BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

24.6.09

Senangkan Hati mu

SENANGKAN HATIMU

Kalau badanmu sihat, Senanglah hatimu,
Tandanya telah ternyata pada dirimu,

Kekayaan Tuhan dan kemuliaan nikmat-Nya

Kerana badan yang sihat,
Mudahlah engkau mendaki bukit kesusahan,

Dan menempuh padang kesulitan,

Dan kalau engkau sakit,
Senangkanlah hatimu,
Kerana sudah ternyata bahawa dirimu,

Adalah medan tempat perjuangan,
Di antara dua alam yang dijadikan Tuhan,
Iaitu kesihatan dan kesakitan,


Kemenangan akan terjadi
pada salah satu yang kuat,

Kesembuhan mesti datang
sesudah perjuangan itu,
Baik kesembuhan
di dunia atau kesembuhan sejati…


Nukilan Tasawuf Moden :
PROF DR. BUYA HAMKA

Tasik Maninjau, Bukit Tinggi,
Padang,
Sumatera Barat.

17.6.09

Kenali Rasulullah SAW Secara Lahiriah

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal. Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah SAW jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah SAW umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu di akhirat kelak.


Oleh: Mohd Farizul Mohamad Radzi

15.6.09

Tahniah Mahmoud Ahmadinejad!!!












Tahniah kepada Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad kerana berjaya mengekalkan jawatan sebagai Presiden Iran dalam pertandingan pemilihan jawatan presiden pada hari Sabtu yang lepas. Beliau merupakan seorang pemimpin yang begitu zuhud walaupun memegang jawatan tertinggi dalam negara Iran. Lihat saja gambar-gambar di atas.....cuba bandingkan dengan Perdana Menteri Malaysia. Macam langit dengan bumi....











14.6.09

Ustaz Dr. Fathi Yakan Kembali Ke Rahmatullah


Al-Fadhil Ustaz Dr. Fathi Yakan telah meninggalkan kita pagi tadi. Lahir pada tahun 1933 dan wafat pada hari ini ketika berumur 76 tahun. Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah Islamiyyah. Sila layari web ikhwan Jordan untuk kesahihan berita tersebut www.ikhwan-jor.com.

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyyahan pejuang Islam. Antara bukunya ‘Maza Yakni Intima’I Lil Islam (Apa Erti Saya Menganut Islam) dan Almutasaqitun ‘ala Thoriiqid Da’wah (Golongan Yang Tercicir Di Jalan Dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-fatehah….

12.6.09

Langit Tidak Selalunya Cerah


Ku Sangkakan Panas Hingga Ke Petang...Rupanya Hujan Di Tengahari. Benarlah kata pepatah Melayu..... langit tidak selalunya cerah. Ya Allah...tabahkanlah hati hamba-MU ini. Amin....





Happy Birthday To Me...

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Islam Comments & Graphics

11.6.09

Musim cuti

Astaghfirullah hal 'aziim....bosannye. Sekarang ni musim cuti sekolah. Malah ada juga IPTA/IPTS yang turut bercuti termasuklah politeknik tempat kerja aku ni. Adik aku yang sedang belajar di UDM (Universiti Darul Iman) pun sedang bercuti sekarang ni. Sampai hujung bulan ni rasanya. Jadi, bila dah semua pelajar bercuti, suasana di tempat kerja ni jadi sunyi walaupun ada rakan-rakan pensyarah yang hadir bekerja tidak seperti sebelum ni. Sebelum ni bila cuti semester je, diaorang pun boleh bercuti sama. Sekarang tidak lagi....
Adik aku yang belajar di Cairo tu pun rasanya sedang bercuti sekarang ni sebab exam dia dah pun selesai. Lagipun, tahun ni adalah tahun terakhir dia berada di sana. Tempoh pengajian dah habis...katanya paling awal pun, bulan 10 ni dia akan balik ke Malaysia. Harap-harap macam tu lah....sebab bagi aku, kalau dia nak sambung buat Master pun, baik sambung kat sini. Kemudahan banyak....perbelanjaan tak la tinggi sangat. Boleh jugak sambung belajar sambil kerja.... Lagipun, seperti yang pernah aku dengar memang dah banyak orang perseorangan mahupun agensi-agensi serta syarikat-syarikat yang menawarkan jawatan bila dia balik ke Malaysia nanti.
Seronok jugak la bila dapat lihat ada adik-adik yang berjaya macam tu, malah lebih berjaya dari aku. Walaupun impian aku masih tak tercapai (mungkin takkan tercapai)...tapi aku gembira dengan pencapaian diaorang. Maknanya, matlamat yang aku sasarkan sebelum ni sedikit sebanyak sudah menampakkan hasil bila diaorang ni berjaya dalam bidang masing-masing. Mak dengan ayah...sudah pasti lebih gembira dari aku. Syukurlah....

9.6.09

Mengapa Ibadah Tidak Membangunkan Insaniah?

Mengapa ibadah tidak dapat membangunkan peribadi-peribadi umat Islam hari ini menjadi seperti peribadi-peribadi agung para Sahabat serta salafussoleh zaman dahulu? Umat Islam bersembahyang, tapi masih suka bergaduh. Mereka berpuasa, naik haji, membayar zakat, tetapi masih memfitnah, mengadu domba, hasad dengki, dendam, bakhil, tamak dan lain-lain. Mengapa terjadi demikian, sedangkan sepatutnya dengan beribadah, umat Islam akan menjadi semakin baik dari hari ke hari dan semakin maju dan bersatu padu?

Sebenarnya sejak beberapa ratus tahun yang sudah, terutama setelah penjajah memerintah negara-negara umat Islam, para-para pendakwah dan juga para ulama sudah tersilap cara dalam mengenalkan Islam. Mereka mengenalkan syariat dulu, tetapi tidak memperkenalkan Tuhan. Sedangkan syariat itu cara berhubung dengan Tuhan. Ertinya, cara berhubung dengan Tuhan ditunjuk, tapi Tuhan itu sendiri tidak dikenalkan. Kalau Tuhan itu disebut pun sedikit sangat. Sebab itu sembahyang, puasa, haji, wirid, zikir dan lain-lain tidak berkesan, kerana orang beribadah tapi sudah kehilangan Tuhan.


Cuba kita baca sejarah perjuangan Rasullullah SAW. Baginda Berjuang selama 23 tahun. Apa yang Rasulullah sampaikan hanya dua aspek.

Pertama , tentang aqidah iaitu tentang Tuhan.
Kedua , tentang syariat.

Tuhan hanya satu, sedangkan syariat beribu jenis; ada yang sunat, ada haram, ada makruh, ada fadhoilul a`mal.

Kalau kita tidak rujuk dengan sejarah, tentu kita rasa Rasulullah memperkenalkan syariat lebih lama daripada memperkenalkan Tuhan. Sebaliknya kalau kita kenang kembali sejarah perjuangan Rasulullah SAW dalam memperkenalkan Tuhan, sehingga bukan saja orang beriman dengan Tuhan, tapi datang rasa cinta, kasih dan takut kepada Tuhan, adalah selama 13 tahun. Padahal syariat yang begitu banyak, Rasulullah ambil masa hanya 10 tahun. Sebenarnya tidak sampai 10 tahun, iaitu 9 tahun lebih sedikit saja. Dalam tempoh 10 tahun memperkenalkan syariat itu Rasulullah masih terus memperkatakan tentang Tuhan. Ertinya keseluruhan hidup 23 tahun itu, Rasulullah memperjuangkan Tuhan. Secara relatifnya amat pendek masa yang digunakan untuk memperkenalkan syariat.

Di sini kita nampak, apa erti perjuangkan syariat tetapi tidak kenal Tuhan. Tidak ada kesan apa-apa. Sebab itu orang yang beribadah dengan orang yang tidak beribadah, sama saja. Kalau orang yang tidak sembahyang, tidak wirid, tidak baca Quran buat rasuah, itu tidak hairan. Tapi orang yang masih beribadah sama sahaja. Bahkan ampun maaf, di akhir zaman ini sumber fitnah yang paling besar berlaku di masjid. Kalau dulu di pasar adalah sumber fitnah, tapi sekarang di masjid.

Padahal masjid tempat sembahyang, tempat orang beribadah, tapi di situlah markas besar fitnah. Inilah hasil beribadah tapi sudah kehilangan Tuhan, cinta dengan Tuhan tidak ada, rasa bertuhan tidak ada, jadi tidak ada kesan apa-apa. Sebab itu bila pergi masjid sangat menakutkan, lebih elok pergi ke pasar. Di pasar, habis-habis pun orang tipu harga dan timbangan tapi orang tidak menyesatkan orang lain dan tidak memfitnah orang lain dengan ayat Quran dan Hadis.

Jadi kalau Tuhan tidak dicintai, macam mana kita hendak cinta dengan orang. Apa jasa orang dengan kita? Tuhan yang berjasa dengan kita pun kita tidak cinta. Padahal ulama, pemimpin, masing-masing melaungkan mari bersatu, berpadu, tapi ini nonsense. Bersatu dan berpadu anak kuncinya ialah cintakan Tuhan.

Mengapa perlu diutamakan penekanan terhadap Tuhan, kemudian baru syariat-Nya? Contohnya, anak-anak umumnya akan sangat cinta dengan mak ayahnya tanpa perlu susah payah disuruh, betapalah kalau disuruh, betapa seronoknya dia berkhidmat dengan mak ayahnya. Tapi kalau dengan mak ayah dia sakit hati makin disuruh makin sakit hati, kerana dia tidak cinta pada mak dan ayahnya.Begitulah dengan Tuhan, kalau bercinta dengan Tuhan, bukan sahaja syariat Tuhan itu diamalkan dan dihayati serta dijunjung tinggi bahkan nyawa pun sanggup orang korbankan untuk Tuhan.

Sebenarnya kalau kita faham, tentang Tuhan memang elok diutamakan dan didahulukan. Tetapi hari ini para ulama, para pendakwah, pejuang-pejuang lebih banyak menceritakan syariat daripada menceritakan Tuhan, sedangkan syariat orang tidak seronok dengar. Kalau ada orang yang mujahadahnya kuat, yang membolehkan dia ikut syairat, tapi syariat itu akan jadi ideologi. Sembahyang, naik hajinya banyak, tapi perangai tidak berubah. Kenapa? Sebab dia beribadah dan bersyariat tapi terputus dengan Tuhan. Dia beribadah itu bukannya sedap, dia berbuat dengan rasa tidak seronok dan rasa terpaksa, sembahyangnya bukan dari hati, hanya kerana berfikir aku orang Islam, terpaksalah dibuat.

Manusia kalau sudah asyik dengan Tuhan, bersyariat pun ketagih. Ertinya payah hendak diungkai walaupun menanggung risiko dan halangan. Cuba tengok orang ketagih rokok. Sedangkan mereka tahu ada risikonya. Tapi oleh kerana ketagih sangat susah hendak ditinggalkan tabiat itu.

Sebab itulah para Sahabat sangat suka bersembahyang. Sembahyang sunat yang paling `lekeh` di kalangan mereka sekurang-kurangnya 100 rakaat sehari semalam. Rasulullah SAW juga pernah bersabda, "Sembahyang itu cahaya mataku (kesenanganku dan kebahagiaanku)."

Sayidina Ali k.w., ketika bersembahyang sunat dua rakaat, begitu asyiknya dengan Tuhan sehingga apabila dicabut panah yang melekat di betisnya, dia tidak sedar dan tidak terasa sakit sedikit pun.

Sebaliknya kalau Tuhan tidak ditakuti, tidak digeruni bahkan tidak dikenali, syariat-Nya mudah terbarai. Susah sikit saja, bukannya boleh bawa mati, baru kena bisul umpamanya atau kesukaran dalam keretapi, sudah tidak sembahyang.dengan Tuhan, ini merupakan satu kesalahan. Apa ertinya bersyariat kalau tidak ada hubungan dengan Tuhan. Hasilnya sembahyang atau ibadah itu tidak akan dapat membangunkan insaniah seseorang.

2.6.09

Al-Quran Teman Di Kubur

"Walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa untuk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dengan Al-Quran kerana Al-Quran itu cahaya penyuluh hidup.” Itulah antara pesanan ustaz yang pernah mengajar aku tatkala di alam persekolahan dahulu.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah SWT tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran "Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.

Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturidari malaikat - malaikat dari syurga"Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauhsekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia.

Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.Semoga Allah SWT memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...MARI BACA AL-QURAN walaupun hanya 1 lembaran sehari!!!!

1.6.09

Kekayaan Tidak Semestinya Tanda Allah Sayangkan Kita

Kita kerap menyangka, apabila kita kaya, rezeki melimpah ruah, hidup senang, itu tandanya Allah sayang kepada kita. Kita juga selalu berkata apabila kita miskin, rezeki sempit, hidup susah, itu tandanya Allah murka kepada kita. Adakah benar begitu? Jawabnya; TIDAK!
Allah berfirman dalam Surah Al-Fajr ayat 15; "Oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (ia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: “Tuhanku telah memuliakan daku!” Ayat tersebut menunjukkan sikap sebahagian manusia yang menjadikan kekayaan sebagai kayu pengukur bahawa Allah redha kepadanya. Sedangkan hakikatnya dia menjadi sombong dengan kekayaannya itu.

Dalam Surah yang sama, ayat 16, bermaksud; "Dan sebaliknya apabila ia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (ia tidak bersabar bahkan ia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: “Tuhanku telah menghinakan daku!” Ayat ini pula menceritakan bagaimana pandangan manusia yang keliru dengan menyangka bahawa Allah telah menghinanya hanya semata-mata dengan ujian kesempitan rezeki. Ya, mereka rasa terhina, terutama apabila kawan-kawan datang dengan memandu kereta berjenama besar, kita pula memandu kereta yang ekzosnya terpaksa diikat dengan tali “rafia”. Aaahh.. manusia memang keliru dengan pandangannya sendiri.

Jika benar pandangan ini, bermakna Qarun yang kaya itu adalah hamba Allah yang soleh, manakala Nabi Musa yang miskin itu adalah termasuk dalam golongan yang dihina oleh Allah. Jika tepat pandangan ini, maka Muhammad SAW adalah dimurkai Allah, manakala Abu Lahab adalah kekasih Allah. Betapa songsangnya kesimpulan ini.

Selepas itu, pada ayat ke 17, Allah menjelaskan dengan maksudnya; Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya).Sebenarnya inilah yang banyak berlaku, terutamanya dalam kes pembahagian harta pesaka. Adik beradik si mati akan berebut-rebut harta pesaka yang ditinggalkan oleh si mati yang ketiadaan anak lelaki.

Tetapi, yang menghairankan kita ialah harta pesaka mereka berebut tetapi nafkah anak-anak perempuan yang yatim itu tidak dipedulikan, malah lebih memalukan mereka sanggup berkata; “Alaa.. mak dia ada.” Sejak bila pula orang perempuan wajib menafkahi anak-anak mereka?
Surah Al-Baqarah ayat 216, bermaksud; Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Ayat ini menjadi penenang kita, bahawa ada perkara yang kita tidak menyukainya tetapi kemudiannya terbukti, sangat berfaedah kemudiannya, begitulah sebaliknya. Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, sapulah air matamu, ukirkan senyuman, binalah semangat dan ingat, Allah sentiasa bersamamu dan Dia Maha Adil.

Sekian.

Ahmad Jailani Abdul Ghani
Sumber: Mutaligat.blogspot.com