BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

22.1.09

Panduan Khusyu' Dalam Beribadat

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Ramai di antara kita apabila hendak melaksanakan ibadat kepada Tuhan maka mereka kecundang dengan berbagai olah gangguan syaitan yang di izinkan oleh Allah mengganggu manusia ketika beribadat dan luar ibadat, gangguan ini bukan saja datang daripada Syaitan dari kalangan jin akan tetapi juga dari kalangan syaitan jenis manusia, selain daripada gangguan dari dua jenis makhluk ini terdapat juga gangguan dari alam di sekeliling terutama di tempat kerja, di sebabkan adanya gangguan tersebut maka manusia terus juga meneruskan ibadatnya sebagai menunaikan tanggungjawabnya kepada Tuhan, hasilnya ? Mereka bertuhankan kepada syaitan dari kalangan jin dan manusia, alam keliling dan sebagainya kerana salah satu dari tumpuan beribadat tersebut ialah mengingat kepada pencipta alam.

Manusia di ajar supaya khusyu' dalam beribadat kepada Allah namun kebanyakkannya gagal melakukan khusyu' kerana tidak di sampaikan ilmu yang berkenaan melainkan kita di suruh tenangkan hati atau tetapkan hati, sedangkan kebanyakkan manusia tidak pula mengenal hatinya, sepatutnya bukan tenangkan hati akan tetapi tenangkan fikiran, Apakah fikiran itu ? Inilah akibat jika ramai penyampai ilmu yang pandai menyampaikan ilmu akan tetapi tidak pandai untuk menghuraikan apa yang mereka cakapkan.

TENANGKAN FIKIRAN

Untuk menenangkan fikiran maka perlulah seseorang itu mengenal akal dan lembaga akalnya, bukan setakat bercakap tentang akal sahaja, kerana akal itulah yang menjadi kunci khusyu' tersebut namun akal juga tidak akan dapat berbuat apa-apa jika lembaga akal tidak turut memainkan peranannya, adapun lemgaga akal itu ialah:

1.Manik
Manik ialah nur yang ada pada lembaga akal yang tugasnya menangkap dan menerima sesuatu berita yang tersurat dan tersirat dengan cepat dan tepat yang bermula dari panca indera, jelasnya apa sahaja yang di lihat, di dengar, di sentuh maka akan segeralah di simpan dan akan di arkibkan di lembaga akal yang bernama fikir.

2.Fikir
Fungsinya untuk menilai berita yang datang dan di terima, berita yang telah di simpan, berita yang di tangguh, berita yang perlu di nilai sebelum apa-apa keputusan di ambil tindakan susulan.

3.Sukma
Fungsinya ialah melahirkan sesuatu perasaan kasihan belas serta menanggung sesuatu sikap kesedara dan kehibaan atas sesuatu tekanan yang faedahnya akan dapat mengubah suasana alam keliling atau diri sendiri.

4.Budi
Fungsinya melahirkan sesuatu sikap yang bertimbangrasa mengikut ilmu yang tersimpan pada lembaga akal fikir, ia melahirkan sikap bertanggungjawab atas perkara tertentu bukan atas desakan atau di paksa-paksa, ia akan lahir dari sikap dan akhlak.

5.Rasa
Fungsinya adalah melairkan perasaan bertanggungjawab apabila amanah di berikan kepadanya dan ia akan melahirkan sikap yakin, sabar, tegas dan nekad ia tertakluk pada nafu yang baik dan keimanan yang luhur.

Demikian peranan lembaga akal yang telah di tetapkan oleh Allah kepada setiap manusia yang hidup ini, cuma yang menyebabkan manusia kadangkala menghadapi untuk berfikir ialah sebab mereka tidak di perkenalkan oleh penyampai-penyampai ilmu atau memang ilmu ini tiada pada mereka, sebenarnya kekuatan akal manusia dapat mengubah sesuatu perkara secara nyata.

KERJA PENUMPUAN AKAL

Buat latihan selalu sebelum mengamalkan sesuatu ibadat

1. Kosongkan segala ingatan kepada mengingat sesuatu daripada alam ini, tumpukan kepada Allah dengan melakukan amalan shuhud iaitu dengan nafas turun dan naik atau keluar dan masuk, peranan penumpuan ini di lakukan oleh Akal, apabila nafas naik dari pusat ke ubun-ubun ataupun masuk dari kedua lubang hidung hingga ke ubun-ubun maka kita hendaklah ingat HU (nafsiyah atau diri Tuhan) Dan apabila nafas turun dari ubun-ubun ke pusat ataupun keluar ikut hidung maka ingatkan kalimah Allah (Asmak) demikianlah berulang-ulang.

2. Ingatkan kepada pengakuan kita semasa berada di alam Roh yang kita berjajni bertuhankan kepada Allah, sila rujuk pada Al-Quran dalam surah Al A'araf 172 (Pimpinan Ar Rahman muka surat 1465 atau muka surat 314) Dan ingatkan juga ayat 91 dari surah An Nahl yang mana janji ikrar kita di hadapan Allah yang mana Allah meminta kita supaya jangan membatalkan sumpa dan janji kita yang mana Allah sendiri yang menjadi saksi kita.

3. Bayangkan wajah kamu yang sedang berikrar dengan Tuhan sepertimana kamu ikrarkan pada ayat 162 dan ayat 163 dari surah Al An'am yang mana kamu berjanji tidak melakukan syirik kepadaNya.

4. Pejamkan mata jika itu lebih baik untuk khusyu'.

5. Tekankan perasaan kita sebagai manusia yang tersangat kerdil kepada Allah.

6. Kemudian teruskan memuja mujiNya dengan menyebut kalimah yang lain, tapi ingat di waktu yang sama jangan sekali-kali kita lupa peranan utama kerja akal yang terus menerus mengikuti shuhud yang di lakukan oleh nyawa atau nafas di samping kerja akal juga pada melihat kerja Roh yang membaca ayat-ayat pujian yang lain.

Selamat mencuba dan mengamalkannya dengan sabar sehingga kita dapat kesannya yang baik dan kita juga dapat merasa kesan peratusan kita mengingat Allah.

Sumber: Pakkaramu

0 comments: