BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

22.3.10

Di sebalik setiap kesusahan...

Dalam kitab Jami’ At Turmudzi disebut hadis dari Anas ia berkata:

“Sesungguhnya apabila Rasulullah merasa susah kerana sesuatu urusan maka baginda mengucapkan: Yaa hayyu yaa qoyyum, birahmatika astaghisu..”

Ibn Abbas berkata Rasulullah bersabda:

“Barangsiapa membiasakan membaca istighfar, maka Allah akan menjadikan baginya keringanan dari kesusahannya dan jalan keluar dari kesulitannya serta diberiNya rezeki dari jalan yang tak terduga. ” Riwayat Abu Daud.

Disebutkan juga bahawa Rasulullah segera mendirikan sembahyang apabila baginda mengalami kesusahan.


Rasulullah bersabda:

“Mahukah aku tunjukkan kepadamu hal-hal di mana Allah menghapuskan dosa-dosamu serta mengangkat darjatmu? Para sahabat menjawab: Baiklah ya Rasulullah: Sabda Rasulullah: Menyempurnakan wuduk, menghadapi segala kesusahan, memperbanyak langkah menuju ke masjid serta menantikan solat setelah solat; itulah perjuangan. Itulah perjuangan! 

Hadis-hadis di atas sesungguhnya memberikan aku kekuatan untuk terus aku hadapi segala masalah yang sedang aku alami sekarang. Hanya Allah SWT saja yang tahu betapa beratnya masalah yang aku alami Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Walau apapun, seperti kata sahabat aku, tetapkan hati, terus bersabar dan bertawakallah kepada-Nya. Mudah-mudahan Dia akan memandu kita ke arah jalan keluar dari segala masalah yang kita hadapi. Sebenarnya, dah cukup banyak aku ambil cuti demi anak aku yang sorang ni. Tapi aku tak kisah, biarlah apapun pandangan orang lain. Anak lebih penting.... Aku harap, mereka sentiasa bersangka baik dengan apa yang berlaku. Dengar khabar, KJ nak tukarkan aku ke tempat lain. Hmmm....sesuatu yang menarik. Hasbiyallah....Laailaha illahu wa 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul 'arsyil azim. Cukuplah Allah bagi ku...Tiada Tuhan melainkan Dia dan hanya kepada-Nya aku bertawakal. Biarlah nak kena tukar pun....qada' dan qadar Allah memang bukan di bawah kuasa manusia. Ya Allah...ku serahkan segalanya hanya kepada Mu. Aku yakin bahawa sesungguhnya telah Engkau sediakan sesuatu yang terbaik buat ku di sebalik semua yang berlaku ini. Segala puji dan syukur ku hanya untuk Mu....  

0 comments: