Marsya Qistina....cahayamata ana yang pertama. Selamat dilahirkan pada 28 November 2009, jam 9.52 PM di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis seberat 3.1 kg. Alhamdulillah...ana benar-benar bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT ini. Pertama kali menatap wajahnya sejurus saja dilahirkan, sudah terdetik di hati ana bahawa anak ini adalah perempuan. Perasaan sayu dan terharu bertandang tatkala ana melaungkan azan disisinya ketika di hospital.
Sesungguhnya Allah itu Maha Besar...menurut kata jururawat yang menyambut kelahirannya, peluang untuk anak ana hidup ketika proses kelahiran tersebut adalah 50-50. Ini adalah kerana denyutan jantungnya makin lama semakin perlahan. Tetapi, sudah ditakdirkan bahawa umurnya di dunia ini tidaklah sesingkat itu. Alhamdulillah, dengan kerjasama dari pihak hospital dan dengan izin Allah SWT, anak ana selamat dilahirkan dengan sempurna tanpa sebarang komplikasi lain.
" YA ALLAH, JADIKANLAH ANAK KU INI SIHAT, SEMPURNA, CERDIK, BERAKAL DAN BERILMU SERTA BERAMAL SOLEH. YA ALLAH, ELOKKANLAH PERANGAINYA, FASIHKANLAH LIDAHNYA DAN MERDUKANLAH SUARANYA UNTUK MEMBACA AL-QURAN DAN HADITH DENGAN BERKAT NABI MU MUHAMMAD SAW."
0 comments:
Post a Comment