BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

19.6.08

Majlis Tilawah

19 Jun 2008....hari ke-2 Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi Sekolah Pendidikan Khas yang berlangsung di PTSS, tempat kerja aku. Sebentar tadi, sempat aku mendengar alunan bacaan Al-Quran daripada 3 orang peserta terakhir kategori junior iaitu dari Kelantan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Begitu mengasyikkan. Bermacam-macam perasaan bercampur baur tatkala mendengar bacaan mereka. Sebak, terharu, sedih....hampir-hampir berderai air mata. Bayangkanlah bagaimana peserta-peserta yang kebanyakkannya terdiri daripada kanak-kanak OKU (orang kurang upaya) yang cacat penglihatan mampu mengalunkan bacaan Al-Quran dengan begitu bersungguh-sungguh, syahdu dan yang amat memeranjatkan aku ialah bagaimana diaorang mampu membaca cukup dengan hukum tajwidnya, tahu tempat mana nak dengung, tempat mana nak panjang dan sebagainya dengan hanya berpandukan naskah Al-Quran braille tanpa melihat! Yang sedihnya ialah terlalu ramai umat manusia yang lebih bernasib baik daripada mereka, yang sempurna dari segi fizikalnya tanpa cacat cela tapi masih lagi malas untuk untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran walaupun sepotong ayat sehari....apatah lagi untuk belajar Al-Quran. Keadaan ini betul-betul menginsafkan aku......

Bagi diri aku...aku begitu bersyukur dengan usaha daripada kedua orang tua ku menghantar aku untuk belajar mengenali, membaca seterusnya mengalunkan lagu-lagu Al-Quran dengan agak baik walaupun tidak sebaik sesetengah orang. Terima kasih mak, terima kasih ayah.... Semoga pahala setiap huruf yang aku baca daripada Al-Quran selama ini dapat ku hadiahkan buat kedua-dua mereka walaupun nilainya masih tidak mampu menandingi apa yang telah mereka korbankan untuk memberi ilmu terutamanya ilmu fardhu 'ain bukan sahaja untuk aku...malah untuk kami 6 beradik.

0 comments: