BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

30.9.08

Pengumuman Penting...!!!!

29.9.08

3 Hari sebelum 1 Syawal 1429H

3 hari lepas, razif dan isteri balik ke rumah bersama mak dan ayah. Macam mana mak dengan ayah boleh ada sama? Ha...sebelum tu, depa pi rumah Razif pada 25/9 yang lalu. Dok sana sehari...pi ambik kereta razif yang proton wira tu. Depa bertolak balik mai sini pada petang 25hb...sampai dalam kul 1 pagi kot, Aku pun dah tido masa tu. Razif dok sini 2 hari.... Pada hari Jumaat tu jugak, Syiqah baru sampai dari Terengganu. Lebih kurang kul 6.30 petang kot.... Jadi, semua adik beradik berkumpul pada hari tu kecuali rafis yang masih ada kat Mesir.

Pada hari2 terakhir posa ni aku rajin plak masak. Mungkin sebab mak takdak kat rumah kot. Lagipun, kalau nak isteri aku masak memang tak sempat sebab dia keje sampai kul 6 lebih. Mesti letih punya....jadi, aku buatlah apa yang termampu. Hari jumaat tu aku buat nasi goreng cina dengan beef steak untuk berbuka. Boleh la makan...he,he.

Kelmarin (Ahad), depa semua sibuk dok pulun buat kuih. Seperti tahun2 yang lepas kuih yang selalu dibuat ialah kuih siput, kuih samperit, kuih kacang....semuanya kuih favourite aku. Sampai ke petang punya dok proses kuih. Hari tu jugak juadah berbuka puasa cukup banyak....ada kuih, ada laksa, ada nasi goreng thai (aku buat), ada beef steak (aku buat jugak...kali ni banyak sikit sebab ramai). Kak Fizah sekeluarga pun mai buka posa kat sini...boleh dikatakan seluruh keluarga berhimpun pada malam tu kecuali Rafis sorang je. Terasa jugak la sebab dia takdak bersama.... Seminggu yang lepas aku ada hantar kad raya kat dia. Tak tau lah dia dah terima ke belum.....

Pada kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya 'Aidilfitri buat umat Islam di seluruh dunia terutamanya adikku yang berada di Mesir, buat ibu dan ayah tercinta, adik-adik yang lain dan isteri tercinta yang sentiasa di samping ku sepanjang masa...Ampun dan maaf dipinta andaikata terdapat sebarang salah dan silap daripada diri ini terhadap kalian semua. Kad raya di bawah adalah khas untuk kalian semua.



::Kad Ucapan Raya Percuma

21.9.08

Weekend activities

Kelmarin aku bangun agak lewat. 10.45 pagi.... banyak tugasan yang perlu aku buat. Maklumlah, hari ni isteri pi kerja. So, kena la ambik tugas dia...tolong-menolong gitu. Lepas mandi, terus aku turun ke bawah. Basuh baju... Memandangkan tempat pengering baju tu rosak, jadi proses nak membasuh tu mengambil masa yang agak lama. Lepas basuh, kena bilas dua tiga kali. Bila dah siap, nak kena perah pulak. Aduh...penat. Dah siap basuh baju, kemas bilik plak. Tukar cadar ape semua...cuma aku tak vakum jer karpet kat bilik tu. Penat la.... Hari ni (Sabtu) aku plan nak masak atau lebih tepat lagi nak cuba satu hidangan baru iaitu Daging Masak Arab. Dah lama aku teringin nak buat....hari ni, berkesempatan jugak nampaknya.

Sebenarnya tak susah nak masak benda ni. Perapkan daging dengan jus tomato, bawang merah yang dimesin, lada hitam, jintan manis, jintan putih, bijan dan sedikit halia (semuanya dikisar halus). Bila dah perap selama 2 jam, masak jelah. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Masukkan daging tadi kemudian masukkan sikit tomato puri serta santan (agak2 la). Bila dah hampir masak, masukkan garam secukup rasa. dah siap pun...tapi yang aku masak tu, terlebih bawang la plak. Kuah jadi terlebih pekat. Biasalah, baru first time cuba... Lepas ni, taulah aku nak agak macam mana.

Hari ni plak (Ahad), aku nak cuba masak nasi goreng cina. Tapi, yang ni aku modified sikit. Selalunya kalau nasi goreng cina orang letak ayam. Tapi yang aku buat ni, aku letak daging ala daging stik. He,he... Daging aku dah perap. So, tunggu je lah. 1/2 jam sebelum berbuka nanti, sempat lagi nak buat nasi goreng tu. Semalam, sempat chat dengan razif. Nak guna webcam, masalah plak webcam dia. Takleh nak broadcast...so, sembang macam tu je la. Rafis pun dah lama tak telefon. Sibuk kot.... Tapi, kalau free2 tu call la kami kat sini. Dah lama tak dengar berita daripada hang...no rafis no.

Rafis...oooo rafis! Pi mana plak ni... He, he.

15.9.08

Raya makin dekat...

Sedar tak sedar, dah masuk 15 hari umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Hanya tinggal lebihkurang 15 hari lagi untuk umat Islam seluruhnya merayakan hari kemenangan...'Aidil Fitri; kemenangan dalam mengawal nafsu dan segala perkara yang ditegah oleh Allah SWT. Bagi yang tak berpuasa, aku tak taulah macam mana. Cuma seronok sambut raya ja la. Tak bermakna apa-apa pun....

Kelmarin, pertama kali dalam sejarah aku masak menu sendiri untuk hidangan berbuka puasa. Menu tu, aku dapat secara tak sengaja ketika menonton rancangan Halal Orient kat Astro. Disebabkan terlalu 'simple', jadi dengan hanya sekali tengok ja aku dah ingat cara nak buat hidangan tersebut. Nama hidangan tu adalah daging kebab ala Taiwan. He,he..... Cukup mudah dan ringkas. bahan-bahannya cuma daging lembu, telur ayam, tepung jagung, lada hitam, jintan manis, sedikit garam dan minyak untuk menggoreng serta lidi sate untuk cucuk daging tu. Lagi satu, cabai kering yang siap diblender. Hmm, sungguh tak kusangka...hidangan tersebut mendapat pujian bagi yang telah merasainya kelmarin. Hhuhu.... Maknanya, sodap lah tu!!! Sebenarnya, banyak lagi menu masakan yang aku teringin nak cuba cuma takdak kesempatan nak 'test power'. Insyaallah, lepas ni akan banyak lagi menu baru yang akan aku cuba. Bukan apa, minat memasak memang ada sejak kecil. Cuma, tak diberi peluang....

Hari raya pun dah tak lama. Jadi, pada kesempatan yang ada ni aku nak buat ucapan sikitlah no. Kepada adik-adik aku Razif dan isteri, Rafis terutamanya yang ada kat Mesir beribu ampun dan maaf dipinta andai ada tersalah, tersilap atau ter apa saja lah. Moga Ramadhan dan Syawal kali ni akan menjadi cahaya penyuluh dan penyeri buat kehidupan kita yang akan datang. Raya tahun ni nampaknya simple je lah mai dengan duit takdak ni. Baju raya aku apa satu pun tak beli lagi. Orang rumah aku dah lebih 3 pasang dah. Huhuh.... Tapi aku tak pikir semua tu. Janji dapat beraya sudah....

13.9.08

Teringat masa belajar dulu...

Salah satu suasana bersahur ketika belajar kat kelantan dulu. Jauh dari ibubapa dan keluarga. Makan apa saja yang ada...termasuk makanan popular - megi. He,he... Selamat berpuasa dan selamat bersahur.


10.9.08

Semua dah ok...cuma

Alhamdulillah, line internet kat rumah dah ok. Motor aku pun dah siap dibaiki....upah baiki tak banyak, RM192.50. Habis duit buat belanja.... Tapi, walaupun dah siap dibaiki masih lagi ada masalah. Masa mula nak bergerak tu, asyik terlompat-lompat ja. Macam katak kejang otot kaki..... Leceh betoi. Aku suruh depa servis tadi, tapi depa bagitau suruh bawa balik dulu. Kalau nak tunggu, lambat pulak. Jadi, aku pun bawa baliklah dulu motor terlompat-lompat tu. Hmmm....malu betoi kat orang kalau nampak motor aku macam tu. Tambahan pulak masa kat traffic light, lagi teruk dia lompat. Nih yang tak sabar nak tukar motor baru nih.... dok cadang tu nak tukar ke Yamaha RXZ pulak. Tahan lasak sikit... Cuma, berapa yang aku boleh dapat kalau trade in motor ni pun tak tau lah. Nak kena pi tanya kedai motor esok...dah tak sabar nak tukar motor baru.

9.9.08

Hari ke-9 Ramadhan

Kali ni blog aku bersiaran dari Bilik Simulasi, Jabatan Perdagangan. Aku masih lagi heran, kenapa line internet kat rumah aku masih belum bersambung sedangkan dah banyak kali aku minta TM aktifkan balik. Ada masalah apa pun tak tau...diaorang suruh aku call Bahagian Bil, aku dah call. Tapi sampai hari ni aku tak dapat nak cakap dengan staf bahagian tu. Asyik engage jer.... Line sibuk? Entah la....

Ramadhan tahun ni cukup seronok. Mau taknya, hujan hampir setiap hari bermula 1 Ramadhan yang lalu. Kalau tak hujan pagi, mesti sebelah petang. Kalau tak pun, sebelah malam. Dalam sehari tu, mesti hujan akan turun walaupun hanya rintik-rintik. Suasana cukup sejuk...rasa macam berpuasa kat negara eropah pulak. Huhuh..... Tapi, kelmarin sewaktu nak balik kerja... hujan yang turun cukup lebat. Mujurlah aku tak balik dengan motor, ayah yang datang ambik. Kalau tak, mau lencun baju aku walaupun pakai baju hujan. Memang lebat sungguh...dengan angin kuat.

Motor aku tak siap lagi. Aku baru ja call kedai motor tadi....petang ni kata diaorang. Masalahnya, cukup ke duit aku nak bayar upah baiki tu? Dengar kata hampir mencecah RM300...banyak tu. Hmm.... Untuk pengetahuan Rafis, kalau dia baca blog aku ni. Kami kat Malaysia ni berbuka macam biasa ja. Ala kadar...cuma ada jugak hari yang rezeki lebih. Kelmarin dulu mak buat laksa...sedap oooo. He,he.... Kekadang tu, keluar beli kuih kat bazar ramadhan sebelah stesen minyak mobil tu ja. Tu pun kalau tak hujan... Cuma dok risau adik aku kat Terengganu tu la. Tak pernah berpuasa jauh dari family.... Tapi, kalau pandai berdikari, takdak masalah punya. Aku, masa belajar kat kelantan dulu...berbuka puasa simple jer. Kekadang roti putih yang macam gardenia tu. Kekadang dengan kurma jer...ada sekali tu, berbuka dengan telur separuh masak campur kicap dan kurma. kekadang tu, keluar ke pasar malam. Tu pun kalau ada duit lebih sikit.... Adat orang merantau, memang macam tu. Kalau tanya Rafis...mesti dia setuju. He,he....

Telur separuh masak....sedap?
Telur separuh masak....sedap?

5.9.08

Selamat Berpuasa...

5 Ramadhan 1429H...hari kelima berpuasa. Hari ke-7 motor aku rosak. Masih ada kat kedai motor...tak siap lagi. Bila nak siap pun tak tau... Rosak hari Jumaat lepas 29/8/2008 masa on the way nak pi kerja. Lagi 2 km nak sampai Arau. Bayangkan aku tolak motor tu balik ke Kangar....betapa jauhnya. Mujurlah dah dekat nak sampai kat kedai motor Taman Cahaya tu (lebih kurang 3 km lagi), ada sorang mamat tu tolong tolak. Kalau tak, mau lembik kepala lutut aku pagi tu.... Jadi, tak pi kerjalah aku hari tu. Sejak dua menjak ni, boleh dikatakan tiap-tiap bulan motor aku rosak. Entah kena penyakit apa pun aku tak tau....

Semalam, pi makan kenduri kawan aku (chinese) kat Hotel Putra Palace dengan isteri. Ayah tolong hantar...maklumlah, motor rosak. Majlis mula jam 7.30...so, aku ambik keputusan berbuka puasa kat rumah dulu. Cuma minum air dan makan kuih sikit je. Simpan ruang untuk melantak kat hotel pulak. Huhuh.... Boleh tahan jugak hidangan pada malam tu. Ramai juga yang hadir terutamanya staf-staf Pasaraya The Store yang penah kerja sekali dengan aku dulu. Malam tu,acara nyanyian jadi pilihan utama. Ramai sungguh yang ada bakat menyanyi termasuk kawan lama aku...Aida. Sedap jugak suara dia... Yang suara sumbang pun ramai jugak. He,he.... Majlis tamat jam 9.40 malam. Balik tu kami tumpang kereta Kak Ina, staf The Store jugak. Dalam kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kat semua terutamanya yang tak ada sekali dengan kami di Perlis. (Faham-fahamlah no)....

Selamat Berpuasa...Moga Puasa Tahun Ni Lebih Baik Dari Tahun Yang Lepas.
Selamat Berpuasa...Moga Puasa Tahun Ni Lebih Baik Dari Tahun Yang Lepas.