BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

6.8.08

Bercuti lagi...

Hari ni aku bercuti lagi. Bukan sengaja atau malas nak ke tempat kerja tetapi disebabkan ada sesuatu yang penting yang perlu aku laksanakan. Tanggungjawab menziarahi jenazah di Kuala Muda, Kedah. Tok wan isteri aku meninggal dunia pada jam 11.45 malam semalam. Beritanya baru aku ketahui awal pagi tadi. Itu pun sejurus isteri ku membuka kandungan mesej yang terdapat di telefon bimbitnya. kalau tak, mungkin tak sampai aku ke Kuala Muda. Kami bertolak seawal jam 8.30 pagi dengan ayah menjadi pemandu memandangkan aku sememangnya tidak tahu langsung tempat yang hendak kami tuju tambahan pula jenazah diberitakan akan dikebumikan pada jam 11.30 tengahari. Sampai saja di tempat yang dituju, jenazah sudahpun di bawa keluar untuk dikebumikan. Tanpa masuk ke rumah, kami pun terus mengiringi jenazah hingga ke masjid sebelum di sembahyangkan dan dikebumikan.

Kami berada di rumah ahli keluarga jenazah sehingga jam 1 tengahari sebagai tanda penghormatan dan takziah dan tak lama kemudian ayah membuat keputusan untuk bertolak balik ke Perlis. Hmm...dalam minggu ni saja, sudah 3 kali aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab kerja sebagaimana yang diamanahkan. Bukan sengaja, tetapi bersebab yang tak dapat dielakkan. Hari isnin yang lalu, motor buat hal. Dah tak pergi kerja.... Hari Selasa pulak, kerja setengah hari je sebab bawa isteri ke klinik untuk rawatan kulit. Manakala hari ni (Rabu) menziarahi jenazah di Kuala Muda, Kedah. Mesti rakan sepejabat aku ingat yang aku ni dah malas nak bekerja. Asyik cuti ja...he,he.

0 comments: