BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

9.7.08

Coretan Ringkas...

Perjalanan aku ke tempat kerja awal pagi ini diiringi rintikan hujan di sepanjang jalan. Sejuknya bukan main ditambah dengan suasana awal pagi yang sememangnya sejuk. Walaupun agak lewat bertolak ke tempat kerja, alhamdulillah aku masih sempat sampai tepat pada waktunya. Fikiran ku masih memikirkan beberapa masalah yang sedang aku hadapi termasuk yang terbaru ini. Hari ni, kawan aku akan berkunjung ke JPJ untuk membuat rayuan dengan membawa cukai jalan yang telah siap tengahari kelmarin. Harap, rayuan tersebut diterima. Beliau ke JPJ tengahari tadi dan sehingga kini aku masih belum mengetahui keputusannya kerana belum berpeluang untuk bertemu. Mungkin dia ada program dengan pelajar-pelajar baru. Harap, berita positif.

Petang semalam, dalam perjalanan untuk ke tempat kerja setelah pulang ke rumah untuk makan tengahari tayar belakang motor aku pulak pancit. Betul-betul dugaan.... dalam keadaan kewangan yang tak mengizinkan aku berbelanja lebih, ada saja hal yang memaksa aku untuk menggunakan wang yang pada mulanya aku simpan dengan niat untuk membayar hutang. Hidup ini memang bermasalah....tak habis-habis dengan masalah. Apakah ada hikmah di sebalik seribu satu masalah yang aku hadapi kini? Aku sendiri tiada jawapan kerna masih belum ku temui apakah hikmah yang menanti. Yang pasti, selepas satu masalah, akan timbul pula satu masalah baru dalam hidup aku. Di mana hikmahnya?! "Ku serahkan segala pada-Mu Tuhan, Yang Menjadikan jua Mencipta..... Ampunkan segala dosa-dosaku samada yang terang atau yang tersembunyi moga aku tidak malu untuk berhadapan dengan Mu di akhirat nanti."

Pukul 4 petang tadi, terserempak dengan kawan aku kat ofis. Katanya, rayuan ditolak oleh JPJ. Memang berita buruk yang aku dapat. Dah agak dah..... Jadi, tawakkal je lah. Moga ada jalan penyelesaiain lain. Leceh sebab masalah ni melibatkan seorang kawan, kalau aku seorang yang tanggung, tak kisah sangat macam mana pun.

Hmmm...bila gaknya masalah nak selesai. Kan bagus kalau aku jadi kucing. He,he....
Hmmm...bila agaknya masalah nak selesai. Kan bagus kalau aku jadi kucing. He,he....

0 comments: