BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

27.8.08

Menang juga DSAI...Takbir!!!

Petang semalam agak lewat aku pulang dari tempat kerja. Tunggu pensyarah yang tak balik lagi....lepas tu baru boleh kunci pintu. Suasana petang masa aku balik tu memang gelap sungguh. Tanda hujan lebat akan turun... Tanpa membuang masa, aku terus bergegas pulang. Nak lari daripada hujan lah kononnya.... Lagipun. aku dah tak sabar nak tau keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang akan diumumkan pada sebelah malamnya selepas proses membuang undi selesai pada jam 5 petang tadi. Aku amat mengharapkan agar Dato'Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti yang lebih besar.

Selesai je Solat Maghrib, terus aku ke cybercafe. Mengikuti keputusan melalui internet adalah lebih cepat dari TV. Tv ni...faham-faham je lah. Kalau depa yang menang, cepat keputusan diumumkan. Kalau kalah...memang takdak langsung. Esok baru nak umum.... Seperti yang aku jangka, TV3 hanya siarkan sekejap jer laporan tentang pilihanraya tersebut. Dalam 10 minit begitu.... Di cybercafe, aku melayari setiap website dan blog yang memaparkan berita terkini tentang keputusan tersebut. Ramai juga blogger Pakatan Rakyat yang membuat liputan kat sana. Setelah 2 jam setengah aku kat cybercafe, akhir keputusan rasmi pun keluar. DSAI menang dengan majoriti melebihi 15ribu undi walaupun berhadapan dengan fitnah, tekanan, tipudaya serta perancangan jahat UMNO/BN. Semuanya dengan kehendak Allah SWT dan pertolongan dari-Nya. Syukur.... Tak sabar nak tunggu DSAI jadi PM.

Dua hari lepas, ayah aku bertolak ke Terengganu. Hantar borang PTPTN Syiqah yang tertinggal kat rumah masa dia balik cuti tempohari. Memandangkan dokumen tu diperlukan segera, ayah terpaksa bertolak ke sana kerana kalau nak diposkan memang tak sempat sebab wakil PTPTN hanya datang sehari je kat UDM. Alhamdulillah....hal PTPTN dah pun beres. Tunggu duit dia masuk ja...ringan la sikit beban keluarga untuk tanggung dia kat sana.

DSAI dan Dato'Seri Wan Azizah
DSAI dan Isteri

19.8.08

Astro

Pagi ni, aku sampai lewat sikit kat pejabat. Tapi tak la sampai melebihi jam 8 pagi. Sunyi je suasana pejabat memandangkan aku sorang je yang kerja kat Jabatan Perdagangan ni. Pensyarah-pensyarah semuanya masih bercuti. Selepas sarapan pagi dengan nasi lemak yang dibeli pagi tadi, aku terus turun ke makmal steno untuk melayari internet. Internet kat bilik aku tu disconnect. Leceh betoi.... Sempat la juga aku baca berita-berita terbaru tentang Pilihanraya Kecil kat Permatang Pauh tu dan sempat juga aku singgah di blog Rafis. Sedih juga baca postingnya pada 13 Ogos yang lalu. Tapi, itulah ketentuan Tuhan. Kita tidak selalunya berjaya dan dapat apa yang kita impikan. Adakala, diuji dengan perkara-perkara yang betul-betul berat untuk kita hadapi. Aku ada tinggalkan komen untuknya...minta agar sabar dan jangan salahkan diri sendiri. Kegagalan adalah perkara biasa dalam hidup....

Kelmarin, rumah aku dengan rasminya dah dipasangkan Astro. Kebetulan pulak aku tak bekerja kelmarin. Jadi, boleh la kau tolong diaorang pasang benda tu. Mulai kelmarin, hilang sudah masalah untuk menonton TV. Manakan tidak, dah hampir 2 bulan kami tak dapat nak menikmati siaran TV dengan baik memandangkan arial yang kat atas tu dah tak berfungsi. Mungkin disebabkan rumah-rumah disekeliling dah semuanya pasang Astro, jadi sukar untuk arial yang biasa ni berfungsi dengan baik. Cuma, yang aku dok tunggu ialah sambungan line internet. Masih belum berjaya nak sambung lagi memandangkan masih ada tunggakan yang agak banyak dalam bil. Mahu tak mahu, kena usaha jugak untuk settlekan yang tertunggak tu, barulah boleh memohon untuk penyambungan semula. Bila nak boleh settle pun tak tau lah aku....

12.8.08

Bersatulah Wahai Kaum Muslimin

Bersatulah wahai kaum Muslimin

Dengan semangat dan roh kebenaran

Berjihadlah wahai kaum Muslimin

Walau susah menempuh cabaran


Bersatulah wahai kaum Muslimin

Dengan obor sinar kebahagiaan

Berjihadlah wahai kaum Muslimin

Biar syahid ataupun kemenangan


Berjuanglah wahai Ansarullah

Dengan matlamat Daulah Islamiyyah

Berkorbanlah wahai yang beriman

Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah terkembang jasa

Dalam menemukan balasan-Nya

Sucikanlah niat di hati

Hingga nyata benarnya janji Rabbi


Bersatulah wahai kaum Muslimin

Dengan semangat dan roh kebenaran

Berjihadlah wahai kaum Muslimin

Walau susah menempuh cabaran


Selamatlah pasti Islam melangkah

Membimbing ummah ke medan siasah

Berpedomankan Al-Quran dan As-Sunnah

Suburlah lahirnya dan pasti berbuah

9.8.08

Hutang motor dah settle...!!!

Hari Sabtu...hari cuti bagi kakitangan kerajaan macam aku. Aku bangun tidur agak lewat hari ni....jam 11.30 pagi. Mungkin disebabkan sakit kepala yang ku alami sejak kelmarin hingga menyebabkan aku tak masuk pun mesyuarat jabatan pada jam 3 petang kelmarin. Hari ni, tak dak agenda penting. Cuma aku ke kedai motor je untuk selesaikan bayaran ansuran motor. Alhamdulillah...dah habis bayar. Yang tinggal cuma ansuran TV saja lagi. Sebelum tu,aku singgah kejap kat kedai motor yang sebelah tu. Tengok motor Naza GTR 150 yang dah aku survey sebelum ni. Tanya harga, duit muka dan bayaran bulanan. Hmm...boleh tahan jugak dia punya downpayment...RM3700 dengan bayaran bulanan sebanyak RM160 selama 2 tahun setengah. Kalau tolak motor skuter aku tu, baru dapat dalam seribu lebih. Maknanya, kalau nak beli motor tu, aku kena tambah lagi dalam 2 ribu lebih. Mana nak cari duit?

Tapi, keinginan untuk menukar motor baru semakin meluap-luap memandangkan motor yang sedia ada ni pun asyik dok 'sakit' jer. Dah banyak duit aku habis kat motor tu disebabkan rosak memanjang.... Nampak gayanya, aku kena usaha jugak untuk beli motor tu. Tengoklah macam mana nanti.

Minggu ni, ayah dah mula kerja kat tapak pembinaan sekolah agama yang baru kat Behor Pulai. Kesian pulak dah berusia macam tu pun masih terpaksa cari rezeki untuk keluarga. Ada anak sulong macam aku pun tak guna....tak dapat nak bantu keluarga. Menyusahkan lagi ada la....

Sementara dok menaip ni, aku sempat buka blog Rafis. Hmm...makin murah rezeki nampak dia kat sana. Bagus lah...usaha sendiri. Tuhan pun dah sebut, sape yang berusaha nescaya dia akan bagi tak kira Islam atau bukan. Memang itulah sifat Tuhan yang Maha Pemurah... Cuma, aku jer yang belum dapat rezeki yang macam tu. Dah bermacam-macam usaha aku lakukan...apalah nasib. Makin banyak usaha, makin teruk. Semuanya serba tak menjadi.

Walaupun banyak masalah...still ceria beb!!!
Walaupun banyak masalah...still ceria beb!!!

6.8.08

Bercuti lagi...

Hari ni aku bercuti lagi. Bukan sengaja atau malas nak ke tempat kerja tetapi disebabkan ada sesuatu yang penting yang perlu aku laksanakan. Tanggungjawab menziarahi jenazah di Kuala Muda, Kedah. Tok wan isteri aku meninggal dunia pada jam 11.45 malam semalam. Beritanya baru aku ketahui awal pagi tadi. Itu pun sejurus isteri ku membuka kandungan mesej yang terdapat di telefon bimbitnya. kalau tak, mungkin tak sampai aku ke Kuala Muda. Kami bertolak seawal jam 8.30 pagi dengan ayah menjadi pemandu memandangkan aku sememangnya tidak tahu langsung tempat yang hendak kami tuju tambahan pula jenazah diberitakan akan dikebumikan pada jam 11.30 tengahari. Sampai saja di tempat yang dituju, jenazah sudahpun di bawa keluar untuk dikebumikan. Tanpa masuk ke rumah, kami pun terus mengiringi jenazah hingga ke masjid sebelum di sembahyangkan dan dikebumikan.

Kami berada di rumah ahli keluarga jenazah sehingga jam 1 tengahari sebagai tanda penghormatan dan takziah dan tak lama kemudian ayah membuat keputusan untuk bertolak balik ke Perlis. Hmm...dalam minggu ni saja, sudah 3 kali aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab kerja sebagaimana yang diamanahkan. Bukan sengaja, tetapi bersebab yang tak dapat dielakkan. Hari isnin yang lalu, motor buat hal. Dah tak pergi kerja.... Hari Selasa pulak, kerja setengah hari je sebab bawa isteri ke klinik untuk rawatan kulit. Manakala hari ni (Rabu) menziarahi jenazah di Kuala Muda, Kedah. Mesti rakan sepejabat aku ingat yang aku ni dah malas nak bekerja. Asyik cuti ja...he,he.