BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

26.11.10

Kelebihan Umat Muhammad SAW

Ka'bul Ahbar berkata bahawa: "Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kpd Nabi Musa a.s., yg mana Allah S.W.T. berfirman yg bermaksud:




"Wahai Musa, dua rakaat yg disembahyangkan pd waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya, Aku mengampunkan bagi mereka (yg mengerjakan solat Subuh) semua apa-apa yg terjadi pd mlm dan siang hari, dia tetap di bawah lindunganKu."



"Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yg dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, Aku akan beri kpd mereka pengampunan pd rakaat yg pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membacakan istighfar (memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bidadari dpt mengintai mereka."



"Wahai Musa, empat rakaat solat Asar yg dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat di langit dan di bumi meminta ampun oleh malaikat, tidaklah Aku siksa mereka itu."



"Wahai Musa, solat Maghrib tiga rakaat yg dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit, dan setiap sesuatu yg mereka minta pasti akan Aku berikan."



"Wahai Musa, solat Isya' empat rakaat yg dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, solat itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dosa-dosa. Mereka itu bagaikan anak yg baru lahir dari perut ibu."



"Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu' sebagaimana Aku perintahkan, maka Aku berikan kpd mereka setiap titik air wudhu' itu dgn syurga yg luasnya seluas langit dan bumi."



"Wahai Musa, puasa yg dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dlm bulan Ramadhan selama sebulan dlm setiap tahun, maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yg dilakukan oleh mereka , yg sunat akan diberi pahala sebesar pahal fardu. Aku berikan kpd mereka satu mlm yg bernama Lailatul Qadar, barang siapa yg membaca istighfar pd mlm itu hanya sekali tetapi dgn bersungguh-sungguh dan menyesal di dlm hatinya terhadap kesalahan-kesalahannya, apabila dia mati pd mlm itu atau pd bulan itu, maka Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 org mati syahid."



" Wahai Musa, di antara umat Muhammad s.a.w. ada org-org yg berdiri di atas tempat-tempat tinggi utk mengumandangkan syahadat La illaha illallah, maka pahala mrk bagaikan pahala para nabi-nabi a.s. dan rahmatKu wajib ke atas mereka. Sedangkan murkaKu jauh dr mereka dan tidak akan Aku tutup bagi mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadat Ashhadu an Laa illaha illallah."



badarktc

25.11.10

Manfaat Solat

Selain sebagai tuntutan agama, amalan solat juga boleh memberi kita manfaat senaman minda dan jasmani dan memberi kita jiwa yang tenang dan sabar. Pergerakan solat yang dilakukan berulang kali setiap hari mampu dan menghindar dari segala penyakit jasmani seperti lemah jantung, darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai penyakit fizikal yang lain.

1. POSISI PERTAMA

Berdiri lurus dan kedua tangan di angkat ke atas.

FAEDAH
Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan kita tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan lebih fokus. Pandangan mata ke tempat sujud , otot-otot atas dan bawah bahagian belakang akan merasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.

2. POSISI KEDUA

Berdiri betul serta membaca Al-Fatihah dan Surah

FAEDAH
Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang a,i,u merangsang hati, kelenjar thyroid, kelenjar pineal, ritunitary, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tersebut.

3.POSISI KETIGA

Rukuk

FAEDAH
Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan perbuatan ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.

4.POSISI KEEMPAT

Iktidal- berdiri lurus selepas rukuk

FAEDAH
Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa perbuatan rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa-sisa tubuh. Badan mendapat semula kerehatan dan melepaskan ketegangan.

5.POSISI KELIMA

Sujud

FAEDAH
Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelakkan perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru. ‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil. Membetulkan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan perasaan ego dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.

6.POSISI KEENAM

Duduk di antara dua sujud

FAEDAH
Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan perut ke bawah.

7.POSISI KETUJUH

Sujud kedua

FAEDAH
Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberikan keringanan pada badan kebahagiaan emosi. Pengoksidaan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.

8.POSISI KELAPAN

Bangun semula dari sujud

FAEDAH
Peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh. Posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh. Ini memberikan kerehatan yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.

Sumber shima-ku, Perkongsian @ www.isuhangat.net. Mari kita solat 5 waktu dengan di tambah solat-solat sunat. Wallahualam.

21.11.10

Ustaz Fitri Abdullah (Bekas Mubaligh Hindu) - sejarah hidup mencari Tuhan

Ustaz Fitri Abdullah (Bekas Mubaligh Hindu) - sejarah hidup mencari Tuhan from manchuping on Vimeo.



Ustaz Fitri Abdullah (Bekas Mubaligh Hindu) - sejarah hidup mencari Tuhan 2 from manchuping on Vimeo.

Ustaz kazim Elias - Kerja Bukan Sekadar Mencari Rezeki

Ustaz Kazim Elias - Kerja Bukan Sekadar Mencari Rezeki (Bhg. 1) from manchuping on Vimeo.




Ustaz Kazim Elias - Kerja Bukan Sekadar Mencari Rezeki (Bhg. 2) from manchuping on Vimeo.

Dato' Dr. Haron Din - KEMATIAN

Dr. Haron Din - Kematian from manchuping on Vimeo.

9.11.10

Ulama' Akhirat & Ulama' Dunia

Sifat-sifat Ulamak Akhirat:

Dan bagi alim akhirat ada tanda-tandanya yang dapat dilihat.
 
Tidaklah
ia menuntut dunia, dengan ilmunya akan masalah-masalah agama. Bahwa tidaklah berlainan kata-katanya dengan perbuatannya. Dan pada perkara perintah , dialah yang mula-mula beramalnya. Dan pada larangan , dialah yang mula-mula menghindarinya. Dan adalah ia mementingkan ilmu yang nyata membawa gemar kepada taat. Dan ia menjaga dirinya dari ilmu yang melulu membanyakkan kata-kata yang sia-sia dan yang menghiasi perdebatan. Dan ia menjauhi berpoya-poya tentang makan. Berbagus-bagus pada perabot dan rumahtangga. Dan menjauhkan bersenang-lenang dan berhias-hias dengan pakaian. Dan cenderung ia kepada redho pada apa yang ada (qana'ah). Dan menjauhi diri ia dari menggauli sulthan (pemerintah) , dengan erti tidaklah ia masuk walaupun satu hari kecuali untuk menasihati atau menolak zalim atau memberi pembelaan terhadap apa-apa yang membawa kepada redho Allah. Maka bolehlah masuk. Dan terhadap Fatwa-fatwa, tidaklah ia ceroboh . Dan dikatakannya : {Tanyakanlah hal ini kepada orang yang ahli}. Tidak mau ia berijtihad kalau belum keadaan menentukan harus begitu dan dikatakannya {Saya tidak tau} , bila hal tersebut tidak mudah baginya . Dan bertujuan ia dengan ilmunya untuk mencapai kebahagiaan Akhirat yang besar. Dengan demikian , yang dipentingkannya adalah ilmu batin dan meneliti persoalan hati ,dan keselamatan hatinya dibuat segala macam siasah ( gaya tarbiyah) ................
-Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya - Shaikh Zainuddin al Malibaari.

Sifat-sifat ulamak Dunia:

"Ulamak dunia,
Iaitu ulamak yang Jahat. Tujuan mereka dengan ilmunya untuk mendapatkan kesenangan dunia, dan mendapatkan kemegahan dan kedudukan disisi ahli dunia".
- Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya-

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitab Bidayatul Hidayah beliau:

Sifat Ulamak dunia atau sifat ulamak suu atau ulamak jahat.

" Dan orang yang ketiga ialah orang yang telah berpengaruh syaitan atasnya. maka dijadikan Ilmunya perantaraan untuk menimbun harta-benda dan berbangga-bangga dengan pengaruh dan jadi mulia dengan sebab banyak pengikut dan menipu ia dengan ilmunya akan segala tipuan, kerana mengharap berhasil segala hajat nya pada dunia. Dalam masa yang sama tersemat dalam hatinya merasa bahwa ia disisi Allah mempunyai kemuliaan dan kedudukan, kerana dia sudah bergaya dengan gaya ulamak , dan berasmi dengan adat ulamak pada uniform , tingkah-laku dan cara berbicara, padahal dia dengan zahir dan batinnya serentak telah melompat kepada dunia belaka. 

Maka inilah orang yang termasuk dalam golongan orang yang binasa dan orang kurang akal yang terpedaya. Kerana harapan untuk bertaubat telah putus darinya. Sebab pada sangkaannya dia sudah tergolong dikalangan orang yang baik-baik. Tetapi dia lalai dari memerhatikan firman Allah " Hai orang yang beriman , mengapa kamu katakan suatu perkara padahal kamu tidak lakukannya?". Dan dia sudah termasuk dalam status yang disabdakan Nabi s.a.w " Ada sesuatu yang lebih daku bimbangkan atas kamu lebih dari Dajjal. maka sahabat bertanya " Apakah itu Ya Rasulullah?". Sabdanya "Ulama yang jahat".