BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

31.1.09

Juanda Ingin Teruskan 'Kelantangan' Asri

Ikuti temu bual wartawan Adha Ghazali bersama Dr Juanda untuk menyelami hala tuju serta harapan beliau sebagai Mufti Perlis yang baru, terutama misi Jabatan Mufti Perlis bakal diterajuinya.

Soalan : ANDA diberi kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai Mufti Perlis. Apa pandangan Dr mengenai peranan Jabatan Mufti Perlis terutama dengan peranan tinggi dimainkan Dr Asri sebelum ini?
Jawapan : Dr Asri meletakkan Jabatan Mufti Perlis pada tahap yang tinggi iaitu berstatus nasional dan ini sesuatu yang membanggakan. Bagi saya, peluang mengetuai Jabatan Mufti Perlis adalah tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul, terutama untuk meneruskan kesinambungan usaha Dr Asri. Jika dilihat, isu lantang bersuara tidak perlu timbul, kerana Dr Asri hanya memainkan peranan seperti diamanahkan dan itu jugalah yang akan saya lakukan.

Ulasan :
1) Benarkah Dr asri letakkan Jabatan Mufti Perlis pada tahap tinggi berstatus nasional. Sepatutnya Dr Juanda sedara bahawa kedudukan sesebuah Jabatan Kerajaan Negeri sememangnya berstatus nasional. Ia bukan boleh diletakkan oleh sesiapa. Sebaliknya kedudukan sesebuah Jabatan itu memang bertugas di peringkat nasional. Bukan soal siapa yg meletakknya. Jika JMPs berstatus nasional..Jabatan2 Mufti lain berstatus apa? Amatur ke?
Nampaknya, Beliau menisbahkan Jabatan Mufti Perlis (JMPs) berada di tahap yg tinggi bagi menggambarkan sanjungan beliau terhadap jasa DR MAZA selama ini.
2) Benarkah Jabatan Mufti Perlis berada di tahap yang tinggi. Cuba dapatkan 'greding' dari JPA @ SPA. Berapa bintang yang kita boleh bagi kepada Jabatan ini terutama semasa dibawah kendalian Dr MAZA. Barulah kita tahu samada JMPs bertaraf tinggi @ tidak. Kalau setakat mencetuskan kontroversi dalam memahami agama cara baru..saya rasa, situasi itu bukanlah sesuatu yang dikira 'bertaraf tinggi'.

Soalan : Pendekatan 'lantang' Dr Asri sebagai Mufti Perlis sebelum ini meletakkan Jabatan Mufti Perlis pada satu tahap yang tinggi. Mungkinkah ini memberi cabaran kepada Dr?
Jawapan : Pendekatan saya dan Dr Asri mungkin berbeza, tetapi peranan dan hala tuju kami tetap sama, iaitu terus menghidupkan peranan Jabatan Mufti Perlis. Bagi saya, kelantangan ditonjolkan Dr Asri adalah pendekatan dan kaedah beliau. Namun, peranan dimainkan tetap sama iaitu memberikan rujukan berguna kepada masyarakat dalam hal ehwal berkaitan agama Islam. Mungkin pendekatan yang akan saya gunakan tidak sama.

Ulasan ;
1) Sememangnya cara pendekatan Mufti Lama & Mufti Baru berbeza. Tetapi manhaj mereka sama sahaja. Iaitu memperjuangkan Sunnah ala Salafi-Wahhabiy. Jika satu aliran sahaja yang diperjuangkan di negeri depa..tak mengapa. Tetapi masalahnya perjuangan satu aliran ini menidakkan aliran Sunni majoriti negeri-negeri lain. Bahkan dalam masa yang sama mereka meniupkan tasykik bahawa pegangan Asyairah sesat & menyeleweng, amalan sunat dikatakan bid'ah, menafikan disiplin ilmu tasawwuf. Seorang sahabat saya dari sarawak memberitahu saya bahawa Dr Juanda memberitahunya bahawa Kitab Risalah al-Qusyairiyyah adalah sebuah kitab yang sesat. Subhanallah.
2) Kalau betul pendekatan Dr Juanda berbeza dgn Dr Asri..kita alu-alukan. Namun harus diingat bahawa..apa jua kedudukan anda..anda perlu mengormati hak-hak Mufti dari negeri-negeri lain. Yang mana Mufti sebelum ini seringkali menyindir Mufti2 lebih senior sbg tukang baca doa, konservatif, jumud, tidak proaktif DSB.

Soalan : Perlis sinonim dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Apa pandangan Dr dan mungkinkah ini menjadi kriteria utama pemilihan Dr sebagai Mufti Perlis?
Jawapan : Bagi saya, soal sesuai atau tidak, seharusnya tidak perlu timbul. Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah memang terbukti paling afdal (ideal) dan perlu ditegakkan. Malah, fahaman ini juga dianggap bersifat paling terbuka dan tepat, apatah lagi dengan kedudukan al-Quran dan Sunnah nabi sebagai rujukan paling utama. Jadi, tidak wajar jika ada pihak yang mendakwa atau cuba mengaitkan fahaman ini dengan unsur perpecahan. Apa pun, setiap persoalan yang timbul memerlukan penjelasan secara terperinci dan bijaksana dengan berlandaskan 'nas' dan dalil (bukti) yang kukuh daripada al-Quran dan Sunnah. Jadi, di sinilah Jabatan Mufti memainkan peranannya.

Ulasan :
1) Dewasa ini dan selamanya.. ramai yang gemar dengar benchmark "Ahli Sunnah wal Jamaah" termasuklah Perlis Darul Sunnah. Apalah ertinya kalau sekadar f okus perjuangan sunnah hanya kpd perkara2 furuk sahaja. Perjuangan Sunnah yg utama ditinggalkan @ tidak diendahkan. Contohnya : Dlm perlembagaan Perlis diMana hukum hudud, Qisas? Bgamana dgn pengurusan akaun Kerajaan Negeri? Apa pula klasifikasi kafir yang ada? Berapa lesen judi, arak, kelab malam yg diluluskan? Berapa Nisbah masjid berbanding rumah ibadat bukan Islam DLL. Pendek kata Usul al-amr bil ma'ruf Wa nahyi Ani al-Munkar..perlu diberi fokus perjuangan. Berbanding perjuangan membid'ahkan umat Islam dgn isu khilafiyyah.
2)Kenapa manhaj Sunnah wal Jamaah perlis menimbulkan banyak kekeliruan dan perpecahan? Jawabnya..kerana mereka mengutamakan metodologi memahami agama menurut fahaman Wahhabiyyah berbanding majoriti Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipelopori Asyairah & Maturidiyyah. Sebelum ini, peratusan pertembungan pemikiran seperti ini adalah kecil. Dan sekarang ini menjadi huru-hara disebabkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkannya. Guna metod salafi-wahhabiy..tetapi masih lagi tidak mengaku sebagai wahhabiy. Itulah Wahhabiy.

Soalan : Bidang Undang-Undang Keluarga Islam adalah pengkhususan dan kepakaran utama Dr dan ia dianggap sesuai serta sinonim dengan Perlis yang sering dikaitkan dengan isu kekeluargaan terutama poligami. Apa komen Dr?
Jawapan : Persoalan dan masalah agama sebenarnya sama di semua tempat. Dalam soal penyelesaian dan penjelasan bab agama, isu label melabel sesuatu mengikut pandangan dan pemikiran individu tidak boleh diambil kira. Apa yang penting, cara isu itu dikendalikan dan diatasi. Jika dilihat undang-undang (Islam) kita sudah cukup kukuh, cuma dari sudut pelaksanaannya kadang-kala sedikit goyah.

Ulasan :
1) Sekarang ni orang sudah tidak mengenal bidang @ disiplin ilmu. Yang penting ijazah kedoktoran. Ada yang ijazah BA B.Arab n tesis Phd hadis pun dilantik mufti.Walaupun jahil dgn Feqah dan usul feqah. walhal, lulusan Phd tu hanya kajian kecil sahaja. Tetapi diangung2kan zaman kita sehingga diagung2kan kita dgn gelaran tertentu. Moralnya, bukan beerti semua yang lulus Phd tu alim dan boleh menjadi rujukan ummat. Kenapa? kenapa penguasaan disiplin ilmunya rendah, kurang bermutu dan tidak matang. Ia tidak bermaksud utk tuan blog meninggi diri. tapi itulah realiti bagi nilai jawatan Mufti kontemporari.

Soalan : Akhir sekali, apa harapan Dr sebagai Mufti Perlis yang baru. Mungkinkah Dr ada misi tersendiri untuk melonjakkan lagi imej Jabatan Mufti Perlis?
Jawapan : Buat masa sekarang, misi dan keutamaan Jabatan Mufti Perlis belum saya terima dan semuanya akan terjawab apabila menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, minggu depan. Apa pun, saya berazam untuk terus menghidupkan peranan mufti dalam memberikan rujukan berguna kepada masyarakat terutama dalam hal ehwal berkaitan agama Islam.

Ulasan :
1) Misi Dan Visi JMPs adalah jelas. Sayangnya disalah kemudikan oleh Dr asri dan kroni-kroninya. Menyebabkan ia menjadi kusut dan kabur. akhirnya, misi dan visi tidak berpijak di bumi realiti. Sebab itu, bilamana Dr Asri ditamatkan kontrak..ramai kawan2 kita yg bertugas di JMps atas perkhidmatan persekutuan angkat kaki cepat2. Alasan mereka..tak tahan dengan bebanan kerja fatwa Perlis yang serabut. Kerana banyak fatwa baru yang diputuskan bertentangan dengan akta dan enakmen yang sedia ada. Contohnya : anak yang lahir bawah 6 bulan dan tidak dinafikan oleh bapaknya boleh dibinkan pada bapaknya. Fatwa ini bukan sahaja VS dgn fatwa kebangsaan. Malah VS juga dengan Enakmen Keluarga Islam 1991 Perlis sendiri dan digunapakai di negeri2 lain. Bahkan bertentangan dengan enakmen Jabatan Pendaftaran Negara.
2) Kesan dari fatwa pelik ini, Saya juga mendengar dari sahabat saya di perlis, bahawa ramai pasangan yang melahirkan anak bawah 5 bulan kahwin ingin mendaftarkan anak mereka di Perlis. Nampaknya, Perlis telah membuka pintu pendaftaran anak-anak tak sah taraf. Dikhuatiri pendaftarannya juga melibatkan anak-anak zina.
3)Hairannya, ketika fatwa baru diputuskan...saya difahamkan bahawa Dr Juanda ada bersama membincangkannya. Masakan graduan Kedoktoran Keluarga Islam tak tahu menahu bahwa fatwa Perlis yg baru itu banyak pertentangannya dgn enakmen yg sedia ada. Atau dia sengaja tak nak ambil tahu atau buat-buat tak tahu. Ternyata, Allah yang terlebih tahu. Tentunya semua ini satu cabaran dan pengalaman baru buat Dr Juanda Jaya. Selamat Maju Jaya.
Sumber : Ahlul Haq

30.1.09

Amboi...mesranya!!!

Amboi...mesranya! Beginilah sikap dan kelakuan pemimpin Arab hasil didikan Syeikh Muhammad Abdul Wahab yang gah memeperjuangkan Sunnah Nabi SAW (kononnya) tetapi begitu takut dengan kaum kuffar Yahudi dan Amerika. Sanggup menjadikan musuh Islam sebagai wali, sebagai sahabat baik dengan tunduk dan patuh apa saja permintaan mereka. Ini lah Salafi Wahabi...dulu, kini dan selamanya bersekongkol dengan kuffar Yahudi dan Amerika LaknatuLlah 'alaihim ajmai'in.Agak-agak, air apa ye yang syeikh Arab tu minum sambil laga gelas dengan George Bush?


Pemimpin Islam Contoh?!

Zionis Saudi Tak Kurang Hebatnya!!!

Hari ini sudah lebih 1 bulan Israel membantai Ghazzah. Dilakukan genjatan senjata dan HAMAS menerimanya kerana memikirkan maslahah umat Islam (orang awam yang tidak bersenjata) sehingga hari ini, Israel mengkhianati lagi dengan melakukan lagi penyerangan tidak bertamadun.

Ketika 27 Dis 08 yang lalu, hari demi hari umat Islam seluruh dunia menunggu kenyataan-kenyataan dan dukungan para ulama’ terhadap Palestin. Alhamdulillah, sekian banyak ulama’ semakin berani bersuara setelah lebih 1000 orang gugur bersimbah darah dan ratusan cedera parah. Al-Qardhawi sejak dahulu serius mendukung Palestin walaupun dihentam oleh pelbagai pihak yang berkepentingan dengan Israel.
Namun, disebalik isu Ghazzah, umat Islam tidak akan lupa satu tragedy besar yang menimpa seorang ulama Islam di Arab Saudi, Sheikh ‘Awad Al-Qarni. Beliau ditangkap oleh penguasa Arab Saudi semata-mata mengeluarkan fatwa agar kaum muslimin di Arab Saudi membela Palestin. Polis Arab Saudi menangkapnya tanpa sedikit penjelasan pun.

Dalam masa yang sama, seorang ulama Saudi, Sheikh Shalih Al-Luhaidan, pemimpin tertinggi Majlis Al-Qadha, Arab Saudi mencetus kontroversi dengan mengeluarkan fatwa yang sangat menyakitkan umat Islam. “ Bahawa demonstrasi mendukung Palestin adalah perbuatan fasad fil ‘ard (kerosakan diatas muka bumi)”. Subhanallah. Allahu Akbar ! Apa yang sedang terjadi ini? Ketika puluhan ulama’ memfatwa boikot Amerika & Israel, teruskan demonstrasi mengkritik Israel dan sebagainya, tiba-tiba kenyataan ini terkeluar.

Ketika Imam Samudera menulis buku ‘Aku Melawan Teroris’ dan mengkritik segelintir ulama’-ulama Saudi yang diam apabila umat Islam ditindas dan mengeluarkan fatwa-fatwa menghukum teroris kepada aksi-aksi mujahidin, Al-Qaeda dan sebagainya, menghentam Saudi yang memenjarakan para mujahidin yang terlibat dengan Al-Qaeda, muncullah ustaz-ustaz di Indonesia yang mengaku golongan Salafi ‘asli’ yang menghentam Imam Samudera dengan menyebut “ini hanya kedengkian beliau kepada ulama’-ulama’ Saudi dan pemerintah Saudi yang ikhlas menjaga Daulah Islam Saudi yang bermanhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah”.

Bahkan Sheikh Shalih sendiri menyebut, “yang mengatakan bahawa Saudi bersama Yahudi dan Amerika, tidak lain hal itu diucapkan oleh orang-orang yang dihatinya ada kedengkian terhadap akidah ini (ASWJ) dan para pemikul serta pembelanya. Kedengkian itu hanya akan menjerumuskan para pemiliknya kepada pelbagai kehinaan dan keburukan”.

Ketika Ghazzah diserang, pemimpin Arab Saudi yang dianggap golongan ‘paling kuat’ Ahlussunnah dan penegak Daulah Islam Saudi entah hilang kemana. Yang pasti, setiap kali bertemu pemimpin Amerika, pelukan erat dan senyum tidak bersalah sering dipaparkan saat Ghazzah dibom dahsyat. Selepas selesai sebentar peperangan, maka keluarlah kenyataan, “kita akan hantar bantuan segera, kewangan dan ubat-ubatan”. Anggapannya, wang yang jutaan itu mampu mengganti nyawa yang sudah terkorban 1300 orang ! Ketika serangan, diam membisu !Begitulah sikap,sifat dan wajah sebenar golongan Salafiyyah Wahhabiyyah yang menguasai pemerintahan Saudi yang cukup disanjung dan dibanggakan oleh pihak yang bersefahaman dengan mereka yang kononnya berjuang mendaulatkan Sunnah dan Ahli sunnah Wal Jamaah. Na'uzubillahi min zalik...

29.1.09

Kelebihan Ayatul Kursi

Maksudnya:

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)."


Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah SAW. dengan segera memerintahkan Zaid bt Thabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah SWT.

Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah SAW. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad SAW. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insyaAllah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk Syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah bagi rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

28.1.09

Satu peringatan (juga buat diri aku)

Pengalaman bergaul dan berborak dengan mereka yang berfahaman Wahabi kekadang membuatkan aku terfikir sendiri. Hebat sangat kah ilmu mereka sehingga sanggup mempertikaikan pendapat Imam-imam besar seperti Imam Syafie', Imam Al-Ghazali, Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani (satu-satunya ulamak muktabar yang mendapat gelaran Amirul Mukminin dalam bidang hadis)? Apabila dibawakan satu dalil dari keterangan salah seorang Imam tersebut, malah dari mana-mana imam atau ulamak besar...respon mereka adalah; "boleh pakai ke?", "sahih ke?", "bagi kami kaji dulu samada betul atau tak", "pendapat ni lemah ni...tak boleh pakai". Itulah antara respon-respon golongan yang terpengaruh dengan fahaman Wahabi....mempertikaikan setiap hujah dan dalil seolah-olah ilmu mereka lebih tinggi daripada para Imam-imam mujtahid tersebut.

Bagi aku lah, secara logiknya kalau seseorang tu nak membahas atau tidak menyetujui ataupun ingin membantah hujah atau dalil daripada ulamak mujtahid....perlu ukur dulu tahap ilmu pada diri sendiri. "Layak ke aku nak mempertikaikan pendapat Imam Syafie'?" ataupun pendapat Imam Al-Ghazali"? Bagaimana kita nak membantah seorang doktor jika kita masih lagi belajar Sains tingkatan 5? Kalau nak membantah pun, sekurang-kurangnya kita mesti sama level dengan dia....ataupun ilmu kita mesti lebih tinggi daripada dia. Begitu juga dalam bidang agama. Kita melihat pendapat-pendapat Imam Syafie' misalnya kemudian kita mempertikaikan atau membantah kononnya pendapat itu tak betul, salah, tidak sahih, lemah dan sebagainya. Pendapat Imam Syfie' tak betul, pendapat Muhammad Abdul Wahab baru betul...contohnya. Hebat sungguh kita. Sudahkah kita ukur tahap ilmu kita dengan tahap ilmu Imam Syafie'? Apakah kita sudah mencapai tahap mujtahid sepertimana Imam Syafie’ maka dengan beraninya kita mengatakan itu silap, ini silap? Lain la kalau kita dah hafal melebihi 500,000 hadis…ini, hadis 40 pun masih tak lepas. Baca Al-Fatehah pun masih tak betul... Imam Syafie’ masa umur 7 tahun sudah hafal Al-Quran, umur 10 tahun sudah hafal kitab Muwatto' karangan Imam Malik, umur 12 tahun sudah mula mengajar kitab, umur 15 tahun dah dilantik menjadi Qadhi. Kita? Nak pertikai pendapat Imam2 muktabar konon….

Kepada mereka ini, bermuhasabah lah. Cermin dulu diri anda....di mana kedudukan ilmu kita sekarang? Apakah darjat ilmu kita? Apakah kita layak menjadi murajjih?

Wallahu A'alam

27.1.09

Sekadar Memperingatkan

Pagi semalam dengar radio IKIM, ustaz Zawawi cerita tentang sunnah Rasulullah SAW. Antaranya tentang bab memberi salam. Baginda memberi salam dengan lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dengan salam yang penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"

Beri salam - assalamualaikum"
Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"

Apabila kira berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"

Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Semoga ada manfaat.

"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot"
Maksud singkatan " A'kum"

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan
"As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

Sesama lah kita memberitahu sahabat-sahabat yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan
dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

Serban

Dalam sebuah buku bertajuk Insan Teladan Sepanjang Zaman terjemahan kitab Syamail Tirmidzi (Shamail Muhammadiah) oleh Imam at-Tirmidzi, tajuk Memakai serban adalah sunnah:

“Sebagaimana yang disebut di dalam Fathul Bari bahawa terdapat perintah memakai serban dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

اعتموا تزدادوا حلما

“Pakailah serban, dengan ini akan menambahi kesabaranmu”.

Allamah ‘Aini (rahmatullah ‘alaih) telah meriwayatkan bahawa seorang telah bertanya Abdullah ibn Umar رضي الله عنهما apakah sunnah memakai serban. Beliau menjawab: Ya.

[Menurut Allamah ‘Aini lagi] Didalam hadith lain dikatakan: “Pakailah serban keraan ia sebagai tanda Islam dan mebezakan seorang Islam dengan kafir.”
- (Tamat petikan dari buku Insan Teladan Sepanjang Zaman)

Seterusnya didalam kitab-kitab fiqih ada menyebut tentang sunatnya berserban sewaktu menunaikan shalat terutamanya pada hari Jum’at. Antara yang sempat saya kutip:

Shaikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibari didalam kitab Fathul Muin menyebutkan:

“ (Dan sunat memakai serban – pada hari Jum’at - ) berdasarkan kepada hadits:

ان الله وملائكته يصلون على اصحاب العمائم يوم الجمعة

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya bershalawat kepada mereka yang memakai serban pada hari Jum’at.

[Juga berdasarkan kepada hadits:

صلاة بعمامة أفضل من خمس وعشرين بغير عمامة

“Shalat dengan memakai serban serban adalah lebih afdhal daripada 27 dengan tiada memakai serban”. Dan disebut dalam hadits bahawa serban malaikat hari perang Badar berwarna putih dan serban mereka pada hari perang Hunain berwarna merah – tamat – I’anah]. Dan disunatkan memakai serban bagi semua sembahyang (bukan sembahyang Jum’at sahaja). Dan ada disebutkan dalam hadits dhoif tentang fadhilat besarnya memakai serban itu.] – (Tamat petikan dari Fathul Muin, terjemahan dan huraian, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, jilid pertama, halaman 209)

Seterusnya didalam kitab al-Bahr al-Wafi wa an-Nahr al-Shafi oleh al-‘Alim al-‘Allamah
asy-Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathoni atau Syaikh Nik Mat ash-Shoghir , halaman 184-183:

“(Dan sunat) dihiasi dirinya dengan memakai sebaik-baik pakaian dan afdhalnya yang putih. (Dan sunat) memakai serban kerana hadits bahwasanya Allah سبحانه وتعالى dan segala malaikatNya selawat sekeliannya atas yang memakai seban hari Jum’at. Dan sunat memakai serban bagi sekelian sembahyang dan tersebut pada hadits daripada 25 sembahyang dengan tiada serban dan satu Jum’at dengan serban afdhal daripada 70 Jum’at dengan tiada serban. (Dan) tersebut di dalam tuhfah sunat memakai serban bagi kerana sembahyang dan bagi kerana qasod berelok-elok kerana beberapa hadits yang amat banyak padanya” – (Tamat petikan kitab al-Bahr al-Wafi wa an-Nahr al-Shafi)

Di dalam kitab Bughayatut Thulab karangan al-‘Alim al-‘Allamah asy-Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathoni:

“ (Dan sunat) memakai serban bagi sembahyang dan qasad menghiasi kerana beberapa hadits yang banyak padanya dan seyogianya panjangnya dan lebarnya dengan barang yang patuttnya dengan orang yang memakai pada adat dia dan masanya dan tempatnya …….

(Bermula) yang terlebih afdhal warna serban itu putih kerana disuruh memakai bagi yang hidup dan bagi orang yang mati dan tiada mengapa dipakai umpama qalansuwah di bawah serban iaitu seperti saputangan dan tiada mengapa memakai qalansuwah [kopiah] dengan tiada serban (Dan sunat) menaruh kunji [ekor serban] dan ditaruhkan dia …..” – (Tamat petikan kitab Bughayatut Thulab, halan 228)

(*Serban kegemaran Nabi berwarna hitam- Alex)

Mantan Mufti Brunei al-Marhum Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Awang Haji Ismail Omar Abdul Aziz di dalam siri fatwanya:-

Perkara: Serban

Serban adalah pakaian orang Islam, (sebagaimana) menurut (apa yang tersebut) dalam al-Muhazzab oleh al-Imam al-Mujtahid Ibrahim asy-Syirazi penyusun mazhab Syafi’I dan dalam Fath al-Muin oleh al-Allamah al-Malabari dan dalam kitab Hasyiah al-Bajuri dan dalam kitab ad-Di’amah fi Ahkam al-‘Imamah oleh guru kepada setengah guru kita as-Sayyid Muhammad bin Ja’far al-Kattani yang mati tahun 1345H, dia sebutkan hadits-hadits menunjukkan bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم sentiasa memakai songkok [qalansuwah] dengan serban dan dengan tiada serban dan kata-kata ulama dalam perkara serban dan perkataan orang yang mengatakan Rasulullah صلى الله عليه وسلم kadang-kadang melucutkan songkok baginda dan baginda jadikan sekatan (sutrah) dalam sembahyang adalah dhaif kerana tiada tersebut dalam kitab-kitab hadits yang mu’tabar dan diakui.

Tersebut dalam kitab “nizham al-Hukumah Nawabiyah au at-Taratib al-Idariayah” oleh al-Allamah al-Muhaddits as-Sayyid Abdul Hayy al-Kattani, dan ia berkata adalah bapa saya mengambil berat pada mengajar budak-budak yang sudah baligh atau yang hampir baligh bagaimana cara memakai seban, serta menjuntaikan ekor serban, dan penduduk Hijaz sekarang. [yang dimaksud penduduk Mekah dan Madinah sebelum pemerintahan Saudi (Wahabi) iaitu disekitar tahun 20an] mengambil berat padam engajar budak-budak memakai serban, seolah-olah perkara itu lama turun temurun dengan dalil menurut riwayat: Hujjatul Huffaz Mu’arrikh al-Syam Abu al-Qasim Ali bin al-Hasan bin Hibbatullah Ibn ‘Asakir yang mati tahun 571H dalam kitab tarikhnya, daripada al-Imam Malik: Tiada sayogia ditinggalkan dari memakai serban, demi saya pakai serban dan belum ada rambut di muka saya. Dan tersebut dalam al-Madarik berkata Abu Mush’ab, saya dengar al-Imam Malik berkata: Bahwa saya ingat dan belum ada rambut dimuka saya [belum berjanggut saya pakai serban] dan tiada seorang pun daripada kalangan kami (orang muda) masuk Masjid Rasulullah صلى الله عليه وسلم melainkan dengan memakai serban kerana memuliakan Rasulullah صلى الله عليه وسلم .” – (Tamat petikan siri fatwa mantan Mufti Brunei al-Marhum Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Awang Haji Ismail Omar Abdul Aziz)

Untuk mengetahui fahilat-fadhilat memakai serban, maka rujuk sendiri di dalam kitab-kitab seperti Jauharul Mauhub oleh Shaikh Wan Ali bin Abdurrahman @ Tok Wan Ali Kutan yang terkenal itu.

Rasanya cukuplah komen aku setakat ini. Nak pakai serban
pakailah dengan qasad mengikuti dan membesarkan sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan menghiaskan diri. Kalau tak mau pakai pun janganlah pulak dihina dicaci diperli pada mereka yang memakai serban, serta jangan pulak dibid’ahkan mereka! Manakala yang pakai pulak, seyogia dihiasi juga dengannya akhlaq-akhlaq yang terpuji. Bagi golongan wahabi, pemakaian serban seperti Rasulullah SAW itu hanyalah dianggap adat orang Arab, bukannya Sunnah Nabi SAW. Apakah dengan melabuhkan serban sepertimana golongan Wahabi sekarang ini adalah satu contoh tauladan daripada Rasulullah SAW? Tentu jawapannya tidak....tetapi,itulah sebenarnya sifat golongan Wahabi. Gemar membida'ahkan dan mengkafirkan umat Islam tanpa mereka sedari yang mereka juga telah melakukan satu perkara bida'ah yang Rasulullah SAW tidak pernah buat...iaitu melabuhkan serban seperti mana mereka. Pelik dan ajaib.....

Lagi Bukti Tentang Wahabi

Himpunan Segala Bahan Bukti Kerjasama Yahudi British Dengan Syeikh Muhammad Abdul Wahab Serta Kuncu-kuncunya.

Buku ini berjumlah 6 jilid. Menghimpunkan segala perencanaan Yahudi Brtitish Dengan Syeikh Muhammad Abdul Wahab serta kuncun-kuncunya di Timur Tengah. Kepada golongan Wahabi di Malaysia, cari buku ini dan baca. Jangan asyik suka kutuk dan salahkan orang lain...

26.1.09

Antara kenyataan Ulama' Berkaitan Wahabi

BERKATA IMAM ALI RADHIALLAHU ÁNHU : "SESUNGGUHNYA ALLAH TAALA MENJADIKAN ARASY ADALAH UNTUK MENUNJUKKAN KEKUASAANNYA BUKAN UNTUK MENGAMBILNYA (ARASY) SEBAGAI TEMPAT BAGI ZAT-NYA.Al-Farqu Bainal al-Firaq, Abu Mansur al-Baghdady, ms:333.


BERKATA IMAM AT-THAHAWIY AS-SALAFIY : " MAHA SUCI (ALLAH) TAALA DARIPADA BATASAN, TINGGI KEMUNCAK, BERANGGOTA KECIL(SPT JARI-JEMARI), ANGGOTA BESAR, MEMERLUKAN ALAT PERANTARAAN, TIDAK JUGA SEKALI-KALI MELIPUTI ARAH-ARAH YANG ENAM (ATAS BAWAH, DEPAN BELAKANG, KIRI DAN JUGA KANAN)..SEBELUM ITU BELIAU MENEGASKAN " BARANGSIAPA YANG MENSIFATKAN ALLAH TAALA DENGAN HANYA SATU SIFAT DARI SIFAT-SIFAT MAKHLUK, MAKA KETAHUILAH DIA TELAH JATUH KAFIR JUA"..DI NUKILKAN DARIPADA MATAN AT-THAHAWIYAH.


KARANGAN MUFTI AGUNG BERMAZHAB AS-SYAFIE AHMAD BIN ZAINI DAHLAN.Mufti Mazhab Syafi’e Ahmad bin Zaini Dahlan 1304H yang merupakan tokoh ulama Mekah pada zaman Sultan Abdul Hamid menyatakan dalam kitabnya “ Ad-Durarus Saniyyah Fir Roddi ‘Alal Wahhabiyah m/s 42: “ Wahhabiyah merupakan golongan pertama yang mengkafirkan umat islam 600 tahun sebelum mereka dan Muhammad bin Abdul Wahhab berkata: Aku membawa kepada kamu semua agama yang baru dan manusia selain pengikutku adalah kafir musyrik ”.Sejarah membuktikan Wahhabi telah membunuh keturunan Rasulullah serta menyembelih kanak-kanak kecil di pangkuan ibunya ketika mana mereka mula-mula memasuki Kota Taif. (Sila rujuk Kitab Umaro’ Al-bilaadul Haram m/s 297 – 298 cetakan Ad-Dar Al-Muttahidah Lin-Nasyr).


Mufti Mazhab Hanbali Muhammad bin Abdullah bin Hamid An-Najdy (W 1225H) telah mendedahkan perihal Muhammad Abdul Wahhab. Lalu menyatakan dalam kitabnya “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” m/s 276 : “Apabila ulama menjelaskan hujah kepada Muhammad bin Abdul Wahhab dan dia tidak mampu menjawabnya serta tidak mampu membunuhnya maka dia akan menghantar seseorang untuk membunuh ulama tersebut kerana dianggap sesiapa yang tidak sependapat dengannnya adalah kafir dan halal darahnya untuk dibunuh”. Selain itu di sebut di dalam kitab tersebut bapanya juga iaitu Abdul Wahhab turut memarahi anaknya ,Muhammad kerana enggan mempelajari ilmu Islam dan beliau menyatakan kepada para ulama: “Kamu semua akan melihat keburukan yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab ini”. ( Sebagai bukti sila rujuk kitab “As-Suhubul Wabilah ‘Ala Dhoroihil Hanabilah” cetakan Maktabah Imam Ahmad m/s 275). Demikianlah juga saudara kandungnya sendiri mengingatkan umat islam agar berwaspada dengan ajaran TAKFIR yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab...

Bermuhasabah lah....

Bulan Januari 2009 sudah hampir tiba ke penghujungnya. Begitu cepat masa berlalu. Usia diri pun sudah makin meningkat...sudah semakin tua. Yang tua hanyalah jasad fizikal sedangkan roh tidak pernah di mamah usia. Begitu juga yang mati hanyalah jasad, bukannya roh. Sebagaimana yang pernah ku ungkapkan, hidup ini hanyalah mencari mati yang diredhai. Biarlah kematian itu dalam husnul khotimah...kesudahan yang baik.

Hidup di dunia hanyalah sementara, sekadar mengutip bekal untuk di bawa ke alam akhirat. Makan hanyalah sebagai memenuhi tuntutan jasad agar bertenaga untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Sesungguhnya aku malu bila mengenangkan kisah hidup Rasulullah SAW. Seorang insan yang bergelar Kekasih Allah, seorang insan yang sudah dijanjikan Syurga tanpa hisab, seorang insan yang maksum (terpelihara dari melakukan dosa) tetapi kehidupan seharian Baginda begitu bersederhana, begitu zuhud. Pernah diriwayatkan ketika Baginda mula berpuasa Ramadhan...3 hari pertama baginda hanya berbuka puasa dan bersahur hanya dengan air sejuk kerana tiada apa-apa untuk dimakan. Masuk hari keempat, Baginda terjumpa sebiji kurma di dalam rumah dan baginda simpan untuk buat berbuka puasa. Masuk waktu berbuka, belum sempat Baginda menjamah kurma tersebut, lalu datang 'Aisyah minta diberikan sedikit padanya. lalu Rasulullah SAW pun memberi separuh daripada kurma tersebut kepada "'Aisyah. Kemudian 'Aisyah meminta lagi, lalu Rasulullah pun memberikan lagi separuh dari kurma yang tinggal kepada 'Aisyah. Yang tinggal pada Rasul Kekasih Allah ini hanya 1/3 daripada kurma tersebut yang kemudiannya digunakan untuk berbuka puasa.

Bayangkanlah, bagaimana akhlak dan kehidupan Rasulullah SAW. Seorang insan mulia tetapi hidupnya begitu zuhud dan bersederhana. Kita pada hari ini, bab makan saja sudah cukup mewah. Kekadang makanan sehingga penuh satu pinggan. Tetapi ibadat kita pada Allah SWT amatlah mengecewakan. Rasulullah SAW yang makannya begitu sedikit tetapi mampu beribadat sepanjang malam sehingga bengkak kaki Baginda. Kita? Nak buat solat sunat qabliah dan ba'diah ketika solat fardhu pun malas...apatah lagi untuk bangun malam berqiyamullail. La haula wa laquwwatailla billah.....

Begitu jugalah dengan golongan yang mendakwa memperjuangkan sunnah. Di bibir, mereka begitu gah menyeru manusia memartabatkan sunnah Nabi SAW. Tetapi dari segi amalan praktikal, jauh sangat dari apa yang Nabi SAW buat. Nabi SAW berqiyamullail sehingga bengkak kaki Baginda, apakah mereka ini juga sedemikian? Nabi SAW mengikut kata 'Aisyah hatinya sentiasa berzikir setiap saat mengingati dan memuji Allah 'Azza wa jalla, apakah golongan tersebut juga melakukan yang sedemikian? Nabi SAW yang sepanjang hidup baginda sentiasa memohon ampun kepada Allah SWT sehari 70 kali walaupun Baginda seorang yang maksum, apakah mereka itu juga melakukan yang sedemikian?

Janganlah kita dengan sombong dan bangganya mendakwa kita memperjuangkan Sunnah tetapi akhlak, amal ibadah serta kehidupan kita tidak seperti mana yang kita perjuangkan. Ambillah pengajaran daripada ulamak-ulamak muktabar yang terdahulu, mereka tidak pula mendakwa diri mereka pejuang Sunnah Nabi SAW tetapi kita tengok sendiri amal ibadat mereka. Lagi hebat dari pihak yang kononnya memperjuangkan Sunnah Rasulullah ini....inilah yang dikatakan 'cakap tak serupa bikin.' Yang mengejutkan adalah ada di antara mereka yang mendakwa memperjuangkan Sunnah, tetapi bibir itulah juga yang menghisap rokok produk Israel Laknatullah. Apakah merokok itu sebahagian daripada Sunnah rasulullah SAW? Tatkala ketika jemaah berzikir dan berwirid selepas solat, itu dikatakan bida'ah . Tapi pada masa yang sama boleh pula membaca komik Naruto sambil bersembang kosong di dalam masjid. Mana yang lebih bida'ah...berwirid, berzikir atau bersembang kosong sambil membaca komik? Tidak salah kita memperjuangkan Sunnah Nabi, tetapi biarlah apa yang kita perjuangkan itu kita terapkan sepenuhnya dalam kehidupan kita. Itu baru betul.... Islam itu bukan untuk diamalkan separuh-separuh. Kena ambik semua...begitu juga Sunnah Nabi SAW. Kepada golongan ini....bermuhasabah lah!

Dunia kini menyaksikan Umat Islam khasnya sibuk mengejar kepentingan dunia. Bagi mereka yang bekerja samada dengan swasta atau kerajaan...sanggup berkursus ke sana sini semata-mata untuk meningkatkan tahap pencapaian diri dalam pekerjaan mereka. Tetapi sedarkah kita, tidak ramai yang sanggup berusaha sedemikian rupa mencari ilmu untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu amal ibadah mereka kepada Allah SWT. Bagi mereka cukup dengan hanya solat 5 waktu, berpuasa Ramadhan serta mengerjakan Haji. Kita perlu sedar, Syurga Allah SWT itu terlalu tinggi nilainya malah memang tak ternilai pun. Untuk mendapatkan Syurga, perlu kepada amal ibadah yang cukup bermutu kerana ada amal ibadah yang kita laksanakan akan di hempaskan kembali ke muka kita apabila amalan itu di bawa naik mengadap Allah SWT oleh malaikat. Jika kita sanggup berusaha meningkatkan mutu kerja, mutu diri dan sebagainya....maka, mutu amal ibadah sepatutnya menjadi keutamaan yang wajib kita beri perhatian. Sebab, di akhirat besok Allah tidak akan ambil kira tentang mutu kerja, tentang berapa banyak sijil yang kita kumpul, tentang pangkat dan kedudukan...yang akan dinilai nanti ialah amal ibadah yang ikhlas, yang memenuhi spesifikasi yang di tetapkan Allah SWT.

Jika dalam kehidupan seharian kita terdapat peraturan-peraturan tertentu, begitu juga lah dalam soal ibadah. Terdapat pelbagai peraturan dan ketetapan yang perlu kita patuhi jika ingin ibadah kita di terima oleh Allah SWT. Jangan dilakukan secara sambil lewa dan sekadar melepaskan batuk di tangga. Menuntut ilmu fardhu kifayah itu perlu, tetapi ilmu fardhu 'ain itu yang patut kita utamakan. Fikir-fikirkanlah......

25.1.09

Tarekat Menurut Ahli Sufi

Banyak konotasi yang diberikan oleh ulama tasawuf dalam menterjemahkan pengertian tarekat. Antaranya ialah, Shaykh Ahmad al-Khatib. Beliau mentakrifkan tarekat sebagai jalan kepada Allah  dengan mengamalkan ilmu tauhid, feqah dan tasawuf.


Shaykh al-Hafiz cAbd Allah bin al-Siddiq al-Ghumariy mentakrifkan tarekat sebagai satu ilmu yang bersumberkan wahyu Ilahi dalam gugusan yang diperturunkan sebagai agama kepada Nabi Muhammad . Beliau mengkategorikan tarekat sebagai menduduki maqam Ihsan iaitu salah satu rukun agama yang tiga selepas Islam dan Iman. Beliau menegaskan barangsiapa yang mencacatkan maqam Ihsan yang dinamakan tarekat maka pincang agamanya tanpa syak kerana meninggalkan salah satu dari rukunnya . . . . Selanjutnya beliau menyifatkan bahawa motif yang dibawa oleh tarekat ialah maqam Ihsan selepas sahihnya Islam dan Iman.


Seorang tokoh Naqshabandiah al-Khalidiyyah yang terkenal iaitu Shaykh Muhammad Amin al-Kurdiy mentakrifkan tarekat sebagai ketakwaan dan menghampirkan diri kepada Allah. Proses ini bermula dengan menempuhi rintangan dan menaikkan maqamat (kedudukan) darjat manusia.


Shaykh al-Sayyid al-Sharif Ali bin Muhammad bin Aliy al-Jurjaniy mengertikan tarekat sebagai satu perjalanan kerohanian yang khusus yang dilalui oleh orang-orang yang berjalan (al-Salikun) menuju kepada Allah, di mana dalam perjalanan tersebut mereka perlu merentasi pelbagai rintangan dan mengalami bermacam peningkatan kerohanian dalam pelbagai maqam.

Shaykh al-Junaid al-Baghdadiy pernah menegaskan: “Tarekat menuju kepada Allah semuanya tertutup kecuali bagi mereka yang mengamalkan sunnah Nabi .”


Berdasarkan kepada beberapa definisi di atas jelaslah kepada kita bahawa tarekat adalah satu jalan, cara atau ritual tertentu untuk mendekatkan diri kepada Allah  dengan mengamalkan ilmu tauhid, feqah dan tasawuf sebagai dasar utama. Ini bermakna bahawa pengamalan yang perlu dilaksanakan bagi memperoleh kejayaan dalam mencapai taraf kesufian itu diusahakan dengan penuh kesungguhan dalam lingkungan asas dan disiplin yang jelas. Maka tarekat itu diasas dan dikembangkan oleh masyarakat Muslim dalam tamadun mereka menjadi institusi yang khusus dengan diberikan ciri, kaedah dan peraturan yang tersendiri. Maka dengan itu tarekat perlu difahami sebagai himpunan sejumlah pegangan, tingkah laku serta adab yang diasas dan ditetapkan oleh kumpulan sufi : atau secara teknikal lagi istilah ini merujuk kepada metod memberi panduan dan tunjuk ajar akhlak dan kejiwaan yang digunakan oleh seorang shaykh dalam usaha mendidik para muridnya.


Hasilnya, bolehlah dikatakan bahawa istilah tarekat yang mempunyai institusi yang khusus ini merujuk kepada cara, kaedah atau peraturan-peraturan khusus yang diikuti dan dihayati tuntutan dan kehendaknya oleh seseorang murid di bawah naungan satu kumpulan kesufian yang mengikuti panduan daripada seorang shaykh yang terkemuka. Di samping itu, istilah ini juga boleh dirujuk kepada kumpulan individu dari kalangan para murid yang mengasosiasikan diri mereka dengan seseorang shaykh tertentu dan tunduk patuh kepada peraturan-peraturan yang cukup ketat dalam hubungan dengan suluk kerohanian.

Sumber: Nabiha Al-Khalidiy

Tarekat Menurut Al-Hadith

Di samping Al-Qur’an, ketentuan Al-Sunnah juga merupakan petunjuk kedua terpenting terhadap penggunaan lafaz dan makna tarekat. Pembuktian dalam penggunaan lafaz tarekat menerusi hadis-hadis Baginda  sebenarnya turut menjadi neraca asas tentang kewujudan tarekat itu sendiri dari sumbernya yang asli. Walaupun lafaz tarekat itu diwujudkan dalam sabda-sabda suci Baginda , apakah lafaz tersebut menepati dengan istilah tarekat yang dijelmakan sekarang. Antara hadis-hadis yang menyebut tentang tarekat adalah seperti berikut :


1. Imam Muslim di dalam Sahihnya meriwayatkan :

حدثنا عمرو الناقد وابن أبي عمر واللفظ لابن أبي عمر قالا حدثنا سفيان عن أبي الزناد عن الأعرج
عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن المرأة خلقت من ضلع لن تستقيم لك على
طريقة فإن استمتعت بها استمتعت بها وبها عوج وإن ذهبت تقيمها كسرتها وكسرها طلاقها.

Maksudnya : “Sesungguhnya perempuan itu dicipta dari tulang rusuk laki-laki yang bengkok. Ia tidak bersifat lurus bagimu di atas jalan yang satu. Jika kamu ingin berseronok dengannya kamu akan dapat keseronokan tersebut. Akan tetapi padanya terdapat simpang siur. Sekiranya kamu tidak mampu memperbetulkan (kebengkokannya dengan keras lalu ia akan patah) maka lepaskanlah dia dengan talak.”


2.Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak meriwayatkan :

حدثني محمد بن صالح بن هانئ ثنا يحيى بن محمد بن يحيى الشهيد ثنا عبد الله بن عبد الوهاب الحجبي
ثنا حاتم بن إسماعيل عن عبد الأعلى بن عبد الله بن أبي فروة عن قطن بن وهيب عن عبيد بن عمير عن
أبي ذر رضي الله عنه قال لما فرغ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم أحد مر على مصعب الأنصاري
مقتولا على طريقة فقرأ من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه.


Maksudnya : “Abu Hurairah  mengatakan : “Tatkala Rasulullah  pulang dari perang Uhud, Baginda  mendapatkan mayat Muscab bin Umayr al-Ansariy  yang mati dibunuh dalam peperangan Uhud di atas jalan yang benar. Lalu Baginda  membacakan ayat yang bermaksud : “Dikalangan orang mukmin itu terdapat lelaki yang benar terhadap apa yang dijanjikan Allah untuknya.”


3.Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak sekali lagi meriwayatkan :

حدثنا علي بن عيسى ثنا أحمد بن نجدة ثنا يحيى بن عبد الحميد ثنا قيس بن الربيع عن عاصم عن شقيق
بن سلمة قال خطبنا أبو موسى الأشعري فقال والله لئن أطعتم الله باديا وعبد الله بن قيس ثانيا لأحملنكم
على الطريقة

Maksudnya : “Abu Musa al-cAshcari mengatakan : “Demi Allah, sekiranya kamu mentaati Allah pada mulanya dan mentaati cAbdullah bin Qays yang keduanya maka sesungguhnya aku akan menanggungmu di atas jalan yang benar.”


4.Imam Ibn Hibban di dalam Sahihnya meriwayatkan :

أخبرنا أبو خليفة قال حدثنا إبراهيم بن بشار قال حدثنا سفيان عن أبي الزناد عن الأعرج عن أبي
هريرة ثم أن النبي صلى الله عليه وسلم أن المرأة خلقت من ضلع ولن تصلح لك على طريقة وإن
استمتعت بها استمتعت بها وبها عوج وإن ترد إقامتها تكسرها وكسرها طلاقها.


Maksudnya : “Abu Hurairah  mengatakan : “Sesungguhnya Nabi  bersabda : “Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk lelaki. Dan wanita itu tidak selamanya baik bagimu di atas satu jalan. Sekiranya kamu ingin berseronok dengannya kamu akan dapat keseronokan tersebut. Akan tetapi pada wanita itu terdapat simpang siur. Sekiranya kamu ingin meluruskannya (memperelokkan mereka) dengan kuat lalu patahlah ia. Kepatahan itu merupakan talaknya.”

5.Imam al-Haithamiy pula mentakhrijkan hadis daripada Imam Ahmad dan al-Tabraniy berbunyi :

رواه أحمد والبزار والطبراني في الكبير ورجال أحمد رجال الصحيح وعن عبد الله بن عمرو قال
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أن العبد إذا كان على طريقة حسنة من العبادة ثم مرض قيل
للملك الموكل به اكتب له مثل عمله إذا كان طليقا حتى أطلقه أو ألقيه

Maksudnya : “Seseorang hamba itu apabila dia berada di atas jalan yang benar daripada ibadatnya, kemudian beliau ditimpa jatuh sakit lalu dikatakan kepada malaikat yang mewakilinya :”Tulislah pahala baginya seperti mana amalannya sehingga penyakit itu berpisah dengannya atau Aku (Allah) melontarkan baginya penyakit itu.”


Berdasarkan kepada hadis-hadis yang dikemukakan di atas jelaslah kepada kita bahawa lafaz tarekat yang dipergunakan pada matannya bermaksud jalan. Ungkapan kepada maksud ini ada keserasiannya dengan makna tarekat dari sudut bahasa sebagaimana yang telah dikemukakan sebelum ini. Walaupun secara ainnya ia tidak merujuk kepada istilah ahli tasawuf, namun pemakaian kata dari sudut ini jelas mencerminkan makna asal bagi perkataan tarekat itu sendiri.


Imam al-Nawawiy ketika membahaskan hadis “Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Nabi Muhammad ” turut mengakui bahawa petunjuk itu bermaksud jalan (tarekat) dan mazhab yang dibuat petunjuk bagi umat Islam.


Fenomena yang sama juga turut dipergunakan oleh Imam Ibn Hajr al-Asqalaniy di dalam kitabnya Fath al-Bariy. Beliau mengertikan tarekat sebagai jalan, cara atau metod. Hal ini terbukti apabila kita membuka kitab ini kita akan dapati kata-kata beliau yang berbunyi : “Adapun tarekat al-Muhaddithin , ia merupakan isyarat kepada tarekat (jalan) Nabi  , “pendapat ini merupakan pendapat daripada tarekat (jalan) orang-orang yang terdahulu ” dan lain-lain lagi.


Akan tetapi, Imam al-Dhahabiy lebih banyak mensinonimkan penggunaan lafaz tarekat dengan tarekat al-Tasawuf. Ketika menterjemahkan biografi Abu Hafs al-Naisaburiy, beliau menuqilkan : “Menurut al-Sulamiy, Abu Hafs merupakan seorang tukang besi dan merupakan orang yang mula-mula sekali menzahirkan diri dengan tarekat al-Tasawuf di negeri Naisabur.”


Di dalam versi terjemahan biodata perawi Abu Yacla al-Sabuniy, Imam al-Dhahabiy mengatakan : “Dikatakan dia adalah seorang shaykh yang lurus dan thiqah (dipercayai) yang berdiri di atas tarekat al-Sufiah yang mendengar hadis di Naisabur, Hurrah dan Baghdad. Dan beliau dilahirkan pada tahun 375H.”


Kesimpulannya, berasaskan kepada keterangan di atas ia membuktikan kepada kita bahawa lafaz tarekat dipergunakan dalam konteks yang cukup luas mengikut kesesuaian dan keperluan laras sesuatu ilmu. Kadang-kadang ia dimaksudkan dengan jalan dan ada ketikanya pula difokuskan kepada tarekat sufiah. Pemfokusan lafaz tarekat kepada tarekat sufiah dirasakan merupakan rangkaian istilah yang paling tepat dan sinonim dalam perbincangan bab ini.


Hasilnya membuktikan kepada kita bahawa rangkaian tarekat sufiah bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam Islam. Malah ia telah mula diperagakan oleh Al-Qur’an dan al-Sunnah serta dipergunakan oleh ulama bahasa, ulama tasawuf dan juga muhaddithin. Justeru, penilaian secara menyeluruh itu amatlah diperlukan dalam mencari maksud sebenar tarekat.


Sumber: Nabiha Al-Khalidiy

Tarekat Menurut Al-Quran

Di dalam al-Qur`an, Allah  telah berfirman dengan menyebut lafaz طريقة sebanyak sembilan kali dalam lima surah yang mengandungi beberapa pengertian. Antaranya : Allah  berfirman di dalam surah al-Nisa` ayat 168 berbunyi :

 إن الذين كفروا وظلموا لم يكن الله ليغفر لهم ولا ليهديهم طريقا

Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang ingkar dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni dosa mereka dan tidak pula akan menunjukkan jalan kepada mereka.”


Sejurus dari ayat di atas, Allah  berfirman pula di dalam surah al-Nisa` ayat 169 berbunyi :

 إلا طريق جهنم خالدين فيها أبدا وكان ذلك على الله يسيرا 

Maksudnya : “Melainkan jalan ke neraka jahanam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.”


Selain itu, Allah  juga telah berfirman di dalam surah Taha ayat 63 berbunyi :
قالوا إن هذان لسحران يريدان إن يخرجاكم من أرضكم بسحرهما ويذهب
بطريقتكم المثلى 

Maksudnya : “Mereka mengatakan : Sesungguhnya dua orang ini ( Nabi Musa dan Harun  ) adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan kedudukan kamu yang utama.”


Telah berlaku perselisihan ulama di dalam mentafsirkan ayat ini. Namun, Imam al-Qurtubiy menyimpul dengan mengatakan : “Ayat ini bermaksud dua orang yang datang (sebagaimana yang dikatakan oleh Fircaun kepada para ahli sihirnya) untuk merosakkan agama kamu yang kamu anuti selama ini. Atau ia juga bermaksud (sebagaimana yang dikatakan Fircaun) aku takut kedatangan mereka (Nabi Musa dan Harun ) untuk menukarkan agama kamu atau melakukan kerosakan di muka bumi.”


Selanjutnya, di dalam surah yang sama dengan ayat yang berlainan, Allah  berfirman lagi di dalam surah Taha ayat 77 berbunyi :

 ولقد أوحينا إلى موسى أن أسر بعبادي فاضرب لهم طريقا في البحر يبسا
لا تخاف دركا ولا تخشى 


Maksudnya : “Dan sesungguhnya telah kami wahyukan kepada Musa : pergilah kamu dengan hamba-hambaKu (Bani Israil) pada malam hari. Maka buatlah untuk mereka jalan yang kering di laut itu. Kamu tidak perlu takut tersusul atau tenggelam.”


Lafaz طريقة dalam ayat ini bermaksud jalan di laut yang dijadikan Allah  untuk Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya secara memukul laut itu dengan menggunakan tongkat untuk melepaskan diri dari kepungan Fircaun.


Seterusnya, Allah  berfirman pula di dalam surah Taha ayat 104 yang berbunyi :
 نحن أعلم بما يقولون إذ يقول أمثلهم طريقة إن لبستم إلا يوما 

Maksudnya : Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan ketika berkata orang yang paling lurus jalannya di antara mereka. : “Kamu tidak mendiami dunia ini melainkan sehari sahaja.”


Lafaz طريقة dalam ayat ini bermaksud lurus jalannya. Iaitu orang yang agak lurus fikirannya atau amalannya di antara orang-orang yang berdosa itu.


Di dalam versi suci yang lain, Allah  berfirman di dalam surah al- Ahqaf ayat 30 berbunyi :

 قالوا يقومنا إنا سمعنا كتابا أنزل من بعد موسى مصدقا لما بين يديه يهدي إلى
الحق وإلى طريق مستقيم 

Maksudnya : “Mereka berkata : “Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengar kitab Al-Qur’an yang telah diturunkan sesudah Musa  yang membenarkan kitab-kitab sebelumnya lagi memimpin kebenaran dan kepada jalan yang lurus.”


Seterusnya, Allah  berfirman lagi di dalam surah al-Mukminun ayat 17 berbunyi :
 ولقد خلقنا فوقكم سبع طرآئق وما كنا عن الخلق غفلين 

Maksudnya : “Dan sesungguhnya kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh lapis langit) dan kami tidaklah lengah terhadap ciptaan kami.”


Selain dari ayat-ayat di atas, Allah  juga turut berfirman di dalam surah al-Jin ayat 11 berbunyi :

 وإنا منا الصالحون ومنا دون ذلك كنا طرائق قددا 

Maksudnya : “Dan sesungguhnya di antara kami (golongan jin) ada orang-orang yang soleh dan ada pula yang sebaliknya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza.”


Manakala pada ayat yang terakhir -- mengikut susunan surah -- Allah  berfirman di dalam surah al-Jin ayat 16 berbunyi :

 وألو استقاموا على الطريقة لأسقيناهم مآء غدقا 

Maksudnya : “Dan sekiranya mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu ‘Islam” kami benar-benar akan memberi minum kepada mereka air yang segar.”


Kesimpulan :

Demikianlah beberapa penjelasan makna tarekat dari segi penggunaan lafaz dan huraian ulama tafsir yang bersumberkan al-Qur’an al-Karim. Dengan keterangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa lafaz tarekat bermaksud “jalan”, “cara”, “kedudukan”, “keyakinan” dan “agama”. Makna perkataan ini secara jelasnya ada persamaan dengan pengunaannya dari sudut bahasa. Namun begitu, istilah tarekat juga seharusnya dinilai dalam konteks al-Sunnah al-Nabawiyyah yang menjadi sumber primer kepada perundangan Islam itu sendiri. Justeru, kita perlu menilai istilah ini dari kacamata ilmu yang luas supaya setiap konotasinya bersifat menyeluruh dan memperlihatkan kedudukannya yang asal.

Sumber: Nabiha Al-Khalidiy

Tarekat Naqsyabandiah Al-Kholidiyah

Tarekat Naqshabandiyyah ialah sebuah kumpulan pengamalan kerohanian tasawuf yang di asaskan oleh Shaykh Muhammad Baha` al-Din bin Muhammad bin Muhammad al-Uwaisiy al-Naqshabandiy al-Bukhariy. Beliau dilahirkan di sebuah desa Qashr al-Arifan lebih kurang empat kilometer dari bandar Bukhara, Uzbekistan pada tahun 717H bersamaan 1317M. Beliau meninggal dunia pada tahun 791H bersamaan 1389M.


Semasa hayatnya, Shaykh Muhammad Baha` al-Din sempat belajar dan mengambil tarekat daripada Shaykh al-Sharif al-Amir al-Kulal bin Syed Hamzah yang wafat 772H bersamaan 1371M .Beliau juga sempat berguru dengan Shaykh Muhammad Baba al-Samasiy (wafat pada tahun 740H bersamaan 1340M) iaitu tuan guru kepada gurunya, Shaykh al-Amir al-Kulal. Susur galur silsilah pengamalan Shaykh Muhammad Baha` al-Din dikatakan mendasar kepada Sayyidina Abu Bakr al-Siddiq

Dengan ini dapatlah diandaikan bahawa pengamalan tarekat ini secara zahirnya dinisbahkan kepada Naqshabandiy mungkin disebabkan karamahnya yang terserlah dalam situasi pegangan agama masyarakat yang semakin goyah. Ataupun mungkin juga disebabkan oleh keahlian atau kemampuan beliau sebagai seorang mujtahid di dalam bidang dan zamannya yang tersendiri.

Menurut Shaykh Muhammad Amin al-Kurdiy, nama Naqshabandiyyah di ambil daripada dua lafaz arab iaitu نقش dan بند.. Lafaz نقش bermaksud ukiran yang dicop pada sesuatu benda. Manakala lafaz بند pula bermaksud layar atau bendera yang besar. Jadi, singkatan ini membawa maksud ‘gambaran yang tertera pada sesuatu samada pada bendera atau layar yang besar’.

Menurut sebahagian ulama Naqshabandiyyah, nama Naqshabandiy di ambil sempena dengan ahwal penyebarnya yang termasyhur iaitu Shaykh Muhammad Baha` al-Din al-Husainiy al-Naqshabandiy. Diriwayatkan juga bahawa beliau dalam keadaan lafaz ism
sentiasa melazimi berzikir mengingati Allah zat (lafaz al-Jalalah) terukir dihatinya tanpa terpisah sedikitpun. Sesetengah ulama Naqshabandiyyah mengatakan Naqshabandiy itu dinisbahkan kepada tempat kelahiran Shaykh Muhammad Baha` al-Din. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau pernah didatangi Rasulullah secara rohani ketika berzikir. Lalu Baginda meletakkan tangannya ke atas dada beliau. Lanjutan dari peristiwa ini terukirnya ism zat dihati beliau secara berterusan.

Selebihnya, sebahagian ulama tarekat Naqshabandiyyah berpendapat Naqshabandiy adalah istilah yang lahir sahaja. Hakikatnya ialah gambaran dari lautan makrifat Allah yang tak bertepi diperlihatkan kepada mereka. Bagi penulis, hal seperti ini tentu sukar untuk digambarkan dengan dalil dan fikiran melainkan bagi mereka yang menempuh jalan dan benar-benar merasai geloranya sahaja yang akan mengerti.

Secara keseluruhannya dapatlah difahami bahawa tarekat Naqshabandiyah adalah sejenis pengamalan kerohanian yang dinisbahkan kepada pengasasnya yang terkenal iaitu Shaykh Muhammad Baha` al-Din b. Muhammad al-Naqshabandiy al-Bukhariy. Di samping itu, boleh juga diandaikan bahawa penisbahan ini berlaku disebabkan oleh daya kebolehan dan keijtihadan beliau dalam bidang yang diceburinya. Manakala pengamalan kerohanian yang dipraktikkan pula merupakan kumpulan zikir yang bertindak sebagai wasilah untuk menyampaikan diri .
Ikepada Allah

Al-Khalidiyyah pula dinisbahkan kepada cara pengamalan Shaykh Khalid Uthmaniy al-Kurdiy dalam tarekat al-Naqshabandiy. Beliau dilahirkan pada tahun 1193H bersamaan 1779M di Kampung Karada, Kota Sulaymaniyyah, Iraq. Kepimpinan beliau di dalam tarekat al-Naqshabandiy diiktiraf sebagai mujtahid yang mujaddid pada kurun ke 13 H sehingga diberikan gelaran al-Mujaddidiyyah. Beliau dididik dan dibesarkan di Kota Sulaymaniyyah yang pada waktu itu pusat ilmu yang utama di Iraq. Beliau bermazhab al-Shafiiy dan berasal dari keturunan Sayyidina Uthman bin Affan. Beliau mempelajari Al-Quran dan Tafsir Imam al-Rifaiy dan sangat masyur dengan gelaran seorang penyair. Ketika berumur lima belas tahun beliau mula hidup secara berzuhud.

Shaykh Khalid mula mempelajari ilmu dengan dua orang ulama besar iaitu Shaykh Abd al-Karim al-Barzanjiy dan Shaykh Abd Rahim al-Barzanjiy. Beliau juga belajar dengan Mulla Muhammad Saleh. Beliau juga turut mempelajari ilmu duniawi seperti ilmu hisab, falsafah dan mantiq. Kemudian beliau berpindah ke Baghdad dan mempelajari pula kitab Mukhtasar al-Muntaha, iaitu satu ensiklopedia dalam bidang usul feqah.

Tidak cukup dengan itu, beliau mempelajari pula kitab-kitab karangan Imam Ibn Hajr al-Asqalaniy, Imam al-Suyutiy dan Imam Ibn Hajr al-Haithamiy. Seluruh kitab tafsir al-Baidawiy dihafalnya. Dengan ilmunya, beliau dapat menyelesaikan banyak permasalahan feqah dengan mudah. Beliau dikatakan menguasai semua empat belas jenis qiraat dan menjadi masyhur di mana-mana sahaja dengan kemampuan ini.

Shaykh Khalid kemudiannya mula berkhalwat dan meninggalkan semua pengajiannya untuk mencari Allah dengan melakukan ibadat dan zikrullah samada secara jahr mahupun sir. Saat itu, dia mula menghentikan kebiasaannya menziarahi sultan-sultan dan menyendiri bersama murid-muridnya sehingga tahun 1220M bersamaan 1806M. Beliau kemudiannya berpindah ke India pada tahun 1224H/1809M melalui bandar Ray, Teheran dan beberapa kota lain di Iran. Di India, beliau telah dibaycah oleh shaykhnya iaitu Shaykh Abdullah al-Dahlawiy.

Beliau kemudiannya mempelajari ilmu hadis, tafsir, tasawwuf dan lain-lain ilmu dari Shaykh Abdullah al-Dahlawi. Beliau diberikan keizinan untuk mengajarkan ilmu-ilmu tersebut kepada murid-muridnya pula. Dia juga telah menghafaz kitab Imam Hadis Dua Belas. Dengan kemampuannya, beliau akhirnya telah diijazahkan dengan lima macam tarekat. Antaranya, tarekat Naqshabandiah, tarekat al-Qadiriyyah, tarekat Suhrawardiyyah, tarekat Kubrawiyyah dan tarekat Chistiyyah. Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat 13 Zulqacedah 1242H bersamaan 1827M.


Selain penisbahan al-Khalidiyyah, terdapat juga penisbahan yang lain seperti tarekat Naqshabandiah al-Mazhariyyah. Iaitu penisbahan yang dibuat berdasarkan kepada keijtihadan dan kepimpinan Shaykh Shams al-Din Janjana Mazhar. Begitu juga dengan penisbahan tarekat Naqshabandiah al-Mujaddidiyyah al-Ahmadiyyah. Iaitu penisbahan yang dibuat bersempena dengan keijtihadan dan cara pengamalan Shaykh Ahmad Faruqiy al-Sirhindiy al-Mujaddidiyyah.

Akan tetapi, selepas daripada zaman Shaykh Khalid Uthmaniy al-Kurdiy, penisbahan ini amat sinonim untuk tarekat al-Naqshabandiah al-Khalidiyyah. Maka dengan kedudukan ini terbentuklah tarekat al-Naqshabandiah al-Khalidiyyah hingga sekarang . Maksudnya tidak berlaku apa-apa nisbah perubahan lagi terhadap pimpinan tarekat ini kerana syarat penisbahannya begitu ketat dikalangan mashaikh tarekat. Hal ini diambil kira bagi mengelak sebarang pengurangan, penambahan dan penyelewengan serta pandangan serong masyarakat terhadap aliran tarekat Naqshabandiah.

Kesimpulannya, penisbahan Naqshabandiah al-Khalidiyyah, Naqshabandiah al-Madhariyyah ataupun Naqshabandiyyah al-Mujaddidiyyah al-Ahmadiyyah sebenarnya dilihat bersifat cawangan sahaja daripada Naqshabandiah. Secara jelasnya, penisbahan itu berlaku disebabkan keijtihadan dan kewibawaan pemimpin berkenaan di dalam tarekat Naqshabandiah pada kedudukan dan zaman yang tertentu. Walau bagaimanapun, penisbahan tarekat Naqshabandiah al-Khalidiyyah dilihat lebih mononjol dan meluas rangkaiannya di alam Nusantara. Demikianlah rumusan mengenai tarekat Naqshabandiah al-Khalidiyyah yang menjadi fokus kepada kajian ini.