BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

20.6.10

SELAMAT HARI BAPA



Selamat Hari Bapa khasnya untuk ayah aku yang kini masih berada di Mekah dalam menjalankan tanggungjawab menunaikan umrah bersama ibu ku. I love you two very much.... Insyaallah, mungkin malam ni diaorang akan bertolak balik ke Malaysia dari Jeddah setelah lebih 10 hari berada di sana. Tidak lupa juga kepada kawan-kawan aku yang baru bergelar bapa ataupun yang sudah lama mendapat tile 'Bapa'....SELAMAT HARI BAPA aku ucapkan untuk korang semua. Semoga jadi bapa yang baik dan soleh dalam mendidik anak-anak. Juga buat guru-guru sekolah aku dari sekolah tadika hinggalah ke IPT yang bertitle 'Bapa', Selamat Hari Bapa untuk cikgu semua. SELAMAT HARI BAPA juga kuucapkan kepada semua guru silat dan guru kebatinan aku terutamanya dari PERGURUAN SENI SILAT HIDAYAH NUSANTARA, PERGURUAN SENI SILAT GAYONG MAARIFAT MALAYSIA, PUSAT PENGAJIAN ILMU DAYA KAROMAH TINGKAT SEPUH, dan PERGURUAN NARANSAKTI juga kepada rakan-rakan seperguruan yang dah pun bergelar 'Bapa'. Moga segala ilmu yang diajar dan yang telah kita belajar mendapat keredhaan Allah SWT. Gunakanlah segala ilmu tersebut ke jalan kebaikan dan diredhai Allah SWT...

14.6.10

Car Prices In MALAYSIA!!!!

And now expect the price of petrol to continuously increase till year 2014 L  So this is a DOUBLE WHAMY i.e paying higher prices for cars and now petrol!!!!!
Hi Guys

I know you are all aware of the reasons why our car prices are artificially jacked up. This is just another reminder for you to resend to as many as possible to wake up as many as possible.

Just do it. CHANGE
  Yes! And brand new!
 
Toyota Camry
2.4L for RM69,396.00 (and not RM170,000.00)
 
Toyota Altis for RM46,000
(and not RM112,000.00)
 
Honda Jazz for RM36,000.00
(and not RM108,000)
 
Want more?
 
Read the following forwarded article..... ..by Syed Akbar Ali.
  
And know the actual prices of your dream car.
 
Car Prices In Malaysia

Digest this article, after that, you may need to vomit. What is the Malaysian Govt doing all these while. Ripping off our Rakyat for the last 30 yrs with APs designed to benefit a few  well connected Bumis, the UMNO/BN have robbed millions of citizens in this fiasco, under the pretext of protecting our local industry. The Govt have forgotten we Malays are the largest customers in the country. What is the NEP policy doing ?? Ripping off the Malays (which forms 65% of the consumer base) to benefit a few UMNO politicians !!!    


BMW 535i sells for RM178,000 in the US

In the United States of America
(a developed country which we are also aspiring to become by the year 2020) a 2009 model BMW 535i Sedan is selling for about USD50,367.00. This is only RM178,000 - about the price of a Toyota Camry 2..4L here in Malaysia . The same BMW sells in Malaysia for about RM450,000.

BMW 328i sells for RM155,000 in the US

The 2009 model BMW 328i 2 door Convertible sells for USD44,014 or RM155,36900 in the US In Malaysia the same car sells for over
RM460,000. This is an untenable situation.

Audi A4 2.0T Cabriolet Convertible sells for RM142,000 in the US

The 2009 model Audi A4 2 Door 2.0T Cabriolet Convertible sells in the US for USD40,328.00 or RM142,357. In Malaysia the same car would sell for about RM265,000.

VW GTI 2.0T sells for RM85,000 in the US

In the US the 2009 model Volkswagen GTI 2.0T sells for USD 24,039 or RM85,000 only. In China the same car will cost around RM60,000. Over here the same VW car sells for about RM200,000.

And the 2010 model Toyota Camry 2.4L sells in the US for USD 19,659...00 or RM69,396 In Malaysia the 2008 Toyota Camry 2.4L sells for RM170,000. Toyota Camry 2.4L, 2010 model. RM69,000 in the US


Car prices in Malaysia are about three times higher than the prices in the United States .
We are a developing nation. Our land and labour costs are so much cheaper than the US . Why are our cars so expensive? It does not make any sense. Tak masuk akal.

Then here are some car prices from our neighbour Indonesia
.
The Toyota Altis sells in Indonesia for about RM46,000. The same car sells here for around RM 112,000. Again we are three times more expensive than Indonesia

The Honda Jazz sells here for RM108,000.. In Indonesia the Jazz sells for RM 36,000. Three times more expensive.

We are paying ridiculously high prices (and actually impoverishing the Malays - who are the largest buyers of cars in Malaysia ) to support an out of date, out of touch with reality motor car policy.


We are paying the highest car prices in the world to support the Proton and other locally made cars as well as support a mind boggling AP policy which only benefits a relatively few rich Malays
. A disproportionately large number of Malays and other Malaysians are being impoverished to subsidise the wealth of a few inefficient rich.

26 million Malaysians have to pay three times more for their cars just to support Proton and 120,000 people who are directly and indirectly involved in the motor sector in Malaysia and the AP holders. That is a ratio of 216:1.


This ratio of 216:1 is too skewed. 26.0 million happier people can contribute many more votes than 120,000 members of an inefficient motor industry.. 26 million unhappy people can change a Government. (The maths is not really difficult here)


And this outdated policy is impoverishing the Malays more than anyone else.


Here is some news from our DPM Tan Sri Muhyudin Yassin about our car policy. This is truncated:

Muhyiddin assures govt support for automotive parts and component sector

1. KUALA LUMPUR, May 26 - The deputy prime minister said special focus will be given to "facilitate and encourage" the development of the automotive parts and component sector despite the current global and regional economic downturn.

2. "Under the CEPT and Asean Trade in Goods Agreements, Malaysia has agreed to eliminate import duties on all products in the Normal Track on January 1, 2010. This includes motor vehicles, auto parts and components," he said.

3. He pointed out that the motor vehicle sub sector in Malaysia will not be directly impacted because of its heavy dependence on the domestic market.

4. "The Malaysian government recognises the contribution of the domestic automotive industry towards the development of the country."

Para 2 sounds promising but then Para 3 and 4 basically says that the Malaysian motor car industry will continue to be protected. This means we will continue paying the highest car prices in the world for automobiles.

Cuba kita kira : kalau kereta Honda Jazz di jual dengan harga yang sebenarnya (lebih kurang RM36,000 saja) dan bukan pada harga sekarang (RM108,000) maksudnya bayaran bulanan pembeli kereta akan jadi kurang, mungkin sepertiga sahaja daripada bayaran bulanan sekarang.

Jika sekarang orang bayar RM1,500 sebulan untuk beli Honda Jazz, kalau harga kereta lebih menepati harga pasaran dunia, orang kita perlu bayar sekitar RM500 saja sebulan.

Maksudnya tanpa Kerajaan perlu membuat apa pun (merangsang ekonomi, belanja berpuluh billion Ringgit duit rakyat untuk stimulus dan sebagainya) setiap rakyat Malaysia yang membeli kereta yang seharga dengan Honda Jazz akan dapat menjimatkan sehingga RM1,000 sebulan daripada kos sara hidup bulanannya.

This is like giving the car buyer an RM1000 pay rise without incurring any extra costs for the taxpayer, the Government or the economy. It will greatly reduce the cost of living in Malaysia and spur greater economic growth too.

Tapi sekarang, yang menjadi mangsa dulu dan yang menjadi miskin dulu orang Melayu juga. Orang Melayu yang paling ramai sekali menjadi pembeli kereta dalam negara kita. Orang Melayu kebanyakannya makan gaji - tiap bulan dapat gaji tetap. Bila harga kereta naik gila, yang menjadi miskin di saf depan sekali adalah orang Melayu juga.


In absolute numbers, the Malays are suffering the most because they are the most in number among the fixed income people who also buy cars.


Some folks said the other day that Proton has 150 major component suppliers, dealers, distributors and about 500 other parts suppliers too. Of the 150 major component suppliers, about 15 of them are listed companies. In total they employ about 120,000 people. The Proton supply chain is a mix of bumiputras and non bumiputras. But here is a sad fact : none of them are operating at their level best efficiency.


Our motor car policy is forcing Malaysians to subsidise Proton so that Proton can sustain major inefficiencies in the Malaysian economy.. This is not a good thing at all.

We have to unwind this situation. Set a target of 18 months from now to unwind all protection for our motor industry. Remove the impoverishing AP policy also in 18 months. Let Malaysian car prices reflect world market prices for the same makes of cars.

If a BMW 535 sells for RM178,000 in America , it should sell for a little less here in Malaysia (our rentals and salaries are cheaper). Fw: Car Prices In Malaysia

The Ministers continue making pronouncements about the car industry as though nothing has happened. I hope everyone will please wake up. The Government has a real chance of getting thrown out of office in about three years. The people will not accept inept answers anymore.

The ridiculous car prices in Malaysia is an issue that is just beginning to get more attention and publicity. It is going to become a really big issue in the near future. Be forewarned.

Posted by Syed Akbar Ali

Selamat Datang Bulan REJAB!



Bulan Rejab adalah termasuk di dalam salah satu bulan-bulan Islam yang dianggap suci oleh umat Islam. Firman Allah s.w.t.

Maksudnya ;
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Empat bulan yang dihormati sebagaimana disebutkan di dalam ayat tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Inilah yang telah disepakati oleh para mufassirin. Penghormatan terhadap bulan Rejab adalah bersempena penghormatan yang telah diberikan kepadanya semenjak zaman jahiliah lagi dimana mereka mengharamkan peperangan di dalam bulan tersebut. Inilah suatu pengiktirafan oleh Allah s.w.t. terhadap bulan Rejab di samping bulan-bulan haram yang lain.

 Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku di dalam bulan Rejab, di antaranya ialah ;

Pertama : Peristiwa isra’ Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab mengikut pendapat sebahagian besar ulama’ Islam. Ia adalah peristiwa di mana Rasulullah s.a.w. telah dijalankan dari Mekah ke Baitul Maqdis dan kemudiannya diangkat ke langit untuk bertemu Allah s.w.t. Di sinilah bermulanya kefardhuan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.

Kedua : Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habsyah oleh beberapa orang sahabat Rasululullah s.a.w. termasuk termasuk saidina Usman bin Affan r.a. dan isterinya Ruqaiyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan menyelamatkan akidah di samping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

Ketiga : Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan Hijrah. Ia adalah peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab ketika itu. Walaubagaimanapun akhirnya tentera Rom membatalkan hasrat mereka kerana merasa gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.

Selain daripada itu, terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku di dalam bulan yang mulia ini seperti penaklukan semula kota Baitul Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi dari kekuasaan tentera Salib pada 27 Rejab 583 hijrah. Imam As-Syafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam di tanahair kita juga dilahirkan di dalam bulan Rejab tahun 150 hijrah bersamaan 767 masehi.

Sesetengah umat Islam akan berpuasa sunat di dalam bulan Rejab. Sesetengahnya pula akan pergi menunaikan umrah kerana menganggap umrah yang mereka lakukan di dalam bulan ini ada fadhilatnya yang khusus. Tidak kurang juga terdapat umat Islam yang berusaha memperbanyakkan sedekah pada bulan ini dengan beranggapan mereka akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.

Hakikat ganjaran yang disediakan oleh Allah s.w.t. kepada orang yang beramal soleh hanya Dia sahaja yang maha mengetahuinya. Oleh kerana itu, sudah sewajarnyalah di dalam bulan Rejab ini dan juga bulan-bulan yang lain diisi dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t. dan mendapat keredhaannya.

Sesungguhnya terdapat banyak hadis-hadis Nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang memberikan galakan kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu amal ibadat tanpa mengira di dalam bulan mana mereka melaksanakannya. Oleh kerana itu, bersempena datangnya bulan Rejab ini banyak amalan sunat yang boleh dilaksanakan sepertimana juga di dalam bulan-bulan yang lain, di antaranya ;

1. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau berpuasa sebahagian daripada bulan Rejab. Amalan berpuasa sunat adalah merupakan suatu galakan daripada Allah s.w.t. kepada umat Muhammad s.a.w. sebagaimana disebutkan di dalam sebuah hadis qudsi riwayat Imam Bukhari ;

Sabda Rasulullah s.a.w.

“ Allah s.w.t. telah berfirman bahawa puasa itu adalah untukNya maka Allah lah yang akan membalasnya.”


Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim al-Ansari, beliau (Uthman) pernah menanyakan Said bin Jubayr mengenai puasa Rejab. Said menjawab:

“Aku mendengar Ibn Abbas mengatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa Rejab sehingga kami menyangka Baginda tidak berbuka (terus-menerus berpuasa) dan Baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa.” (Sahih Muslim)

2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Hakim bin Hazam ;

“ Tangan yang di atas ( pemberi ) lebih baik dari tangan yang di bawah ( penerima )”

3. Memperbanyakkan zikrullah dengan cara berwirid, bertahmid, bertasbih dan sebagainya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Hanya dengan mengingati Allah akan menjadi tenang dan tenteram hati manusia.”

Demikianlah sebahagian amalan-amalan sunat yang amat digalakkan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Amalan-amalan ini, sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan sudah pasti akan dapat melahirkan insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ini, sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus kedalam perkara-perkara maksiat dan masalah-masalah sosial yang lain.

Oleh : YB Anuar Sudin (intanhijau.blogspot.com)

p/s : Terlupa plak aku nak puasa sunat hari ni.  

12.6.10

Bertemu kembali....

Alhamdulillah....setelah hampir 3 bulan menyepi tanpa apa-apa berita ataupun posting terbaru setelah bercuti panjang untuk menjaga anak, kini aku kembali menaip. Insyaallah...minggu depan dah start keje balik... Hari ni juga (12 JUN 2010) adalah hari lahir aku yang ke - 33. Masyaallah...dah semakin berumur walaupun susuk tubuh nampak macam masih muda. He,he... Hepi besday to ME! Yang paling bestnya ialah aku dapat hadiah besday dari isteri tersayang berupa jam tangan CASIO G-SHOCK LIMITED EDITION yang bernilai lebih kurang....ehem, ehem, tak yah sebutlah. nanti riak pulak....he,he.  Hari ni juga adalah hari kedua mak dan ayah aku berada di Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Dengar khabar mereka masih berada di kota Madinah untuk ziarah kat sana. Harapan aku moga mereka sentiasa sihat dan sentiasa diberikan kekuatan dan pertolongan oleh Allah SWT ketika mengerjakan umrah nanti. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan mereka di sana..... Harap juga diaorang tak lupa mendoakan untuk anak-anak dan cucu-cucu kat Malaysia ni. 

Well, rasanya cukuplah dulu sekadar itu buat kali ni. Bukannya apa...bila dah lama tak menaip ni, idea pun kurang. Kering terus.... Nak kena warm up balik. Insyaallah....kita akan berjumpa lagi pada posting yang akan datang samada dari aku sendiri atau berita dari bloggers yang lain yang akan aku muatkan dalam blog ni untuk tatapan semua.

Inilah jam tangan CASIO G-SHOCK LIMITED EDITION yang isteri hadiahkan.