing untuk dua orang anak bagi ibadah aqiqah. Jika seseorang kurang berkemampuan menunaikan tuntutan itu serentak, maka tunaikanlah seorang demi seorang anak dalam perlaksanaan aqiqah mengikut kemampuan. Wallahuaklam
J: Anak lelaki sebaik-baiknya diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut. Ini kerana Rasulullah S.A.W. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.Dalam sebuah hadis diriwayatkan; “Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud. Wallahua'alam
J: Seperti yang kita sama-sama ketahui bahawa bagi anak lelaki sunat diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, dan bagi anak perempuan sunat diaqiqahkan dengan 1 ekor kambing, akan tetapi jika sekiranya seekor lembu atau unta disembelih dengan niat menggantikan tujuh ekor kambing atau 7 bahagian aqiqah, maka ia dibolehkan. Wallahua'alam
J: Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki itu bukanlah suatu kemestian, kerana Rasulullah S.A.W sendiri telah melaksanakan aqiqah cucu Baginda, Hassan dan Hussain dengan masing-masing seekor kambing.
Dalam sebuah hadis telah diriwayatkan; “Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud. Wallahua'alam
J: Berhubung dengan persoalan saudara tentang had umur bagi perlaksanaan aqiqah, sebenarnya ada pendapat yang menyatakan bahawa had umur seseorang bagi melaksanakan aqiqah ialah sehingga anak itu baligh. Walau bagaimanapun, mengikut pandangan Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam kitabnya Fiqh al-Islami Wa Adilatuhu, bahawa “(Aqiqah) Tidak dikhususkan kepada anak ketika kecil, maka ibu bapa perlu melaksanakan aqiqah anak yang lahir walau selepas ia baligh, kerana tiada tempoh akhir bagi ibadah aqiqah.” Wallahua'alam
J: Saudara, mengikut pendapat Mazhab Imam Hanbali, seseorang itu boleh melaksanakan aqiqah bagi dirinya sendiri sebagai suatu keharusan bukan sebagai suatu tuntutan, ini kerana tuntutan perlaksanaan aqiqah untuk diri saudara adalah di atas tanggungjawab ibu bapa saudara, oleh kerana mereka tidak berkemampuan sehingga saudara dewasa, maka saudara dibolehkan melaksanakannya sendiri berdasarkan pandangan Imam Hanbali tersebut. Wallahua'alam
J: Saudari, perlaksanaan aqiqah sebaik-baiknya dilaksanakan semasa anak berumur 7 hari atau 14 hari atau 21 hari atau sebelum baligh, akan tetapi aqiqah tidak dihadkan kepada anak kecil yang baru lahir sahaja, ianya juga dituntut kepada mereka yang sudah dewasa yang belum dilaksanakan aqiqah atas apa-apa sebab, maka ibu bapa hendaklah mengaqiqahkan anak mereka walaupun selepas mereka baligh kerana tiada had masa bagi tuntutan ibadah aqiqah. Wallahua'alam
J: Aqiqah adalah salah satu bentuk sedekah. Bersedekah dengan harta orang lain tidak dibenarkan di dalam Islam. Sedangkan orang yang menjaga harta anak yatim hanya pemegang amanah sementara waktu sahaja sehingga anak itu baligh. Maka melaksanakan aqiqah bagi pihak anak yatim dengan menggunakan harta anak yatim adalah tidak dibenarkan dalam Islam. Wallahua'alam
J: Aqiqah seperti yang kita ketahui adalah sebahagian daripada konsep bersedekah dalam mencari keredhaan dan mengharapkan pahala daripada Allah S.W.T. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunnah dilakukan demi menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, maka jika sekiranya saudari berniat ingin berbuat demikian dan saudari benar-benar mengetahui bahawa ibu bapa saudari belum diaqiqahkan, maka laksanakan dan berdoa kepada Allah S.W.T supaya menerima amalan yang saudari ingin laksanakan. Akan tetapi sekiranya ibu bapa ada mewasiatkan demikian maka wajib ditunaikan. Wallahua'alam
J: Memang benar apa yang nyatakan, berbeza dengan korban yang dagingnya sunat diagihkan secara mentah, aqiqah pula sunat dimasak dengan masakan yang manis-manis dan dibuat jamuan atau diagihkan setelah dimasak. Dalam sebuah hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah R.A.; “Menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.” Wallahua'alam
J: Inilah antara perbezaan yang ada di antara korban dan aqiqah, daging korban sunat diagihkan dalam keadaan mentah, manakala daging aqiqah pula sunat diagihkan setelah dimasak dengan masakan yang manis. Adapun hikmah kenapa kita disarankan memasak daging aqiqah dengan masakan yang manis-manis ialah kerana ia sebagai doa harapan baik (tafa-ul), mudah-mudahan akhlak dan kelakuan anak tersebut akan menjadi baik dan manis dipandang. Wallahua'alam
J: Kita dituntut supaya tidak mematahkan tulang-tulang haiwan sembelihan aqiqah, akan tetapi sunnah dipotong mengikut sendi-sendi haiwan tersebut. Ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu ketika Fatimah binti Muhammad S.A.W. mengadakan aqiqah anaknya, maka Rasulullah S.A.W. bersabda; “Makan dan jamulah seleramu tetapi janganlah kamu memecahkan tulangnya”. Antara hikmah di sebaliknya tuntutan tersebut ialah supaya anak-anak tersebut akan membesar dengan sempurna dan tidak ditimpa perkara yang boleh mencacatkannya sehingga patah dan lain-lain. Wallahua'alam
J: Di samping menunjukkan kesyukuran kepada Allah S.W.T terhadap kurniaan anak, antara tujuan utama dianjurkan ibadah aqiqah di dalam Islam ialah untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama keluarga, jiran, rakan taulan, dan orang Islam yang miskin dengan mengadakan kenduri dan jamuan, maka mengikut pendapat Imam Syafie menyembelih haiwan aqiqah dan membuat kenduri kahwin pada masa yang sama adalah dibolehkan. Wallahua'alam
J: Bagi menjawab pertanyaan tersebut, maka di sini kita kemukakan pandangan Sayid Al-Bakri dalam kitabnya I’anatut Tolibin, beliau menyatakan bahawa sah dan boleh berwakil pada pembelian korban dan aqiqah, dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya diri berada di luar negeri. Wallahua'alam
J: Telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana bahawa mereka mewakilkan penyembelihan aqiqah kepada pihak tertentu, sama ada imam masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah sama ada pada musim Haji mahupun di luar musim Haji. Maka mewakilkan penyembelihan aqiqah kepada pihak lain yang dipercayai dan amanah adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya. Ini bertepatan dengan pendapat Sayid Al-Bakri di dalam kitabnya I’anatut Tolibin. Wallahua'alam
J: Sayid Al-Bakri dalam kitabnya I’anatut Tolibin menyatakan bahawa adalah sah dan boleh berwakil pada pembelian korban dan aqiqah dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya diri berada di luar negeri. Ini bermakna orang yang dimaksudkan oleh Sayid Al-Bakri itu sudah tentu tidak dapat melihat sendiri aqiqah yang dilaksanakan bagi pihaknya oleh pihak tertentu. Maka hukumnya adalah dibolehkan.
J: Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan aqiqah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunatkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut, bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi. Apa yang membezakan aqiqah dan korban ialah kita disunatkan memberikan sebahagian kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran tersebut. Wallahua'alam
J: Kegembiraan serta kesyukuran kita menyambut kelahiran tidak akan meriah atau begitu dirasakan jika tidak diraikan bersama saudara mara terdekat dan jiran tetangga. Maka semua mereka yang disebut tadi perlu merasakan sesuatu bagi sama-sama meraikan kegembiraan kita, bahagian yang diagihkan kepada orang Islam dipanggil sedekah, adapun yang diberikan kepada orang bukan Islam dipanggil hadiah. Dan memangpun menjadi hak jiran itu sama ada Muslim atau sebaliknya merasa gembira dengan kegembiraan kita dan bersedih dengan kesedihan kita, maka kita berpendapat bahawa menghadiahkan sedikit masakan jamuan aqiqah kepada jiran yang bukan Muslim tidak bertentangan dengan tujuan asal sambutan aqiqah itu dianjurkan. Bahkan jika kita tidak menghadiahkan sedikit makanan kepada jiran tersebut ianya akan membawa kesan yang kurang baik seperti perasaan kecil hati, tekanan perasaan anak-anak jiran yang terbau masakan jamuan tersebut dan lain-lain. Wallahua'alam
J: Memang tujuan sebenar tuntutan aqiqah ialah bersedekah bagi melahirkan kesyukuran atas kurniaan anak yang baru dilahirkan, akan tetapi jika sekiranya seseorang ingin mengambil keberkatan ibadah tersebut dengan memakan sedikit daripadanya adalah dibolehkan. Walau bagaimanapun bersedekah dengan semua daging aqiqah tersebut kepada yang memerlukan amatlah baik. Wallahua'alam
J: Memang kita dituntut memberikan sebahagian daging aqiqah kepada bidan yang menyambut dan merawat anak yang baru dilahirkan itu, bahkan kita disarankan memberikan kaki belakang sebelah kanan haiwan yang disembelih tersebut kepada bidan berkenaan. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang disahihkannya, bahawa “Fatimah telah melakukan hal sedemikian itu atas perintah Rasulullah S.A.W.” Wallahua'alam
J: Memang benar apa yang dinyatakan. Adalah disunatkan memberi kaki kanan belakang haiwan sembelihan aqiqah anak kita kepada bidan yang menyambut dan merawat anak tersebut. Ini bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W seperti dalam sebuah hadis riwayat Al-Hakim yang disahihkannya, bahawa “Fatimah telah melakukan hal sedemikian itu atas perintah Rasulullah S.A.W.” Wallahua'alam
J: Hakikat aqiqah sebenarnya adalah suatu bentuk sedekah, maka apa yang terbaik bagi sesuatu sedekah itu benar-benar dapat dimanfaatkan oleh pihak ketiga iaitu saudara mara, jiran tetangga dan orang miskin di kalangan umat Islam, maka menjual sesuatu daripada haiwan aqiqah itu mengurangkan nilai sedekah yang ingin dicapai dalam ibadah aqiqah tersebut. Maka jumhur ulama mengatakan bahawa tidak boleh dijual apa-apa bahagian daripada haiwan sembelihan aqiqah tersebut. Tetapi ada pendapat dalam mazhab Hanbali mengatakan ia boleh dijual asalkan nilai tersebut dimanfaatkan oleh masyarakat awam. Wallahua'alam
J: Hikmah agama Islam menggalakkan kita melaksanakan ibadah aqiqah ialah untuk menunjukkan rasa syukur dengan berkongsi nikmat Allah S.W.T. dengan umat Islam yang lain terutama saudara mara yang terdekat dan saudara seagama yang kurang bernasib baik Adapun menjual daging tersebut tidak dapat mencapai matlamat tersebut, maka menjual daging aqiqah adalah tidak dibolehkan. Wallahua'alam
J: Adalah makruh melumurkan darah haiwan sembelihan aqiqah di kepala anak yang diaqiqahkan. Ini kerana Rasulullah melarang daripada perbuatan yang sedemikian. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah R.A.; “Mereka di zaman jahiliyyah menyapu darah haiwan aqiqah dengan kain lalu dilumur ke atas kepala anak yang baru dilahirkan itu, maka Nabi S.A.W memerintahkan mereka menukarkan darah tersebut dengan wangian.” Wallahua'alam
J: Adapun orang yang melumuri pintu rumah mereka dengan darah aqiqah atau korban adalah salah dan haram dari hukum agama. Ini kerana ia termasuk perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, dan kepercayaan yang mengatakan akan dijauhi syaitan apabila menyapu darah korban ataupun aqiqah pada pintu rumah adalah bertentangan dengan pegangan akidah umat Islam. Wallahua'alam
J: Berdasarkan kepada amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat, maka beberapa sunnah boleh dilakukan pada hari penyembelihan aqiqah tersebut, antaranya;
- Mencukur rambut bayi tersebut pada hari ketujuh kelahirannya.
- Memberikan nama pada bayi tersebut.
- Bersedekah dengan emas atau perak seberat rambutnya yang telah dicukur.
- Mengkhatan bayi tersebut.
J: Memang benar, mengkhatankan anak pada hari ketujuh dan hari penyembelihan aqiqahnya adalah sunat. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Al-Baihaqi daripada Aisyah R.A. “Bahawasanya Nabi S.A.W mengkhatankan Hassan dan Hussain pada hari ketujuh dari hari kelahiran mereka.” Wallahua'alam
J: Pada Hari Raya Korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuk anak tersebut, jadi apabila bertemu Hari Raya Korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal, saudara boleh menggabungkan niat perlaksanaan aqiqah anak dengan niat korban, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan hari raya maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja. Wallahua'alam
2. Fiqh Islami – Wahbah Az-Zuhaili
3. Fiqh As-Sunnah – Sayyid Sabiq
4. Sirajul Wahhaj ‘Ala Matnil Minhaj Lil Imam Nawawi.
5. Korban & Aqiqah – Haji Ahmad Fuad Said
6. Panduan Aqiqah Khatan & Korban – Muhammad Isa Selamat
7. Ibadat Korban, Hukum & Cara Pengendaliannya – Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.
Posted by Ibnuzahid at Tuesday, January 12, 2010 0 comments




