BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

2.6.08

Majlis Perkahwinan

31 Mei 2008 ( Sabtu) iaitu hari kelmarin aku bangun awal pagi untuk bersiap menghadiri majlis perkahwinan sepupu ku di Seberang Prai. Kebiasaannya, jika tiada apa-apa program memang agak lewat aku bangun dari tidur. Hanya pada hari cuti sebegitulah peluang untuk aku bangun lewat sambil memanjakan tubuh setelah 5 hari bekerja. Kami bertolak ke rumah kenduri seawal jam 9 pagi. Memilih jalan lama tanpa memasuki lebuhraya membuatkan perjalanan kali ini terasa agak jauh walaupun bukannya baru sekali dua aku balik ke Penang. Kami sampai ke rumah kenduri dalam lingkungan jam 11:45 pagi....majlis sudah pun bermula. Sudah ramai tetamu yang datang, yang sedang menjamu selera. Hmm...awal juga diaorang ni makan. Fikir ku... Selepas bersalam dengan tuan rumah, terus ku menuju ke tempat hidangan. Layan diri nampak gaya ni.... aku hanya mengambil lauk kegemaran ku, daging masak hitam. Aku tak tahu nak panggil apa...he,he.

Selesai makan, terus masuk ke rumah untuk berjumpa sanak sedara yang datang sambil dari jauh mahupun dekat. Ada juga terserempak dengan sahabat lama masa sekolah rendah dan menengah dulu....malangnya, langsung aku tak ingat nama. Sekadar berbalas senyuman....

Ketika bertolak keluar dari rumah kenduri, sudah pun hampir jam 1:30 t/hari. Tidak terus pulang, kami singgah dulu menziarahi anak perempuan sulong makcik Maznah yang kini tinggal di Kampung Rakit. Rumahnya adalah hasil dari sumbangan Pejabat Zakat Negeri Pulau Pinang dengan kos RM40,000. Memang agak selesa untuk dihuni oleh mereka yang tidak bekeluarga besar. Hampir 40 minit kami di sana, terus pula menuju ke rumah Pak Lang Hashim di Pengkalan Batu. Setelah puas bersembang, kami mengambil keputusan untuk singgah pula di rumah tok di Permatang Buloh. Di rumah itulah selalunya kami jadikan tempat persinggahan sementara sekiranya menjejakkan kaki ke Pulau Pinang untuk melepaskan penat dan beristirehat. Tak lama kami di sana....selepas Asar, kami pun bertolak balik ke Perlis. Perancangan awal untuk bertolak balik pada sebelah malam. Tetapi disebabkan kerosakan pada lampu signal kereta kiri dan kanan, jadi atas sebab-sebab keselamatan terpaksa bertolak balik awal.

Perjalanan pulang juga kami melalui jalan lama tetapi kali ini mengikut jalan Bidong. Malang tidak berbau....setibanya kami di Bidong iaitu di depan kuil India di Bidong, kereta terpaksa di berhentikan. Temperiture naik! Air dalam tangki kereta kering... Mujurlah di jalan sebelah sana terdapat kedai membaiki motorsikal. Boleh juga tumpang mengambil air untuk mengisi balik tangki yang kering...Malangnya, setelah puas berusaha, kerata masih tidak dapat dihidupkan. Hari dah hampir gelap.... Ayah mengambil keputusan untuk menelefon Pak Tam mana tahu sekiranya beliau dapat membantu. Alhamdulillah, beliau sedia untuk datang walaupun tempat tersebut agak jauh dari rumah beliau. Tepat jam 7:30 malam, beliau pun sampai setelah hampir 2 jam kami tersadai di tepi jalan. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi masih belum menampakkan hasil. Jarum jam sudahpun menunjukkan pukul 8:40 malam....macam mana ni; pikir ku. Jika masih belum berhasil, kereta terpaksa ditinggalkan disitu. Memang sudah tidak ada pilihan lain.... Entah bagaimana, dalam keadaan tegang begitu datang seorang anak muda bermotosikal bertanya khabar. Bayangkan, tidak sampai lima minit...dengan sentuhannya, kereta terus dapat dihidupkan. Ish....budak ni mesti kerja sebagai juru pomen kereta, pikir ku. Telahan ku memang tepat. setelah ditanya, dia memang seorang pomen. Patut pun terer sangat..... Ucapan terima kasih terus dihulurkan. Alhamdulillah, dapat juga kami bertolak balik ke Perlis walaupun dalam keadaan lampu isyarat yang tidak berfungsi. Sampai di rumah tepat jam 10:40 malam...memang meletihkan walaupun bukan aku yang memandu.

Hari ni (1 Jun 2008), aku berkunjung ke rumah zainureen sahabat Rafis bersama keluarga. Tentunya atas undangan ke majlis perkahwinan.... Kami agak lewat ke sana, lebih kurang jam 2:30 petang. Perjalanan melalui kawasan berbukit begitu mendamaikan. Hmmm...jauh juga ye rumah sahabat Rafis ni. Rumah beliau terletak di dalam kawasan kebun getah...redup dan nyaman. Hidangan kali ini....nasi ayam. Walaupun ringkas tetap menyelerakan dengan majlis yang cukup sederhana. Tidak seperti sesetangah manusia, majlis kahwin yang diadakan kekadang ku rasakan seolah-olah berada di pesta fun fair. Dengan alunan muzik yang bising dan bingit ditambah lagi dengan suara DJ atau pengacara majlis. Tentunya dengan majlis yang sebegitu, bukan keberkatan ALLAH yang datang malah kemurkaan ALLAH yang bakal di tatang. Na'uzubillah.... Sambil tangan menyuapkan nasi ke mulut, sempat juga aku meninjau ke setiap kawasan rumah beliau. Melihatkan keadaan rumah kampung yang sebegitu sederhana....hati ku begitu terusik. Teringat kembali zaman kanak-kanak ketika di kampung. Aku betul-betul menginsafi diri....hampir-hampir menitiskan air mata. Dengan kehidupan yang sebegitu pun, zainureen tetap berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir. Allahu akbar....

0 comments: