Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi. Agak culas sebenarnnya untuk ku mencoretkan rencah hidup pada lima hari yang lepas. Mungkin juga disebabkan tidak adanya perkara menarik yang perlu diketengahkan. Dah masuk 2 minggu politeknik bercuti, tapi ada juga pensyarah yang rajin, tak nak bercuti. Sanggup datang bekerja....walaupun diberi cuti. Ah...lantak diaorang lah. Memandangkan tidak ada apa yang harus aku nukilkan, aku nak coretkan satu cerita yang baru diemelkan pada ku siang tadi. Cerita yang menarik dan agak kelakar....jom layan!
Lesen P
Ini kisah yang diceritakan oleh kawan aku daripada Kedah, namanya Jenan. Dia kata cerita ini benar-benar berlaku. Kisahnya begini ... seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf "P" hendaklah digantung pada motosikal sekiranya seseorang baru dapat lesen motor. Pak cik tu tunggang motosikal. Ada la police buat road block ...so, berlakulah dialog seperti berikut:
Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq (loghat Kedah).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. (Dah mula naik angin).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik (tersengih). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).
Polis : Pi pi pi pi lah ... nyusah aje
Pak Cik : kan mudah camtu ...
0 comments:
Post a Comment