Walaupun Maulidur Rasul telah pun lama berlalu ingin sekali aku berkongsi bersama pandangan dan fatwa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam masalah ni. Sebabnya, ada sesetengah pihak yang begitu ekstrem mendakwa bahawa sesiapa yang menyambut Maulidur Rasul adalah melakukan bida'ah dan masuk neraka. Apakah mereka yang menciptakan neraka? Apakah mereka yang akan menghisab umat manusia di Padang Mahsyar besok apabila dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang sedemikian?
12 Rabi'ul Awwal merupakan hari keputeraan seorang insan pilihan yang cukup kita cintai iaitulah Nabi Muhammad SAW Kekasih Allah SWT. Umat Islam di seluruh dunia menyambut ketibaan hari tersebut dengan pelbagai acara dan sambutan. hal ini telah berlanjutan zaman berzaman hinggalah ke hari ini....alhamdulillah. Dalam keghairahan puak Wahabi mengharamkan dan membida'ahkan umat Islam dari menyambut hari keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW mereka lupa bahawa Syeikhul Islam yang menjadi sumber rujukan utama mereka iaitu Ibnu Taimiyyah walaupun menghukum maulid Nabi SAW sebagai bida'ah yang diada-adakan, tetapi dia tetap menyatakan bahawa orang yang mengadakan sambutan tersebut tetap mendapat pahala atas niat baik mereka membesarkan Rasulullah SAW. Di sini dapat kita lihat bahawa sesungguhnya Ibnu Taimiyyah tidaklah seekstrem golongan Wahabi pada masa kini yang menganggap perbuatan tersebut menjerumuskan pelakunya ke neraka. Na'uzubillahi min zaalik...
Pandangan Ibnu Taimiyyah ini dapat kita lihat dalam karya-karyanya seperti himpunan fatwanya pada juz ke 23, halaman 134 yang menyatakan, antara lainnya:-
فتعظيم المولد و اتخاذه موسما قد يفعله بعض الناس و يكون لهم فيه
أجر عظيم لحسن قصدهم و تعظيمهم لرسول الله صلى الله عليه و سلم
"Maka membesarkan Mawlid Nabi dan menjadikannya sebagai waktu atau musim yang dirayakan telah dilakukan oleh sebahagian manusia dan bagi mereka padanya (yakni pada menyambut mawlid tersebut) ganjaran pahala yang besar kerana baiknya niat mereka dan kerana mereka membesarkan Junjungan Nabi s.aw."
Inilah penyataan Ibnu Taimiyyah, ikutan dan panutan mereka yang mengaku salafi di zaman kita ini. Maka, bersederhanalah hendaknya wahai salafi Wahabi dalam menghukum mereka yang menyambut Maulidur Rasul dan membesarkan Junjungan kita nabi Muhammad SAW.
19.1.09
Fatwa Ibnu Taimiyyah Tentang Maulidur Rasul
Posted by Ibnuzahid at Monday, January 19, 2009
Labels: fiqh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment