BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ

خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلاَ تَعْقِلُون

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka . Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"

(Al-An'am:32)

24.1.09

Tanda-tanda Hampirnya Saat Kematian

Tanda-tanda saat kematian semakin hampir.

* 100 hari
Seluruh badan rasa bergetar

*60 hari
Pusat rasa bergerak-gerak

*40 hari
Daun dengan nama orang yang akan mati di 'Arasy akan jatuh dan Malaikat Maut pun akan datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kekadang, orang yang mati tersebut akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut dan akan kelihatan seperti sedang runsing.

*7 Hari
Mengidam makanan

*5 Hari
Anak lidah bergerak-gerak

*3 Hari
Bahagian tengah dahi bergerak-gerak

*2 Hari
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak

*1 Hari
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak antara waktu Subuh dan 'Asar

*Saat Akhir
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan)

*Bila Malaikat Maut mencabut nyawa
Baginda Rasulullah SAW bersabda:"Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah sekumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya hingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Kemudian datang lagi sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi sekumpulan malaikat masuk dan menarik rohnya dari dada hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu. Kalau yang nazak itu orang yang beriman, maka Malaikat Jibril akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukan itu di Syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat Syurga, dia akan lupa kepada orang yang di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada Syurga dan melihat terus pada sayap Jibril A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S akan menebarkan sayapnya di sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di Nerakadan dalam masa itu orang tersebut tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya dia melihat Neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya."

p/s: Marilah kita semua selalu ingatkan mati. Kerana saat kematian itu sebenarnya begitu hampir dengan kita cuma kita saja yang tidak sedar. Janganlah kita berlumba-lumba mengumpul harta kekayaan dunia kerana semua itu akan kita tinggalkan. Tetapi berlumba-lumbalah mengumpul pahala dan amal kebajikan kerana hanya itulah yang akan menjadi bekal untuk kita bawa mengadap Allah 'Azza wa Jalla di akhirat kelak. Fikir-fikirkanlah.....

0 comments: