Tak tahu bagaimana untuk ku mulakan bicara. Sudah hampir seminggu aku tidak mengemaskinikan web blog kepunyaan ku. Ya...sudah seminggu lamanya. Kini, cuti semester untuk politeknik telah pun bermula. Cuma aku...staf sokongan yang masih bekerja.Sunyi rasanya suasana di tempat kerja tanpa kelibat rakan sekerja (para pensyarah) mahupun para pelajar yang seringkali menghidupkan suasana. Seminggu yang lepas, ku lalui hidup sebagaimana biasa. Harapan untuk menjadi lebih baik untuk hari esok masih belum menampakkan hasil. Tapi, aku tetap akan terus berusaha. Impian dan harapan untuk menjadi suami dan hamba Allah yang terbaik masih teguh dan masih ku genggam erat. Iya lah...matlamat utama kehidupan di dunia adalah untuk mengejar kebahagiaan di akhirat. Untuk itu...tiada jalan lain melainkan menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hamba. Cuma....dapat ku rasakan bahawa sesungguhnya aku masih lagi jauh untuk mencapai matlamat tersebut. Aku masih gagal mengawal hati dan akal agar benar-benar menurut seperti mana yang diperintahkan Allah SWT.
Tiga hari yang lepas, pak teh sekeluarga datang ke rumah bersama-sama dengan tok. Datang mengejut....tanpa diberitahu terlebih dahulu. Diorang tidur di rumah semalam sebelum bertolak balik pada pagi Ahad berikutnya. Hari ni sudah masuk hari ke lima isteri kesayangan ku bekerja di Pasaraya Hafifah sebagai cashier. Boring katanya asyik terperap di rumah.... Baguslah, sekurang-kurangnya ada juga duit buat dia berbelanja.
Pada 12 Jun yang lalu, genaplah usia ku 31 tahun. Hmmm....dah semakin berusia nampaknya. Satu majlis jamuan hari lahir di adakan di pejabat oleh seluruh staf Jabatan Perdagangan untuk mereka yang menyambut hari lahir pada bulan April, Mei dan Jun termasuklah aku. Jamuan makan tengahari.... Dapatlah sekeping kad ucapan. Alhamdulillah....berpeluang lagi untuk terus hidup. Apa yang aku harapkan agar segala perancangan hidup yang telah aku aturkan pada tahun ini dimakbulkan Tuhan. Kerana terdapat satu perkara yang termasuk dalam perancangan tersebut sekiranya berjaya insyaallah akan memberi impak yang besar untuk mengubah taraf kehidupan aku sekeluarga. " Rabbana taqabbal minna du'a ana innaka antas samii'ul 'aliim. Pada 28 Jun nanti, adik aku yang bongsu akan bertolak ke Terengganu, menyambung pengajian dalam bidang Usuluddin kalau tak salah aku di Universiti Darul Iman yang dahulunya dikenali sebagai KUSZA. Semoga berjaya....
Hmmm....kelmarin ketika di pejabat, sempat aku membaca blog adik ku yang di Mesir. Terkejut...sebab sajak yang ku kirimkan buat beliau menjadi pilihan untuk di adaptasikan pada nukilan terbarunya. Terima kasih....dapat juga perhatian. Lagipun, memang tak dapat dinafikan bahawa rentetan kandungan sajak tersebut cukup bermakna buat sesiapa saja terutamanya diri aku. Kadang kala, meluahkan perasaan melalui sajak begitu memberi kesan sebenarnya pada hati nurani manusia. Setuju?
0 comments:
Post a Comment