BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

29.4.09

Rabitah Dan Wasilah

1.0 RABITAH DAN WASILAH

Rabitah dan wasilah adalah suatu cabang ilmu kesufian yang diajar oleh guru-guru sufi yang arif dan faham halnya kepada murid-muridnya untuk diamalkan akan dia di dalam menjalani jalan sufi yang muktabar melalui mana-mana ilmu dan amal yang benar sebagai jalan pintas untuk segera keluar dari daerah jahat zahir dan bathin kepada daerah baik zahir dan bathin.

1.1 Rabitah dari segi bahasa

Tambatan ingatan kasih sayang yang terzahir di dalam hati sanubari seseorang terhadap seseorang yang disukai atau dikasihi hasil daripada memperolehi pemberian yang dihajati (sekali atau berulangkali) sehingga menjadi terbayang atau terukir gambar orang itu di dalam ingatannya dan tidak boleh dilupakan.

1.2 Wasilah dari segi bahasa

Mengguna (menonjolkan) pangkat kemuliaan kebesaran seseorang yang disukai atau dikasihi yang menjadi sahabat atau taulan kenalan atau kekasih kepada seseorang yang dipohonkan hajat supaya hajat itu segera diperolehi atau dimakbulkan

2.0 Rabitah Dari Segi Istilah Ahlil haq.

Tambatan ingatan kasih sayang terzahir terpacak kukuh di dalam hati sanubari seseorang murid sehingga nyata mesra kasih sayang ingatan itu keseluruh dirinya (murid) zahir dan bathin terhadap seseorang ulama’, atau solihin atau nabi2 dan rasul-rasul ‘alaihimussolatu wassalam samada masih hidup atau telah mati yang menjadi syeikhnya (gurunya) dan kepercayaannya ( paling kurang yakin atau lebih tinggi daripada itu, haqqul yakin, ‘ala haqqul yaqin dan ketasnya lagi) sebagai taqarrub dan tabarruk dirinya dengan kemuliaan dan ketinggian pangkat iman, islam dan ehsan syeikhnya itu di sisi hadzrat Allah dalam ilmu dan amalnya bagi menjalani jalan mencapai kemantapan makrifahnya akan Allah S.W.T. dalam hidup dan kehidupannya sehingga terukirlah rupa syeikhnya itu di dalam bathin hatinya dan terpancar keluar pada penglihatan mata kasar yang tidak lekang dalam apa juga suasana dan keadaan, setelah itu dinafikannya akan wujud zat yang lain, sifat yang lain, perbuatan yang lain berbetulan wujud zat Allah, sifat Allah dan af’al Allah yang hakiki dan serentak dengan itu difanakan akan wujud dirinya dan segala benda dan masa cair dan beku, zahir dan bathin dan wujud yang lain, sifat yang lain, perbuatan yang lain selain Allah. Samaada dikiri, dikanan, dihadapan, dibelakang, di atas, dibawah dan di dalam pada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya sehingga terbit pada mata zahir nya yang wujud mutlak itu hanya zat Allah dan segala sifatnya dan perbuatanNya. Dikala itu jadilah ia orang yang semata-mata mengabdikan diri kehadzrat Allah, zat wajibal wujud disemua tempat, semua waktu, semua masa dan semua keadaan melalui lidahnya, anggotanya dan hatinya seumpama syeikhnya ( yakni telah tumbuh didalam dirinya iman dan taat seumpama syeikhnya walau sebesar zarah sekalipun dan terhakis pula kufur dan maksiat walau sebesar zarah sekalipun) dan kala itu jadilah murid itu orang yang telah masuk di dalam makna firman Allah:-

“ Katakanlah Allah itu Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakan. Dan tiada sesuatupun yang setara denganNya.” (Al ikhlas : Ayat )

“ Hanya kepada engkaulah kami menyembah, dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan”.( Al Fatihah : Ayat 5)

3.0 Wasilah Dari Segi istilah Ahlil haq

Menggunakan atau menonjolkan pangkat kemuliaan, kebesaran iman islam dan ehsan seseorang yang dikasihi Allah yang dijadikan syeikhnya di dalam ilmu dan amalnya samada ulama’, solihin, nabi2 dan rasul-rasul ‘alaihimussolatuwassalam yang masih hidup atau sudah mati sebagai tabarruk dan taqarrub dengan kemuliaan dan kebesaran ketinggian iman, islam dan ehsan syeikhnya itu di sisi hadzrat allah bagi memohon serta menghasilkan sesuatu yang baik daripada hadzrat Allah berupa keampunan di atas segala dosa besar atau kecil, keridhoaan , kasih sayang dan lain-lain diwaktu aman dan dhorurat di dunia dan akhirat.

4.0 Oleh yang demikian secara umumnya rabitah terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

a. Rabitah Tabi’i

Iaitu ikatan atau pertautan yang berlaku secara kebiasaan (Fitrah)

Contoh ikatan atau pertautan antara kaum keluarga.Misalnya Abu teringatkan ibunya atau Hassan mengingat nostalgianya bersama isterinya semasa muda-muda dahulu lalu beliau membayangkan saat-saat indah dikala pertemuan pertama yang membawa beliau dan isterinya bercinta terasa indahnya di dalam hati beliau saat-saat manis itu di dalam hatinya..(Ini bermakna si Hassan menambat hati atau mempertautkan hati dengan isterinya dan terhasillah kegembiraan dan kemanisan dihatinya bilamana peristiwa manis itu terbayang)

b. Rabitah Sufli

Iaitu ikatan atau pertautan hati dengan sesuatu yang bersifat rendah seperti mempertautkan hati dengan pangkat, harta,wanita ,kemegahan yang mana kesemua pertautan hati itu akhirnya mendatangkan mudharat terhadap orang tadi samada secara lahiriah mahupun ruhaniah.Dan ini adalah yang di cela oleh syara’ dan tidak mendatangkan sebarang manafaat ruhaniah sebaliknya akan menyebabkan hati orang yang menambat itu akan bertambah keras dan jauh dari Allah Ta’ala.

c. Rabitah ‘Ulwi

Iaitu ikatan hati atau mempertautkan hati dengan sesuatu yang bersifat tinggi seperti mempertautkan hati dengan syiar-syiar Allah atau dengan mempertautkan hati dengan orang-orang yang sholeh , atau dengan orang yang sudah nyata kewara’kannya , atau dengan Ulama' yang amilin dengan sahabat-sahabat nabi serta dengan kehararibaan baginda nabi Muhammad s.a.w. dan kesemua pertautan hati di alam ini adalah dengan satu tujuan saja iaitu sebenarnya untuk mempertautkan hati dengan Allah Ta’ala atau dengan perkataan sebenarnya ialah bermaksudkan Allah Ta’ala dan keredhaanNya dan tidak yang lainnya walau sebesar habuk sekalipun tiada tujuan yang lain .Sekiranya ada terselit tujuan yang lain walau sedikit pun maka rabitah tersebut bertukar menjadi Rabitah sufli kerana telah lari dari konsep Tauhid dalam ubudiyyah.

5.0 Mengapa perlu Rabitah ?

a. Kerana perintah Allah Ta’ala

Kita diwajibkan mempertautkan hati kita kepada Allah dan RasulNya dan dengan segala orang-orang muslim atas perintah Allah serta berjuang ke jalanNya kerana ianya perintah syara’ yang sangat nyata.

b. Kerana ianya Sunnah

Adapun mempertautkan hati dalam pengertian rabitah ‘Ulwi adalah jalan sunnah dan perkara ini berlaku di antara Rasul dan sahabat-sahabatnya yang mereka itu saling mempertambatkan hati mereka dengan kasih sayang atas sebab Allah Ta’ala dan keredhaanNya (Ukhuwah fillah)

c. Kerana mempertautkan hati

Mempertautkan hati adalah wasilah yang menyampaikan kepada kehampiran(Qurb) kepada Allah Ta’ala .

Menambat atau mempertautkan hati ini amalan Rabitah mengikut kaedah sufi.

Adapun ahli sufi menggunakan kaedah rabitah sebagai suatu wasilah supaya mendapat penghampiran (qurb) dengan Allah Ta’ala (rabitah ‘Ulwi). Pengertian rabitah secara sufi ini adalah berbentuk khususiah dan ianya menjadi suatu adab yang paling muakkad(utama) di kalangan kaum sufi.Di katakan ianya sebagai amalan khususiah kerana pengamal rabitah ini mestilah mempunyai syarat yang cukup sebelum mengamalkannya kerana mengelak dari salah faham dan salah penghayatan yang akhirnya mendatangkan fitnah bagi pengamalnya(yang tak cukup syarat) .

Dan paling utama syaratnya ialah dia wajib memahami asas ilmu aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah sekurang-kurangnya fardhu ‘ain. Dan ada lagi syarat rukunnya bagi pengamal rabitah tersebut dan tahu serta faham bilamanakah rabitah itu di perlukan dan bilamanakah ia perlu tinggalkan sama sekali.

Adapun makna rabitah atau cara menambat hati seorang murid Tariqat kepada syeikh(Guru Mursyid)nya ialah sepertimana yang di terangkan oleh Syeikh Daud Al Fathani di dalam kitab Dhiyaul Murid pada menyatakan adab berzikir yang keempat belas iaitu :

“ Bahawa mengkhayalkan(membayangkan di dalam hati atau pemikiran) rupa syeikhnya pada antara dua matanya. Maka iaitu terlebih sangat muakkad bagi memberi bekas. Maka di hadirkan rupa syeikhnya pada hatinya , dan menuntut penolong daripadanya. Dan di lihat bahawasenya ia penolong daripada penolong nabi kita . Dan hati nabi s.a.w. selama-lamanya berhadap kepada hadhrat Tuhannya. Maka apabila di kerjakan yang demikian itu maka limpah pertolongan ‘al Ilahiyyah’ daripada ‘Hadhrat
Ilahiyyah’ kepada hati penghulu kita (Nabi Muhammad s.a.w.). Dan daripada hati penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w. kepada segala hati masya’ikh daripada satu kepada satu hingga sampai kepada yang berzikir itu. Maka jadi dapat pertolongan dan mendapat pemberian Allah pada kita jika ada benar hatinya”.

Bagi orang sufi/Tariqat cara mereka menambat hati dengan syeikhnya ialah dengan menggambarkan atau membayang rupa / diri syeikhnya sebelum berzikir (secara perseorangan) dengan tujuan mendapat limpahan ruhaniah dari sekelian syeikhnya yang terdahulu mengikut susur galur salasilah tariqatnya sehinggalah baginda Rasulullah s.a.w. yang senantiasa menerima limpahan rahmat dari Allah Ta’ala.

Sebenarnya membayangkan rupa syeikh adalah salah satu cara dari berbagai cara untuk menambat hati dengan syeikh. Setengah pendapat cukup dengan niat saja bahawa syeikhnya itu hadhir bersama dalam berzikir ketika murid berzikir dengan tujuan mendapat keberkatan dari syeikhnya itu kesemuanya itu adalah tujuan yang sama dan terlingkup dalam makna rabitah juga.

6.0 Rabitah dan Wasilah dalam ilmu dan amal itu terjadi keatas seseorang murid kerana

6.1 Perhubungan silaturrahim dan mesra kasih sayang murid terhadap gurunya selepas murid itu menerima ilmu dan amal daripada gurunya serta beramal dengan ilmu dan amal itu bersungguh-sungguh.

6.2 Hati simurid akan sentiasa teringat akan gurunya di dalam mujahadahnya melalui ilmu dan amal yang diterimanya itu dan guru juga akan sentiasa teringat muridnya di dalam doanya.

6.3 Syeikhnya atau gurunya itu telah sampai kepada maqam iman, islam dan ehsan yang kamilah atau kamilatul kamilah di mana rohani dan jasmani syeikhnya itu ghaib atau ghaibul mutlak di dalam keagungan, kemuliaan, kebesaran ALLAH rabbul jalil di semua tempat waktu dan masa dan nyata pada diri syeikh itu berkat, maunnah, karomah di dalam ilmu dan amalnya.

6.4 Syeikh yang kamil atau kamil mukamil itu sentiasa dapat berhubung dengan rohani dan jasmani muridnya yang tidak putus hubungan silaturrahim dengannya diwaktu aman dan dhorurat sehingga jadilah murid itu sentiasa terbayang akan rupa syeikhnya (gurunya) lebih-lebih lagi dikala apabila bangkit cita-cita dan kehendak hati murid itu untuk melaksanakan kufur dan maksiat.

6.5 Ingatan mesra kasih sayang murid terhadap syeikhnya yang kamil atau kamil mukamil itu akan membuahkan lipat ganda ingatan kasih sayang murid itu kepada Allah didalam ibadahnya dan ubudiahnya.

6.6 Terhindar murid itu daripada rabitah dan wasilah seperti yang dibuat oleh orang kafir, jahil, fasiq, dimana mereka mengiktiqadkan gambar yang terukir atau terupa didalam ingatan itu sebagai tuhan dan mereka dzohirkan dengan menempa gambar itu didalam alam ini dan mereka muliakan gambar yang mereka tempa itu dalam segala rupa bentuk pemujaan mengikut hawa nafsu yang jahat di dalam khayal syak, dzon dan waham. Sebagai ubudiah dan mengenang jasa atau mempamirkan rasa cinta atau ingatan kasih sayang yang mendalam yang ditumpukan kepada gambar yang ditempa itu sahaja.

7.0 Rabitah Haq

Ialah diatas makna Tabarruk dan taqarrub diri kehadrat Allah dengan penuh yakin , haqqul yakin, ‘ala yakin, ‘ala haqqul yakin dengan kemuliaan, kebesaran, ketinggian pangkat iman, islam dan ehsan mereka itu di sisi Allah samada dia seorang ulama’, solihin, nabi-nabi dan rasul-rasul ‘alaihimussolatuwassalam yang masih hidup atau sudah mati sebagai jalan pintas supaya segera dikurniakan baik, paling baik, agung baik, dan maha baik oleh Allah seumpama Allah kurniakan kepada orang yang Allah jadikan sebagai rabitah dan wasilah itu dan diharap supaya benar2 nyata maunnah dan karomah yang hakiki yang tiada sangkut paut atau hubung kait dengan segala rupa bentuk bantuan khadam bersyarat atau yang datang mengikut jalur keturunan atau pemujaan, walaupun karomah atau maunnah itu bukan menjadi tujuan dan matlamat di dalam ilmu dan amalnya. Ia suatu pakaian yang dikurniakan oleh Allah pada ahli-ahlinya sahaja.

Syeikh daud al fathoni menjelaskan di dalam manhalus sufi..

” orang yang tiada karomah umpama anak yang tiada bapa”.

Berkaitan rabitah wasilah maksud hadis :-

“ Orang yang terbaik dikalangan kamu ialah orang yang apabila dilihat nya, dapat mengingatkan kamu kepada Allah, percakapannya menambahkan ilmu kamu, perbuatannya (amalannya) mendekatkan kamu kepada akhirat”

Riwayat daripada al hakim daripada Abdullah bin omar.

Contoh kaedah rabitah yang haq ialah membawa ingatan selintas sebelum memulakan amalan zikir khafi bagi mendapatkan keteguhan dan keyakinan agar semasa menyelam dalam amalan zikirulLah itu nanti tidak dicelahi oleh syak,dzan dan waham,dan apabila mencapai maksud dalam zikir nya itu yakni hudurul qalbi/fana/jazbah Ilahiah,maka di situ tidaklah dibawa lagi ingatan terhadap guru/rabitah.Ini yang telah ditarbiahkan asal asal oleh mana-mana pemuka pemuka mursyid Naqsyabandiah yg muktabarah.

Adapun rabithah yang diperbolehkan seperti :

a. Rabithah seorang makmum terhadap imamnya dalam shalat

Seorang makmum wajib berniat menjadi makmum dan konsekwensinya dia harus mengikuti imam sepenuhnya. Manakala makmum menyalahi perbuatan imam,umpamanya imam sujud dia rukuk dsa maka shalat si makmum tadi mejadi batal.

b. Rabithah seorang anak terhadap kedua orang tuanya

Di dalam Q.S Al Irsa ayat 23 Allah menyuruh kita berbuat baik kepada
orang tua, dan melarang menyakiti hati keduanya. Tetapi kita diperintahkan menyenangkan hati keduanya.

c. Rabithah antara isteri kepada suaminya

Di dalam Q.S An Nisa ayat 21 Allah berfirman :

Dan mereka (isteri-isterimu) dengan akad nikah telah mengambil dari
kamu janji yang kokoh kuat.Dengan akad nikah maka terjadilah rabithah antara suami isteri yangmenimbulkan hak dan kewajiban masing-masing. Dengan akad nikah akan terjadilah rasa kasih dan sayang antara keduanya yang disalurkan melalui berkahnya nikah seperti yang ditegaskan dalam Q.S Ar Rum ayat 21.

d. Rabithah antara murid dengan guru

Tidak ada di dunia ini seseorang memperoleh ilmu tanpa melalui guru,
langsung atau tidak langsung. Seorang murid dengan sungguh-sungguh
menunut ilmu dari gurunya, dan seorang guru dengan tulus ikhlas
memberikan pendidikan dan pengajaran kepada muridnya, hingga dengan
demikian terjadilah hubungan yang harmonis antara keduanya. Murid yang mendapatkan ilmu pengetahuan dari gurunya dengan cara demikian akan memperoleh ilmu yang berkah dan bermanfaat.

8.0 Rabitah Bathil

Rabitah dan Wasilah yang dibuat oleh orang-orang kafir atau yang seumpama dengannya.

Rabitah dengan makna menzahirkan rupa diri sesesiapa sahaja yang memberi kebaikan kepadanya mengikut khayal syak, dzon dan waham. Dengan mengaku sebagai Tuhan yang disembah dengan sebenarnya dan menempa rupa gambarnya itu pada mana-mana tempat di dalam alam ini untuk disanjung, dipuja mengikut kehendak hawa nafsu yang jahat, paling jahat, dan agong jahat sebagai mengenang jasa terhadap sesuatu pemberian atau hajat yang diperolehi atau menzahirkan rasa ingatan kasih saying yang hanya merupakan hayalan syak, dzon dan waham. Manakala contoh pembawaan rabitah yg batil ialah pembawakan rabitah dan beriktikad bahawa rabitahlah yang membekas atas segala apa yang berlaku spt kemalangan,kecelakaan pada diri nya,dan meyakini bahawa guru nya lah/rabitahlah yang membuatkan dia memperolehi sesuatu keuntungan/nikmat.,dan ada juga yang beriktikad bahawa guru nya mengetahui segenap perbuatan nya di mana sahaja dia berada.Seolah olah di sini tauhid nya terletak pada tangan guru/rabitah tersebut. Ini antara contoh yg berlaku di kalangan pengamal pengamal tariqah.

9.0 KEPERLUAN RABITAH DAN WASILAH BAGI SETIAP MURID YANG INGIN MENCERAIKAN JAHAT MENUJU KEPADA BAIK.

Sejarah silam banyak memberi pengajaran dan bukti nyata bahawa rabithah dan wasilah di atas makna tabarruk dan taqarrub dalam ilmu dan amal menuju kepada baik seperti yang diajar oleh nabi-nabi dan rasul-rasul, ulama’ muhaqqiqin memang ada dan menjadi sesuatu tutntutan yang diharuskan yang berbeza sekali dengan rabitah dan wasilah yang dibuat oleh orang kafir atau orang yang mengambil ilmu dan amal daripada orang-orang jahil, fasiq, munafik dan seumpamanya di mana rabitah dan wasilah yang mereka buat itu di dalam keadaan khayal syak, dzon dan waham di atas makna ta’abud memuja menghormati sebagai mengenang jasa menumpu dan menzahirkan ingatan rasa kasih sayang.

Antara rabitah dan wasilah yang benar itu seperti kisah Nabi Allah Yusof ‘alaihissalam dengan Siti Zulaikha yang mana Nabi Yusof ‘alaihissalam hampir-hampir tergoda dengan telatah dan godaan Siti Zulaikha ke atas dirinya. Maka di saat itulah ALLAH memperlihatkan rupa ayahandanya Nabi Allah Yaakob a.s kepada baginda. Maka ketika itu juga baginda terus lari dari godaan Siti Zulaikha dan Siti Zulaikha pula mengejar baginda dari arah belakang lalu memegang bajunya hingga baju baginda terkoyak.

Sebagai membuktikan kebenaran baginda ALLAH memerintahkan seorang kanak-kanak kecil yang sedang berada di dalam buaian bercakap dengan lidah yang fasih sebagai saksi yang memihak kepada Baginda nabi Allah Yusof a.s.

Maka rabitah dan wasilah yang sesat lagi menyesatkan adalah sebagaimana Musa As Samiri (Dajjal) laknatullah mengajar kepada pengikut-pengikut Nabi Allah Musa a.s sepeninggalan baginda pergi bermunajat di Bukit Tursina bagi menerima kitab Taurat. Musa As Samiri mengajar umat Nabi Allah Musa a.s menempa patung anak lembu daripada emas yang mereka rampas daripada orang qibti Mesir semasa mereka dihalau dan diburu oleh Fir’aun dan bala tenteranya. Musa As samiri menghidupkan anak lembu itu dengan mencampurkan tanah bekas tapak kaki kuda Jibrail a.s kedalam emas yang ditempa itu. Setelah patung anak lembu itu hidup dan boleh bercakap-cakap maka Dajjal mengarahkan umat Nabi Allah Musa a.s mengadakan upacara pemujaan diluar batas syariat nabi Allah Musa a.s. sebagai memperhambakan diri dan menghormati mengikut selera hawa nafsu yang jahat dalam keadaan khayal, syak, dzon dan waham. Maka rabitah dan wasilah yang seumpama inilah yang diharamkan oleh seluruh ulama’-ulama’ islam ke atas orang-orang islam melakukan akan dia sepanjang zaman kerana menerjunkan diri seseorang murid itu kedalam kufur dan maksiat yang lebih mendalam

Adapun Rabitah di atas nama tabarruk dan taqarrub seperti yang berlaku ke atas Nabi Allah yusof a.s maka ia diharuskan keatas mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada ulama’-ulama’ muhaqqiqin dan melatih diri dengan ilmu dan amal itu untuk keluar daripada dosa besar dan kecil menuju kepada baik, paling baik, agong baik dan maha baik dengan ijma’ seluruh ulama’ islam yang muhaqqiqin. Ulama’-ulama’ islam yang menolak rabitah dan wasilah di atas makna tabarruk dan taqarrub itu ialah orang-orang yang nakal yang masih berada di atas sifat-sifat mazmumah walaupun mempunyai sijil-sijil kelulusan (Ba, Ma & PhD) kedudukan pangkat dan banyak ilmu dan amal dan diharap mereka akan menjadi seperti Imam Ahmad Ibnu Hanbal dan Imam Al ghazali dan mereka yang seumpama dengannya

Orang-orang yang menerima Ilmu daripada rasul khasnya di zaman Nabi Muhammad S.A.W. berpecah kepada beberapa kelompok atau kumpulan antaranya:-

9.1 Kumpulan yang betul-betul menerima ilmu dan amal itu serta bersungguh-sungguh melatih diri zahir dan bathin dengan ilmu dan amal itu menuju kepada terpelihara dosa sepenuhnya serta istiqomah diatasnya selama-lamanya. Kelompok inilah yang menjadi pewaris kepada sekalian nabi-nabi dan rasul-rasul dalam ilmu dan amal dan menjadi uswatun hasanah pada zamannya. Contohnya Abu Bakar, Omar, Othman, Ali r.a dan baki daripada 10 sahabat dijamin syurga dan mereka yang lainnya yang seumpama mereka itu pada zahir dan bathin sepanjang zaman selagi tidak berlaku qiamah.

Mafhum Firman Allah :-

“ Dia (Allah) yang mengutus RasulNya dengan (membawa) petunjuk yang lurus dan agama yang (benar yang datang dari sisi hadzratNya) supaya jadilah agama Islam itu meninggi dan menang mutlak di atas semua agama yang lain ( kerana agama yang lain itu ciptaan manusia yang menjadi penganjur dan pelopornya sahaja, yang tidak ada padanya mukjizat) dan cukuplah Allah sahaja yang menjadi saksi . Muhammad itu pesuruh Allah, orang2(mukmin) yang bersama dengan dia sangat keras tindakannya terhadap orang2 kafir dan sangat mesra kasih saying sesama mereka (mukminin/at) Engkau lihat mereka itu sentiasa ruku’, sujud dan semata-mata mengharapkan kurnia daripada Allah dan Keredhoannya sahaja. Mereka itu dapat dikenal pasti kerana ada pada diri mereka itu tanda sujud kepada Allah. ( zahir atau nyata cahaya keimanan, keselamatan dan keehsanan yang terang benderang pada diri mereka itu.) (Surah al fat-h ayat 28-29)

Kalau di zaman Rasulullah s.a.w puak-puak ini dapat dikenal pasti sebagai orang-orang yang paling kehadapan menolong Allah dan rasulNya dan agamaNya ialah mereka yang membentengkan diri mereka sendiri menangkis serangan-serangan musuh seperti yang berlaku di dalam peperangan Uhud. Mereka juga orang-orang yang pertama mengambil Bai’atul ridzuan di Hudaibiah daripada Rasulullah s.a.w. Mereka juga orang-orang yang membariskan diri di dalam peperangan Hunain bersama Rasulullah s.a.w setelah jemaah tentera Islam yang banyak melarikan diri meninggalakan Rasulullah s.a.w kerana gerun dengan serangan bala tentera ahzab. Di dalam peperangan itu Allah memberi kemenangan total (mutlak) kepada Rasulullah s.a.w dan orang-orang mukmin. Orang yang seumpama tersebut memang wujud disepanjang zaman selagi tidak berlaku kiamat. Tetapi didalam sesuatu keadaan tertentu mungkin mereka ini menyembunyikan diri.

Mereka melaksanakan dakwah menyeru amar ma’aruf nahi mungkar itu dalam suasana dan keadaan berhimah yang hanya mereka sendiri sahaja yang tahu dan faham kenapa mereka berada seperti itu. Mereka ini golongan ulama’-ulama’ dan solihin-solihin yang muhaqqiqin umah nabi Muhammad s.a.w sepanjang zaman.

9.2 Kumpulan yang betul-betul menerima ilmu dan amal itu daripada Rasulullah atau daripada kelompok yang pertama sepanjang zaman dan berusaha melatih diri zahir dan bathin dengan ilmu dan amal itu seperti kelompok pertama untuk menuju terpelihara daripada segala dosa, tetapi masih terlekat dengan dosa-dosa kecil namun segera bertaubat. Mereka ini ialah golongan ulama’-ulama’ dan orang-orang soleh umat Nabi Muhammad s.a.w.

9.3 Kelompok yang menerima ilmu dan amal tetapi tidak berusaha bersungguh-sungguh seperti kelompok (1) dan (2) bagi melatih diri keluar daripada dosa besar dan kecil. Mereka itulah golongan orang-orang fasiq umat Muhammad s.a.w yang terdiri daripada golongan Ulama’, orang-orang yang zahirnya nampak soleh atau orang awam umat Muhammad s.a.w sepanjang zaman. Terkadang mereka itu hanya terikut-ikut sahaja di dalam menerima ilmu dan amal mungkin oleh sebab ada kepentingan atau sesuatu hajat untuk dihasilkan atau ada penyakit untuk Allah disembuhkan atau dengan sebab malu dengan suasana dan keadaan.

9.4 Kelompok yang pura-pura menerima ilmu dan amal dan pura-pura pula dalam melatih diri zahir dan batin dengan ilmu dan amal itu. Akhirnya ada di antara mereka menolak ilmu dan amal yang padanya mereka terima samada nyata atau tersembunyi. Mereka itulah orang-orang munafiq atau murtad daripada Umat Muhammad s.a.w sepanjang zaman.

Dua kelompok terakhir inilah paling ramai dikalangan umat Muhammad s.a.w dan terjebak pula dengan berbagai ragam ilmu dan amal yang sesat lagi menyesatkan yang tergolong di dalam salah satu 72 puak yang sesat dalam aqidah, terjebak pula di dalam bidaah dholalah yang haram dan karohah dalam syariat, juga terjebak di dalam salah satu 13 puak sesat di dalam kesufian terikat dengan khadam-khadam bersyarat, saka baka (keturunan) dan lain-lain.

Seruan dakwah dalam menyeru ma’aruf dan mencegah mungkar yang paling berkesan ialah yang datang dari kelompok (1) dan (2) kerana mereka itu orang-orang yang dipercayai iman, islam dan ihsan serta mempunyai salasilah di dalam ilmu dan amalnya sehingga kepada Rasulullah s.a.w dan mereka pula ada rabitah dan wasilah di atas makna tabarruk dan taqarrub dalam ilmu dan amalnya. Maka golongan inilah yang paling layak mengajak manusia kembali kepada kebaikan dan paling berkesan di dalam kerja buatnya itu. Manakala golongan yang menolak rabitah dan wasilah tidaklah termasuk di dalam kumpulan yang sepatut layak mengajak manusia kepada amar ma’ruf nahi mungkar, kerana mereka sendiri berada di dalam kemungkaran samada fasiq, dzolim, munafiq atau murtad.


10.0 LATIHAN DI DALAM ILMU DAN AMAL.

10.1 Sebeberapa daya yang boleh menghilangkan sebanyak mungkin perangai yang jahat zahir dan bathin paling kurang 50%-80%.

10.2 Ialah mereka yang melatih diri menghilangkan segala sifat2 jahat zahir dan bathin di dalam ilmu dan amalnya menjangkau 100%.

10.3 Ialah mereka yang melatih diri menghilangkan perangai-perangai jahat zahir dan bathin yang melebihi menjangkau melebihi 100% dan istiqomah di atasnya selama-lamanya iaitulah mereka yang berada di dalam darjah radhiah, mardhiah, kamilah dan kamilatul kamilah dalam ilmu dan amal.

Lazimnya kelompok yang (9.3) dan (9.4) setelah mendapat hidayah daripada ALLAH S.W.T. melalui berbagai-bagai bentuk seruan dakwah. Maka mereka mencari ilmu dan amal untuk menuju kepada baik, di sana sekiranya mereka berjumpa dan berguru dengan orang yang sekelompok dengan mereka sudah tentu mereka mengekali jahat, paling jahat dan agong jahat jahat di dalam ilmu dan amal. Sekiranya mereka berjumpa dan berguru dengan kelompok (9.1) dan (9.2) maka inilah yang sepatutnya dan sebenarnya kerana ilmu dan amal kelompok (9.1) dan (9.2) itu ada salasilah guru sehingga kepada Rasulullah s.a.w dan berada pula di atas yakin, haqqul yakin, ‘ala yakin dan ‘la haqqul yakin. Apabila si murid itu menerima ilmu dan amal daripada kelompok (9.1) dan (9.2) dan dengan penuh ikhlas melatih diri keluara daripada sifat-sifat mazmumah menuju kepada baik, paling baik, agong baik dan maha baik dengan melalui tingkat-tingkat (10.1), (10.2) dan (10.3) sudah tentulah akan terwujud di dalam bathin hati sanubari murid itu rasa kasih sayang terhadap gurunya lebih-lebih lagi gurunya itu seorang murid murshid yang menjadi badal kepada syeikh yang di atasnya atau badal mutlak kepada syeikh yang di atas syeikhnya yang ada hubungan rohani dan jasmani dengan syeikh yang di atasnya dengan Rasulullah s.a.w dan sudah berada pula di dalam tahap iman, islam, ihsan yang mutmainnah, radhiah, mardhiah, kamilah dan kamilatul kamilah. Lama kelamaan perhubungan kasih sayang di antara murid dengan guru itu mesra seluruh diri zahir dan bathin sehingga terukir rupa gurunya dihadapannya maka disitu secara langsung atau tidak langsung sudah wujudlah rabitah dan wasilah di atas makna tabarruk dan taqarrub si murid dengan gurunya. Si murid yang mempunyai rabitah dan wasilah yang seperti itu ialah mereka yang dikurnia laduni oleh Allah dan jalan pintas menuju kepada baik, paling baik, agong baik dan maha baik dalam ilmu dan amalnya selepas tingkat (10.1) , (10.2) dan memasuki tingakat (10.3) dengan selamat serta istiqamah dengannya selamanya.

Murid-muridnya yang berlaku jahat adab di dalam ilmu dan amalnya dengan gurunya (syeikhnya) akan dicampak kedalam was-was, khayal, syak, dzon dan waham atau menuju kepada rendah pangkat dan kejahatan, berada di dalam fasiq dan mungkin terjemak ke dalam munafiq dan murtad. Untuk melepasi tingkat (10.1) dan (10.2) itu dan mengambil jalan pintas dengan baik rabitah dan wasilah di atas makna tabarruk atau taqrrub dengan kelompok (9.1) dan (9.2) seterusnya kepada nabi kita Muhammad s.a.w adalah menjadi suatu dorongan dan keperluan dan itulah menjadi keharusan di dalam ilmu dan amal atas ijma’ seluruh ulama’ muhaqqiqin sepanjang zaman.

11.0 KATA-KATA SYEIKH MAHYUDDIN ABDUL QADIR JILANI.

11.1 “ Sesiapa yang tiada baginya guru murshid ( di dalam ilmu dan amalnya untuk menuju baik, paling baik, agong baik dan maha baik) maka bahawasanya akulah baginya syeikhnya dan murshidnya ( di dalam ilmu dan amalnya itu) sehingga jadilah ia seumpama aku zahir dan batin”.

11.2 Hendaklah murid aku ( mereka yang mengaku murid bagi aku) berpegang teguh dengan aku (zahir dan bathin dalam ilmu dan amalnya) dan jadikanlah aku kepercayaannya ( dalam mentarbiah, mendidik, mengawal, memelihara dirinya keluar daripada dosa besar dan dosa kecil menuju kepada baik, paling baik, agong baik dan maha baik di dalam darjah mutmainnah, radhiah, mardhiah, kamilah dan kamilatul kamilah dan istiqomah padanya) lagi aku tanggungkan akan dia ( nescaya jadilah murid itu di dalam perhatian aku, doaku dan syafaatku) di dunia dan akhirat.”

11.3 Aku wasif yang dimausufkan akan dia ( rabitah dan wasilah yang dirabitah dan di wasilahkan akan dia di atas makna tabarruq dan taqarrub) guru bagi sekalian thoriqat ( bagi sekalian ilmu dan amalnya yang menuju kepada baik).

12.0 KENYATAAN ULAMA’ BERKAITAN RABITAH DAN WASILAH.

12.1 Shaikh Ahmad Hussain bin al-Dawsari telah memberikan definisi rabitah ini dengan lebih jelas lagi:

Sesungguhnya sesiapa yang berhubung rapat dengan seseorang, terutamanya jika perhubungan itu dalam kasih sayang dan iktikad (yang baik),sudah pastilah rupa orang itu akan tergambar di dalam ingatannya.Bila ia ingatkan orang itu maka tergambarlah rupanya.Jika orang yang tersebut dari kalangan orang-orang yang dicintai Allah,maka menggambarkan rupanya (dalam ingatan) itu akan mendorongkan untuk mencintai Allah dan rindukanNya. Mencintai Allah itu sememangnya dituntut dan rindu kepada Allah adalah (merupakan sifat)yang dikasihi.

12.2 Syeikh Abdul Majid bin Muhamad al-Khani di dalam kitab nya Al-Saa'dah Al Abadiyyah:-

"Hendaklah murid itu membayangkan rupa guru nya yang kamil di antara kedua mata nya,kemudian murid itu menumpukan perhatian kepada rohani nya dalam bayangan tersebut dan terus menerus menumpukan perhatian seperti itu sepenuh nya sehingga ia mencapai (rasa) lenyap (ghaibah) atau kesan jazdbah. Setelah tercapai salah satu daripada dua perkara tersebut,(rasa lenyap dan jazdbah)itu,murid itupun tinggalkan penumpuan kepada rabitah dan menumpukan pula kepada perasaan lenyap atau jazdbah itu."

12.3 Syeikh Hussain Ahmad A Dusari : “ Ar Rahmatul Habitah “.

Sesungguhnya sesiapa yang duduk dengan seseorang terutama atau lebih-lebih lagi jika pertemuan itu dalam kasih saying dan iktiqad yang baik sudah pastilah rupa orang itu akan terlukis atau tergambar dalam ingatannya. Bila ia ingatkan orang itu maka tergambarlah rupanya. Jika sekiranya orang yang tersebut itu dari kalangan orang yang dicintai Allah maka menggambarkan rupanya (dalam ingatan) itu akan mendorongkannya untuk mencintai Allah dan rindukanNya. Mencintai Allah itu memang yang diperintah dan merinduiNya itu suatu sifat yang dikasihiNya. Oleh itu menggambarkan rupa orang itu juga adalah perbuatan yang dikasihi juga”.

Sesiapa yang menggambarkan atau membayangkan seseorang yang disifatkan, maka ia telah membayang atau menggambarkan sifat2nya. Jika sifat-sifat orang itu dikasihi dan dicintai di sisi Allah, maka membayangkan atau menggambarkan rupanya memastikan tercapainya gambaran sifat2 yang dikasihi Allah itu adalah merupakan perbuatan yang dikasihi oleh Allah juga. Tidaklah makna rabitah itu kecuali yang tersebut itu.

“ Semoga Allah mengilhamkan saudara akan pertunjukNya dan menjadikan saudara sebagai hambanya, bukan hamba kepada diri saudara sendiri. Ketahuilah hai saudaraku dijalan Allah, sesungguhnya rabitah dengan Syeikh yang kamil itu dapat menyampaikan saudara kepada rabitah dengan Rasulullah s.a.w dan faedahnya ialah fana’ fi rasul,hasilnya adalah sebahagian daripada nikmat yang sebesar-besarnya dan merupakan nikmat yang sempurna yang mana tidak dikurniakan melainkan kepada orang yang hatinya sangat mengagungkan Allah ”.

“ Fana fi rasul itu juga masuk ke dalam hadzrat kequdusan Allah dan penumpuan hati pada mencintai Allah dan persediaan berbagai kurnia Allah adalah diperintah (untuk mendapatkannya) “.

Di dalam kitab Ar Rahmatul Rabitah mengenai ayat2 Al qur’an berkaitan rabitah dan wasilah beliau berkata dengan maksudnya “ Adakah ada sesuatu yang tertinggal dari kitab Allah dan Al Qur’an itu? Pada al qur’an itu telah telah menghimpunkan tiap-tiap yang basah dan kering ( tidak ada sesuatu yang tidak disebut (terkandung) di dalam al-qur’an). Maksud firman Allah “ Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bertqwa kepada Allah dan carilah wasilah kepada Allah” dan wasilah kepada Allah itu berbagai amalan soleh. Berbagai amal perbuatan soleh itu tidak akan menjadi amalan soleh kecuali (dikerjakan) dengan ikhlas. Manakala berbagai amal soleh itu tidak akan dapat menjadi amal yang ikhlas kecuali bila telah bersih dari berbagai unsur yang mengotorkan. Sesungguhnya menerusi pengalaman atau percubaan iaitu bila kami menumpukan amalan rabitah maka kami dapat iaitu amalan-amalan kami itu bersih daripada berbagai unsur kekotoran “ghoflah” (kelalaian) amalan (yang dilakukan) dengan keadaan ghoflah atau kelalaian hati tidaklah dikira atau tidak diterima, kerana tidak ditulis akan pahala bagi hamba yang lalai hatinya ketika solat kecuali setakat yang ia ingatkan sahaja. Rabitah itu adalah sebahagian daripada berbagai wasilah yang memastikan terhapusnya sifat ghoflah itu dan yang memastikan tercapainya sifat hudhurul qalbi adalah merupakan sebahagian daripada wasilah yang sebaik-baiknya. Jelas sekali menurut pandangan Syeikh Ahmad bin Hussain As Dusari di atas rabitah adalah termasuk dalam maksud umum perkataan “al wasilah” yang tersebut dalam ayat itu. Dapat juga kita pandang bahawa beliau dalam menganalisa dan mengistibathkan hukum telah juga menggunakan kaedah usul feqah yang bermaksud “ sesuatu perkara yang menyebabkan kewajiban itu tidak akan dapat disempurnakan kecuali dengannya, maka sesuatu perkara itu wajiblah juga hukumnya”

“ Dan sesungguhnya (perbuatan) yang dijahilkannya itulah yang dilakukannya bahkan perbuatan itulah yang dilakukannya “, Rabitah yang dinafikan sabitnya (di dalam islam) itulah yang dilakukan. Perbuatan itu adalah sebahagian daripada adab terhadap Allah yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Menurut ilmu yang jelas ialah bahawa ia perlu sangat melakukan amalan yang akan dapat menghilangkan bala yang membinasakan dirinya itu yang mana tidak dapat dirasakannya kerana ia terlalu sangat mabuk dalam (kelalaian) terhadap Allah dan demikian itu ialah apabila ia melakukan takhbir ratul ehram maka iapun berkelana atau merayap dalam lapangan fikiran dan sangkaan-sangkaan atau khayalannya dan ia berpaling dari Tuhannya dan ia lupakan dirinya. Mereka itu lupakan Allah, maka Allahpun melupakan mereka. Dan iapun sibuk berabitah dengan (harta wakafnya atau harta benda) miliknya, atau pekerjaannya atau isterinya, jika dirinya itu difitnahkan dengan isterinya itu ( ia berabitah) dengan anaknya atau meneliti sesuatu masalah yang dikemukakan oleh iblis kepada dirinya supaya iblis itu dapat mengeluarkan dirinya daripada solatnya itu di dalam keadaan muflis (tidak dapat pahala tetapi penuh dosa) atau ia bercakap-cakap kepada seseorang yang diharapkan akan memberikan zakat atau sedekah, maka iapun membaca di dalam solatnya itu “اياك نعبد “ padahal ia pada masa yang sama mengadu perkara yang diingatinya itu. Itulah yang disembahnya bukan Allah dan perkara itulah yang menjadi rabitahnya (yang jelas) berada diruang kedua-dua matanya sehingga ia memberi salam. Apabila ia memberi salam yang pertama is cepat-cepat mengengkarkan (amalan) rabitah yang di amalkan oleh para ulama’ dan orang-orang yang ariffin billah pada waktu yang tertentu (waktu berzikir) supaya dapat menghilangkan kelalaian sehingga mereka dapat menghadap Tuhan mereka di dalam sembahyang mereka dan diwaktu mereka berzikir dengan hati yang hudhur.

13.0 Hadis-hadis keharusan berabitah dan berwasilah.

1.Maksudnya: Sesungguhnya sesetengah daripada manusia itu adalah sebagai anak kunci (yang membuka hati) bagi mengingati Allah (iaitu) bila mereka itu dipandang maka ingatlah Allah (orang yang memandangnya itu).

2.Maksudnya: Mahukah kamu aku khabarkan kepada kamu akan orang yang sebaik-baiknya di kalangan kamu? Orang yang sebaik-baik di kalangan kamu itu ialah mereka bila dipandang maka orang yang memandang itu ingatkan Allah."

3. Maksudnya: Orang yang sebaik-baiknya di kalangan kamu itu ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah dengan memandang (rupanya) dan percakapannya menambahkan ilmu kamu 'dan amalannya mendorongkan kamu gemar kepada akhirat.

4.Maksudnya: Dikatakan kepada Rasulullah (s. 'a.w.): Ya Rasulullah siapakah orang yang sebaik-baik menjadi rakan perbualan kami? Rasulullah bersabda: Dia itu ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah dengan melihatnya, percakapannya menambahkan ilmu kamu dan amalannya juga mengingatkan kamu kepada akhirat.

5.Maksudnya: Tidak akan masuk ke neraka orang (Islam) yang telah melihat aku (Nabi Muhammad) dan tidak juga akan masuk ke neraka orang yang melihat akan orang yang telah melihat aku dan tidak akan masuk ke neraka orang yang melihat akan orang yang melihat aku, iaitu walaupun (sampai) kepada tujuh puluh wasitah (lapisan/keturunan).
Sesungguhnya mereka itu adalah para khalifahku di dalam menyampaikan (ajaran Islam) dan asuhan Islam, selagi mereka itu sentiasa istiqamah di dalam syari'atku''.

Dari kelima-lima hadith Nabi seperti yang disebutkan di atas ini maka dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa memandang rupa, mendengarkan percakapan dan memperhatikan tingkah laku orang yang bersifat taqwa akan memberi kesan yang baik pada diri kita yang melihatnya iaitu boleh menguatkan iman, membetulkan amalan dan menggemarkan kita kepada perkara-perkara yang berkait dengan akhirat.

Di samping itu, kita juga dapat kefahaman yang tepat iaitu kita adalah digalakkan supaya bersahabat, berdampingan dengan orang yang bersifat taqwa seperti itu atau sekurang-kurangnya sentiasa menjadikan mereka itu sebagai orang selalu kita ingatkan di dalam khayalan kita.
Apatah lagi jika orang itu sememangnya menjadi guru kita di bidang kerohanian seperti shaikh mursyid itu.

Keadaan hubungan antara seseorang murid dengan shaikh mursyidnya sememangnya dikehendaki berada di dalam yang begitu rapat dan erat kerana keadaan begitu sememangnya telah ditempuh dan dialami oleh para sahabat dalam hubungan mereka dengan Rasulullah (s.'a.w.).

Khalifah Abu Bakar misalnya adalah sentiasa terbayang-bayangkan wajah baginda (s.'a.w ) sehingga semasa beliau berada di dalam bilik air pun masih ternampakkan wajah baginda itu.

Cuba kita perhatian apa yang telah dilaporkan oleh Imam al-Bukhari mengenai kisah Khalifah Abu Bakar tersebut:

Maksudnya:

Sesungguhnya Abu Bakar al-Siddiq telah mengadu kepada Nabi (s. 'a.w.) tentang (pengalamannya yang mana beliau) terasa tidak bercerai daripada Nabi sehingga di dalam bilik air pun ia masih seolah-olahnya melihat wajah Nabi itu.

Begitulah di antara beberapa buah hadith yang menjadi dalil mengenai keharusan amalan rabitah shaikh itu.
Jika kita telitikan kitab-kitab hadith, kita tentu akan menemui berpuluh-pulub, mungkin beratus-ratus hadith yang lain pula.

Oleh itu maka kita tidak berasa hairan jika seorang ahli hadith yang terkenal di India di abad ini, Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi pernah menegaskan mengenai hal ini dengan katanya:

Maksudnya: Demikianlah terdapat beratus-ratus riwayat (hadith) mengenai membayangkan rupa shaikh itu ada di dalam kitab-kitab hadith.

Oleh yang demikian adalah sukar benar bagi kita untuk mengatakan bahawa membayangkan rupa shaikh itu tidak harus secara mutlak.

13.4.09

Apa nak jadi...?!

Rakyat Negeri Sembilan memang bernasib baik!

Bernasib baik tidak mendapat Yang Di Pertuan Besar Tauke Kilang Arak Carlsberg sebagai Raja mereka!

Kerabat di Raja Negeri Sembilan rupanya mempunyai seorang Tauke Kilang Arak terbesar di Malaysia sebagai salah seorang kerabat di raja yang hampir!

Hampir dipertabalkan sebagai Yang di Pertuan Besar Negri Sembilan baru baru ini dari 3 orang!

Mujurlah yang terpilih adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini.




















Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan Negara Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong Tauke Kilang Arak!!!!

Na'uzubillahimin zalik!

Phewwwww!!!!

Pada mulanya saya tidak perasan akan perkara ini tetapi bila Abdul Rahman Celcom hantar pesanan Yahoochat pada saya pagi tadi meminta saya mengulas artikel terbarunya menghentam UMNO, maka saya membuat kajian saya tersendiri dan memang geram melihat manusia manusia yang di raikan orang sebagai pembesar pembesar Tanah Melayu ini rupanya terdiri dari mereka yang mentekedarah hasil pembuatan dan penjualan arak terbesar di negara yang mendabik dada sebagai negara Islam di rantau ini.

Ikuti http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf untuk mengenali Pengarah pengarah Syarikat arak Carlsberg Brewery Malaysia Berhad.

Laporan Reuters :
http://www.reuters.com/finance/stocks companyOfficers?symbol=CBMS.KL&viewId=bio


































































Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali
bin Dato’ Mohd. Seth, P.G.A.T., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., D.H.M.S., P.N.B.S., J.M.N., P.P.C., jssc, psc


Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar
D.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., P.P.T.

(Gambar atas sebelum gambar mat salleh tu)























Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin
, P.S.M., P.J.N.,
J.S.M., S.M.J., K.M.N.

Seorang Kerabat Di Raja Negri Sembilan, seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera kita dan seorang tokoh korporat dan juga pengarah Scomi Berhad, syarikat kelolaan anak bekas Perdana Menteri Al Imamul Akbar Al Islam Hadhari Tun Abdullah Badawi al Ngantuki.

Cantik!!! Memang kelas sungguh jatidiri manusia manusia yang bergelar di Malaysia ini.

Setakat nak harap darjah dan pangkat kebesaran berjela jela dibelakang nama ini, saya tak hairan lah barang secebis sekali pun!

Bagi saya pakcik tua yang duduk berzikir dipenjuru masjid itu jauh lebih hebat dari manusia manusia bergelar ini!

Rakyat Malaysia! bukalah mata anda seluas luasnya dan sadar akan peribadi manusia manusia sebegini yang kekadang disanjung, dimuliakan dengan hamparan permaidani merah, menjunjung sembah hormat ketika mereka lalu, hanya perbuatan sia sia belaka!

Rakyat Negri Sembilan! Anda perlu mengadakan kenduri majlis kesyukuran kerana terlepas bala musibah mendaulatkan seorang tauke kilang arak!

Hish!!! Loya tekak hamba memikirkannya.....

Carlsberg ..oh Carlsberg...berpengarah Melayu rupanya kamu...

Patutlah tak boleh disentuh Al Maunah sekalipun....

Sialnya berterusan dibumi bertuah ini.....

Selagi ujudnya kilang arak haram tajaan makhluk diraja ini dan juga dua orang lagi manusia Melayu yang mengaku Muslim tetapi berkelakuan haprak seperti ini..selagi itulah negara kita ini akan terdedah kepada murka Allah Azza Wa Jalla!!

Satu persatu bencana alam sedang melanda negara kita yang sebelum ini tidak pernah berlaku?

Apa sebabnya?

Bila sesebuah negeri atau negara dimana penduduknya ramai beragama Islam tetapi mempunyai pembesar dan pemimpin yang menaungi kerja kerja maksiat dan mungkar seperti mendirikan kilang arak dan pusat judi serta makan hasil haram darinya itu, maka halal lah akan diri mereka itu ditimpa musibah Allah!

Bila manusia manusia yang diamanahkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menjaga urusan umat Islam khianat terhadap amanat itu dan bertindak membelakangkan ajaran Islam dan perintah allah, maka jatuh haramlah kepimpinan mereka itu!

Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam, Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :

Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :
Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda : " Mana mana lelaki yang allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga".
Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Ini khianat namanya tuan tuan dan puan puan. Bukan setakat manusia 3 orang di atas ini sahaja yang sedang melakukan pecah amanah rakyat terhadap mereka?

Ramai lagi. Satu persatu akan kita dedahkan bilamana sampai saat dan waktu serta bukti bukti yang kukuh serta sahih, Insya Allah!

Manusia manusia pembesar Melayu yang dipaparkan diatas sekian lama ini selesa menaja kilang arak terbesar di rantau Asia ini kerana sekian lama ini media perdana tidak berani mendedahkan kepada pembaca umum akan kelakuan seperti ini kerana ujudnya penapisan oleh para editor dan arahan kementerian itu dan ini.

Mintak maaf le, blogger seperti saya ini hanya akur pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Dah tua dah bro...apake jadahnya nak gentar dengan manusia?

Alang kepalang hidup biar dalam keadaan mujahadah menebus dosa dan silap kita jangan mati didalam keadaan syubhat dengan makhluk perosak sekelian!

Kita dedahkan kerana Allah! Biar umat Islam sedar akan siapa dia makhluk makhluk yang mereka sanjung, hormat, puji dan puja sekian lama ini?

Bayangkanlah dah berapa lama dok makan hasil dari kilang arak ini dan bagi makan anak bini mereka?

Kasihan sungguh anak anak bini yang membesar dari makan minum hasil haram sebegini?

Kasihan......

Beruntung lagi makcik tua dipedalaman yang makan nasi berulam pucuk paku dari manusia bergelar makan mewah tetapi berulam hasil haram seperti ini!

Agak agak tuan puan, akan sadar diri ke makhluk makhluk bergelar ini?

Entah le....


Sumber: www.kerabubersuara.blogspot.com


5.4.09

Pesta Konvo PTSS Kali Ke-3

Hari ini merupakan hari pertama (Ahad; 5-4-2009) Pesta konvokesyen Kali Ke-3 bagi PTSS. Juga merupakan hari wajib bagi semua staf PTSS untuk hadir bekerja walaupun ianya hari cuti hujung minggu. Dalam keadaan demam yang masih menguasai diri, ku gagahkan juga untuk hadir setelah bercuti selama 3 hari memandangkan tanggungjawab yang terpikul sepanjang 2 hari pesta konvo tersebut.

Dalam tahun ini sahaja, rasanya sudah banyak kali aku mengambil MC. Kali ini, biarlah aku korbankan cuti rehat tahun lepas yang masih lagi berbaki 3 hari. Semoga demam yang tidak diundang ini akan menjadi kaffarah dosa-dosa aku kepada Allah 'Azza wa jalla.

4.4.09

Siapakah dia

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


Siapakah orang yang KEDEKUT ?
Orang yang kedekut ialah orang yang membiar atau membuang email ini begitu sahaja malah dia tidak akan menyampaikan pula pada orang lain
.



ALLAH did not promise that life would be easy,but HE did promise to go with you..every step of your life,with HIM by your side..