BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

29.7.08

Pagi yang sejuk...

Pagi yang sejuk....di sepanjang perjalanan ke tempat kerja pagi tadi begitu menyejukkan. Manakan tidak, suasana pagi tadi diselubungi kabus tebal dengan jarak penglihatan hanya kuranglebih 10 meter. Punya tebalnya kabus sampai basah janggut aku...he,he.

Kat tempat kerja hari ni macam biasa ja. Tak banyak kerja yang perlu aku buat....so, aku ambik keputusan untuk balik awal sikit untuk makan tengahari. Lebih kurang jam 12.30 t/hari aku dah sampai ke rumah...balik makan dengan isteri sebab dia pun rehat jam 1 t/hari. Cuma, petang tadi ja aku tolong En. Rashdan pasang softboard kat dinding belakang bilik Pn. Aniza kat sebelah luar. 2 buah softboard...letih la jugak. Siap semua tu, Kak Miza pulak minta tolong aku pasang noticeboard kat bilik dia. Jadi, pasanglah aku pun....mujur satu ja. Kecik pulak tu.

Hari ni aku balik kerja agak lewat. Dok tunjuk slide dan video presentation yang aku kumpul kat Kak Miza. Dah lama aku bercadang nak bagi kat dia untuk digunakan dalam kursus motivasi dan kursus pemantapan rohani anjuran jabatan. Ada la juga bahan-bahan tambahan untuk digunakan semasa kursus. Kalau dok simpan kat aku pun, tak dak faedahnya. Lain lah kalau aku ni penceramah motivasi. Baik bagi diaorang guna.... Ada juga slide dan video tu yang aku buat sendiri. Saja nak tambah ilmu baru....

Sampai rumah pukul 6.15 petang tadi...lepas solat 'Asar, terus aku keluar ke cybercafe. Sambung taip blog ni ler...huhuh. Nak buat kat rumah, line internet tak bersambung lagi. Dok tunggu aku bayar bagi habis dulu... Sambil taip blog ni, aku dok baca juga berita-berita terkini kat dalam negara. Nak baca Utusan Meloya, aku dah boikot bersama dengan Pakatan Rakyat. Berita tak pernahnya betul kalau hal-hal politik pembangkang...

Tadi mak bagitau syidah dah dapat tukar buat praktikal kat Kangar. Lega la sikit....kalau tak,duit dok habis atas jalan ja dok isi minyak kereta pi hantar dia kat Changlun. Kesian kat ayah.... Lepas ni boleh la jimat duit sikit.

Tengah dengar lagu Raihan ni...
Tengah dengar lagu Raihan ni...

23.7.08

Line internet masih belum ok...

Nukilan ku kali ni masih lagi berbumbungkan cybercafe kat taman kemajuan. Line internet kat rumah masih belum bersambung. Nak tunggu aku 'clearkan' semua bayaran tertunggak dululah tu. Dah la kalau nak minta penyambungan semula nak kena bayar pulak RM10. Tak sabar rasanya nak selesaikan bayaran bil internet yang tertunggak tu. Mujurlah esok dah dapat gaji...cuma, belum tentu cukup atau tidak nak bayar bil tersebut. Masih banyak lagi perkara dan hutang yang perlu aku selesaikan termasuk ansuran motor dan tv yang tinggal hanya 2 bulan saja lagi.

Kat pejabat tadi, aku sempat menatap blog Rafis. Ada di postkan gambar terbaru beliau ketika berkunjung ke Alexandria. Aku terus 'copy' dan printkan untuk tatapan keluarga kat rumah. Kalau tak disebabkan line internet dipotong sementara waktu, tak payah la aku susah-susah print. Cuma buka dan tunjuk jer.... Sekarang ni beliau sedang menunggu keputusan exam yang lepas. Kami sekeluarga amat berharap dan sentiasa berdoa agar beliau memperolehi kejayaan yang cemerlang tanpa perlu lagi mengulang pada tahun hadapan...insyaallah.


alahai....tak sabar nak settle bil internet. Seksa rasanya...
alahai....tak sabar nak settle bil internet. Seksa rasanya...

21.7.08

Gambar sekitar debat isu minyak..

21 Julai 2008....Isnin, 6.35 petang. Dikarang dari cybercafe Taman Kemajuan... Nak buat macam mana, dah 8 hari line internet kat rumah aku down. Mungkin kena stopped kot sebab masih banyak bayaran bil yang tertunggak. Nak kena settle bila dapat gaji nanti.... Leceh la. Nak buat keja pun tak boleh....nak guna PC kat ofis, berpeluang jika tiada pensyarah yang guna. Kalau ada, jangan harap la....

Kali ni aku nak siarkan beberapa koleksi gambar sekitar program debat DSAI vs. DSC pada 15 Julai 2008 yang lalu. Simpan buat kenangan....


16.7.08

Sejarah...

Rabu...16 Julai 2008. Dari makmal steno... sedang menunggu cleaner mengemas dan membersihkan makmal, aku mengambil kesempatan yang ada untuk menukilkan sedikit apa yang telah berlaku dalam sehari dua yang lepas. Kelmarin, satu majlis jamuan perpisahan telah diadakan pada jam 12.30 t/hari di pejabat aku sempena meraikan pertukaran Ketua Jabatan dan dua orang pensyarah ke POLIMAS, Jitra. Aku ditugaskan sebagai pembaca doa... Selepas selesai jer makan, aku terus balik ke rumah kerana ada amanah yang perlu aku tunaikan. Jam 4 petang baru aku masuk semula ke pejabat... Duit zakat Rafis ayah dah ambik pada hari Isnin yang lalu dan dah dibank in pun.

Semalam, sejarah telah tercipta. Debat berkaitan harga minyak antara Dato' Seri Anwar dengan Menteri Penerangan. Hanya sejam masa diperuntukan. Dari awal aku dah agak akan berlakunya ketidakadilan dalam pelaksanaan debat terutamanya daripada moderator yang bertanggungjawab. Kesimpulannya, DSAI memang hebat. Menteri Penerangan nampak macam budak sekolah...lain yang ditanya lain yang dijawab. Keluar tajuk....

Hari ni, lebih kurang sejam yang lalu Dato' Seri Anwar telah ditahan oleh polis dari IPK KL di hadapan rumah beliau setelah kembalinya dari Pejabat BPR. Beliau di tahan dengan begitu kasar...macam penjenayah besar. Dari awal lagi memang dah dijangkakan akan penahanan beliau...aku turut bersedih. Risau pun ada...risau berlakunya perkara yang sama seperti tahun 1998 dahulu. Kebanyakkan polis sekarang sudah menjadi 'anjing' kepada pemerintah...tinggalkan tanggungjawab sebenar. Aku doakan semoga DSAI dipelihara Allah SWT semasa dalam tahanan. Moga matlamat dan impian Pakatan Rakyat untuk mengambialih kerajaan Malaysia akan segera dimakbulkan Allah SWT.

10.7.08

Motor rosak lagi...

Malang memang tidak berbau....ungkapan yang dah lama aku tak guna. Dulu, masa sekolah rendah selalu jugak aku guna ketika mengarang karangan. Sekarang, betul-betul terjadi kat diri aku. Motor aku buat hal lagi... Niat cuma nak tukar bulb lampu depan jer, entah macam mana bila dah tukar yang baru pun masih tak mau nak menyala jugak. Check punya check...rupanya menatang koil lampu tu yang rosak. Aku ingat murah ja....rupanya RM88 beb!!!! Bukan tu saja, malah socket lampu pun rosak jugak. Campur kesemua yang kena tukar tu termasuk bulb lampu campur pi campur mai aku kena bayar RM122. Ingatkan RM88 ja.... Hmmm....melayang lagi duit yang aku nak simpan untuk belanja bulan ni. Duit tu hasil dari claim rebet roadtax kat pejabat pos yang kerajaan Pak Lah bagi tu. RM150...RM50 aku bagi kat mak, lebihnya aku ambik kononnya nak simpan buat belanja lah. Sekali motor mangkuk ayun tu pulak buat hal....so, nak tak nak, kena guna jugaklah duit tu. Cemuih betoi.... hajat nak simpan untuk bayar bil telefon pun masih tak tercapai.

Apa nak jadi dengan nasib aku....tak habis-habis masalah menimpa. Entah lah...malas nak pikir.

Malas lah nak pikir banyak-banyak...tidur lagi bagus!
Malas lah nak pikir banyak-banyak...tidur lagi bagus!

Gambar Kawin Aku (25 November 2007)

dan banyak lagi; http://www.box.net/shared/vdru6jejow

p/s: Terlewat sikit posting sebab blog ni pun aku baru mulakan pada 2 bulan yang lepas jer.

9.7.08

Coretan Ringkas...

Perjalanan aku ke tempat kerja awal pagi ini diiringi rintikan hujan di sepanjang jalan. Sejuknya bukan main ditambah dengan suasana awal pagi yang sememangnya sejuk. Walaupun agak lewat bertolak ke tempat kerja, alhamdulillah aku masih sempat sampai tepat pada waktunya. Fikiran ku masih memikirkan beberapa masalah yang sedang aku hadapi termasuk yang terbaru ini. Hari ni, kawan aku akan berkunjung ke JPJ untuk membuat rayuan dengan membawa cukai jalan yang telah siap tengahari kelmarin. Harap, rayuan tersebut diterima. Beliau ke JPJ tengahari tadi dan sehingga kini aku masih belum mengetahui keputusannya kerana belum berpeluang untuk bertemu. Mungkin dia ada program dengan pelajar-pelajar baru. Harap, berita positif.

Petang semalam, dalam perjalanan untuk ke tempat kerja setelah pulang ke rumah untuk makan tengahari tayar belakang motor aku pulak pancit. Betul-betul dugaan.... dalam keadaan kewangan yang tak mengizinkan aku berbelanja lebih, ada saja hal yang memaksa aku untuk menggunakan wang yang pada mulanya aku simpan dengan niat untuk membayar hutang. Hidup ini memang bermasalah....tak habis-habis dengan masalah. Apakah ada hikmah di sebalik seribu satu masalah yang aku hadapi kini? Aku sendiri tiada jawapan kerna masih belum ku temui apakah hikmah yang menanti. Yang pasti, selepas satu masalah, akan timbul pula satu masalah baru dalam hidup aku. Di mana hikmahnya?! "Ku serahkan segala pada-Mu Tuhan, Yang Menjadikan jua Mencipta..... Ampunkan segala dosa-dosaku samada yang terang atau yang tersembunyi moga aku tidak malu untuk berhadapan dengan Mu di akhirat nanti."

Pukul 4 petang tadi, terserempak dengan kawan aku kat ofis. Katanya, rayuan ditolak oleh JPJ. Memang berita buruk yang aku dapat. Dah agak dah..... Jadi, tawakkal je lah. Moga ada jalan penyelesaiain lain. Leceh sebab masalah ni melibatkan seorang kawan, kalau aku seorang yang tanggung, tak kisah sangat macam mana pun.

Hmmm...bila gaknya masalah nak selesai. Kan bagus kalau aku jadi kucing. He,he....
Hmmm...bila agaknya masalah nak selesai. Kan bagus kalau aku jadi kucing. He,he....

8.7.08

Lelaki Tua & Burung

Siang tadi, dalam sibuk membaca emel ada satu emel yang dikirimkan kepada ku yang rasanya agak kelakar bagi sesiapa saja yang membacanya. Kisah lelaki tua dengan burungnya...menarik untuk dikongsi bersama sebagai penyedap diri yang bermasalah terutamanya aku!

Ada seorang lelaki tua yang memiliki hobi memelihara burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya hilang. Merasa aksi pencuri sudah keterlaluan, si lelaki tua itu membawa masalah tersebut dalam pertemuan mingguan di kampungnya.

Lelaki tua: "Siapa di sini yang punya burung?" Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.

Menyedari kesalahannya dalam bertanya, lelaki itu menambah: "Bukan itu maksud saya. Maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung?" Seluruh penduduk wanita pun berdiri.

Menyedari pertanyaannya masih tidak tepat, dengan muka merah padam dia menyambung, "Maaf, bukan itu maksud saya."

Sekali lagi dia bertanya.

"Maksud saya, siapa di antara kalian yang pernah lihat burung yang bukan milik sendiri?" Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka lelaki tua itu makin merah. Ia makin gugup.

"Maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya. Maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?" Lalu… Isteri lelaki itu pun pun berdiri… dan dua orang wanita lain…

Maka kali ini muka sang isteri merah padam.

Lelaki itu pun terpaksa melarikan diri…

Menyesal dia bertanya…..hua. ..ha..haaa haaa.

Akulah yang curi burung lelaki tua tu...huhuh!
Akulah yang curi burung lelaki tua tu...huhuh!

Masalah makin bertambah

7 Julai 2008....hari malang bagi aku. Setelah bertimbun masalah yang aku hadapi masih belum selesai sepenuhnya, tiba pulak masalah baru. Motor aku kena saman pagi kelmarin ketika dipinjam oleh rakan sekerja untuk ke maybank. Sebab roadtax masih belum dibayar. Sebenarnya aku dah plan untuk membayar rodtax tersebut tatkala aku balik untuk makan tengahari. Tapi, dah memang malang nasib aku tak sempat nak bayar dah kena saman terlebih dahulu. Aaarggh....kenapa banyak sangat masalah dalam hidup aku. Aku dah bosan dengan semua masalah ni...semakin bertambah pulak tu. Sudah la yang sedia ada pun aku dah tak terdaya nak hadapi.

Tengahari ni roadtax motor tu siap. Aku akan serah pada kawan aku untuk dibawa ke JPJ membuat rayuan mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kesian dia...dah lah baru jer kerja dah kena naik mahkamah disebabkan aku tak bayar roadtax. Silap-silap, dengan aku sekali kena tarik ke mahkamah sebab motor aku. Masalah, masalah...... Bila agaknya hidup aku akan aman dan tenteram tanpa MASALAH???? Aku dah bosan....

Aku dah bosaaaannn!!!!!
Aku dah bosaaaannn!!!!!

5.7.08

Rafis telefon...

Seawal pagi tadi aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit ku. Lantas ku menjawab panggilan tersebut. Ah...Rafis rupanya. Lama benar dia tidak menghubungi kami di sini. Ketika berbual dia menyatakan bahawa telah mendapat zakat daripada Baitulmal Perlis dan meminta ku mengkhabarkan kepada ayah untuk mengambil duit zakat tersebut untuknya. Tidak lama berbual, ku cadangkan padanya untuk berbual dengan ibu tercinta. Bagi ku, si ibu mesti teringin bangat untuk berbual dengan anak keempatnya yang sudah terlalu lama tidak bersua muka.

Perbualan mereka terhenti seketika dan disambung perbualan melalui internet. Sebelum itu, kata Rafis hanya ada masa dua minit saja untuk berbual. Hmm...tapi bila dah berbual melalui internet membawa kepada hampir sejam kalau tak salah ku. He,he... sudah ku agak akan terjadi begitu. Ku biarkan saja mereka....

Tengahari tadi, sempat ku membaca blog Rafis yang telah pun dikemaskini. Ku jangkakan beliau terus menulis tatkala habis saja berbual dengan ibu di rumah. Sudah ku agak, beliau hampir-hampir menangis ketika berbual berpandukan kepada nada suaranya di akhir perbualan. Perkara biasa bagi si anak dan si ibu yang berjauhan dengan jarak yang amat jauh dan jangkamasa yang agak lama. Malah ibu sendiri turut mengalirkan airmata walaupun cuba untuk disembunyikan.

Ku mengharapkan agar beliau membuat keputusan untuk pulang setelah memperolehi keputusan peperiksaan nanti. Dapat juga meringankan beban kami di sini...kerana keperluan yang mendesak perlu diutamakan.