BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

29.12.08

Salam Ma'al Hijrah 1430H

awal-muharram

Pada kesempatan yang ada, bersempena dengan Tahun Baru Hijrah 1430H aku menadah tangan memohon kepada Allah Ázza wa Jalla agar mengampun segala dosa dan kesalahan aku pada tahun yang lepas. Samada dosa yang sengaja atau tidak, yang nyata atau tersembunyi. Allahum maghpirli innahu kaana ghappaara.... Juga kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai, jika ada salah dan silap aku mohon agar dimaafkan segala kesilapan dan kesalahan tersebut. Azam aku pada tahun ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk meningkatkan maqam diri...dari insan yang bergelar mukmin kepada insan yang muqarrabin...yang dekat dengan Allah SWT, Tuhan Yang Menciptakan. Allahu Akbar.....

25.12.08

Cuti Krismas...

Hari ni aku bercuti...cuti sempena Krismas yang termasuk sebagai cuti umum kat Malaysia. Sehari je cuti ni...tapi, aku ambik tambahan lagi sehari. Iaitu esok...Jumaat( 28 Zulhijjah 1429H ).

Dalam dok melayari internet hari ni, aku dok perhati jugak blog Rafis. Dah lama benar dia tak update blog dia. Entah apa cerita pun tak taulah... dengar kata dok sibuk dengan restoran baru depa. Wallahu a'alam... Kalau ya pun sibuk, jenguk-jenguklah blog sendiri jugak. Jangan sampai bersawang...he,he. Sekurang-kurangnya dapat juga kami kat sini tau perkembangan terbaru...

Sekarang ni...di samping terlibat dengan aliran Tarekat Naqsyabandiah Al-Kholidiah, aku juga secara tak langsung terlibat dengan satu usaha untuk membanteras fahaman golongan wahabi yang semakin menular kat Malaysia ni terutamanya kat Perlis. Alhamdulillah, aku sekarang bekerjasama dengan Ustaz Zamihan Al-Ghari...seorang ulamak muda yang mendapat pengiktirafan dari beberapa ulamak besar dunia berkenaan ketinggian ilmunya dalam beberapa cabang ilmu. Golongan Wahabi ni sebenarnya berselindung di sebalik fahaman ahli sunnah wal jamaah ataupun mengatakan mereka bermanhaj salaf, mendakwa mereka sebagai golongan yang ingin memartabatkan Sunnah Rasulullah SAW...kononnya lah. Tetapi, sebenarnya mereka adalah golongan yang membawa fahaman yang jauh bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah sebagaimana amalan dan sunnah Rasulullah SAW dan salafussoleh.

Terdapat beberapa golongan masyarakat yang salah faham akan perjuangan kami...mereka mengatakan kami menentang Sunnah Nabi SAW. Perlu diingatkan bahawa...kami bukannya menentang golongan yang bermanhaj salaf kerana kami pun bermanhaj salaf atau ahli sunnah wal jamaah. Yang kami tentang adalah golongan yang bermanhaj salafi wahabi....

13.12.08

Sokongan Golongan Ulamak

Pagi sabtu...13 Disember 2008. Pagi ni Jai mai awal ke rumah. Singgah ambik laptop dia sebelum ke tempat kerja. Lama jugak la dia singgah pagi tadi...sempat jugak sarapan kat rumah aku. Dalam dok sembang tu, dia bagitau yang Al-Fadhil Ustaz Yussainie dah pun join jemaah kami (naqsyabandiyyah al-khalidiyyah) malam tadi. Alhamdulillah.... Dia bai'ah dengan Khalifah Tuan Amin. Tuan Amin ni masih muda, baru berumur 22 tahun. Merupakan anak angkat kepada Ketua Pemuda PAS Perlis. Berasal dari Terengganu dan masih belajar di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis dalam bidang Usuluddin. Dia dilantik menjadi khalifah setelah 4 tahun bersama jemaah naqsyabandiah tersebut...selain dia, ada lagi dua tiga orang khalifah yang setaraf dengan dia.

Satu lagi berita terbaru menurut Tuan Amin ialah Pesuruhjaya PAS Perlis iaitu Al-Fadhil Ustaz Hashim Jasin pun akan turut bersama dengan jemaah kami. Cuma tunggu masa untuk berbai'ah saja lagi.... Bila ada golongan-golongan ulamak yang bertarekat bersama ni, bersemangat lah sikit. He,he.... Sekarang ni, para ahli jemaah sedang melakukan 'suluk' selama 10 hari di rumah Tuan Guru. Aku tak pi pun sebab takdak transport.... Tuan Guru kata bersuluk kat rumah pun dah ok kalau tak leh pi sana. Memang la ok...cuma tak leh nak rasa pengalaman bersuluk kat sana. Dok zikir sorang2 dalam gelap....fuh, sempoi!

niat-300x226

10.12.08

Sesungguhnya, Allah itu Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu

Hari ni aku masih lagi bercuti. Cuti yang tak dirancang....bukan apa, memandangkan aku masih ada satu hari lagi cuti gantian jadi aku ambik ja lah. Bagi habis...lagipun dah nak masuk tahun baru. Cuti gantian ni kalau tak ambik, nanti hapus macam tu saja. Bukan boleh carry forward...

'Aidil adha pun dah lepas....cuma tahun ni aku tak balik pun beraya kat kampung. Cuma mak, ayah dan adik-adik ja yang balik. Maklumlah...kereta kecik. Mana muat...lain kalau kereta yang dulu tu. Huhuh....sedih. Masih terkenang-kenang lagi.... Dalam sehari dua ni, banyak sungguh orang mai sedekah daging lembu. Maklumlah, ramai yang buat korban sempena 'aidiladha ni. Kelmarin mak buat bihun sup...dah banyak sangat daging. Macam 2 tahun lepas, kami buat sate...he,he. Sampai sekarang hajat aku untuk buat korban masih tak tercapai lagi. Bila agaknya dapat buat korban....bila kat padang Mahsyar nanti, boleh la tumpang naik lembu yang aku korban tu. Insyaallah....

Hidup aku sekarang, alhamdulillah. Walaupun serba kekurangan, Allah Taala tetap kurniakan aku 'sakiinah' dalam hidup berbanding sebelum ni. Mungkin juga sebab aku sekarang ni dah mengambil keputusan untuk bersama jemaah Tarekat Naqsyabandiah al-Khalidiyyah. Banyak perubahan positif yang berlaku....dari segi amal ibadat, alhamdulillah. Ada peningkatan...sampaikan nak tinggalkan solat sunat pun dah rasa macam satu dosa. Alhamdulillah....segala puji bagi Allah kerana telah pertemukan aku dengan apa yang aku cari-cari selama ni. Apa yang aku harapkan agar segala perubahan baik yang berlaku ni akan kekal hingga ke akhir nyawa.

Di samping tu, mari sama-sama kita lihat salah satu lagi contoh betapa Allah Taala itu Maha Berkuasa dan Maha Mengasihani ke atas hamba-hambaNya. Kita lihat bagaimana seorang ibu yang sarat mengandung maut digilis keretapi tetapi anak di dalam kandungannya Allah selamatkan tanpa apa-apa luka dan masih hidup. Allahu Akbar.....

klk_grp15

8.12.08

Salam 'Äidil Adha

Hari ni merupakan Hari Raya Qurban ataupun 'Aidil Adha yang di sambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada kesempatan yang ada, dengan nyawa masih lagi di badan aku mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut 'Aidil Adha terutamanya buat ahli keluarga tercinta terutamanya mak dan ayah, buat adikku Rafis yang masih lagi berjuang meredah lautan ilmu di Mesir, buat isteri tercinta serta adik-adik ku yang lain...tiada kata yang mampu ku lafazkan melainkan seribu kemaafan ku pinta andaikata ada salah dan silap samada dari segi perkataan mahupun perbuatan terhadap kalian semua. Halalkan apa yang berlaku antara kita....kemaafan dari kalian amatlah aku dambakan kerana tanpa kemaafan kalian, Syurga Allah itu ku rasakan amat jauh untuk ku capai.

Tidak lupa juga kepada pemimpin utama Jemaah Tarekat Naqsyabandiah Al-Khalidiyah seluruh dunia iaitu Syeikh Nazim Al-Haqqaani, Guru Mursyid yang dikasihi Tuan Guru Ahmad bin Hj. Ibrahim (pemimpin Jemaah Tarekat Naqsyabandiah Al-Khalidiyah, Jitra), rakan-rakan jemaah serta seluruh ahli kerohanian Jemaah Tarekat Naqsyabandiah Al-Khalidiyah di seluruh dunia....ana ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 'Aidil Adha. Semoga amalan serta pengorbanan kita dalam jalan menuju redha Allah sentiasa berlandaskan syariat dan jalan kenabian serta para salafussoleh. Semoga ianya diterima dan diredhai Allah 'Azzawajalla.

aidiladha

5.12.08

Usia

usia1

Hari-hari usiamu terus berlalu,
Dan seluruh amalmu telahpun terbuku,
Dan yang menjadi saksi ke atasmu adalah dirimu,
Maka, kemana, kemana lagi hendak dituju?