Hari ke-7 dan minggu ke-2 dalam bulan Jun. Hari ke-159 dan minggu ke-23 dalam tahun 2008 adalah hari cuti (Sabtu). Begitu pantas masa berlalu. Malah tarikh kelahiran aku pun sudah semakin hampir...12 Jun. Sudah lebih 30 tahun aku diizinkan Allah untuk hidup di atas dunia ciptaan-Nya. Alhamdulillah....masih lagi bernafas sehingga kini.
Semalam, aku agak terlewat bangun pagi untuk ke tempat kerja. Punya lah kelam-kabut wa cakap lu. Ditolak masa mengisi minyak, jam 7:20 pagi baru bergerak ke tempat kerja. Merempit habis masa tu di atas highway....motor aku yang semakin uzur itu menggagahi juga kehendak tuannya untuk cepat sampai ke tempat kerja. Kesian.... Akhirnya, lagi 10 minit ke jam 8 pagi aku pun tiba dengan selamat di pejabat. Syukur.... Bukannya apa, sejak hampir 3 tahun aku bekerja di PTSS tidak pernah sekalipun aku lewat masuk kerja. Jadi, rekod perlu di jaga. Dua hari sebelum itu, isteri aku entah macam mana digigit oleh kucing yang dipegangnya. Hampir pengsan dia. Teruk juga kesan gigitan kucing....kesan cakar pun ada. Orang cakap, air liur kucing ni berbisa....mungkin juga. Untuk mengelakkan benda yang tak elok berlaku, pada sebelah malamnya aku membawa isteriku untuk mendapatkan rawatan di hospital. Hampir 1 jam kami di sana. Beliau diberi suntikan untuk mengelakkan penyakit kancing gigi serta ubat tahan sakit. Hmmm....macam-macam.
Dua hari lepas juga, negara dikejutkan dengan pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak sehingga 41% melebihi harga asal oleh Perdana Menteri Malaysia. Kecoh satu negara rakyat keluar menyerbu stesen-stesen minyak untuk mengisi minyak sebelum masa dinaikkan harga. Sebenarnya, kenaikan harga minyak ini ada kaitan dengan golongan kapitalis termasuk PM Malaysia sendiri. Dalam hadis Rasulullah SAW pun ada disebut;
“Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah saw. sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata: “Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita”. Lalu Nabi saw. menjawab, “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat”.
Nampak kita di situ betapa hasil galian pada akhir zaman akan diuruskan oleh orang-orang yang gilakan dunia semata dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain. Dan benar sekali maksud dari hadith tersebut kerana telah ternyata setelah Amerika menakluki Iraq, minyak dan emas naik begitu drastik sekali. Dan ditambah lagi dengan banyak syarikat minyak adalah milik Freemasons.
Di bawah ini aku senaraikan logo syarikat minyak yang ada kaitan dengan Freemasons. Dan ini bukan andaian aku semata, tetapi merupakan hasil kajian dari golongan yang mengkaji tentang Freemasons sendiri. Dan ketahuilah, syarikat-syarikat milik Freemasons itu memakai golongan pekerja yang bukan orang-orang mereka, tetapi pekerja-pekerja termasuklah orang-orang Melayu kita. Dengan kata lain, kita diperkudakan oleh mereka yang hanya mengaut keuntungan dari kesusahan pekerja-pekerja menggali minyak dan mengedarkannya. Dan perhatikan logo-logo tersebut ada kaitan dengan matahari dan bintang yang mengandungi unsur segitiga.
Logo di atas ini bukan hanya menunjukkan kulit kerang semata-mata, tetapi ia juga bermaksud matahari terbit. Shell adalah milik Britain, beribu pejabat di Hague, Netherlands. Dengan pejabat berdaftar di London dan United Kingdom.
Syarikat BP juga telah menukar logo lamanya kepada logo yang seperti matahari. BP diambil dari perkataan asal British Petroleum. Beribu pejabat di London, England dan UK.
.
Caltex pula diambil dari nama asalnya California Texas Oil Company. Ia adalah joint-venture syarikat di Texas iaitu The Texas Company yang kemudian dikenali sebagai Texaco dengan Standard Oil of California yang kemudian dikenali sebagai Chevron.
Logo-logo di atas hanya logo syarikat minyak yang juga ada di Malaysia, tidak lagi dicampur dengan logo syarikat minyak yang di luar negara. Sungguh pandai mereka menguasai pasaran minyak untuk menguasai dunia suatu hari nanti. Dan yang pasti, mereka tidak hanya perlu menggunakan kekuatan tentera untuk menguasai dunia, tetapi mereka hanya kuasai ekonomi dan mengucar-kacirkan ekonomi negara lain agar rakyat negara-negara itu bertelingkah sesama sendiri.
Tidak kah anda merasa hairan, bagaimana banyak syarikat minyak yang ada di negara kita adalah milik orang barat? Bagaimana mereka dapat memperolehi lesen berniaga minyak di sini? Siapa yang membenarkan mereka? Mengapa tidak memberikan orang Malaysia sahaja yang menjual minyak di tempat kita sendiri ini? Sedangkan kita tahu minyak dapat memberi pengaruh besar kepada ekonomi dunia dan negara kita sendiri. Ini semua ada kaitan dengan penjajahan British di tanah air kita dulu dan mengapa kita mendapat kemerdekaan dengan begitu mudah, tidak seperti beberapa negara lain yang menumpahkan darah menghalau penjajah, fikir-fikirkanlah. Wallahu a’lam.
0 comments:
Post a Comment