Seawal pagi tadi aku dikejutkan dengan deringan telefon bimbit ku. Lantas ku menjawab panggilan tersebut. Ah...Rafis rupanya. Lama benar dia tidak menghubungi kami di sini. Ketika berbual dia menyatakan bahawa telah mendapat zakat daripada Baitulmal Perlis dan meminta ku mengkhabarkan kepada ayah untuk mengambil duit zakat tersebut untuknya. Tidak lama berbual, ku cadangkan padanya untuk berbual dengan ibu tercinta. Bagi ku, si ibu mesti teringin bangat untuk berbual dengan anak keempatnya yang sudah terlalu lama tidak bersua muka.
Perbualan mereka terhenti seketika dan disambung perbualan melalui internet. Sebelum itu, kata Rafis hanya ada masa dua minit saja untuk berbual. Hmm...tapi bila dah berbual melalui internet membawa kepada hampir sejam kalau tak salah ku. He,he... sudah ku agak akan terjadi begitu. Ku biarkan saja mereka....
Tengahari tadi, sempat ku membaca blog Rafis yang telah pun dikemaskini. Ku jangkakan beliau terus menulis tatkala habis saja berbual dengan ibu di rumah. Sudah ku agak, beliau hampir-hampir menangis ketika berbual berpandukan kepada nada suaranya di akhir perbualan. Perkara biasa bagi si anak dan si ibu yang berjauhan dengan jarak yang amat jauh dan jangkamasa yang agak lama. Malah ibu sendiri turut mengalirkan airmata walaupun cuba untuk disembunyikan.
Ku mengharapkan agar beliau membuat keputusan untuk pulang setelah memperolehi keputusan peperiksaan nanti. Dapat juga meringankan beban kami di sini...kerana keperluan yang mendesak perlu diutamakan.
0 comments:
Post a Comment