BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

30.7.09

Nasihat ku

Nasihatku,

Menilai dunia jangan hanya hitam dan putih,

saat yang menghiasi warna seribu.

Menimba ilmu jangan hanya pada guru dan buku,

saat lautan hanya tinta setitis ilmu.

Menimbang tara bukan hanya halal haram sesuatu,

saat hukum tak sesempit itu.

Mencari Tuhan jangan hanya waktu susah mengundang sendu,

setelah lambakan nikmat jenuh bertamu.

Lalu,

Pandanglah alam setinggi langit tak terjangkau,

seluas bumi tiada bertepi.


Sumber : Medihaz

24.7.09

Hebatnya Orang Yang Memberi Hutang Di Sisi ALlah SWT

Pada malam Isra' dan Mikraj Nabi SAW, baginda melihat di tulis dipintu syurga : orang yang memberi hutang lebih besar pahalanya dari orang yang memberi sedekah. Lalu baginda bertanya kepada jibril ; tidakkah orang yang memberi sedekah itu tidak akan mendaspat kembali hartanya sedangkan orang yang memberi hutang akan ndapat kembali hartanya ? mengapa orang yang memberi hutang itu lebih bbesar pahalanya dari orang yang memberi sedekah ?


Jawab malaikat jibril : Pada kebiasaanya orang yang berhutang itu lebih mendesak dan kesemppitan dalam urusan kehidupanya dan berharap kepada pertolongan adapun orang yang menerima sedekah itu tidak semstinya seorang yang susah dan memberi sedekah itu adalah lebih mudah dari memberi hutang.


Memberi hutang adalah satu perkara dari Muamalah Islam yang dihalalkan oleh Allah SWT dengan syarat orang yang memberi hutang tidak menekan dan bersifat zalaim kepada orang yang berhutang dan orang yang berhutang pula mestilah bertimbangrasa dan berusaha untuk menjelaskan kembali segala hutang piutanya dan di wajibkan orang yang memberi dan menerima hutang itu menulis setip isi jumlah hutang-piutangya agar tidak berlaku amalan riba dan didak berlaku zalim-menzalimi antara satu sama lain. Dalam perkara ini kita melihat susana ekonomi negara yang tidak menentu ini kita dapati ramai dari kita yang telah dihimpit dengan masalah kewangan yang memerlukan perhatian dan bantuan dari sahabatnya yang lain.

Adalah terlalu sukar bagi kita untuk memberi pinjam dan memberi hutang hatta kepada adik beradik dan sahabat karib kerana kita tidak memahami kelebihan memberi hutang bahkan jauh dari itu kita sebenarnya merasa tidak yakin dan curiga serta bimbang kalau-kalau orang yang kita beri pinjam itu tidak membayarnya kembali. Maka jalan pintas kepada kemelut kewangan yang dihadapi mereka pun mencari ceti-ceti haram atau Ah long untuk meminta bantuan segera kewangan. Secara jujurnya kita dapati bahawa ceti-ceti haram dan Ah Long ini mampu mengatasi masalah kewangan yang dihadapi tetapi resiko yang dihadapi oleh peminjamnya amat besar dari jumlah bayaran balik yang tinggi kerana sudah diperakukan dengan kadar faedah yang tinggi hingga kadang-kadang terpaksa berpindah-randah melarikan diri dari ceti haram dan Ah Long ini dan yang paling teruk peminjamnya terpaksa untuk hilang nyawa.


Dari hujah semasa inilah kita lihat betapa Allah SWT memberikan pahala yang sangat besar kepada pemberi hutang kepada mereka yang sangat memerlukan dari kesempitan mereka yang sangat berharap kepada bantuan dan pertolongan kita.


Marilah kita bermuhasabah diri untuk membantu adik-beradik dan sahabat handai kita keluar dari belenggu kesempitan kewangan dengan cara berlapang dada untuk memberikan pinjaman peribadi terhadap mereka jika mereka datang untuk memohon bantuan dan pinjaman dari kita dan yakinlah kita bahawa Allah itu tidak sekali-kali memungkiri janjiNya.




Sumber : ABO

19.7.09

HAYATI PERISTIWA ISRA’ MIKRAJ

Firman ALLAH SWT:

بۡحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلاً۬ مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكۡنَا حَوۡلَهُ ۥ لِنُرِيَهُ ۥ مِنۡ ءَايَـٰتِنَآ‌ۚ إِنَّهُ ۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ



Maksudnya : Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (1) - Al-Isra' .



Peristiwa ini telah membongkarkan keimanan dan keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian nabi Muhammad s.a.w. Orang kafir sendiri menjadikan peristiwa Isra’ Mikraj ini sebagai suatu pembohongan yang menambahkan lagi penolakan mereka terhadap dakwah nabi. Manakala keadaan umat Islam sendiri terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu ada yang terus membenarkan nabi seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, ada pula yang mahu penjelasan terperinci dengan menguji nabi melalui beberapa pertanyaan seperti bilangan pintu dan tiang dalam Masjidil Aqsa bagi membuktikan kebenaran kepada cerita tersebut dan ada pula yang bersikap menolak terus cerita nabi dan kembali murtad daripada Islam.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka dakwah Islam akan terhenti.

Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ Mikraj dan seterusnya didizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif iaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu kea rah nabi sehingga berlumuran darah.

Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi di tolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke Saidatul Muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

SEJARAH PERJALANAN ISRA’ MIKRAJ.

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda S.A.W. disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Isra’” itu.

Semasa Isra’

(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah S.A.W ditemani oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah) Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan sembahyang sebanyak 2 rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

I. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

II. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S menerima wahyu daripada Allah.

III. Baitul-Laham (tempat Nabi Isa A.S dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib Antaranya:-

1) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2) Tempat yang berbau harum, Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

3) Sekumpulan orang orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikaan dilakukan berkali-kali, Jibrail memberitahu : Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4) Sekumpulan orang yang menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka . Kata Jibrail : Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

6) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

7) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagu kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali di gunting, lidah dan bibir merekakembali seperti biasa. Kata Jibrail : itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail : Itulah orang yang kanan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menginakan) orang.

10) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal tapi sudah terlambat.

11) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail : Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai tua.

13) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala ambia’ dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj

(Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

  1. Langit Pertama : Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu jumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba’ dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

  1. Langit Kedua : Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S dan Nabi yahya A.S.

  1. Langit Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

  1. Langit Keempat : Naik tangga keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

  1. Langit Kelima : Naik tangga kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

  1. Langit keenam : Naik tangga langit keenam : Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai termasuk 70 000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

  1. Langit Ketujuh : Naik tangga langit keyujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S bersabda. “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada mala mini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if , maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syuga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah.

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A.S bersabda : “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah iaitu : Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ila ha iilah allahuakbar dan La Haulawala Quwatta Illa Billahil Azim.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang(Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

  1. Tangga Kelapan : Di sinilah disebut “Al – Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu. Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka beserta dengan Malik penunggunya.

  1. Tangga kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha . Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

  1. Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul – Nya.

Allah S.W.T : Ya Muhammad

Rasullah : Labbaika

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya Rabb, Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau

berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan

Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat

melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan Sulaiman yang

tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan

Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angina. Engkau

ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat

menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan

orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambil mu sebagai kekasih. Aku perkenankan mu sebagai

penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka

dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik

umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepada mu pada

hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al Fatihah) yang

tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelum mu. Aku berikan mu

ayat-ayat di akhir surah al Baqarah sebagai suatu

perbendaharaan di bawah “arasy”. Aku berikan habuan daripada

kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi

munkar. Aku kurniakan panji-panji Liwa – ul – hamd. Maka Adam

dan semua yang lainya di bawah panji-panji mu. Dan aku

fardukan atas mud an umat mu 50 (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S kemudian nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W meraya kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas Sembilan kali meraya, (setiap kali dikurangkan 5 waktu) akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang 5 waktu sehari semalam dengan mengekalkan sebanyak 50 waktu juga.



Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudianya menjadi (saksi) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum Hijrah).

12.7.09

Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda,


مَنْ أَََََََحَبَّ أَنْ يَتَمَثَّلَ النَّاسُ لَهُ قِيَامًا فَلْيَتَبَّوَأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ


“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)


Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,

“Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hadis sahih)

Yang dimaksudkan dengan berdiri di dalam hadis ini adalah berdiri dengan tujuan untuk mengagungkan seseorang. Iaitu dengan cara berdiri di (dari) tempat duduknya dan dia tidak berganjak dari tempat duduk asalnya. Iaitu sekadar berdiri sebagai tanda hormat.

Adapun berdiri dan bergegas (menuju kepada seseorang) dengan sebab untuk menyambut tetamu atau memberi pertolongan kepada orang yang hadir, maka itu tidak termasuk di dalam ancaman daripada hadis di atas.

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka dihormati dengan berdiri, ketika dia masuk ke sesuatu majlis, maka dia diancam dengan ancaman Neraka.


“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” (Al-Hujurat: 13)

Mungkin ada yang berkata, “Jika kita tidak berdiri untuk orang yang masuk ke dalam majlis, mungkin dalam hatinya terdetik sesuatu prasangka kepada kita yang duduk.”


Kita menjawab, “Kita menjelaskan kepada orang yang datang itu, bahawa kecintaan kita padanya terletak di hati. Dan kita meneladani Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam yang membenci berdiri sebagai tanda penghormatan. Juga meneladani para sahabat yang tidak berdiri untuk beliau. Dan kita tidak mengkehendaki orang yang datang itu masuk Neraka.”

Maka, dengan itu, janganlah kita zahirkan cara penghormatan yang boleh mengakibatkan mereka yang diberi penghormatan itu diancam dengan Neraka sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam,

“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)



Disunting dari buku: Golongan Yang Selamat, Syaikh Muhammad Jamil Zainu.