Astaghfirullah hal 'aziim....bosannye. Sekarang ni musim cuti sekolah. Malah ada juga IPTA/IPTS yang turut bercuti termasuklah politeknik tempat kerja aku ni. Adik aku yang sedang belajar di UDM (Universiti Darul Iman) pun sedang bercuti sekarang ni. Sampai hujung bulan ni rasanya. Jadi, bila dah semua pelajar bercuti, suasana di tempat kerja ni jadi sunyi walaupun ada rakan-rakan pensyarah yang hadir bekerja tidak seperti sebelum ni. Sebelum ni bila cuti semester je, diaorang pun boleh bercuti sama. Sekarang tidak lagi....
Adik aku yang belajar di Cairo tu pun rasanya sedang bercuti sekarang ni sebab exam dia dah pun selesai. Lagipun, tahun ni adalah tahun terakhir dia berada di sana. Tempoh pengajian dah habis...katanya paling awal pun, bulan 10 ni dia akan balik ke Malaysia. Harap-harap macam tu lah....sebab bagi aku, kalau dia nak sambung buat Master pun, baik sambung kat sini. Kemudahan banyak....perbelanjaan tak la tinggi sangat. Boleh jugak sambung belajar sambil kerja.... Lagipun, seperti yang pernah aku dengar memang dah banyak orang perseorangan mahupun agensi-agensi serta syarikat-syarikat yang menawarkan jawatan bila dia balik ke Malaysia nanti.
Seronok jugak la bila dapat lihat ada adik-adik yang berjaya macam tu, malah lebih berjaya dari aku. Walaupun impian aku masih tak tercapai (mungkin takkan tercapai)...tapi aku gembira dengan pencapaian diaorang. Maknanya, matlamat yang aku sasarkan sebelum ni sedikit sebanyak sudah menampakkan hasil bila diaorang ni berjaya dalam bidang masing-masing. Mak dengan ayah...sudah pasti lebih gembira dari aku. Syukurlah....
0 comments:
Post a Comment