Beliau menceritakan tentang seorang banduan yang bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yang didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Apa yang menarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yang berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain.
Pendek kata banduan yang tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yang harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pada pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.Pada malam sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pada pagi esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pagi esok.
Bayangkan kalau orang nak kena gantung pagi esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.Ketika Amin sedang sujud pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yang dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yang digantung. Tangan seperti org dlm solat dan jari telunjuk seperti membaca tahiyat akhir. Subhanallah. .........mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung......
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2Nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kepada kita semua.Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
Sumber: al-banjari online

0 comments:
Post a Comment