BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

5.11.09

Rasulullah SAW ikut mazhab mana?!

Di Malaysia, orang Melayu dah berzaman menganut Islam. Pegangan dan amalan Islam sejak sebelum merdeka. Bila dah merdeka, UBN dah setup pentadbiran hal-ehwal agama dengan baik. Termasuk mengadakan sistem tauliah dan penentuan mazhab.

Ahli PAS dan orang UMNO, dalam beberapa aspek, serupa sahaja. Dalam hal-hal mazhab, mereka sama sahaja. Amalam dan pegangan umum, mereka tak berbeza.

Justeru, pada hakikatnya, Malaysia tak perlu orang berpelajaran atau bijak agama (ulama). Sebab, kalau ada pun nak buat apa?

Seorang yang berkelulusan first atau second degree, nak bercakap apa mengenai agama. Walau ada tauliah pun, kalau mengajar amalan yang berbeza dari ajaran tok lebai kampung, dia akan ditangkap dan dituduh membawa ajaran yang berbeza dari amalan orang ramai.

Begitu juga seorang yang bertaraf doktor falsafah, nak bercakap apa mengenai agama. Nak sebut "talqin" itu bid'ah? Bukankah "talqin" itu amalan orang kampung sejak sebelum merdeka lagi? Nak cakap fasal aliran pemikiran lain? Alamatlah dituduh penganut shi'ah atau wahabi. Kalau komplen pasal mazhab, lagilah ditolak. Seolah-olah Rasulullah itu pengikut mazhab.

Kesimpulannya, pegangan dan amalan Islam Melayu dah OK dan sempurna. Tak kiralah kalau penuh dengan bid'ah atau sarat dengan khurafat. Apa yang dipegang dan diamalkan oleh orang kampung jangan ditegur atau dikomplen. Kerana, semuanya syumul dan mantap, sekalipun tak sama dengan amalan Rasulullah.

Oleh : Dr Abdul Wahab Arbain


Ulasan alfilfilaani:

Ana setuju betul dengan artikel di atas. Umat Islam sekarang terlalu taksub dengan mazhab dan pegangan masing-masing. Ada yang berpegang dengan mazhab Syafie, mazhab Hanafi, mazhab Hambali, mazhab Maliki, mazhab Syiah, ataupun fahaman Wahabi/Salafi. Ada sesetengah tu terlalu fanatik hinggakan menolak mentah-mentah pandangan dari mazhab atau fahaman yang lain. Malah ada juga yang mendakwa bahawa kumpulan merekalah yang tergolong dalam satu-satunya firqah yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang akan masuk syurga atas alasan mereka adalah golongan minoriti yang betul-betul ikut Sunnah Nabi SAW. Persoalannya sekarang adalah, Rasulullah SAW, para sahabat Baginda samada yang hidup sezaman dengan Baginda ataupun selepas wafatnya Baginda....mereka ini bermazhab apa? Kenapa pada zaman tersebut tidak muncul pun mazhab-mazhab seperti yang ada sekarang ini?


Bagi ana, jalan yang terbaik ialah kita rujuk kembali hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,"



"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua buah benda peninggalan yang berat kadarnya, pada lain riwayat, sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku diakhirat ditelaga Haudh/kautsar maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya". (HR Muslim dan Tirmidzi)

Jika ingin bermazhab, perlulah ada sikap berlapang dada. Berlakunya sesuatu khilaf itu adalah rahmat sebenarnya bagi umat Islam. Yang penting, jangan mudah kita membida'ahkan dan mengkafirkan saudara se Islam yang lain hanya disebabkan mereka tidak sealiran atau berbeza pendapat dengan kita sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah golongan. Jalan yang paling selamat ialah ikut sebagaimana yang Rasulullah sebut di dalam hadis di atas. Moga Allah SWT akan memberi kita petunjuk dan hidayah serta 'inayah Nya untuk kita tetap istiqamah dalam mengikut jalan Al-Quran, Sunnah Rasulullah SAw serta ahlu bait baginda.

0 comments: