BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

29.6.08

Terkini...

29 Jun2008....hari minggu. Esok aku masih lagi bercuti...seronok rasanya. Kelmarin, adik bongsu aku telah bertolak ke K.Terengganu untuk pendaftaran beliau di UDM Gong Badak. turut serta yang menghantar termasuklah mak dan ayah , razif serta isteri. Bertolak pada jam 8.30 pagi kelmarin dan sampai lebih kurang jam 6 petang. Alhamdulillah...selamat sampai juga akhirnya mereka kat sana. Hari ni, menurut berita yang dikirimkan mereka semua telah bertolak pulang pada jam 2 petang tadi dan sehingga saat aku menulis ni kemungkinan besar mereka sudah pun merentasi negeri Perak Darul Ridzuan. Harap mereka selamat sampai ke rumah. Lepas 'asar tadi, adik ipar aku datang bersama dengan sepupu beliau. Mungkin sengaja datang menziarah....hampir sejam mereka bertamu. Cuma air teh dan kek pisang yang mampu kami hidangkan...

Kelmarin juga Malaysia dikejutkan lagi dengan satu lagi tuduhan terbaru terhadap dato' seri Anwar Ibrahim....beliau dituduh meliwat!! tuduhan yang sama sebagaimana 10 tahun yang lepas. Satu laporang polis telah dibuat oleh seoarng pemuda yang mengaku bahawa DSAI telah meliwat beliau pada 26 Jun 2008 yang lalu. Aneh...perkara ni berlaku selepas saja budak muda tersebut berjumpa dengan najib Tun Razak. Apakah ini merupakan satu konspirasi kedua untuk menjahanamkan karier politik DSAI memandangkan Pakatan rakyat sudah semakin hampir ke Putrajaya? Malah, diberitakan juga daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa ada usaha untuk menamatkan riwayat hidup beliau. Atas sebab tersebutlah kini beliau atas nasihat daripada kepimpinan tertinggi Parti Keadilan agar berlindung buat sementara waktu di Kedutaan Turki di ibu negara memandangkan Presiden Turki sendiri merupakan sahabat karib beliau.

Sama-samalah kita berdoa agar beliau sentiasa dilindungi Allah SWT termasuk seluruh ahli keluarganya. Allahu akbar!!!

Berita terbaru yang aku dapat, mak, ayah, razif dan ros dah pun sampai di Baling, Kedah. Rasanya dah tak lama dah untuk sampai ke rumah. Moga selamat dalam perjalanan...rasanya dalam jam 12 ke 1 pagi mungkin diaorang akan selamat sampai.

23.6.08

Lesen 'P'

Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi. Agak culas sebenarnnya untuk ku mencoretkan rencah hidup pada lima hari yang lepas. Mungkin juga disebabkan tidak adanya perkara menarik yang perlu diketengahkan. Dah masuk 2 minggu politeknik bercuti, tapi ada juga pensyarah yang rajin, tak nak bercuti. Sanggup datang bekerja....walaupun diberi cuti. Ah...lantak diaorang lah. Memandangkan tidak ada apa yang harus aku nukilkan, aku nak coretkan satu cerita yang baru diemelkan pada ku siang tadi. Cerita yang menarik dan agak kelakar....jom layan!

Lesen P

Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Jenan. Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Ada la police buat road block ...so, berlakulah dialog seperti berikut:

Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik angin).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).
Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan mudah camtu ...

19.6.08

Majlis Tilawah

19 Jun 2008....hari ke-2 Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi Sekolah Pendidikan Khas yang berlangsung di PTSS, tempat kerja aku. Sebentar tadi, sempat aku mendengar alunan bacaan Al-Quran daripada 3 orang peserta terakhir kategori junior iaitu dari Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Begitu mengasyikkan. Bermacam-macam perasaan bercampur baur tatkala mendengar bacaan mereka. Sebak, terharu, sedih....hampir-hampir berderai air mata. Bayangkanlah bagaimana peserta-peserta yang kebanyakkannya terdiri daripada kanak-kanak OKU (orang kurang upaya) yang cacat penglihatan mampu mengalunkan bacaan Al-Quran dengan begitu bersungguh-sungguh, syahdu dan yang amat memeranjatkan aku ialah bagaimana diaorang mampu membaca cukup dengan hukum tajwidnya, tahu tempat mana nak dengung, tempat mana nak panjang dan sebagainya dengan hanya berpandukan naskah Al-Quran braille tanpa melihat! Yang sedihnya ialah terlalu ramai umat manusia yang lebih bernasib baik daripada mereka, yang sempurna dari segi fizikalnya tanpa cacat cela tapi masih lagi malas untuk untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran walaupun sepotong ayat sehari....apatah lagi untuk belajar Al-Quran. Keadaan ini betul-betul menginsafkan aku......

Bagi diri aku...aku begitu bersyukur dengan usaha daripada kedua orang tua ku menghantar aku untuk belajar mengenali, membaca seterusnya mengalunkan lagu-lagu Al-Quran dengan agak baik walaupun tidak sebaik sesetengah orang. Terima kasih mak, terima kasih ayah.... Semoga pahala setiap huruf yang aku baca daripada Al-Quran selama ini dapat ku hadiahkan buat kedua-dua mereka walaupun nilainya masih tidak mampu menandingi apa yang telah mereka korbankan untuk memberi ilmu terutamanya ilmu fardhu 'ain bukan sahaja untuk aku...malah untuk kami 6 beradik.

18.6.08

Seminggu Yang Lepas

Tak tahu bagaimana untuk ku mulakan bicara. Sudah hampir seminggu aku tidak mengemaskinikan web blog kepunyaan ku. Ya...sudah seminggu lamanya. Kini, cuti semester untuk politeknik telah pun bermula. Cuma aku...staf sokongan yang masih bekerja.Sunyi rasanya suasana di tempat kerja tanpa kelibat rakan sekerja (para pensyarah) mahupun para pelajar yang seringkali menghidupkan suasana. Seminggu yang lepas, ku lalui hidup sebagaimana biasa. Harapan untuk menjadi lebih baik untuk hari esok masih belum menampakkan hasil. Tapi, aku tetap akan terus berusaha. Impian dan harapan untuk menjadi suami dan hamba Allah yang terbaik masih teguh dan masih ku genggam erat. Iya lah...matlamat utama kehidupan di dunia adalah untuk mengejar kebahagiaan di akhirat. Untuk itu...tiada jalan lain melainkan menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hamba. Cuma....dapat ku rasakan bahawa sesungguhnya aku masih lagi jauh untuk mencapai matlamat tersebut. Aku masih gagal mengawal hati dan akal agar benar-benar menurut seperti mana yang diperintahkan Allah SWT.

Tiga hari yang lepas, pak teh sekeluarga datang ke rumah bersama-sama dengan tok. Datang mengejut....tanpa diberitahu terlebih dahulu. Diorang tidur di rumah semalam sebelum bertolak balik pada pagi Ahad berikutnya. Hari ni sudah masuk hari ke lima isteri kesayangan ku bekerja di Pasaraya Hafifah sebagai cashier. Boring katanya asyik terperap di rumah.... Baguslah, sekurang-kurangnya ada juga duit buat dia berbelanja.

Pada 12 Jun yang lalu, genaplah usia ku 31 tahun. Hmmm....dah semakin berusia nampaknya. Satu majlis jamuan hari lahir di adakan di pejabat oleh seluruh staf Jabatan Perdagangan untuk mereka yang menyambut hari lahir pada bulan April, Mei dan Jun termasuklah aku. Jamuan makan tengahari.... Dapatlah sekeping kad ucapan. Alhamdulillah....berpeluang lagi untuk terus hidup. Apa yang aku harapkan agar segala perancangan hidup yang telah aku aturkan pada tahun ini dimakbulkan Tuhan. Kerana terdapat satu perkara yang termasuk dalam perancangan tersebut sekiranya berjaya insyaallah akan memberi impak yang besar untuk mengubah taraf kehidupan aku sekeluarga. " Rabbana taqabbal minna du'a ana innaka antas samii'ul 'aliim. Pada 28 Jun nanti, adik aku yang bongsu akan bertolak ke Terengganu, menyambung pengajian dalam bidang Usuluddin kalau tak salah aku di Universiti Darul Iman yang dahulunya dikenali sebagai KUSZA. Semoga berjaya....

Hmmm....kelmarin ketika di pejabat, sempat aku membaca blog adik ku yang di Mesir. Terkejut...sebab sajak yang ku kirimkan buat beliau menjadi pilihan untuk di adaptasikan pada nukilan terbarunya. Terima kasih....dapat juga perhatian. Lagipun, memang tak dapat dinafikan bahawa rentetan kandungan sajak tersebut cukup bermakna buat sesiapa saja terutamanya diri aku. Kadang kala, meluahkan perasaan melalui sajak begitu memberi kesan sebenarnya pada hati nurani manusia. Setuju?

8.6.08

Seharian Di rumah

Ahad...8 Jun 2008. Hari minggu..... Alhamdulillah, pada hari ni kami sekeluarga masih lagi sihat wal 'afiat. Si ibu sibuk di dapur, manakala si isteri pula sibuk membasuh baju. Si ayah pula mungkin dah keluar agaknya...dan aku?

Sejak dari pagi lagi aku mengadap komputer. Menyiapkan video presentation nasyid lagu Qolbi sambil melayari komputer mencari bahan dan menjenguk laman-laman berita politik serta memeriksa peti emel. Sebelum ni pun aku dah siapkan video lagu Qolbi ni cuma aku rasa kurang menarik sebab gambar di dalamnya kurang jelas. Agak kabur..... Memang sudah menjadi sifat aku jika lakukan sesuatu, aku akan buat biar hampir-hampir sempurna dan terbaik.

Sesekali aku bangun ke dapur meneguk segelas air untuk menghilangkan dahaga. Sebenarnya, banyak lagi lagu-lagu Arab yang syahdu-syahdan ni aku nak buat video presentation. Sekadar untuk simpanan peribadi malah untuk sesiapa saja yang berminat.

Dalam kesibukan dan dalam kekhusyukkan memfokus untuk menyiapkan video tersebut, tanpa ku sedari masa sudah pun hampir ke jam 2 petang. Hmmm...pantas sungguh masa berlalu. Video tersebut hampir siap....dengan sedikit perubahan, aku kemudian 'save' ke 'My Computer'. Insyaallah, video ni akan ku posting ke web blog aku yang satu-satunya ni.

Selepas solat Zohor, aku menyambung mengadap komputer. Begitulah gelagat aku pada setiap hujung minggu. Mengadap komputer..... Sebab, aku bukannya jenis suka keluar berjalan-jalan kecuali ada perkara yang memaksa aku untuk keluar. Jadi, lebih baik lepak di rumah sambil menemani komputer kesayangan aku ni. He, he......

Sebelah petangnya, lebih kurang jam 5:30 petang selepas solat 'Asar aku beserta isteri keluar untuk menziarahi bapa saudaranya di Taman Dato' Jaafar. Singgah di stesen minyak Mobil untuk membeli sedikit buah tangan...dan selepas mengisi minyak, terus motor ku menderu ke tempat yang dituju. Malangnya, setelah tiba....tiada sesiapa pun di rumah. Mengikut kata jiran, diaorang balik ke Penang menghantar cucu. Hmmm...apa lagi, kami pun terus beredar. Isteri ku mengajak pergi bersiar-siar di Pengkalan Asam. Ok jugak tu..... Sampai di sana, terus aku mencari gerai menjual makanan sebab tetiba jer terasa lapar. Puas berjalan, akhirnya nampaklah sebuah gerai menjual keropok lekor serta air kelapa. Lebih kurang 20 minit kami menikmati hidangan di gerai tersebut, kami pun mula beredar untuk pulang ke rumah. Kenyang......

6.6.08

Minyak

Hari ke-7 dan minggu ke-2 dalam bulan Jun. Hari ke-159 dan minggu ke-23 dalam tahun 2008 adalah hari cuti (Sabtu). Begitu pantas masa berlalu. Malah tarikh kelahiran aku pun sudah semakin hampir...12 Jun. Sudah lebih 30 tahun aku diizinkan Allah untuk hidup di atas dunia ciptaan-Nya. Alhamdulillah....masih lagi bernafas sehingga kini.

Semalam, aku agak terlewat bangun pagi untuk ke tempat kerja. Punya lah kelam-kabut wa cakap lu. Ditolak masa mengisi minyak, jam 7:20 pagi baru bergerak ke tempat kerja. Merempit habis masa tu di atas highway....motor aku yang semakin uzur itu menggagahi juga kehendak tuannya untuk cepat sampai ke tempat kerja. Kesian.... Akhirnya, lagi 10 minit ke jam 8 pagi aku pun tiba dengan selamat di pejabat. Syukur.... Bukannya apa, sejak hampir 3 tahun aku bekerja di PTSS tidak pernah sekalipun aku lewat masuk kerja. Jadi, rekod perlu di jaga. Dua hari sebelum itu, isteri aku entah macam mana digigit oleh kucing yang dipegangnya. Hampir pengsan dia. Teruk juga kesan gigitan kucing....kesan cakar pun ada. Orang cakap, air liur kucing ni berbisa....mungkin juga. Untuk mengelakkan benda yang tak elok berlaku, pada sebelah malamnya aku membawa isteriku untuk mendapatkan rawatan di hospital. Hampir 1 jam kami di sana. Beliau diberi suntikan untuk mengelakkan penyakit kancing gigi serta ubat tahan sakit. Hmmm....macam-macam.

Dua hari lepas juga, negara dikejutkan dengan pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak sehingga 41% melebihi harga asal oleh Perdana Menteri Malaysia. Kecoh satu negara rakyat keluar menyerbu stesen-stesen minyak untuk mengisi minyak sebelum masa dinaikkan harga. Sebenarnya, kenaikan harga minyak ini ada kaitan dengan golongan kapitalis termasuk PM Malaysia sendiri. Dalam hadis Rasulullah SAW pun ada disebut;

“Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.

Nampak kita di situ betapa hasil galian pada akhir zaman akan diuruskan oleh orang-orang yang gilakan dunia semata dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain. Dan benar sekali maksud dari hadith tersebut kerana telah ternyata setelah Amerika menakluki Iraq, minyak dan emas naik begitu drastik sekali. Dan ditambah lagi dengan banyak syarikat minyak adalah milik Freemasons.

Di bawah ini aku senaraikan logo syarikat minyak yang ada kaitan dengan Freemasons. Dan ini bukan andaian aku semata, tetapi merupakan hasil kajian dari golongan yang mengkaji tentang Freemasons sendiri. Dan ketahuilah, syarikat-syarikat milik Freemasons itu memakai golongan pekerja yang bukan orang-orang mereka, tetapi pekerja-pekerja termasuklah orang-orang Melayu kita. Dengan kata lain, kita diperkudakan oleh mereka yang hanya mengaut keuntungan dari kesusahan pekerja-pekerja menggali minyak dan mengedarkannya. Dan perhatikan logo-logo tersebut ada kaitan dengan matahari dan bintang yang mengandungi unsur segitiga.

Logo di atas ini bukan hanya menunjukkan kulit kerang semata-mata, tetapi ia juga bermaksud matahari terbit. Shell adalah milik Britain, beribu pejabat di Hague, Netherlands. Dengan pejabat berdaftar di London dan United Kingdom.

Syarikat BP juga telah menukar logo lamanya kepada logo yang seperti matahari. BP diambil dari perkataan asal British Petroleum. Beribu pejabat di London, England dan UK.

.

Caltex pula diambil dari nama asalnya California Texas Oil Company. Ia adalah joint-venture syarikat di Texas iaitu The Texas Company yang kemudian dikenali sebagai Texaco dengan Standard Oil of California yang kemudian dikenali sebagai Chevron.

Logo-logo di atas hanya logo syarikat minyak yang juga ada di Malaysia, tidak lagi dicampur dengan logo syarikat minyak yang di luar negara. Sungguh pandai mereka menguasai pasaran minyak untuk menguasai dunia suatu hari nanti. Dan yang pasti, mereka tidak hanya perlu menggunakan kekuatan tentera untuk menguasai dunia, tetapi mereka hanya kuasai ekonomi dan mengucar-kacirkan ekonomi negara lain agar rakyat negara-negara itu bertelingkah sesama sendiri.

Tidak kah anda merasa hairan, bagaimana banyak syarikat minyak yang ada di negara kita adalah milik orang barat? Bagaimana mereka dapat memperolehi lesen berniaga minyak di sini? Siapa yang membenarkan mereka? Mengapa tidak memberikan orang Malaysia sahaja yang menjual minyak di tempat kita sendiri ini? Sedangkan kita tahu minyak dapat memberi pengaruh besar kepada ekonomi dunia dan negara kita sendiri. Ini semua ada kaitan dengan penjajahan British di tanah air kita dulu dan mengapa kita mendapat kemerdekaan dengan begitu mudah, tidak seperti beberapa negara lain yang menumpahkan darah menghalau penjajah, fikir-fikirkanlah. Wallahu a’lam.

5.6.08

Suara Hati...

Sebelum tidur......terfikir sejenak akan segala masalah yang ku hadapi. Masyaallah.....bilakah semuanya ini akan berakhir?! Maka, terungkaplah sebuah madah yang tidak seberapa sekadar meluahkan rasa hati.

Perjalananan hidup ini

rupanya bukan mudah

pertimbangan dan kehampaan

bagai satu kemestian

dalam setiap keputusan

pasti ada yang kecewa

demi membahagiakan orang lain

rela dirinya menderita

mungkin ini pengorbanan sejati

lahir dari hati yang mengerti

bahawa tidak semua bertemu

apa yang sebenarnya dicari

kadangkala bersua di dalam mimpi

dan hilang di awal pagi

bagai embun nan kering

hilang di sapa mentari

Ya Illahi

Hanya kepada-Mu aku merayu

Hanya kepada-Mu aku menyerah diri

Tabahkan hati, tabahkan diri

Moga Husnul Khaatimah

Yang bakal ku nikmati.

4.6.08

Fitrah Kehidupan

Keyboard ini masih sudi memberikan khidmatnya. Sama-sama mengisi setiap ruang yang tersedia dengan bait-bait kalimah yang punya erti. Atau sekurang-kurangnya mencari setiap pengertian yang terselindung di balik kelam kebenaran dan kenyataan hidup. Aku dan engkau kadangkala sama-sama terkeliru dengan segalanya. Bukan kerana jahil tapi kerana kita enggan menerima kenyataan fitrah kehidupan. Bukan kerana terlupa tetapi khayal dibuai bisikan-bisikan kosong dan hampa. Persoalannya; Apakah fitrah-fitrah kehidupan itu?

FITRAH PERTAMA
Setiap sesuatu ada pasangannya

FITRAH KEDUA
Setiap perbuatan ada balasannya

FITRAH KETIGA
Setiap yang berlebih-lebihan ada mudaratnya

FITRAH KEEMPAT
Setiap yang salah akan tewas jua

FITRAH KELIMA
Tidak akan sama walaupun kelihatan serupa 2 benda

FITRAH KEENAM
Insan sering tewas dengan masa

FITRAH KETUJUH
Setiap diri ada sayang & benci

FITRAH KELAPAN
Cinta itu buta

FITRAH KESEMBILAN
Mata sering menipu

FITRAH KESEPULUH
Orang yang baik, tidak hanya baik kepada kita sahaja.

Begitulah yang sempat fikirku berputar mencari pengertian demi pengertian ini. Namun aku sendiri tertarik dengan firasatku (tanpa rasa ujub) betapa; Mengapa menjadi fitrah dalam diri kita ada rasa ‘benci dan sayang’?

Ohh!! Aku akhirnya mengerti setelah melihat setajam-tajamnya, dan sedalam-dalamnya betapa tanpa benci manusia tidak akan mengingati musuhnya…. tanpa sayang..menusia tidak akan merindui kekasihnya…

Siapakah yang anda benci?

Siapakah yang anda sayang?

2.6.08

Majlis Perkahwinan

31 Mei 2008 ( Sabtu) iaitu hari kelmarin aku bangun awal pagi untuk bersiap menghadiri majlis perkahwinan sepupu ku di Seberang Prai. Kebiasaannya, jika tiada apa-apa program memang agak lewat aku bangun dari tidur. Hanya pada hari cuti sebegitulah peluang untuk aku bangun lewat sambil memanjakan tubuh setelah 5 hari bekerja. Kami bertolak ke rumah kenduri seawal jam 9 pagi. Memilih jalan lama tanpa memasuki lebuhraya membuatkan perjalanan kali ini terasa agak jauh walaupun bukannya baru sekali dua aku balik ke Penang. Kami sampai ke rumah kenduri dalam lingkungan jam 11:45 pagi....majlis sudah pun bermula. Sudah ramai tetamu yang datang, yang sedang menjamu selera. Hmm...awal juga diaorang ni makan. Fikir ku... Selepas bersalam dengan tuan rumah, terus ku menuju ke tempat hidangan. Layan diri nampak gaya ni.... aku hanya mengambil lauk kegemaran ku, daging masak hitam. Aku tak tahu nak panggil apa...he,he.

Selesai makan, terus masuk ke rumah untuk berjumpa sanak sedara yang datang sambil dari jauh mahupun dekat. Ada juga terserempak dengan sahabat lama masa sekolah rendah dan menengah dulu....malangnya, langsung aku tak ingat nama. Sekadar berbalas senyuman....

Ketika bertolak keluar dari rumah kenduri, sudah pun hampir jam 1:30 t/hari. Tidak terus pulang, kami singgah dulu menziarahi anak perempuan sulong makcik Maznah yang kini tinggal di Kampung Rakit. Rumahnya adalah hasil dari sumbangan Pejabat Zakat Negeri Pulau Pinang dengan kos RM40,000. Memang agak selesa untuk dihuni oleh mereka yang tidak bekeluarga besar. Hampir 40 minit kami di sana, terus pula menuju ke rumah Pak Lang Hashim di Pengkalan Batu. Setelah puas bersembang, kami mengambil keputusan untuk singgah pula di rumah tok di Permatang Buloh. Di rumah itulah selalunya kami jadikan tempat persinggahan sementara sekiranya menjejakkan kaki ke Pulau Pinang untuk melepaskan penat dan beristirehat. Tak lama kami di sana....selepas Asar, kami pun bertolak balik ke Perlis. Perancangan awal untuk bertolak balik pada sebelah malam. Tetapi disebabkan kerosakan pada lampu signal kereta kiri dan kanan, jadi atas sebab-sebab keselamatan terpaksa bertolak balik awal.

Perjalanan pulang juga kami melalui jalan lama tetapi kali ini mengikut jalan Bidong. Malang tidak berbau....setibanya kami di Bidong iaitu di depan kuil India di Bidong, kereta terpaksa di berhentikan. Temperiture naik! Air dalam tangki kereta kering... Mujurlah di jalan sebelah sana terdapat kedai membaiki motorsikal. Boleh juga tumpang mengambil air untuk mengisi balik tangki yang kering...Malangnya, setelah puas berusaha, kerata masih tidak dapat dihidupkan. Hari dah hampir gelap.... Ayah mengambil keputusan untuk menelefon Pak Tam mana tahu sekiranya beliau dapat membantu. Alhamdulillah, beliau sedia untuk datang walaupun tempat tersebut agak jauh dari rumah beliau. Tepat jam 7:30 malam, beliau pun sampai setelah hampir 2 jam kami tersadai di tepi jalan. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi masih belum menampakkan hasil. Jarum jam sudahpun menunjukkan pukul 8:40 malam....macam mana ni; pikir ku. Jika masih belum berhasil, kereta terpaksa ditinggalkan disitu. Memang sudah tidak ada pilihan lain.... Entah bagaimana, dalam keadaan tegang begitu datang seorang anak muda bermotosikal bertanya khabar. Bayangkan, tidak sampai lima minit...dengan sentuhannya, kereta terus dapat dihidupkan. Ish....budak ni mesti kerja sebagai juru pomen kereta, pikir ku. Telahan ku memang tepat. setelah ditanya, dia memang seorang pomen. Patut pun terer sangat..... Ucapan terima kasih terus dihulurkan. Alhamdulillah, dapat juga kami bertolak balik ke Perlis walaupun dalam keadaan lampu isyarat yang tidak berfungsi. Sampai di rumah tepat jam 10:40 malam...memang meletihkan walaupun bukan aku yang memandu.

Hari ni (1 Jun 2008), aku berkunjung ke rumah zainureen sahabat Rafis bersama keluarga. Tentunya atas undangan ke majlis perkahwinan.... Kami agak lewat ke sana, lebih kurang jam 2:30 petang. Perjalanan melalui kawasan berbukit begitu mendamaikan. Hmmm...jauh juga ye rumah sahabat Rafis ni. Rumah beliau terletak di dalam kawasan kebun getah...redup dan nyaman. Hidangan kali ini....nasi ayam. Walaupun ringkas tetap menyelerakan dengan majlis yang cukup sederhana. Tidak seperti sesetangah manusia, majlis kahwin yang diadakan kekadang ku rasakan seolah-olah berada di pesta fun fair. Dengan alunan muzik yang bising dan bingit ditambah lagi dengan suara DJ atau pengacara majlis. Tentunya dengan majlis yang sebegitu, bukan keberkatan ALLAH yang datang malah kemurkaan ALLAH yang bakal di tatang. Na'uzubillah.... Sambil tangan menyuapkan nasi ke mulut, sempat juga aku meninjau ke setiap kawasan rumah beliau. Melihatkan keadaan rumah kampung yang sebegitu sederhana....hati ku begitu terusik. Teringat kembali zaman kanak-kanak ketika di kampung. Aku betul-betul menginsafi diri....hampir-hampir menitiskan air mata. Dengan kehidupan yang sebegitu pun, zainureen tetap berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir. Allahu akbar....