BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

26.5.09

Akhirnya...

Alhamdulillah, akhirnya saat yang ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah hampir setahun setengah penantian untuk mendapatkan cahayamata akhirnya segala usaha dan doa yang tidak putus-putus dimakbulkan Allah. Benarlah kata Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud; "Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan untuk kamu." Isteri tersayang telah pun mengandungkan kandungan yang sudah pun berusia 3 bulan. Sehingga kini, aku masih lagi tak percaya yang dia mengandung. He,he....

Aku betul-betul bersyukur ke hadrat Allah SWT. Insyaallah, segala nazar yang telah aku ungkapkan akan ku tunaikan secepat yang mungkin sebagai tanda syukur ku ke atas nikmat Allah SWT yang cukup bermakna ini. Semoga bayi yang dikandung itu akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah SWT hingga selamat dilahirkan. "Ya Allah, sesungguhnya aku amat bersyukur dan berterima kasih kepada Mu. Doaku agar Kau sempurnakanlah kejadian dan sifat anak ku yang masih di dalam kandungan itu. Kau perelokkanlah akhlak dan tingkahlakunya, jadikanlah dia seorang anak yang sentiasa patuh dan taat pada perintah MU, perintah Rasul Mu dan kepada kedua orangtuanya. Malah, jadikanlah dia seorang insan yang membawa kebaikkan kepada agama, insan yang memelihara agama. Amin, ya Rabbal álamain...." Tarikh kelahiran yang ditetapkan oleh pihak hospital adalah pada 9 Disember 2009. Sama-samalah kita tunggu....moga dia selamat dilahirkan.

0 comments: